Bersesuaian Jumaat Sayyidul Ayyam, moga kisah ini menjentik hati kita. Bacaan asal saya Cikgu Aidil daripada tulisan Uthman Daud. Mari hayati kisah ini, baca bersama anak-anak :
Hidup kanak-kanak miskin bernama Zhang Da yang memberi MOTIVASI kepada ramai orang.
Zhang Da menanggung beban hidup yang berat ketika usianya masih sangat muda. Tahun 2001, ketika usianya mencecah 10 tahun, Zhang Da terpaksa menerima kenyataan ibunya telah lari dari rumah. Ibunya tertekan kerana tidak tahan dengan kemiskinan yang dihadapi keluarganya. Yang lebih tragis, ibunya pergi kerana merasa tidak sanggup lagi mengurus suaminya yang lumpuh, tidak berdaya, dan tiada harta. Dan dia tidak mahu membantu keluarganya.
Maka Zhang Da yang tinggal berdua dengan ayahnya yang lumpuh, terpaksa mengambil alih semua tanggungjawab keluarga. Dia mengurus ayahnya, mencari rezeki, memasak, memandikan ayahnya, mencuci pakaian, mengubati ayahnya, dan sebagainya.
Yang sangat menjadi inspirasi, dia tidak mahu berhenti sekolah. Setelah mengurus ayahnya, dia pergi ke sekolah berjalan kaki melalui hutan kecil dengan mengikuti jalan menuju tempatnya mencari ilmu. Selama dalam perjalanan, dia makan apa saja yang boleh mengenyangkan perutnya, mulai dari memakan rumput, dedaunan, dan cendawan-cendawan untuk memberi tenaga. Tidak semua boleh jadi bahan makanannya, dia memilih berdasarkan pengalaman. Jika satu tumbuhan dirasa tidak sesuai dengan lidahnya, dia tinggalkan dan berubah ke tumbahan berikutnya. Sangat bertuah kerana dia tidak memakan tumbuhan atau herba yang beracun.
Selesai sekolah, agar dirinya boleh membeli makanan dan ubatan untuk ayahnya, Zhang Da bekerja sebagai tukang batu. Ia membawa keranjang di punggung dan keluar menjadi pemecah batu. Upahnya dia gunakan untuk membeli pelbagai keperluan seperti ubat-ubatan untuk ayahnya, bahan makanan untuk berdua, dan sejumlah buku untuk dia pejalari.
Zhang Da ternyata cerdas. Dia tahu ayahnya tidak hanya memerlukan ubat yang mesti dimakan atau minum, tetapi juga memerlukan ubat yang mesti disuntikkan. Kerana tidak mampu membawa ayah ke doktor atau ke klinik terdekat, Zhang Da justeru mempelajari bagaimana cara menyuntik. Dia membeli buku untuk mempelajari caranya. Setelah mengetahui caranya, dia membeli jarum suntikan dan ubat-ubatan lalu menyuntikkannya secara rutin pada ayahnya.
Kegiatan merawat ayahnya itu terus dijalaninya hingga jangkamasa lima tahun. Rupanya kegigihan Zhang Da yang tinggal di Nanjing, Wilayah Zhejiang, menarik perhatian pemerintahan setempat. Pada Januari 2006, pemerintah China mengadakan penghargaan peringkat nasional pada tokoh-tokoh inspirasi peringkat nasional. Dari 10 nama yang dipilih, satu di antaranya terselit nama Zhang Da. Ternyata dia menjadi tokoh terpilih yang termuda.
Acara tersebut diadakan melalui siaran langsung di media secara China. Zhang Da diminta tampil ke depan pentas. Seorang pengacara bertanya kenapa dia mahu berkorban seperti itu padahal dirinya masih kanak-kanak. Dia menjawab : "Hidup mesti terus berjalan. Tidak boleh menyerah, tidak boleh melakukan kejahatan. Mesti menjalani hidup dengan penuh tanggung jawab,"
Setelah itu terdengar tepukan gemuruh dari seluruh penonton. Pengacara bertanya pada dia lagi. "Zhang Da, sebut saja apa yang kamu mahu?, sekolah di mana?, dan apa yang kamu inginkan? Berapa banyak duit yang kamu perlukan sehingga kamu habis belajar dan mahu sambung belajar di mana. Segala apa sahaja yang kamu mahukan, sebutkan sahaja.
Di sini ada banyak pejabat, perniagaan, dan orang terkenal yang hadir. Sekarang ini juga ada ratusan juta orang yang sedang melihat kamu melalui layar tv, mereka boleh membantumu!" Jelas pengacara.
