Dah lama tak buat sagu Gula Melaka last buat masa sebelum & awal² PKP1.0 last year. Suka tengok sekarang ni kalau nampak gambar sagu lalu lalang dah takde dah putih-putih, semua jerneh²! ❤️ Kalau letak pewarna orange dah nampak macam ikura! Lagi² kalau yang guna sagu jenis besar sikit tu ☺️ I share cara/tips I buat, sama je tips nye dari dulu, sebab post I pasal sagu ni pernah viral dulu. Banyak page besar yang DM minta izin untuk share gambar #sagugulamelakaemymellisa ☺️ Walaupun masa tu I tak buat proper video, ramai je yang buat menjadi ? Gigih juga I edit caption nak bagi ayat I senang difahami, memang perangai I suka edit caption sebab I risau ayat yang I guna susah orang nak paham, bukan mudah taw ??? Gigih juga I reply DM yang masih tak paham tapi nak buat sampai jadi macam I buat ? Memang sejak duduk sendiri I belajar masak sagu sendiri supaya senang nak buat dessert yang ada sagu sebab memang LOVE SAGU. Awal² dulu, masa belajar buat sagu, memang I pon ada pengalaman sagu hilang di bawa arus ?
Sagu gula melaka:
1. Didihkan air, masukkan sagu
2. Kacaukacaukan supaya bahagian bawah tidak berkerak
3. Boleh tambahkan air sebab air akan surut
4. Bila dah nampak putih² sagu tinggal sikit, matikan api & biarkan sekejap, sambil² cuci² pinggan sikit² tu, lap lap dapo, sagu akan jernih dengan sendirinya, tak perlu tunggu lama pon
5. Tapiskan sagu untuk buang lebihan air, I tak bilas ye
6. Kemudian pindahkan ke dalam bekas yang sesuai
7. Tuangkan air gula melaka
8. Kacaukacaukan supaya sebati
9. Kemudian sejukkan sekejap sebelum dimasukkan ke dalam peti ais
10. Kalau nak makan panas/suam dah boleh makan bersama susu cair/kuah santan kalau nak terasa dikayangan boleh makan dengan whipping cream
11. Selalunya I biarkan sejuk sekejap kemudian simpan dalam peti ais, nanti texture sagu akan kekal sebutir-sebutir
12. Kalau nakkan texture sagu yang lebih keras supaya boleh dipotong dan disalut dengan kelapa parut, boleh kurangkan sukatan air gula melaka okay
13. Kalau texture sebutir-sebutir macam ni boleh dijadikan as drink toppings juga kan!
#sagu #sagugulamelaka #dessert #malaydessert #mahn #masakapahariini #makanapahariini #homecooked #homecooking
Search
sagugulamelakaemymellisa 在 無題 的推薦與評價
NaN / NaN. Filters. Open search filters. Including results for: sagugulamelakaemymellisa Search only for #sagugulamelakaemymellisa · 1:25 Now playing ... ... <看更多>