Saya tengok sejak dua menjak ini ada Atheis (orang tidak percaya kepada Tuhan) datang perli saya di ruang komen.
Saya nasihatkan kepada pembaca beragama islam, jangan sindir sangat mereka, doakan hidayat, sebab seorang tidak bertuhan sanggup datang ke Page ketuhanan dan tak jemu ceritakan kelebihan Tidak bertuhan adalah seorang yang sangat kesepian.
Kesipian boleh datangkan kemurungan, dan boleh membawa kepada bunuh diri.
Saya Google kejap tadi dan mendapati, banyak kajian menunjukan golongan Athies lebih ramai membunuh diri berbanding orang agama.
Copy paste: In a global study on atheism, sociologist Phil Zuckerman noted countries with higher levels of atheism had the highest suicide rates. (wiki)
Lepas tu saya terbaca artikel ini, ditulis oleh Staks Rosch seorang vocal atheist, and Jedi.
Tulisan itu sangat membantu orang Atheis yang kemurungan, maka saya translate dan copy paste di sini, semoga membantu:
Tajuk: ATHEISM HAS A SUICIDE PROBLEM, oleh Staks Rosch seorang Vocal Atheist.
Kemurungan adalah masalah yang serius dalam komuniti orang yang tidak bertuhan dan sering membawa kepada bunuh diri.
Ramai Atheis tidak suka perkara ini termasuk saya sebab kita ingin percaya kita manusia Bahagia tanpa Tuhan tapi bila sesuatu yang buruk berlaku, kita sangat tidak Bahagia.
Sudah tentu ada banyak sebab mengapa ateis lebih cenderung kepada membunuh diri berbanding daripada golongan penganut agama. Tapi ironinya, salah satu sebab ateis membunuh diri adalah tekanan dari orang Bergama itu sendiri, mereka selalu menyisihkan kita, menghina, mengutuk, mengkeji hingga ramai Ateis yang mengalami kegelisahan dan kemurungan.
Bayangkan seorang anak muda yang baru menyedari bahawa Tuhan itu tidak wujud? Baru sedar amalan kelurga semuanya sia sia, maka anak muda itu tidak dapat menjawab soalan, dari mana saya datang, kemana saya selepas mati? Dan apa tujuan hidup?
Dalam kemurungan mencari jawapan yang tidak ada, masalah ditambah bila anak mud aitu dipulaukan oleh orang agama, dihina dan dikutuk, maka anak muda itu terpaksa teruskan perjuangan tanpa tujuan secara bersendirian dan akan cenderung bunuh diri.
Saya pernah menulis mengenai masalah bunuh diri di kalangan ateisme sebelum ini dan mendapat pelbagai respons. Beberapa ateis mempersoalkan sama ada statistik itu benar-benar wujud? Sebagai rekod, memang begitu. Malahan saya dapat memberitahu anda secara anekdot, bahawa ia berlaku.
Pengalaman saya sendiri, memang ada rakan-rakan ateis yang saya kenal telah bunuh diri, malahan sejak saya pegang jawatan ‘vocal atheist’ saya kini lebih tahu begitu banyak lagi ateis yang telah membunuh diri sendiri.
Jadi kita kena berusaha menurunkan angka bunuh diri tersebut sebab Kehidupan ini adalah satu-satunya harta yang kita ada.
Ada orang Kristian yang menjawab secara peribadi dan terbuka akan artikel saya sebelum ini lalu berkata:, “Lihat, ateisme menyebabkan bunuh diri,”
Ada juga yang berkata:
“Atheis mempunyai kadar bunuh diri yang lebih tinggi kerana mereka tahu bahawa hidup mereka tidak ada artinya tanpa Tuhan, tetapi terlalu sombong untuk meminta pengampunan kepadaNya walaupun mereka tahu di dalam diri mereka adalah bersalah, tapi mereka tetap memilih untuk mati selamanya dengan dosa kesombongan mereka. "
Ya, itu adalah komen dari penganut agama Kristian. Malah ada yang menulis buku bertajuk:
"Kelebihan Katolik: Mengapa Kesihatan, Kebahagiaan, dan Syurga Menunggu Orang Yang Beriman,"
Baiklah, saya akui, atheis seperti minoriti lain yang bila stress boleh terdedah kepada kemurungan dan bahkan bunuh diri tapi korang semua kena ingat sebahagian besarnya bunuh diri ini disebabkan oleh tekanan geng agama!
