"Assalamualaikum Abang Lepat.. Nama saya Asreen, saya dok follow post abang Lepat dah dekat 4 tahun dah.. Cuma hari ni tergerak hati nak hubungi Abang Lepat.., Ok semalam kat tempat keja saya ada terjadi sedikit pertengkaran dengan sorang tu, Ok Abang Lepat untuk di pendekkan cerita, sewaktu rehat saya kerap melayan video youtube Abang Lepat dan Alan.. tetapi semalam ada kawan saya ternampak.. Dia terus melarang saya.., katanya Abang Lepat Sesat dan kalau boleh jangan cuba berkawan dengan Abang Lepat.. Saya melenting dan kembali bersoal, saya nak tahu di mana sesatnya?, saya mintak dia detailkan.. selepas tu terjadilah perbalahan.. dia teruskan dengan bab yang entah apa-apa.. tak masuk diakal langsung, saya menjadi semakin marah, sebab saya tahu dia tak tahu apakah ‘perkaranya‘yang Abang Lepat dok 'go on' kat youtube tu.. Dia melihat dari sudut Fekah semata-mata. Itulah masalahnya. Ok Abang Lepat, saya nak tanya Abang Lepat satu perkara saja. Adakah surah dan Ayat dalam Al Quran yang boleh saya semak tentang 'KESESATAN', sebab bagi saya Manusia tak buleh menghukum seseorang itu sesat dengan sebegitu mudah!, sebab Allah Ta'ala adalah Hakim yang seadil-adilnya, seperti yang saya pernah dengar Abang Lepat ada sebut dalam surah At Tiin ayat 8.. So sekarang ni bolehkah abang Lepat bagi satu surah yang mengatakan Allah swt yang berkuasa di dalam memberi Pertunjuk, sebab bagi saya bukan di ada Pak Lebai yang boleh menunjukkan kebenaran, dan bukan juga Abang Lepat boleh membawa kesesatan!, Ok saya nak Abang Lepat bagi tahu Surah dan Ayat mana untuk saya pecah huraikan kepada kawan saya tu.. Sekian terima kasih.
Ps. Jangan Lupa kirim salam kat Aminah dan Brader love.. 🙂
........................
Sahabat..
"Bagi pendapat akulah..Dalam sudut renung di bahagian ilmu Tasauf, Nescaya SYIRIKLAH AKU! jika aku berkata ADA SATU ORANG ITU TELAH MENYESATKAN SESEORANG ITU, atau aku berkata ADA SATU GURU ITU TELAH MEMBERI PERTUNJUK KEPADA SESEORANG ITU... Sebab kalau kita selidiki dan jikalau kita benar benar halusi, setiap kali Azan di laung ke part “MARILAH MENUJU KERAH KEJAYAAN“, kita di haruskan menjawab, “La qhau la wala ku watailla billa hill ali zill adzeem“
Jadi di sini, kalau nak kearah KEJAYAAN kita tidah berupaya.. lalu bagaimana di sebaliknya? Ok Asreen, bab Surah dan Ayat.. hang silalah rujuk pada yang kat bawah ini… rasanya banyak lagi.. Cuma ini saja yang aku ingat.
Ok ya .. Moga tenang dan sentosa jiwa hang, jangan dok perduli sangatlah apa orang nak Hukum.. sebab yang memberi JALAN PERTUNJUK, adalah Allah swt. Sebegitulah YANG MENYESATKAN… Renung-renunglah, bahawa Al Quran itu sangatlah terang lagi nyata,.. 🙂
❤️ “Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki dan menunjuki kepada siapa yang bertaubat.” - Ar-ra’du: ayat ke 27
❤️ “Maka sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki dan menunjuki siapa yang dikehendaki.” . Al-fathir ayat ke 8.
❤️ “Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki dan menunjuki siapa yang dikehendaki.” - Al-Ibrahim:ayat ke 4
❤️ “Akan tetapi Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki dan menunjuki siapa yang dikehendaki”.- Al-Nahl:ayat ke 93
❤️ "Barangsiapa dikehendaki Allah mendapat untuk ditunjukki maka akan dipermudah dadanya kepada Islam, dan barangsiapa dikehendaki untuk disesatkan maka Allah menjadikan dadanya sempit dan ragu , seakan akan naik ke atas langit.” - Al-Nisaa’:ayat ke 60
❤️ “Siapa yang dikehendaki Allah tersesat maka sesatlah ia, dan barangsiapa dikehendaki mendapat hidayah maka disediakan bagi mereka jalan yang lurus.” - Al-An’am Ayat ke 39.
❤️ “Allah-lah yang mampu memberi kebenaran.” - Yunus ayat ke 35.
