APA NAK BUAT 10 MALAM TERAKHIR NI?
Alhamdulillah, sekarang kita dah masuk kepada gerbang terakhir Ramadan, iaitu 10 hari terakhir.
Inilah masa yang mana banyak disebutkan dalam hadith tentang kepentingannya. Antaranya seperti,
عَنْ عَائِشَةَ رضى الله عنها أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ ".
Daripada Aisyah Radhiallahu 'Anha Rasulullah S.A.W bersabda : " Carilah lailatul qadar pada malam yang ganjil dalam sepuluh malam yang terakhir dari Ramadhan.”
Maka, apa kita nak buat 10 malam terakhir ini?
Okay di sini ada tips. Moga Allah kurniakan kita kekuatan untuk buat semua tips ini. Ameen.
1. Solat tarawih dan Qiamullail pada setiap malam. Kalau solat sunat tahajud tu, sekurangnya 2 rakaat berserta witir. Kalau mampu, buatlah sekali solat sunat tasbih.
2. Sedekah pada setiap malam walaupun hanya sekadar RM 1.
3. Membaca Al Quran walaupun hanya satu mukasurat.
4. Memperbanyakkan doa :
اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا
(Ya Allah sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha mulia , Engkau suka kepada pengampunan maka ampunilah kami).
5. Memperbanyakkan istighfar dan tasbih.
6. Menjauhkan diri daripada perkara perkara yang tak bermanfaat seperti movie atau games. Apatah lagi perkara maksiat.
7. Memperbanyakkan doa, dan kawal emosi supaya tak marah-marah.
8. Memberi makanan kepada orang berbuka puasa.
9. Kalau dapat peluang iktikaf, maka iktikaf la di masjid.
Moga Allah kurniakan kita kekuatan untuk amalkan sepanjang 10 malam terakhir ini. Ameen.
Kredit;: Tarbiah Sentap
同時也有10部Youtube影片,追蹤數超過22萬的網紅@sazalisamad,也在其Youtube影片中提到,SAZALI SAMAD DAPAT LEBIH 100 BUNGKUS JUADAH BERBUKA PUASA DARIPADA 100 PENIAGA BAZAR RAMADHAN PUNCAK JALIL Jutaan Terima Kasih kepada seluruh ahli ja...
「10 makanan berbuka puasa」的推薦目錄:
- 關於10 makanan berbuka puasa 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
- 關於10 makanan berbuka puasa 在 bie.yusof Facebook 的最讚貼文
- 關於10 makanan berbuka puasa 在 Facebook 的最佳解答
- 關於10 makanan berbuka puasa 在 @sazalisamad Youtube 的精選貼文
- 關於10 makanan berbuka puasa 在 Iena Eliena Youtube 的精選貼文
- 關於10 makanan berbuka puasa 在 Iena Eliena Youtube 的最佳解答
10 makanan berbuka puasa 在 bie.yusof Facebook 的最讚貼文
APAKAH ITU PROSES AUTOLISIS SEBENARNYA? KENAPA HANYA PADA BULAN PUASA SAHAJA?
.
Autolisis ni satu sistem automatisasi dalam tubuh yang memformat sistem badan ke keadaan yang ideal. 40% LEBIH LAJU DARI BULAN BIASA. Macam laptop, iphone pun kena format bila dh berat sgt!!Kereta pun kena service. Macam tu juga badan manusia..badan pun kena overhaul jugak, ianya proses semulajadi.
Autolisis juga dikenali sebagai 'self digest', iaitu program penyerapan makanan untuk mendapatkan tenaga dan nutrisi, melalui siri proses pembakaran sel-sel tubuh dalam mekanismenya. .
Autolisis akan MENGHILANGKAN sel-sel rosak, sel sel mati, benjolan hingga tumor serta timbunan lemak yang sering menjadi sarang zat beracun (toksin didalam badan) juga dikenali sebagai proses DETOKSIFIKASI.
Proses autolisis bermula selepas 2-3 hari berpuasa semasa tubuh kita mula mengeluarkan bahan-bahan sisa metabolik yang tak diperlukan lagi. Selalunya kita boleh lihat dari kelesuan dan rasa mengantuk pada awal puasa kita. Macam mana nak atasi?? Mudah sahaja. Rehat secukupnya, memilih menu makanan yg baik tika sahur dan berbuka=).
.
Ketika kita berpuasa, darah akan dipenuhi tenaga dan nutrisi yang sihat, sel akan diganti dengan sel yang baru yang lebih sihat. Setiap 10 hari, sel badan akan bertukar dengan lebih baik. Jadi, pentingnya memilih jenis makanan bersahur dan berbuka. Pilihlah makanan yang bernutrisi dan berzat. Kalau hari-hari makan makanan berminyak , dan ikut saja kehendak nafsu mmg kita tak dapat nikmati proses tersebut.