Saya mengakui bahawa ‘kejahilan’ sebenarnya adalah salah satu kebahagian atau kepercayaan kepada kehidupan selepas mati dan kepercayaan pada syurga juga adalah kebahagian, tapi bagi saya kebahagian sejati bila kita mampu bahagiakan diri sendiri dan mampu bahagiakan orang lain tanpa perlu kepada tahyul, itu Bahagia tertinggi! Lebih tinggi dari Jesus sebab kita memahami tentang alam semesta yang luas seluasnya!
Sebagai sebuah komuniti, ateis harus saling mengingatkan tentang keajaiban alam di sekeliling kita. Alam ini terlalu besar dan kita mudah tersesat dalam perjuangan serta masalah kita sehari-hari.
Memetik kata kata Ferris Bueller, kehidupan ini bergerak sangat pantas dan jika kita tidak berhenti dan menoleh sekali-sekala, maka kita akan ketinggalan sedangkan kita hanya mempunyai satu kehidupan. Sungguh tidak ada Tuhan yang ajaib dan Maha sempurna menanti kita selepas kita mati. Ini sahaja pilihan kita ada, nikmati hidup sebab Hidup terlalu singkat untuk disia-siakan.
Sekiranya hidup anda menyedihkan, tolong berusaha untuk menjadikannya lebih baik, jika tidak untuk anda, buatlah untuk orang yang menyayangi anda. Ingatlah, ada banyak Galaxie di luar sana dan kita semua adalah pelengkap dalam rantaian kemajuan manusia.
Satu perkara yang saya perasan adalah: Selepas seorang ateis membunuh diri, tiba-tiba nampak macam banyak yang nak bantu, tapi dah terlewat,padahal kalaulah bantuan itu dibuat sebelum mereka bunuh diri tentu lebih baik.
Dalam bab ini golongan agama lebih baik, mereka saling bantu membantu, mereka ada system yang sangat baik, sepatutnya kita golongan ateis juga boleh memiliki system sokongan tanpa perlu percaya kepada Tuhan.
Tapi masalahnya golongan Atheis terkenal sebagai orang yang suka membantah dan tidak suka berjemaah, Cuba korang kumpulkan tiga atheis di sebuah bilik bersama, kejap lagi mereka akan bergaduh dengan masalah kecik tak masuk akal, adohai.
Jadi terbukti, hidup berjemaah membantu orang Bergama selesaikan kemurungan, maka kita golongan athies patut lebih mudah berjemaah, bergabung tanpa perlu bersetuju dengan semua isu, kita hanya perlu sokongan moral sesama atheis kerana kita tiada Tuhan ajaib yang akan menolong kita.
Dengan system berjemaah ini,. Kita bukan sahaja mampu untuk saling membantu, tetapi kita juga mampu untuk menyampaikan gerak perjuangan kita antara satu sama lain dan mampu meminta sokongan. Sungguh tidak ada Tuhan ajab yang akan bantu kita untuk keluarkan kita dari neraka ini.
Eh? Adakah saya sebut Neraka? Itu tak wujudpun, maafkan saya yang tersesat dalam berkata kata, Walau bagaimanapun, maksud saya adalah kita jangan sombong untuk menawarkan pertolongan kepada orang lain dan kita jangan malu untuk meminta pertolongan.
Jadi sesiapa yang ada masalah nak bunuh diri, sila hubungi nombor ini:
(Rujuk artikel asal dalam link, maaf jika translate saya tidak tepat, BI masa SPM dulu tak kredit, saya cuba ringkaskan sebab agak Panjang, nak baca kill link ini: https://www.huffpost.com/entry/atheism-has-a-suicide-problem_b_5a2a902ee4b022ec613b812b )
Ulasan saya:
Seronok bila tahu Atheis kagumi alam yang luas ini, Tahu tak? Ada teori mengatakan, saiz planet Mustari yang besar adalah untuk melindungi bumi dari meteor sesat kerana gravitinya yang kuat menyebabkan tahi bintang raksasa itu jatuh ke planet lain.