❤️ “Mereka mengucapkan,” Alhamdulillah kita telah dipimpin-Nya ke surga ini. Kalau sekiranya Tuhan tidak berkenan memberikan hidayah-Nya, tentu kita tidak akan terpimpin.” - Al-A’raf ayat ke 43
❤️ “Barangsiapa yang diberi Hidayah pertunjuk oleh Allah maka dialah orang yang terpimpin, siapa yang disesatkan oleh Nya, maka tidak akan yang melindunginya dan memimpinya.” - Al-Kahfi ayat ke 17.
❤️ “Engkau tidak mampu memberi petunjuk orng yaang kau senangi , tetapi Tuhanlah yang akan memberi petunjuk kepada orang yang dihekendaki-Nya -”Al-Qashash ayat ke 56 .
"SELAMAT MENGHALUSI " 🙏🏽
17 july 2018. Bremen, Germany,
Homeless time 4:2 minit pagi".✌🏽
❤️
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「sahabat surga adalah」的推薦目錄:
- 關於sahabat surga adalah 在 Ismail Ariffin Lepat Facebook 的最佳貼文
- 關於sahabat surga adalah 在 Facebook 的精選貼文
- 關於sahabat surga adalah 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
- 關於sahabat surga adalah 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
- 關於sahabat surga adalah 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於sahabat surga adalah 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於sahabat surga adalah 在 #sahabatsurga - YouTube 的評價
- 關於sahabat surga adalah 在 Sahabat Surga - Hikmah Perjalanan Tauhid 的評價
sahabat surga adalah 在 Facebook 的精選貼文
Bercerita bab pahala, ada kejadian yang membuatkan aku angin semalam sewaktu servis keretamayat di sebuah bengkel berdekatan surau sebelah kedai Pok De yang jual masakan panas, lalu sewaktu menunggu keretamayat siap dibaik pulih, terborak pula seorang aku dengan Pakcik Sidik Tasdik yang memberi pandangan pelik tentang pahala.
Kata Pakcik Sidik Tasdik, kitab fadhail amal itu untuk budak-budak, banyak hadith lemah dan kurang berkesan dalam menyuntik semangat jihad.. katanya lagi, buat amal dengan ikhlas dan jangan mengharap pahala, jika berniat mahukan pahala, itu perbuatan syirik kerana pahala dan shurga adalah makhluk, kita tidak boleh beribadat kerana makhluk, kita kena beribadat semata mata kerana Allah, yang mana andai kata kita kejar pahala maka kita tidak akan mendapat pahala itu, perbuatan itu adalah tidak ikhlas dan boleh membuatkan kita masuk neraka.
Tambah Pakcik Sidik Tasdik lagi, doa yang terbaik adalah doa wali Allah yang mengatakan jika aku mengabdi kepada-Mu karena takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka, dan andai aku mengabdi kepada-Mu karena mengharapkan surga, jauhkanlah aku daripada shurga. Jadi dalam doapun jangan minta shurga kerana itu menggambarkan diri kita tidak ikhlas.
Begitulah panjang lebar Pakcik Sidik Tasdik itu memberi hujah dengan merujuk kepada pelbagai kisah wali tapi lansung tidak merujuk kepada kisah Nabi atau sahabat baginda, aku pula berhujah:
Wah wah wah! Ini yang buat ummat jadi keliru.. Nabi Muhammad s.a.w pesan pada Ummat, baca Al quran dapat pahala, setiap huruf satu pahala, alif Lam Min dapat tiga pahala, solat di malam lailatul qadar seribu bulan ganda pahala, amalan di bulan puasa diganda 70 kali pahala, solat berjemaah dapat 27 kali ganda pahala, setiap langkah ke masjid dapat satu pahala dan pelbagai lagi, ini Nabi yang bagitahu, tiba tiba Pakcik Sidik Tasdik cakap: jangan kejar pahala? wah wah wah, habis tu pesan Nabi suruh berlumba lumba buat pahala di bulan Ramadan nak campak ke mana? Kelaut bersama syaitan?!
Dalam Al quran pun Allah cerita tentang pahala, tentang nikmat shurga dan azab neraka, ada 1000 ayat tentang pahala, tiba tiba Pakcik Sidik Tasdik bilang, jangan kejar shurga?
Woi! Si perasan alim, ada pernah baca tentang hadith dari hazrat Abu Hurairah r.a. yang berbunyi, Nabi saw bersabda, “sesiapa yang berdiri beribadat pada malam qadar dengan iman dan IHTISAB. Akan di ampunkan dosanya yang terdahulu.”
Pakcik Sidik Tasdik tahu apa itu IHTISAB?