.
KESAN AUTOLISIS
•10 Hari Pertama memperbaharui 10% sel2 tubuh manusia
•10 Hari Berikutnya memperbaharui 66% sel² tubuh
•10Hari Terakhir memperbaharui 100% sel² tubuh secara keseluruhan..
.
MasyaAllah... Allahuakhbar 😍
Jadikan Ramadhan 2021 nie your best year ever!! Not only amalkan tapi utk kesihatan dan bentuk badan juga🤩.
.
SILA TAG & SHARE INFO INI 😍
.
Coach Bieyusof
0196056471
10 makanan berbuka puasa 在 Facebook 的最佳解答
Bulan puasa, akan terdengarlah hadis Nabi mendoakan kecelakaan bagi orang islam yang masih ada ibu bapa, tapi mengabaikannya.
Alkisahnya, Saya baca hadis Nabi (taklim) setengah jam sebelum berbuka puasa, dan bila tiba hadis ini, anak berkata, Tokki dan nenek telah meninggal dunia, ayah dan tak termasuk orang yang abaikan ibu bapa.
Saya diam sahaja, sambil terkenang waktu kedua dua ibu bapa masih hidup, yang mana tiap bulan saya balik ziarah mereka, bagi wang, belanja makan, bawa jalan jalan, malahan kedua ibu bapa saya pernah saya ajak mereka berdua pergi belajar agama tertib tabligh selama tiga hari tiga malam, Alhamdulillah.
Itu antara pengalaman manis bersama arwah ayah dan Bonda.
Namun mereka berdua telah pergi sebelum PKP, maka balik kampong sudah tidak sama lagi, dan saya faham perasaan anak anak yang ingin sangat rentas negeri ziarah kedua ibu bapa.. oh..
Habis baca Taklim, ada 10 minit masa untuk bermuzakarah di meja makan sebelum azan magrib, saya Tanya anak-anak, apa rezeki terakhir arwah atok?
Anak cuba teka nasi dagang, sebab atok meninggal petang.
Ada anak teka atok makan bubur, ada yang kata atok makan makanan hospital sebab atok ke hospital dan meninggal di sana.
Saya ingat balik, jam tiga pagi arwah makan sup, dan lepas subuh arwah mengadu sakit dada, dan bawa ke Hospital, arwah tak nak makan apa apa, dan rezeki arwah yang terakhir adalah sebotol air masuk ikut lengan.
Habis sebotol, dan tukar botol baru, tak sempat habis, arwah telah pergi.
“Jadi air adalah rezeki terakhir atok?”
“ya, untuk rezeki dunia, itulah rezeki terakhir atok, tapi atok dapat rezeki akhirat”
“Rezeki ahirat tu apa?”
“Rezeki selepas mati, sebab sebelum atok meninggal, semua anak anak atok, sempat datang dan, baca yasin pada atok, dan ajar atok mengucap, itulah rezeki akhirat”
Rezeki Atok tak berhenti di situ, anak lelakinya seramai enam orang, mandikan jenazah atok, Pakcik sulung dan nombor dua mandikah kepala atok, Pak ngah meriba badan atok, Pak teh, meriba punggung atok, dan ayah sendiri meriba kaki atok, dan anak atok yang lain menyiram dan menggosok badan atok.
Rezeki atok dapat mandi ramai ramai dengan anak anak. Siap mandi atas ribaan anak anak macam bayi.
“lepas tu?”
Rezeki atok bertambah lagi kerana di imani solat jenazah oleh Pak long kau, dikubur talkin Pak ngah, dan tiga malam tahlil diketuai oleh Pakteh dan anak lain secara bergilir.
Eh? Dah azan magrib, jom doakan atok serta nenek, dan semua orang islam masuk syurga.
Kamipun berbuka dengan rezeki atas meja, lepas tu solat Jemaah magrib di surau, kemudian baca yasin untuk arwah atok, lepas tu solat isyak dan tarawih di surau.
Balik tarawih, anak pergi baca yassin, katanya untuk arwah datuk.
Sungguh rezeki ayah saya belum berhenti.
Dan benar kata ulamak, rezeki terbesar selepas mati adalah doa dari anak yang soleh.
Semoga kita semua dikurniakan nikmat ini.
Ayah, Mak, Hamka rindu..,
Rindu bacaan mengaji ayah, rindu masakan mak.
Rindu tengok ayah dan mak bersiap pergi tarawih..
Rindu tunggu mak kejut makan sahur, rindu makan bersama waktu berbuka..
Rindunak dengar Mak dan Ayah Bertadarus sampai larut malam...
