Aku masih teringat, Siaran TV hari itu adalah sangat menakutkan, berita terkini memaparkan Malaysia telah di serang, kelihatan gambar mayat-mayat bergelimpangan di Kelantan dan Johor yang di papar di skrin TV, gambar jet penceroboh sedang berligar di ruang udara KL dan letupan demi letupan berlaku.., sebentar kemudian TV padam dan seluruh taman perumahan Black out.
Kemudian terdengan bunyi tembakan, ledakkan bom, juga laungan orang menjerit dan menangis di sana sini..
Dalam kegelapan black out, aku merangkak mencari anak dan isteri, setelah memastikan anak isteri selamat, aku merangkak pulak pergi mengunci pintu dan menutup semua tingkap, dalam kegelapan malam bersama kebingitan perperangan, Aku kukuh berpelukan bersama anak beranak di sudut bilik sepanjang malam..
Tiga hari kemudian, bekalan makanan di rumah Aku sudah habis, beras, tepung, biskut, Maggie, dan kacang semua sudah habis di makan, Aku yang tidak berani nak keluar rumah terpaksa juga keluar hari ini, sebab anak dah menangis tak nak makan biskut lagi, menangis nak makan nasi, menangis nak pergi main kat luar dan menangis nak makan aiskrim, lalu dengan terpaksa, Aku keluar juga dari rumah mencari makanan untuk anak dan isteri tercinta, walaupun bukan anakku, tapi anak saudara merangkap anak tiri kerana ayahnya yang merangkap kembarku telah meninggal dunia akibat kencing manis dua tahun lalu, tapi aku anggap macam anak sendiri, lagipun masih darah yang sama mengalir dalam tubuh si anak..
Dari luar rumah, Aku terlihat langit telah menjadi mendung kerana banyaknya asap di sana sini, dan kereta serta motorku nampaknya sudah hancur berkecai..
Dalam kesamaran pagi, yang dipenuhi kabus dan asap, namun aku masih tahu meniti jalan menuju kedai runcit berhampiran, tapi kedai sudah hancur dan di depan kedai di dapati jalan menjadi begitu tidak rata sekali, bila tersadung dan terjatuh barulah aku perasan jalan yang tidak rata itu adalah disebabkan mayat mayat yang bergelimpangan, dan aku yang sudah lama tidak menangis di atas sejadah hari ini telah bercucuran air mata dengan selebat lebatnya kerana hampir semua mayat itu Aku kenal siapa tuannya, cikgu sekolah, anak saudara, jiran sebelah, tauke kedai mamak, pelayan restoren, anak Pak haji, anak pak ngah, ajk surau, pemuda PAS, orang tabligh, JKK Umno, anti vaksin, ejen shopee, sipolan sipolan..
Oh, mereka semua sudah menjadi mayat..
Tiba tiba Aku terdengar bunyi tembakkan lagi, dan aku sempat lari bersembunyi di sebuah tapak pembinaan yang belum siap, di sana Aku bertemu dengan beberapa kawan yang turut bersembunyi di situ..
Dari tingkap bangunan persembunyian, Aku dapat melihat operasi pecah rumah dari tentera penceroboh telah berjalan, rumah di pecah masuk dan semua penghuni rumah di paksa keluar dan berkumpul di padang taman permainan yang biasa budak budak main bola, dan aku sangat panic tapi tak boleh buat apa-apa bila melihat pintu rumahku di tendang tentera pengceroboh, beberapa askar penceroboh terus masuk dan sebentar kemudian, terlihat isteri aku di seret keluar dengan di cekak rambut, isteri aku mengelumpur meronta tapi di sepak dan di terajang membuatkan isteri Aku terus pengsan, air mata aku terus tumpah apabila melihat anakku juga di layan dengan cara yang sama kejam..
Mereke di seret ke tengah padang, sedang darah mengalir dari kepala mereka.
Tiba tiba berlaku perkara yang lebih dahsyat, semua orang lelaki yang berkumpul di padang telah di tembak sorang demi sorang, anak anak juga di tembak dan di pijak pijak, wanita pula di rogol sebelum ditembak.., isteri aku juga di rogol dan di tembak di kepla, anak aku juga mati di pijak..
Beberapa orang kampong yang bersembunyi mula menjadi hysteria, menjadi gila dan mula mencapai kayu, atau parang lalu keluar dari tempat persembunyian, terus tentera penceroboh tahu bahawa masih ada yang hidup, maka peluru di lepaskan, bunyi bom, letupan di sana sini.., darah bergemercikkan, dan tapak pembianaan yang belum siap itu terus menjadi hancur berkecai bak padang terkukur.., aku sudah tidak sedarkan diri.