Ihtisab adalah niat untuk mendapatkan ganjaran! Mengharapkan pahala adalah kesempurnaan iman, kerana percaya dan yakin pada benda yang ghaib.. itulah IHTISAB!
Kepada yang masih degil konon belajar tasauf yang mendakwa tidak boleh niat mahukan pahala, atau tidak boleh niat mahukan shurga, biar aku terang sikit guna kaedah hakikat marifat ala-ala tasauf, mudah-mudahan anda semua faham. Insya-Allah..
Baik, memang benar ‘in the first place’, buat amal kerana makhluk adalah tanda tidak ikhlas dan mungkin jadi syirik. Ya, aku tahu, memang benar, pahala, dan shurga atau neraka adalah makhluk Allah.
Tapi kita kena ingat, Allah boleh azab manusia tanpa neraka dan Allah boleh bagi nikmat pada manusia tanpa shurga. Sebab itulah kita selalu dengar orang yang gembira dalam dunia berkata:"Aku hidup bagai dalam shurga”. Padahal terbukti duduk dalam dunia, dan kita selalu juga dengar orang yang menderita dalam dunia berkata:"Aku hidup bagai dalam neraka”
Maksudnya di sini, Allah boleh bagi nikmat tanpa shurga dan Allah boleh bagi azab tanpa neraka, yang mana “JANJI ALLAH” untuk azab dan bagi nikmat bukanlah makhluk.
“JANJI ALLAH” adalah SIFAT ALLAH. ALLAH berjanji akan azab, bila manusia buat sekian-sekian. ALLAH juga berjanji akan beri nikmat, bila manusia buat sekian-sekian.ORANG YANG YAKIN DENGAN JANJI ALLAH adalah orang yang BENAR-BENAR BERIMAN.
Apatah lagi shurga dan neraka di gambarkan sebagai tempat yang tidak terlintas dalam kepala, tidak tergambar oleh otak, tidak terbayang oleh kata-kata. Inilah IMAN!. Di sinilah terletak “JANJI ALLAH”. Untuk azab atau bagi nikmat.
MAKA, takut neraka adalah takut kepada JANJI ALLAH! Sebab tidak pernah melihat neraka cuma beriman dengan “JANJI ALLAH” dan mengharap shurga adalah harap kepada JANJI ALLAH! Sebab tidak pernah melihat shurga cuma beriman dengan “JANJI ALLAH”.
JANJI ALLAH BUKAN MAKHLUK! JANJI ALLAH adalah GHAIB.YAKIN dengan yang Ghaib adalah kesempurnaan iman.
Pahala juga GHAIB, dan yakin dengan janji Allah dapat pahala adalah tanda kesempurnaan iman!
Jadi bila kita beribadat, dengan niat mendapatkan ganjaran, itu tanda iman kita betul sebab yakin dengan janji Allah, dan melakukan amal dengan yakin pada janji Allah adalah tanda iman yang sempurna, kita tidak ragu ragu dengan janji Allah.., Allah janji pahala, maka ghairahlah kita mengejar janji Allah.
Bila Allah janji mahu azab manusia dalam neraka, maka gementarlan hati kita kerana takut kepada janji Allah, orang yang slow sahaja yang tidak faham antara janji Allah dengan ‘material instinct’.
Pedulikan doa tersirat wali Allah yang berkata jika aku mahu shurga jangan masukkan aku dalam shurga dan jika aku takut neraka, lalu campakkan aku ke dalam neraka, doa begitu memang cool dalam menggambarkan cinta kepada Allah, tapi itu kisah wali, sedangkan Nabi Muhammmad SAW yang jauh lebih cool untuk di jadikan contoh berpesan dalam bulan puasa ini, banyakkan memohon dari Allah untuk masuk ke shurga, dan banyakkan memohon dari Allah supaya selamat dari azab api neraka..(H.R Hazrad Salman r.a).
Pakcik, ketahuilah,dalam Al quran banyak bercerita tentang nikmat shurga dan azab api neraka kerana Allah faham bagaimana mahu tarbiah manusia, maka tolonglah jangan perasan pandai tidak mahu shurga konon, ini pesanan Nabi, Nabi yang ajar berdoa minta shurga, kenapa mahu ikut wali yang kisahnya tiada perawi? Ini ada lagi Nabi Muhammad s.a.w pesan, jika berdoa minta shurga, mintalah shurga yang tertinggi.., iaitu shurga firdaus!
Tak Faham-faham lagi?! Adohai...