Namun, andai kata, jika tahi bintang itu terlepas planet Mustari, ada lagi Sembilan planet lain yang menjadi perisai bumi, dan andai kata ada komet yang terlepas, bulan juga ada gravity yang mengelilingi bumi setiap bulan untuk menhadang hentaman tahi bintang, tak percaya cuba teropong bulan, penuh dengan kawah hasil hentaman tahi bintang, dan bulan juga bertindak sebagai pasang surut air laut agar nelayan mudah buat kerja, dan andai komet besar masih berjaya lepas dari gravity bulan sebab arah paksi yang berbeza, tiba tiba tahi bintang itu akan terbakar dan jadi batu kecil bila berlanggar dengan atmpsohera, kenapa bumi masih selamat?, kenapa blue planet ini so-so SO protection?
Macam ada satu kuasa yang mengawalnya, kan?
Balik ke bumi, Bila tak ada air, tiba tiba hujan, bila lapar nak makan, ada tumbuh tanaman, nelayan dilaut tangkap ikan yang duduk secara berkumpulan, jadi senang masuk pukat,. Waktu tidur kita masih bernafas dengan otak luar kawalan sebab ada kuasa yang pantau kita.
Oleh sebab alam ini begitu tersusun, maka orang agama Yakin ada Kuasa yang menyusunnya, letupan di angkasa (big bang) bukan tiba tiba, sebab dibumi ini ada banyak bahan letupan nuklear, tapi takde yang meletup sebab ada yang kawal, maka Sebagai manusia yang boleh berfikir, kita rujuk sebab dan akibat, Tuhanlah layak kepada segaka penciptaan.
Tuhan jadikan kita dahaga, dan Tuhan ciptakan air, Tuhan jadikan kita lapar, dan ada makanan, Tuhan jadikan sejuk, dan ada api serta pakaian, Tuhan jadikan kita perlukan cinta dan perhatian, maka Tuhan juga jadikan pasangan, keluarga, anak, dan kasih sayang untuk penuhi keperluan cinta.
Jadi, jika masalah hati dan cinta pun Tuhan berikan penyelesaian, maka sudah tentu persoalan dari mana aku datang?, apa tujuan aku di dunia ini?, dan kemana aku selapas ini?. Juga disediakan Tuhan akan penyelesaiannya, Cuma terpulang kepada kita untuk meraihnya atau mengabaikannya.
Dan Orang yang bagitahu Allah itu tuhan kami bukan manusia biasa. Beliau seorang yang paling berpengaruh dalam dunia sebab beliau berjaya dalam bidang agama dan politik.
Beliau dikenali sebagai Pakar motivasi, pakar diplomasi, pakar perniagaan, juga ketua perang yang selalu menang walau tenteranya sikit dan Legasinya kekal beribu tahun sampai sekarang.
Kira macam The Real 'Iron Man' sepanjang zaman. Sebab baginda bijak, kacak, kaya, kuat dan mampu kumpulkan pahlawan terhebat di zaman itu lalu menakluk dunia, tak ada mana mana musuh pun yang berjaya membunuhnya atau mengatasi legasinya.
Maka logik sangat orang handal macam ini yang Allah hubungi dan lantik jadi Nabi bersama kitab yang ada mukjizat mudah di hafal.
Jadi saya nak tanya, orang yang bagitahu tuhan tak wujud tu siapa? Encik Nobody cares?
Logik tak? Antara manusia paling hebat di dunia dan encik nobody cares kita pilih nobody cares?
Sesunguhnnya Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Lakum di Nukum Wali Yaddin.
Woha!
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「kata-kata bijak motivasi」的推薦目錄:
kata-kata bijak motivasi 在 Facebook 的最佳解答
Apa bukti Tuhan itu wujud?
“Saya jawab simple, lihatlah Nabi Muhammad, pada diri baginda penuh dengan kewujudan Tuhan”
Tapi ada yang jawab, Kalau ambil logik macam tuan hamka, orang korea utara pun boleh cakap eternal presiden mereka, kim II-sung, datang dari heaven to earth, ketua perang menakluk dunia, presidents of the world, bla bla bla. Logik macam tu bagi saya bukan jawapan untuk persoalan tu.Jawapan yang sebenar, faith tak perlu bukti saintifik. That's y ianya dipanggil faith. Kepercayaan. No logic in faith but belief!
****
Itu komen korang, biar saya pertahankan jawapan saya..