Zhang Da terdiam. suasana menjadi sunyi menunggu ucapan nya. pengacara mesti mengingatkannya lagi. "Sebut sahaja!" kata pengacara menegaskan.
Zhang Da yang pada waktu itu sudah berusaha 15 tahun pun mulai membuka mulutnya dengan bergetar. Semua hadirin di situ, dan juga jutaan orang yang menyaksikannya secara langsung melalui tv, terdiam menunggu apa yang diinginkan oleh Zhang Da.
"Saya mahu mama kembali. Mama kembalilah ke rumah, aku boleh membantu Papa, aku boleh cari makan sendiri. Mama kembalilah!" kata Zhang Da yang disambut titisan air mata terharu para penonton.
Zhang Da tidak meminta hadiah duit atau kebendaan atas keikhlasannya berbakti kepada orang tuanya. Sedangkan pada masa itu tetamu yang hadir boleh membantu menolongnya. Di mata Zhang Da, mungkin kebendaan boleh dicari mengikut dengan keperluannya, tetapi seorang ibu dan juga kasih sayang dari ibunya itu sangat tidak ternilai.
Pengajaran moral yang sangat sederhana, tetapi amat bermakna.
Berbaktilah kepada IBU & BAPA kita sementara mereka & kita masih ada. Perbanyakkan Doa, Amal Baik, Tilawatul Qur'an & Sedekah untuk mereka disana...buat yang tiada,,,
Semoga arwah ibu ayah yang telah pergi dahulu sebelum kita sejahtera di sana, aminn...
Al-Fatihah...
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「motivasi hidup sederhana」的推薦目錄:
- 關於motivasi hidup sederhana 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
- 關於motivasi hidup sederhana 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
- 關於motivasi hidup sederhana 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
- 關於motivasi hidup sederhana 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於motivasi hidup sederhana 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於motivasi hidup sederhana 在 32 Best Hidup sederhana ideas - Pinterest 的評價
- 關於motivasi hidup sederhana 在 Motivasi Hidup sederhana | By Video macam dua - Facebook 的評價
- 關於motivasi hidup sederhana 在 KATA KATA MOTIVASI HIDUP SEDERHANA @Motivasi Ku 的評價
- 關於motivasi hidup sederhana 在 Cara Kaya dan Hidup Sederhana Ala Pendiri Facebook 的評價
motivasi hidup sederhana 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
Wawancara Menjejak Anak Kampung Menjadi Warga Global...Siri 15
Bagaimana persepsi Datuk melihat sikap para graduan yang berkecimpung dalam kerjaya yang berorentasikan Syariah dan kesilapan yang perlu dibaiki oleh mereka. Pasti ada nasihat yang boleh Datuk kongsikan bersama pembaca?
(Soalan ini disumbangkan oleh Saudara Khairul Anuar Adnan sebagai salah seorang 10 pemenang sesi Wawancara Jejak Anak Kampung Menjadi Warga Global)
Datuk Dr Mohd Daud Bakar (MDB)
Dua puluh tahun yang lepas, bidang kerjaya graduan Syariah (saya maksudkan di sini semua graduan pengajian Islam) tidak banyak ada pilihan. Kebanyakkan mereka akan terlibat dengan sektor kerajaan samada di bidang pendidilkan atau perkidmatan awam. Agak sedikit yang menyertai bidaang swasta apatah lagi bidang keusahawanan. Bagi mereka yang menyertai sektor swasta, kemungkinan besar mereka menjawat sesuatu jawatan yang tidak ada kaitan dengan bidang pengajian mereka.
Sekarang, peluang kerjaya dalam sektor swasta untuk graduan Syariah telah bertambah khususnya melalui industri kewangan Islam samada di Malaysia atau luar negara. Peluang telah terbuka luas kepada graduan Syariah. Di samping kerjaya dalam bidang kewangan Islam, peluang kerjaya juga terbuka dalam bidang keusahawanan melalui teknologi internet.
Soalannya adakah graduan Syariah hanya layak dalam bidang kerjaya Syariah sahaja? Para graduan Syariah mestilah membuka minda mereka bahawa mereka sebenarnya boleh mempunyai kerjaya dalam pelbagai bidang seperti pemasaran, perancangan dan logistik, pengurusan, diplomat dan seumpamanya. Ini bukan perkara baru kepada latar belakang akademik yang lain. Ramai ketua ekskutif bank dan juga pegawai perbankan tidak pernah belajar kewangan dan perakaunan. Ada di antara mereka adalah lulusan sejarah dan pengajian melayu dan mungkin sosiologi. Inilah hakikat kerjaya zaman moden. Kalaupun graduan Syariah bekerja di sebuah institusi kewangan Islam, tidak salah untuk dia bermimpi untuk menjadi seorang ketua pegawai ekskutif (CEO) dalam institusi tersebut atau institusi yang lain bila sampai masanya. Bagi saya, beliau kena mempunyai mimpi sebegini kerana graduan Syariah mesti mempunyai visi untuk memimpin kalau ada kelayakan yang cukup dan diberikan peluang. Jangan hanya bermimpi untuk menjadi orang kedua tertinggi.
