Ketua Pembangkang, Rizam Ismail berkata, saban tahun kerajaan negeri menyediakan peruntukan yang tinggi, namun, masih gagal untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat.
Menurutnya, menerusi Belanjawan 2021, sebanyak RM779 juta diperuntukkan bagi pembangunan projek bekalan air termasuk juga pelan penyelesaian isu pencemaran air di Selangor.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM200 juta untuk projek pengepaman air mentah daripada Sungai Selangor ke kolam takungan bagi mengatasi masalah henti tugas loji rawatan air.
“Bagaimanapun, rakyat Selangor terpaksa menunggu lagi 18 bulan untuk melihat hasil yang belum berjaya ini dan terpaksa menanggung masalah gangguan air sekiranya berulang,” katanya ketika membahas Belanjawan 2021 Selangor yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari Jumaat lalu.
Terdahulu, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2.32 bilion bagi perbelanjaan tahun 2021. Dengan bertemakan ‘Melakar Realiti Baharu: Memperkasa Ekonomi Bermaruah Paksi Kecekalan Rakyat’, belanjawan itu turut memfokuskan lima strategi utama iaitu pertanian, pelancongan dan agropelancongan; kesihatan awam dan bandar berdaya huni; usahawan mikro, digitalisasi dan kemiskinan bandar; penciptaan kekayaan dan industri kreatif.
Dalam pada itu, Rizam yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) negeri dalam membahas belanjawan itu berkata, kerajaan negeri perlu memberi penekanan terhadap peruntukan naik taraf dan baik pulih infrastruktur sukan berbanding kepada aktiviti pembangunan sukan.
Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM27.9 juta untuk aktiviti pembangunan sukan berbanding RM2.24 juta bagi tujuan membaik pulih dan naik taraf infrastruktur sukan.
“Bagi saya, proses naik taraf fasiliti sukan dan aktiviti pembangunan sukan harus bergerak seiringan. Atlet yang cemerlang hanya boleh dilahirkan apabila adanya kelengkapan fasiliti yang baik untuk tujuan latihan mereka.
“Hasil lawatan mendapati fasilti di bawah operasi dan penyelenggaran Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) dan Akademi Bolasepak Merah Kuning (ABMK) amatlah mendukacitakan.
Peruntukan RM2.24 juta ini sebenarnya sangat kecil berbanding jumlah sebenar yang diperlukan bagi tujuan baik pulih serta penyelenggaraan fasiliti dan infrastruktur sukan.
“Sekiranya kerajaan negeri mempunyai impian untuk melihat Selangor sentiasa cemerlang di dalam aktiviti sukan pada masa hadapan, kerajaan negeri haruslah menyediakan peruntukan yang lebih besar bagi membolehkan fasiliti sukan untuk kegunaan atlet negeri ini sentiasa dalam keadaan baik,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「agropelancongan」的推薦目錄:
agropelancongan 在 TianChad.com - Precious Moments #田七摄影 Facebook 的最讚貼文
Last week I spent my day exploring MAEPS during #MAHA2018. Agriculture technique has improved a lot and I want to share one of my favourite spot in here. Check out my latest Vlog on my YouTube Channel as I share what I found interesting in there =) MELONNNNNS!
...
Video: https://youtu.be/8Xg26CAUJHs
Video: https://youtu.be/8Xg26CAUJHs
Video: https://youtu.be/8Xg26CAUJHs
.
..
...
#MAHA2018 #madamabeles #OurFoodOurTuture #AgroPelancongan #FromLabToTable
#AgroTeknologi #DJICreator #DJISurreal
agropelancongan 在 Penaberkala Facebook 的最佳貼文
Weekend ni takde plan nak gi mana? Apa kata pakat gi ke MAHA 2018. Bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam bertempat di MAEPS, Serdang.
Apa yang menarik?
Selain Laman Padi dan AgroTrade, jangan lupa singgah di Kampung Pulau Pisang di Hall A yang dikelolakan oleh MADA. Kluster Agro Pelancongan yang sesuai untuk seisi keluarga dengan pelbagai aktiviti.
Baca perkongsian selanjutnya di blog > https://bit.ly/2SkNsme (klik link di profil IG)
Check it out @mada_malaysia at MAHA 2018: Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2018
#madamabeles
#OurFoodOurFuture
#MAHA2018
#AgroPelancongan
#ProjekTravel
#PenaberkalaDotCom
#BloggerMalaysia @ MAEPS, MARDI, Serdang.