Allah tak larang kita guna akal, sebab dalam penciptaan langit dan bumi terdapat tanda bagi orang yang berakal.. jadi bila ada orang tak percaya kepada Tuhan, kita gunalah keadah logic akal sepeti pisau Occam.
Bagi yang belajar, semua tahu dalam dunia logic sains, bila kita nak explain sesuatu, kita kena guna kaedah yang simple dan paling ringkas tanpa ada ruang untuk manusia isi dengan teori konspirasi, atau isi dengan perkara ghaib, tahyul, ramalan dan lain lain perkara yang tak mampu dibuktikan dengan ujikaji.
Kaedah itu di kenali sebagai Pisau Occam. Kadang Pisau Occam di gunakan dalam mahkamah yang mana bukti paling jelas perlu digunakan.
Rujuk mahkamah islam, Saidida Ali mendawa baju besinya di curi, pencuri telah di tangkap dan bukan orang islam, saksi adalah anaknya, bila hakim buat keputusan, hakim kata bukti tak cukup, kanak kanak tak boleh jadi saksi, pencuri itu dibebaskan, maka pada waktu itulah pencuri tadi terkesan dengan kaedah macam Pisau Occam ni dan masuk islam.
Pertama hakim tu dilantik Saidina Ali, Saidina Ali pula Khalifah Islam, tapi dalam system yang adil, jika tak dapat buktikan tuduhan, maka penjelasan paling ringkas adalah benar, iaitu Baju Besi itu milik orang bukan islam dan Saidina Ali tersangka itu miliknya kerana serupa. Masalah selesai.
Sama jugak kejadian alam semesta, ada cakap semula jadi dan perlukan penjelasan panjang lebar, ada cakap bermula dengan letupan Big Bang tapi siapa yang cipta bahan letupan Big Bang?
Maka guna kaedah Pisau Occam ni, senang, alam ini dicipta Tuhan, habis cerita.
Jika ada yang Tanya, Siapa yang cipta Tuhan, Alah dah jawab dalam Al quran guna surah pendek sahaja.
Katakan Allah itu satu, Allah itu paling Berkuasa, Tidak berawal dan tidak berakhir, Dan tidak ada satupun yang setara denganNYA.
Simple!
Allah sendiri guna penjelasan paling ringkas, dalam menjelaskan sesuatu agar manusia faham, maka di Barat, pada abad ke 14, William Occam, seorang ahli Sains telah gunakan istilah Pisau Occam, untuk potong semua hujah tak masuk akal, dan pilih jawapan paling ringkas.
Sebagai contoh, Seorang penduduk melihat pohon hangus di tanah lapang, katanya dia nampak cahaya terang, dan anggap itu mungkin adalah UFO. Tapi dari segi Sains, kita kena gunakan kaedah Pisau Occam, yang mana sambaran petir adalah penjelasan yang patut dipilih karena menutup ruang untuk sebarang pengisian teori konspirasi, atau Sains Fiksyen.
Jadi bila ada orang Tak percaya pada Tuhan, mahu saya buktikan dengan ringkas, maka jawapan saya,
Lihatlah Nabi Muhammad, pada diri baginda penuh dengan kewujudan Tuhan.
Memang betul kamu boleh nafikan kewujudan Tuhan kerana tidak Nampak, tapi bolehkah kita nafikan kewujudan Nabi Muhammad?
Ikut logic sains, orang yang lahir tempat jahat, (jahiliyyah) mustahil akan jadi orang terbaik sepanjang zaman? Ikut logic pulak, orang yang tidak pandai membaca mustahil akan mmapu tulis Al quran yang mudah dihafal walaupun tebal?,
Tapi Nabi Muhammad lahir di tempat ramai orang jahat namun dengan Bantuan Allah, Nabi Muhammad yang tidak pandai membaca, tapi dalam sejarah telah menjadi pemimpin dunia yang bijaksana, ketua perang terbaik, pakar motivasi, pakar bisnes, pakar perunding, pakar kehidupan, mampu menyatukan kaum yang bergaduh selama beratus tahun, mampu menawan negara demi negara, pengikut bertambah setiap hari sampai sekarang,
Kata katanya berhikmah, rupanya indah, akhlaknya mulia, sehingga seorang penulis barat yang bukan islam pun bila nak menulis buku tentang manusia paling berpengaruh dengan guna hujah sains, Nabi Muhammad lah orang paling layak duduk tempat pertama sebagai manusia paling berpengaruh dalam dunia ini
Maka, pesan saya: manusia mungkin boleh nafikan Tuhan kerana tidak nampak, tapi bolehkah kita nafikan kewujudan Nabi Muhammad yang satu sahaja seumpanya dalam dunia ini, kitab Al quran yang di bawanya pula penuh dengan common sense, logic sains. Siap cerita tentang Big bang, cap jari, rahsia cekeralawa, kegelapan laut dan pelbagai lagi common sense walaupun pada zaman tak ada internet.