Patut bulan puasa begini isu pahala tidak timbul sebab yang membenci pahala di kurniakan sebegitu banyak pada ummat Nabi Muhammad s.a.w ni adalah syatan, sehingga tabur kepala dengan pasir, jadi bulan puasa begini syaitan sudah di ikat, sehingga ‘ustaz’ yang tidak suka mengajar guna hadith kelebihan pahala, sudah pakat pakat guna di bulan puasa,.., jadi Pakcik Sidik Tasdik jangan cuba berlagak alim, sahabat nabi Muhammad SAW sentiasa menangis takut api neraka dan melangkah kaki pendek pendek ke masjid sebab mahu pahala lebih, Pakcik boleh pula berlagak tidak mahu pahala.
Pakcik buat dosa jika tidak berniat mahu dosapun, akan tetap dapat dosa itu, pakcik buat baik, dapatlah pahala sebab itu janji Allah!
Kalau Pakcik Sidik Tasdik tak nak pahala, niatkan sahaja untuk sedekah pada aku.., aku nak!
Woi, aku nak pahala, bak semua pahala Hang kat aku! Kita jumpa nanti kat shurga firdaus tingkat lapan.
Woha!
Korang tahu apa respond Pakcik Sidik Tasdik bila aku hujah macam tu?
Panjang nak cerita, bersambung dalam novel SEMUSIM DI SYURGA oleh Hamka keretamayat
Nak beli rujuk komen, selamat rebut pahala Ramadan demi keredaan Allah guys!
Ps: Jom baca MUDAHNYA HAFAL YASIN, klik sini:
sahabat surga adalah 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
Pesanan buat lelaki yang bergelar suami. Sila baca dan INGAT!
.
Apabila isteri melakukan kesilapan lalu dia datang memujuk dan meminta maaf, bersegeralah kalian menerima pujukan dan permohonan maafnya. Andai tidak, anda pasti menyesal tak sudah! KENAPA?
.
Al-kisah isteri kepada seorang sahabat terpadam gambar lama pengembaraan si suaminya. Si isteri merasa sangat menyesal lalu memujuk si suami malahan akan sponsor si suami melancong ke mana jua dia nak selepas COVID19. Dalam hati sahabat saya ini, dia memang dah teruja tapi, ego lelaki ditambah maybe cuba pancing untuk better deal.
.
Apabila dipujuk kali kedua & sahabat saya ini masih tidak menunjukkan tanda-tanda akan menerima pujukan dan permohonan maaf dari isterinya, si isteri pula merajuk kerana di suami enggan terima pujukan dan permohonan maafnya. Sudah...
.
Kini si suami pula yang berhempas pulas memujuk dan memohon maaf kepada isterinya. Kemungkinan offer awal di isteri juga akan terbatal tanpa prejudis.
.
Allah ciptakan lelaki dan wanita dengan fitrah dan sikap yang berbeza agar ianya saling lengkap-melengkapi.
.
Andai si isteri merajuk, si suami biasanya akan pujuk berkali kali sehingga berjaya tetapi kalau perempuan pujuk si suami, kebiasaannya sekali dua sahaja dan andai kita tak terima, percayalah, ANDA akan menyesal kerana akhirnya mereka give up dan merajuk macam kita yang bersalah plak.
.
Rajuk merajuk dan pujuk memujuk itu umpama perencah dalam kehidupan berumahtangga. Terlebih perencah, makanan boleh terlalu masin tetapi andai terkurang, makanan boleh jadi kurang rasa. Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam memberitahu kepada kita akan ciri-ciri wanita penghuni syurga,
.
“Wanita-wanita kalian yang menjadi penghuni Surga adalah yang penuh kasih sayang, banyak anak, dan banyak kembali (setia) kepada suaminya yang apabila suaminya marah, ia mendatanginya dan meletakkan tangannya di atas tangan suaminya dan berkata, ‘Aku tidak dapat tidur nyenyak hingga engkau redha (memaafkanku).’” Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dalam Mu’jamul Kabir (XIX/140, no. 307)
.
Sahabat semua ada pengalaman seperti sahabat saya? Hebat politik para isteri. 😉
sahabat surga adalah 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
sahabat surga adalah 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
sahabat surga adalah 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
sahabat surga adalah 在 Sahabat Surga - Hikmah Perjalanan Tauhid 的推薦與評價
Persahabatan yang terikat karena ingin merebut kecintaan ALLAH adalah persahabatan yang tidak hanya ternikmati ketika di dunia saja, tapi hingga ... ... <看更多>
sahabat surga adalah 在 #sahabatsurga - YouTube 的推薦與評價
Carilah sahabat surga mu · Destinasi Qalbu. Destinasi Qalbu · 3.1K views 1 year ago ; Tegurlah aku, Kawan. #SahabatSurga · Riski DJ. Riski DJ · 1.1K views 3 years ... ... <看更多>