Tak lama kemudian, aku terjaga dari pengsan, Aku dapati diriku bersama beberapa rakan yang masih selamat, rupa-rupanya mereka semua selamat melarikan diri buat sementara waktu dan bersembunyi dalam hutan berdekatan, baru aku perasan, kakiku yang sangat sakit, bila dilihat rupanya sebelah kakiku telah tiada, dan rupanya aku pengsan akibat pendarahan teruk terputus kaki akibat serangan pagi tadi, tapi masih ada kawan kawan yang sempat membantu memapah Aku lari ke hutan, kemudian mereka membalut lukaku.
Aku menangis lagi, lalu seorang rakan menghulur ubi mentah, Aku makan dengan rakus dan terus teringat anak anak yang lapar pagi tadi, dan air mata terus tumpah mengenangkan anak dan isteri telah mati di bunuh tentera penceroboh, air mata menamkah masin pada ubi mentah yang sungguh menyelarakan aku yang lapar ini..
Belum sempat aku habiskan makanan, terdengar lagi bunyi tembakan, darah melimpah membasahi ubi mentah, beberapa rakan terus mati serta merta akibat kepala berkecai di tembak tentera penceroboh, Aku campak ubi dan mula merangkak lari tak tahu ke mana, dengan kaki yang masih berlumuran darah, Aku mengesot sedang telinga bingit terdengar bunyi letupan dan tembakan..., tiba tiba aku menggulusur jatuh ke sebuah sungai berdekatan, dalam keadaan kelam kabut aku yang tenggelam timbul cuba menggapai sebab tak mampu berenang dengan satu kaki...
Akhirnya Aku dapat berpaut pada sebatang kayu yang hanyut.., oh, rupa rupanya bukan kayu hanyut, tapi beratus ratus mayat yang sedang hanyut ke muara, dan aku bertambah sedih kerana hampir semua mayat itu aku kenal, dan aku menjerit jerit memanggil nama Allah, apabila ternampak mayat isteri dan anakku juga sedang hanyut menuju muara..., sungai telah lama menjadi merah..
Apabila sungai mulai cetek, dengan susah payah aku tarik mayat isteri dan anakku ke tebing sungai, lalu aku baringkan mayat isteri di sebelah kanan, dan mayat anak di sebelah kiri sedang aku berbaring di tengah antara mereka..
Aku berbaring menunggu maut, kematianku sangat sedih, di saat begini aku teringat dengan kembarku yang pernah terlantar di hospital atas sebab penyakit yang tidak boleh di selamatkan lagi. Kencing manis tahap kritikal. Kakinya di potong, tapi tak sesedih aku, sakitnya di ziarahi kawan kawan, majikan serta saudara mara yang datang mengucapkan salam terakhir, siap makan anggur dan layan Facebook, malahan, segala permintaan arwah yang logik-logik telah dipenuhi oleh isteri dan keluarga, namun arwah masih rasa terkilan dihati sebab rumah yang baru habis ‘installment’ dan baru lepas ‘renovation’ 2 bulan lepas, masih belum puas di diami lagi, tambahan pulak, kereta MPV yang baru di beli, belum puas meronda lagi, kasihan sungguh!
Tapi aku hari ini, berbaring di tepi sungai bersama mayat isteri dan anak yang semakin berulat, tiada teman datang ziarah, tiada buah anggur,..oh, kejap lagi aku akan mati, kembarku waktu mati, mayatnya di mandikan, dikapan, di solat dan di arak kekubur naik keretamayat, lepas tu ada tahlil 3 hari, tapi aku mati hari ini, bersama mayat isteri dan anak yang berulat, dan mayatku juga akan berulat, dan mungkin akan datang anjing meratah mayatku, oh.., mengertilah aku kini erti merdeka..
Erti Merdeka:
"Merdeka adalah bila kita mati, mayat kita dimandikan, dikapankan, disolat, dan ditanam dengan bermaruah, dan jiran datang tahlil rumah kita, tak merdeka, bila kita mati, mayat kita dibiarkan berulat di tepi jalan kerana jiran sibuk berperang, selamat menjadi mayat yang merdeka.”
Selamat Merdeka, selamat hari Malaysia.
(Kisah ini dipetik dari Buku Hamka Keretamayat)
Ps: Merdeka yang sebenar adalah apabila kematian kita dicemburi oleh orang yang beriman. Sebagaimana kisah Sahabat yang syahid, Nabi uruskan mayat mereka hingga Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar merasa cemburu kepada mayat yang merdeka! sejauh mana kematian kita dicemburui orang beriman? atau kematian kita tidak dipeduli langsung kerana kita gagal menjadi muslim yang bermanfaat-renung renungkan, semoga Woha sampai syurga.
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,Diego Maradona dilaporkan sudah tiada pada usia 60 tahun di rumahnya di Buenos Aires pada hari Rabu, 25 November 2020.Agensi berita BBC melaporkan, be...