Sebab tu jika ada orang tak percaya pada Tuhan nak bukti, maka saya akan copy paste ayat ini:
Saudara, Orang yang bagitahu Allah itu tuhan kami bukan manusia biasa. Beliau seorang yang paling berpengaruh dalam dunia sebab beliau berjaya dalam bidang agama dan politik.
Beliau dikenali sebagai Pakar motivasi, pakar diplomasi, pakar perniagaan, juga ketua perang yang selalu menang walau tenteranya sikit dan Legasinya kekal beribu tahun sampai sekarang.
Kira macam The Real 'Iron Man' sepanjang zaman. Sebab baginda bijak, kacak, kaya, kuat dan mampu kumpulkan pahlawan terhebat di zaman itu lalu menakluk dunia, tak ada mana mana musuh pun yang berjaya membunuhnya atau mengatasi legasinya.
Maka logik sangat orang handal macam ini yang Allah hubungi dan lantik jadi Nabi bersama kitab yang ada mukjizat mudah di hafal.
Jadi saya nak tanya, orang yang bagitahu tuhan tak wujud tu siapa? Encik Nobody cares?
Logik tak? Antara manusia paling hebat di dunia dan encik nobody cares kamu pilih nobody cares?
Sesunguhnnya Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Kamu nak hidup dengan pendapat nobody cares dan mati sebagai nobody cares itu pilihan kamu.
Lakum di Nukum Wali Yaddin.
***(habis copy paste)***
Akhir kata, jika korang kata tak susuai guna pIsau Occam dalam berhujah sebab Occam tu kafir, maka pinjam kata kata Albert Einstein:
"If you can't explain it simply, you don't understand it well enough."
Eh? Einstein pun kafir juga, maka sebetulnya, rujuk hadis Nabi:
“Permudahkanlah, jangan mempersulitkan”
I rest my case.
Woha!
kata-kata bijak motivasi 在 9bulan10hari Facebook 的精選貼文
4 Tips merancang 'zuriat berkualiti' buat bakal suami isteri... & bu bapa yang ingin menambah zuriat lagi.... =)
.
.
1. Jaga pemakanan - Bila jadi suami isteri nanti mesti nak zuriat kan.... bila nak zuriat tak boleh main redah saja.. bakal suami isteri ni mesti checklist dulu... sihat tak bahagian rahim tu.... lelaki pula... rasa rasanya berkualiti & aktif tak sp*rma tu?????
.
.
100% pasangan yang tak ambil tahu... memang tak tahu! end up.. ada yang susah nak hamil... ada yang dah hamil tapi anak berdepan pelbagai komplikasi.
.
.
💊 Tips :
❌ Elakkan makan fast food & junk food sejak usia kecil lagi sebenarnya.
❌ Elakkan memakai pakaian ketat sendat sampai kulit pun susah nak bernafas. Tambah tambah lelaki,
❌ Elakkan merokok.. minum alkohol (ia boleh menyebabkan bayi berkemungkinan besar berdepan kecacatan seumur hidup.
❌ Jangan letak letak bedak di miss v... wanita berpotensi mendapat kanser ovari jika kerap meletakkan talkum di'situ'.
.
.
.
2. Makan Asid Folik - Ini penting bagi wanita yang benar benar ingin hamil & tersangat nak anak dalam kandungan dilahirkan sihat. Asid folik WAJIB dimakan sehari sekali bermula 3 BULAN SEBELUM 'bersama' untuk hamil. Sebab? Asid folik bertindak membantu pembentukan sel sel baru dalam rahim nanti (anak).
Orang orang tua tak makan ok ja... kepada kami kena makan?????
Ok lah kalau tak nak makan.. Terpulang....