Alamak, siapa potong bawang ni, mata masuk habuk.
Alfatihah.., buat semua yang telah pergi tinggalkan kita,
.
.
.
.
.(iklan sikit)
Ps: Semoga Ramadan ini berlalu dengan meninggalkan Yasin dalam dada kita, InsyaAllah, jom sama sama belajar masukan surah yasin ke dalam dada..,
https://mudahnyahafalyasin.onpay.my/order/form/yasin/hamka
10 makanan berbuka puasa 在 @sazalisamad Youtube 的精選貼文
SAZALI SAMAD DAPAT LEBIH 100 BUNGKUS JUADAH BERBUKA PUASA DARIPADA 100 PENIAGA BAZAR RAMADHAN PUNCAK JALIL
Jutaan Terima Kasih kepada seluruh ahli jawatan kuasa MPP Puncak Jalil & semua peniaga Bazar Ramadhan Puncak Jalil sudi menjemput Sazali Samad Family & Team
Tapi sekarang dengar kabar Bazar Ramadhan Puncak Jalil di arah tutup bermula 1 Mei 2021 yang dianjurkan oleh MPP Zon 18 MBSJ, kami doakan semoga dapat beroperasi seperti biasa dan di permudahkan segala urusan dunia akhirat amin.. kalau bukan kita siapa lagi nak support!!!
00:00 Intro
01:10 SAZALI SAMAD DAPAT LEBIH 100 BUNGKUS JUADAH BERBUKA PUASA?
Ayam BBQ Honey by SHA
FB : https://www.facebook.com/bbqhoneybysha
IG : https://www.instagram.com/ayambbqhoneybysha/
WS : https://BbqHoney.wasap.my
FOLLOW SAZALI SAMAD DI
IG : https://www.instagram.com/sazali.samad
FB : https://www.facebook.com/sazalisamad.academy
web : https://www.sazalisamad.com/
EMAIL (BUSSINESS)
[email protected]
#Sazalisamad #BazarRamadhan #PuncakJalil
10 makanan berbuka puasa 在 Iena Eliena Youtube 的精選貼文
Kereta tak boleh start? Blh guna Powerbank Jumper : https://t.productlink.io/a2yvu
Nak Beli Hand Sanitizer ?? Iena Recommende beli sini : [Ready Stocks] Instant Hand Sanitizer 120ML / 250ML / 500ML / 800ML / 1LITER, Alcohol 75% https://t.productlink.io/a14fc1
READY STOCK FACE COVER MASK MEDICAL 10 PCS LIMITED STOCK https://t.productlink.io/a14fc2
Bioion Germ-Free Deo-Sanitizer : https://t.productlink.io/a14fc4
[READY STOCK] Alcohol based Instant Hand Sanitizer : https://t.productlink.io/a14fc5
Disposable Poly Glove :https://t.productlink.io/a14fc6
Goggles Clear Eye Protection Glasses : https://t.productlink.io/a14fc7
Surgical face mask : https://t.productlink.io/a14fc8
Get Better Internet : https://t.productlink.io/a14cr4
Berbuka puasa dengan Ramadhan Value Meal dari Santan Airasia. BAru-baru ini Cik iena berbuka puasa menu dari santan Airasia. Kalau siapa yang rindu nak travel , rindu nak makan kamanan dalam flight tu bolehlah lepaskan rindu dengan order makanan dekat Santan.
Istimewanya lagi anda boleh dapatkan diskaun 15% dengan menggunakan code : FAZLINA15 di www.santan.my
Kedua menu yang iena makan memang sedap. Nasi Lemak Pak Nasser iaitu Nasi lemak ayam goreng berempah Pak nasser ni memang terkenal dan memang sedap. Lagi satu Nasi Padang Ayam Kicap pun sangat sedap. Ini merupakan pertama kali iena makan Nasi Padang Ayam Kicap. Rasa ayam die berempah berasa. Ada sayur pucuk ubi rebus memang membuatkan iena teringat masakan mak. Lepastu ade dua jenis sambal. Sambal pun sedap dua-duanya. Portion untuk satu ni kira banyak. Kalau Cik iena beli lepas ni boleh asingkan lauk sebab lauk dia banyak boleh buat makan sampai ke sahur :)
Lepas tu ade lagi ,kuih seri muka, kuih ketayap, Soya Bandung, Soya Cincau dan kurma. Semua yang iena makan ni RM35 je tau.
Nak diskaun 15% boleh Guna kod FAZLINA15
di santan.com.my
.