Secara peribadi, saya ingin melihat graduan Syariah terlibat dalam semua sektor pekerjaan dan juga kehidupan seperti kewangan, pendidikan, pengurusan, pemasaran, logistik dan pengangkutan, industri halal dan pelancungan, media dan perfileman, politik dan NGO, industri angkasa lepas dan kejuteraan dan lain-lain lagi bidang. Kalau boleh, mereka mesti bercita-cita mempunyai bisnes sendiri atau dalam bahasa lain sebagai usahawan iaitu pencipata pekerjaan (job creators) dan bukannya pencari pekerjaan (job seekers). Ini tidak bermakna mereka tidak boleh bekerja dengan orang lain terlebih dahulu samada pihak kerajaan atau swasta. Kumpullah pengalaman, kewangan dan kenalan yang mencukupi sebelum berdiri di atas kaki sendiri. Ingat selalu bahawa kebanyakkan para Anbiya adalah para usahawan.
Apakah kesilapan yang biasa dilakukan oleh para graduan Syariah? Berdasarkan pengamatan saya, terdapat dua kesilapan atau pun sikap yang kurang tepat. Pertamanya, sebahgian mereka merasai bahawa ilmu Syariah yang dipelajari di universiti adalah cukup untuk mengharungi dunia kehidupan sebenar. Perasaan ini boleh jadi didorong oleh semangat berapi-api bahawa Syariah itu adalah lengkap dan boleh "hidup" dalam dunia sebenar. Idealisma mereka amat tinggi. Malangnya, mereka masih dalam fantasi dunia akademik dan buku teks. Ia juga boleh didorong oleh sikap mereka yang malas untuk mengambil cabaran untuk mempelajari ilmu kehidupan yang baru. Mereka lebih selesa maju dan mahir dalam bidang Syariah yang "sempit" sebab mereka tidak mahu belajar lagi dan tak ingin juga dilihat sebagai tidak memahami ilmu semasa. Mereka mempertahankan ilmu Syariah sehabis-habisnya sedangkan merela tahu dalam diri mereka bahawa mereka sebenarnya memerlukan ilmu kehidupan yang lain. Sebab tidak hendak belajar dan menggali ilmu lagi, mereka terperangkap dalam kesempitan ilmu Syariah mereka. Dalam konteks kewangan Islam, contohnya, mereka perlu belajar dan mahir dalam ilmu kewangan secara keseluruhan seperti risiko, perbendaharaan, lindung nilai (hedging atau tahawwut) dan banyak lagi.
Kadang-kadang sikap mereka ini digalakkan secara tak langsung oleh beberapa profesional Muslim yang telah berjaya tetapi sekarang aktif menggalak masyarakat Muslim kepada konsep kehidupan yang agak sederhana. Mereka banyak bercakap tentang tema-tema seperti syukur, redha, bersederhana, alam akhirat yang kekal abadi dan dunia yang melalaikan dan banyak lagi yang menjadi tema perbincangan malah ceramah motivasi mereka. Mungkin mereka tidak bermaksud untuk meninggalkan dunia kerana mereka sudahpun sampai ke puncak kejayaan dan kerjaya mereka tetapi galakan mereka kepada mereka yang belum lagi berjaya dalam masyarakat untuk 'bersederhana' boleh memberikan mesej yang salah. Pada hemat saya, Islam menekankkan aspek mengoptimakan kemampuan seseorang dalam segala bidang. Bagaimana masyarakat Islam ingin mampan kalau kita hanya di tahap pertengahan? Kalau kita boleh berjaya setinggi-tingginya tanpa mengenepikan agama, kenapa kita perlu berhenti di pertengahan jalan. Kita perlukan saintis, jurutera, pakar IT, pereka kapal angkasa dan seumpamanya sepertimana kita juga perlukan mereka supaya beramal dengan Islam.