💊 Fakta : Banyak kes kes bayi melalui kehidupan sukar disebabkan penyakit Spina Bifida & Hydrocephalus sebab bakal ibu tak concern pasal ni.
.
.
.
3. CHECKLIST kenapa nak kahwin?
💊 Sorang suami perlu tahu :
✔ Dia ketua keluarga yang perlu membimbing isteri dan anak anaknya ke jalan Allah.
✔ Dia perlu tahu cara handle keadaan baik atau tidak secara profesional tanpa mengguris perasaan pasangan dan anak anak.
✔ Dia perlu bijak menguruskan hal kewangan keluarga.
✔ Dia perlu bijak menjadi peneman... kawan & hero dalam life isteri & anak anak.
✔ Dia perlu tahu cara handle situation bila isterinya merajuk. Wanita memang didesign sebegitu.... so suamilah kena pandai tackle keadaan tersebut.
.
.
💊 Seorang isteri perlu tahu :
✔ Dia perlu menghormati suaminya dan tidak membantah kecuali diminta melakukan perkara dilarang ALLAH.
✔ Dia perlu menerima teguran suami untuk terus memperbaiki diri dan jangan melatah.
✔ Dia perlu tahu untuk tidak boros dan berbelanja ke jalan yang tidak disukai suami.
✔ Dia perlu menjadi peneman paling sweet, romantik & penuh kasih sayang buat suami & anak anak.
✔ Dia perlu tahu untuk memberi kata kata motivasi ketika suaminya down.
.
.
.
4. Jauhi aktiviti ini :
Seorang lelaki yang benar benar inginkan zuriat perlu berhati hati untuk:
❌ Tidak melakukan aktiviti lasak sehingga mencederakan bahagian sulit anda.
❌ Biarpun dengan meminum minuman berkafein anda rasa lagi best & bertenaga, cukuplah sekadar 2 cup sehari kerana kafein boleh membantutkan kualiti & kuantiti pecutan sp*rma.
.
.
.
Selamat Pengantin Baru ! Selamat Menambahkan Zuriat... & Nikmatilah hidup berpasang pasangan ni.... ramai di luar sana yang tidak sebertuah anda.
.
.
Kepada pasangan yang dah lama kahwin,.. tapi nak bangkitkan balik suasana romantik.. bolehla buat macam video ni.
Video ni diambil sempena wedding anniversary ke 4 penulis buku 9bulan10hari & suami. Nasibla berpantang elok2 lepas bersalin 2 orang anak... muat lagi gown ni =)
.
.
Like page & share info ini untuk lebih tips menarik =)
.
.
💓 Kepada bakal pengantin rujuk page 8-23 buku 9bulan10hari
💓 Kepada yang nak anak dikandung sihat rujuk page 31 buku 9bulan10hari. Baca kesan kekurangan asid folik ketika hamil.
💓 Kepada yang ingin kelihatan muda dari usia & kekal macam anak dara baca page 132 - 140 buku 9bulan10hari mengenai kaedah berpantang cara kampung yang betul.
.
.
Copyright Nazira Nazir buat 9bulan10hari.
kata-kata bijak motivasi 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
kata-kata bijak motivasi 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
kata-kata bijak motivasi 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
kata-kata bijak motivasi 在 73 Kata-Kata Motivasi Hidup Terbaik Supaya Diri Kamu Lebih ... 的相關結果
Kumpulan Kata -kata Motivasi Hidup Terbaik · Berhenti Menyalahkan Segalanya · Ambil Risiko, Bermimpi Lebih Besar, dan Berharap Besar · Kerjakan ... ... <看更多>
kata-kata bijak motivasi 在 50 Kata-kata Bijak untuk Diri Sendiri, Tumbuhkan Motivasi ... 的相關結果
1. "Jangan berharap pekerjaanmu dimudahkan, tapi berharaplah pundakmu dikuatkan." 2. "Ada sesuatu yang lebih penting daripada kegagalan, yaitu ... ... <看更多>
kata-kata bijak motivasi 在 209 Kata-Kata Motivasi Kehidupan, Penuh Inspirasi dan ... 的相關結果
Kata -kata Motivasi Kehidupan · " Menyerah berarti menerima bahwa kamu lelah. · " Menjadi kuat bukan berarti kamu tidak pernah lelah. · " Bertahan ... ... <看更多>