Instagram Post : https://www.instagram.com/p/B_hZa1eFPnw/
Facebook Post : https://web.facebook.com/ienaelienadotcom/posts/1126830197666774
10 makanan berbuka puasa 在 Iena Eliena Youtube 的最佳解答
Kereta tak boleh start? Blh guna Powerbank Jumper : https://t.productlink.io/a5kzi
Promosi Baju Raya 2021 https://zalora.prf.hn/l/708dazW
Note : Video ini di rakam pada 10 March 2020, bukan semasa tarikh upload :)
Ramadhan 2020 semakin menghampiri kta. Ia merupakan bulan mulia yang dinanti-nantikan umat Islam . Ramai antara kita mengadakan aktiviti berbuka puasa bersama-sama, tidak kiralah bersama teman, rakan pejabat, keluarga mahupun insan teristimewa dan ada juga yang mengadakan program amal berbuka bersama anak yatim . Terdapat banyak lambakan Buffet-buffet ramadhan yang berada di pasaran.
Ramadhan kali ini, Armada Petaling Jaya sekali lagi mengadakan Buffet Ramadhan di Utara . Bertemakan "CITARASA KAMPUNGKU", Hotel Armada Petaling Jaya menjanjikan keenakan rasa masakakan kegemaran-kegemaran tradisional dan antarabangsa. Kali ini menggabungkan rasa masakan tempatan dan Jepun serta western.
Hotel Armada Petaling Jaya menawarkan lebih daripada 100 hidangan yang disediakan, Chef Eksekutif, Chew Teik Chye dan Chef Sous, Alifah binti Kandar aka Chef Mommy menjanjikan untuk menyajikan pelbagai pilihan hidangan yang akan menekankan pada pelbagai rasa dan aroma yang akan menawan selera tekak anda selepas seharian berpuasa.
Menikmati hidangan berbuka puasa disini sememangnya akan mengimbau kembali nostalgia anda dikampung bersama keluarga kerana apabila anda menikmati hidangan masakan tradisional dan klasik seperti Kerabu, Cincalok , Lemang, Pasembor dan Aneka Jeruk. Selera anda akan bertambah lagi dengan pelbagai Sambal klasik yang jarang dilihat oleh masyarakat bandar khususnya. Dengan adanya aneka sambap ini pasti membuatkan anda berasa teruja menikmati hidangan masakan disini.
Buat penggemar Kerabu, Hotel Armada Petaling Jaya menghidangkan beberapa jenis kerabu tradisional Mangga, Kerabu nenas, kerabu kaki ayam dan kerabu udang. Menu kerabu ini adalah berbeza dari menu kerabu tahun sebelumnya.
Untuk hidangan utama pastikan anda merasai beberapa hidangan Ramadan yang paling lazat dan asli seperti Laksa Thai, Bubur Lambuk, Sambal Udang Petai, Ketam Masak Gulai Siam, Ayam Berempah, Ikan Pari Masak Asam Pedas (Kawah), Daging Masak Hitam, Paru-paru Goreng Berlada, Rendang Itik, Sup Tulang Rusuk, Ikan Sembilang Panggang, Pucku Paku Goreng Belacan and the all-time favourite Siput Sedut Masak Cili Padi.
Selein dari menu utama diatas anda juga boleh menikmati Apam Balik, Daging Panggang, Pelbagai Satay , Murtabak, Lidah Sapi dengan Air Asam, Ayam Percik Panggang, Roti Durian dan banyak lagi makanan yang terletak di sekitar kawasan Bakar-Bakar.
Terdapat juga hidangan pencuci mulut termasuk Kuih Melayu tradisional, pastri Perancis dan hidangan manis yang menggoda seperti Pengat Nangka dengan Sago,Ais cendol da pulut,Bubur gandum, bubur kacang hijau.
Minuman sudah pasti tidak dapat di pisahkan dengan makanan .Antara minuman yang disediakan untuk anda menghilangkan rasa dahaga anda adalah air bandung, sirap selasih dan teh tarik.
Kepada anda diluar sana khususnya yang berada di Petaling jaya dan kawasan yang berhampiran jangan lupa ambil kesempatan ini untuk merasa masakan tradisional yang sedap di Utara ,Hotel Armada Petaling Jaya .
Harga Citarasa Kampungku Ramadan Buffet 2020 Di Hotel Armada Petaling Jaya
Dewasa : RM 90.00 per pax
Kanak-kanak : RM45.00 per pax (6-12 tahun)
Tarikh Buffet : 24 April 2020 Hingga 22 May 2020
SAHUR (3 am to 5 am)
RM20 per pax
EARLY BIRD PRICE
Dewasa : RM75 per pax
Untuk harga early bird price bermula sekarang sehingga 19 April 2020.
Untuk tempahan, sila hubungi:
(03) 7954 6888 ext. 4557 Utara Restaurant (Halal Certified) or 018 222 0824