Ada golongan sarjana Syariah yang kadang-kadang bercakap dan berceramah tentang 'kehodohan' dunia tetapi langsung tidak mengetahui bagaimana dunia ini 'bernafas dan bernyawa' dan bagaimana menjadikan dunia satu medan membina kekuatan kehidupan. Alangkah baik jika mereka mengambil perhatian bagaimana dunia di sekeliling mereka bergerak dan berfungsi. Hentaman dan kritikan memang mudah tapi memberi solusi kepada kehidupan adalah sukar. Solusi keramat mereka adalah ungkapan "Syariah itu adalah penyelesai semua masalah". Jika ditanya kembali, "bagaimana untuk menyelesaikan masalah perumahan atau keberhutangan atau masalah sosial jenerasi muda", mereka menjadi kaku. Tiada ungkapan dan formula penyelesaian. Apa yang kita dapat kalau ada orang mengatakan, "Carilah solusi dan penyelesaian dalam Islam". Tidak ada apa pun faedah dan petunjuk.
Sikap salah yang kedua ialah merasakan bahawa Syariah ini adalah lemah, naif dan tidak berdaya saing. Jangan keliru dengan kenyataan ini dengan sikap yang pertama. Kedua-dua sikap di atas adalah tidak sihat. Kedua-dua sikap ini membawa kepada natijah yang sama walaupun mempunyai dua punca sebab yang berbeza. Sarjana Syariah mesti menunjukkan bahawa Syariah itu adalah unggul, hebat dan dinamik dengan penghujahan, solusi dan pendekatan yang difahami oleh masyarakat moden. Kalau mereka gagal memberikan solusi yang mampan, mereka perlu membuat kajian lagi. Syariah diwahyukan oleh Allah untuk kehidupan yang sebenar. Kalau zakat tidak memberikan impak kepada masyarakat, mereka mesti mencari punca masalah dan mencadangkan solusi yang sebenar. Bagitulah juga, kalau ceramah-ceramah di Mesjid dan juga Khutbah Jumaat tidak memberikan impak kepada masyarakat untuk berubah, mesti difikirkan di mana silapnya. Islam bukan hanya sekadar sedap di dengar atau menjadi halwa telinga tetapi mesti membangunkan rasa nak berubah ke arah lebih baik dalam SEMUA bidang kehidupan.
Mungkin saya tambah satu lagi sikap yang mungkin tidak kompetitif. Ramai yang tidak berfikiran untuk bekerja di luar negara dalam apa saja bidang kerjaya. Fikiran pertama yang melintas di pemikiran ialah untuk dekat dengan keluarga dan juga iklim negara sendiri. Peluang pekerjaan kepada graduan Syariah Malaysia bekerja di luar negara adalah banyak (dengan syarat mengetahui bahasa Arab dan Inggeris dengan agak baik) tetapi ramai yang tidak hendak membuka pintu kerjaya di luar negara. Saya tidak mencadangkan di sini supaya mereka bekerja di luar negara sehingga umur bersara tetapi pengalaman bekerja di luar negara untuk tempuh 5-10 tahun adalah cukup bermakna kepada mereka dan sarjana Syariah muda. Ramai ingin bercakap tentang globalisasi tetapi ramai yang masih berfikiran lokal dan domestik.
Graduan dan sarjana Syariah mesti menjadi 'game changer' dalam lanskap Syariah yang baru. Syariah tidak akan hidup kalau pembawa obor Syariah hanya nampak pokok tetapi tidak nampak hutan. Pemegang obor Syariah, dalam apa sahaja bidang kerjaya mereka, mesti dapat melihat kedua-dua pokok dan hutan dan juga dapat melihat dari dalam dan di luar kotak. Tahap bawah dan pertengahan dalam segala aspek penghujahan dan gagasan sudah luput tarikhnya. Fantasi dan nostalgia ilmu Syariah yang dipelajari di universiti adalah sekadar halwa telinga kalau tidak diberikan pakaian yang baru dan moden.
* Foto di bawah adalah beberapa foto saya dalam pengembaraan saya selama 10 jam di Beijing hari ini.
motivasi hidup sederhana 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
motivasi hidup sederhana 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
motivasi hidup sederhana 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
motivasi hidup sederhana 在 Motivasi Hidup sederhana | By Video macam dua - Facebook 的推薦與評價
5.8K views, 71 likes, 1 loves, 1 comments, 77 shares, Facebook Watch Videos from Video macam dua: Motivasi Hidup sederhana. ... <看更多>
motivasi hidup sederhana 在 KATA KATA MOTIVASI HIDUP SEDERHANA @Motivasi Ku 的推薦與評價
Kata kata motivasi hidup sederhana #katakatabijak #katamotivasihidup #katakatamutiara #katakatakehidupan #katakatabuatstorywa #motivasi ... ... <看更多>
motivasi hidup sederhana 在 32 Best Hidup sederhana ideas - Pinterest 的推薦與評價
See more ideas about hidup sederhana, kata-kata bijak, bijak. ... 1001+ Kata Kata Bijak Terbaru Kekinian (Motivasi,Kehidupan,Cinta,Islami). ... <看更多>