Saat kita sudah lelap mata
Team MAPIM Malaysia masih bertungkus-lumus menguruskan ribuan kotak bantuan untuk penghantaran SOS dalam Misi Bantuan Khas 2 Pulau
Setiap hari dari pagi hingga malam, team MAPIM Malaysia sedaya mungkin berusaha tiba di depan rumah sahabat untuk hantar bantuan kotak makanan, serta khidmat lainya yang terdesak mengikut kes serta laporan. Hajat kami adalah untuk zahirkan kita bersaudara dan jangan berputus asa! Kami mungkin tidak mampu menyelesaikan semua masalah namun ringankan beban dan ukir senyuman juga sudah besar maknanya .
MAPIM Malaysia hanyalah sebuah ngo yang kerdil Namun punyai hati dan semangat yang besar untuk santun Ummah sebaik-baiknya. Semua kotak ini adalah hasil sumbangan seringgit dua ringgit, seratus dan seribu yang sahabat semua infaq kerana percaya kerja buat MAPIM Malaysia untuk sampaikan kepada mereka yang memerlukan.
Gudang MAPIM Malaysia ini tidak pernah sunyi kerana setiap hari keluar masuk barang serta dihabiskan untuk bantuan kepada mereka yang terdesak menerusi Asnaf Databased Centre MAPIM Malaysia. Ada pramugara, pilot, abg posmen , orang bank, nelayan, petani, ahli perniagaan dan banyak lagi kisah yang menjadi sebahagian dari keluarga yang memohon bantuan samada dalam bentuk barangan, sokongan nasihat, moral dan banyak lagi. Mereka ini ramai yang diberhentikan kerja, syarikat gulung tikar dan pelbagai lagi!
LA TAHZAN INNALLAHHA MA’ANA….
“Janganlah engkau berdukacita,sesungguhnya Allah bersama kita” AtTaubah 9:40
#MisiUmmahBantuUmmah
#365HariUntukUmmah
Jutaan terima kasih kepada KP Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan anggotanya kerana sentiasa bergandingan sekian lama sebagai satu pasukan untuk setiap misi kemanusiaan MAPIM dan APM
Kredit dari FB Page
Ketua Aktivist MAPIM Malaysia
(Dr) Sani Araby Al-Kahery
_____________________________
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
365hariuntukummah 在 365hariuntukummah - Explore 的推薦與評價
#365hariuntukummah. #365hariuntukummah. MAPIM : Malaysian Consultative Council for Islamic Organization. · April 21 ·. Takbir raya bergema, meraikan kemenangan ... ... <看更多>
365hariuntukummah 在 365hariuntukummah 的推薦與評價
#365hariuntukummah. Home. Shorts. Library. #365hariuntukummah. < 100 videos and channels. AllShorts · 2:08 · 365 Hari Untuk Ummah. MAPIM Malaysia. 21K views•1 ... ... <看更多>