「berita bola」的推薦目錄:
- 關於berita bola 在 Facebook 的精選貼文
- 關於berita bola 在 Chetapotpet Fans Makeup Lovers Facebook 的最佳貼文
- 關於berita bola 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
- 關於berita bola 在 Budiey Channel Youtube 的精選貼文
- 關於berita bola 在 Namewee Youtube 的最佳貼文
- 關於berita bola 在 Starting Eleven News - Berita Bola Terlengkap - YouTube 的評價
- 關於berita bola 在 Berita Bola Sepak Terkini - Home | Facebook 的評價
- 關於berita bola 在 Berita Bola Terbaru, Berita Judi Online - Pinterest 的評價
berita bola 在 Chetapotpet Fans Makeup Lovers Facebook 的最佳貼文
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
اَللَّهُمَّ اَزِلْ عَنْهُ الْعِلَلَ وَالدَّآءَ، وَاَعِدْهُ اِلَى الصِّحَّةِ وَالشِّفَآءِ، وَاَمِـدَّهُ بِحُسْنِ الْوِقَايَةِ، وَرُدَّهُ اِلَى حُسْنِ الْعَافِيَةِ، وَاجْعَلْ مَانَالَهُ فِي مَرَضِهِ هَذَا مَادَةً لِحَيَاتِهِ وَكَفَّارَةً لِسَيِّئَاتِهِ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّـدٍ.
Ya Allah, hilangkan dari dirinya penyakit, kembalikan dia kepada kesehatan dan ke-sembuhan. Bantulah dia dengan sebaik-baik perlindungan, dan kembalikan dia kepada sebaik-baik kesembuhan. Jadikanlah apa saja yang dirasakannya pada waktu sakitnya sebagai pahala untuk kehidupannya dan penghapus atas segala kesalahan-nya. Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.
Amin Ya Allah , Amin Ya Robbillalamin...
ya allah sembuhkanlah insan ini ya allah , permudahkanlah urusan bagi dia🥺 berikanlah dia kekuatan sesungguhnya kesembuhan itu semuanya dengan izinmu 😔 kita doakan beramai2 insyallah sesungguhnya percayalah pd keajaiban allah s.w.t maha pengasih lagi maha penyayang..
.
.
walapun saya tidak pernah berurusan dgn beliau tapi saya dan suami pernah berkerjasama dengan Team Bola Sepak satu ketika dulu , selepas membaca berita tentang @sitisarahraissuddin saya sebagai ibu terus tersentuh ya allah besarnya dugaannya dengan kelahiran bayi yg pra matang insyallah Sarah awak kuat utk baby ya ❤️ semoga @shuibsepahtu terus tabah dan kuat mengharungi dugaan ini.. allah uji allah syg semuanya ada hikmah be strong!
ps:- Makin hari makin mengganas Covid ni jagalah diri semua ya, sama2 lah kita jaga kita doakan kita semua sentiasa dilindungi oleh penyakit yang telah menghantui kita hampir 2 tahun ni😭
berita bola 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
Diary Management 18 Jun 2021 (Bhg II)
Hari ini hari Jumaat. Sejak empat hari yang lepas, diari saya amat padat dan sarat. Sepanjang hari terdapat pelbagai kerja dan tugasan.
Hari ini amat berlainan. Ada dua agenda atau mesyuarat sahaja. Jam 9 pagi ada taklimat tentang Piawaian Pelaporan Perakaunan Baitul Mal, Zakat dan Waqaf yang dibentangkan oleh Jabatan Akauntan Negara kepada ahli2 MAIWP. Piawaian ini kemungkinan besar adalah yang pertama di dunia. Ia amat sesuai dengan MAIWP.
Agenda kedua ialah Mesyuarat MAIWP bermula jam 10 pagi.
Ini berita baik.
Ada juga berita 'kurang baik'.
Agenda dan bahan perbincangan ada tiga file semuanya. Apa yang telah berlaku? Mesyuarat hanya berakhir jam 6 petang dengan rehat dari jam 1.15 tengahari sehingga 2.30 petang. Memang berasap. Tapi perbincangan always insightful dan unlocking.
Sebelah petang sebelum senja menjelma menutup sinar bola matahari, saya hanya mampu buat satu perkara. Melihat dan menikmati pelbagai bunga raya yang sedang berkembang cantik dan anggun di halaman rumah.
Memang bunga raya pelbagai warna. Macam manusia juga. Pelbagai rupa dan warna. Hakikatnya tetap sama. Bunga raya juga cepat berbunga dan juga cepat luruh. Tak tahan sampai dua hari. Namun kebaikannya ia banyak tunas bunga. Sekuntum bunga luruh, dua tiga kembang mekar.
Kalau kita berdosa atau kekurangan satu dua, gantikan dengan seratus & seribu kebaikan. Dalam al-Quran "Sesungguhnya kebaikan boleh memadam keburukan". Ini adalah antara 10 perkara yang boleh menghapuskan dosa kejahatan mengikut Imam Ibn Taymiyyah (5 semasa hidup dan 5 selepas kematian).
Semoga MAIWP sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. Semoga kita mengambil aura dan sikap bunga raya. Be of different colours but of the same heart. Dont ever give up producing new achievement every single day.
MDB
berita bola 在 Budiey Channel Youtube 的精選貼文
Diego Maradona dilaporkan sudah tiada pada usia 60 tahun di rumahnya di Buenos Aires pada hari Rabu, 25 November 2020.Agensi berita BBC melaporkan, bekas pemain tengah dan pengurus pasukan Argentina itu mengalami serangan jantung.
Maradona sebelum ini menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku pada otak pada awal November lalu, selain pernah menjalani rawatan kerana ketagihan alkohol.
https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!
berita bola 在 Namewee Youtube 的最佳貼文
This song supported by local Radio, Press and TV in different languages. I think it’s my first time! Thanks all Musicians and coordinators who participating to this project. I wish everything will be OK LAH! Fxxk Off Corona!!!
這首歌的反應讓我有點意外,各大種族都跑來留言支持了。我想不如我來辦一個歌唱比賽吧!有獎金的ok? 我能夠分別在家裏面錄製,相信你們也能做到!先讓你們聽聽歌詞版,背熟一點,我才來宣布比賽詳情。啊來來來來。。。
黃明志向經典致敬《亞洲通才》2020音樂專輯12月1日在台灣唯一發行! 請大家多多指教!Stay tuned for my latest music album《Asian Polymath》which released on December 1st!
Purchase Namewee Latest [Asian Polymath] , Others Music Albums & Merchandises Please log in https://namewee4896.com/
欲網購黃明志最新實體專輯[亞洲通才]及歷年專輯和周邊商品請到 https://namewee4896.com/
「OK Lah高清版MV」:https://bit.ly/3d6ISCx
-
Makan tidur tidur makan
Handphone dapur dapur handphone lagi (Alamak)
Aku rindu nasi lemak telur mata
Teh tarik tarik tarik tarik tarik minum semeja
Kesianlah doktor Missi bila nak makan?
Sorrylah polis askar pun belum rehat
Topeng cover muka tapi peningmu aku boleh rasa
Kali ini rakyat kita mesti menang
Uncle Auntie tengok drama main taichi yoga
Just stay at home jangan nakallah tunggu berita
Ok lah ok lah
Semua settled dah ok lah
Nak bangun awal (Good morning) pergi sekolah (Lalalala)
Memang Ok lah ok lah
Sayonara Corona!
Tauke di mana? (Gong Xi Fa Cai) I nak pergi kerja
Makan tidur tidur makan
Sofa tilam tilam sofa lagi (Alamak)
Aku rindu roti tisu kat kedai mamak
Suruh member I semua mari lepak minum bersama
Ok lah ok lah
Semua settled dah ok lah
Nak bangun awal (Vanakam) pergi sekolah (Lalalala)
Memang Ok lah ok lah
Sayonara Corona!
Tauke di mana? (Alhamdulillah) I nak pergi kerja
Ok lah ok lah
Semua settled dah ok lah
Nak bangun awal pergi sekolah
Memang Ok lah ok lah
Sayonara Corona!
Tauke di mana? I nak pergi kerja
*Bila nak keluar? Oh sayang I nak main bola
-
數位音樂下載 Online Music Download【OK Lah!】:https://lnk.to/3fynZmkR
-
Namewee 黃明志 Official Facebook Fan Page:
https://www.facebook.com/namewee/
Namewee YouTube Channel Link:
http://www.youtube.com/user/namewee
#Namewee #黃明志 #OKLAH #亞洲通才 #AsianPolymath
berita bola 在 Berita Bola Sepak Terkini - Home | Facebook 的推薦與評價
Berita Bola Sepak Terkini, Kuala Lumpur, Malaysia. 118250 likes · 7334 talking about this. BERITA BOLA SEPAK TERKINI Merupakan sebuah platform media... ... <看更多>
berita bola 在 Berita Bola Terbaru, Berita Judi Online - Pinterest 的推薦與評價
2017 Jan 16 - Kumpulan Berita Tentang Permainan Judi Online. Lihat ide lainnya tentang libros, berita, formula 1. ... <看更多>
berita bola 在 Starting Eleven News - Berita Bola Terlengkap - YouTube 的推薦與評價
Starting Eleven News: Channel Berita Bola Terlengkap & Terupdate. ... <看更多>