Berikut adalah senarai bantuan-bantuan yang anda boleh mohon ketika ini untuk meringankan bebanan PKP 3.0
📌Rayuan BPR dibuka mulai 15 Jun 2021
https://www.tcer.my/rayuan-bpr-dibuka-mulai-15-jun/
📌Permohonan Bantuan RM500 Warga Emas
https://www.tcer.my/permohonan-bantuan-rm500-warga-emas/
📌Bantuan EIS Perkeso Bagi Kehilangan Pekerjaan
https://www.tcer.my/bantuan-eis-perkeso-rm600-bagi.../
📌Bantuan Belia RM1000
https://www.tcer.my/bantuan-belia-rm1000-untuk-yang.../
📌Bantuan Penebusan Jaringan RM180 dan RM300
https://www.tcer.my/cara-penebusan-bantuan-jaringan.../
📌Permohonan Bantuan RM300 Sebulan BTB (Khas Untuk OKU Tidak Bekerja)
https://www.tcer.my/permohonan-bantuan-rm300-sebulan-btb/
📌PEMERKASA PLUS Bantuan Sehingga RM1500
https://www.tcer.my/pemerkasa-plus-bantuan-sehingga-rm1500/
📌E-Belia RM150
https://www.tcer.my/penebusan-e-belia-rm-150-dibuka.../
📌Insentif Perantis Baru RM800 PERKESO Pemerkasa
https://www.tcer.my/insentif-perantis-baru-rm800-perkeso.../
📌KerjayaGig PERKESO: Insentif Pekerja Dan Majikan
https://www.tcer.my/kerjayagig-perkeso-insentif-pekerja.../
📌 Permohonan Moratorium PKP 3.0 Bank Negara Malaysia
https://www.tcer.my/permohonan-moratorium-automatik-pkp.../
📌 Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN
https://www.tcer.my/permohonan-pengecualian-bayaran.../
📌Permohonan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi PEMERKASA Plus
https://www.tcer.my/permohonan-skim-rehabilitasi-sewa.../
📌Cara-Cara Membuat Permohonan Telefon Pintar Percuma B40
https://www.tcer.my/telefon-pintar-percuma/
📌Bantuan Caruman RM163 Dalam SPS Prihatin Wanita
https://www.tcer.my/sps-prihatin-wanita/
📌Skim Perumahan Belia BSN Subsidi RM200 Sebulan
https://www.tcer.my/skim-perumahan-belia-bsn-subsidi.../
📌Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Dibuka Untuk Golongan B40 (TEDUH)
https://www.tcer.my/permohonan-rumah-mampu-milik-2021-teduh/
Kredit: Bernama
caruman perkeso 在 Facebook 的精選貼文
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐌𝐀𝐌𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡𝗚 𝐁𝐄𝐑𝐍𝐀𝐒𝐈𝐁 𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐈 𝐅𝐀𝐒𝗔 𝟮 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔.
1. Penerima pertama merupakan seorang suri rumah berumur 37 tahun yang menghidapi sakit kronik kencing manis semenjak dari sebelum berkahwin lagi. Beliau juga menghidap penyakit paru-paru berair dan lemah jantung dari tahun 2019. Pada tahun 2020, kaki kiri beliau terpaksa dipotong sehingga ke paras peha akibat dari kencing manis kronik yang dialami. Pergerakan dan pengurusan diri terpaksa dibantu oleh suami yang berniaga sambilan atas talian dari rumah dengan menjual simkad telefon dan makanan ringan (paru rangup) serta menanggung 2 orang anak yang berusia 7 dan 9 tahun. Pernah memohon bantuan PERKESO tetapi ditolak atas sebab caruman yang tidak mencukupi. Penerima ini mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah setiap bulan dan ada menerima Bantuan Kanak-Kanak dari JKM sebanyak RM300 sebulan. Selain itu, adik beradik beliau turut meyumbang dari segi kewangan dengan anggaran sebanyak RM600 sebulan bagi meringankan beban. Mereka ini mendiami di rumah pusaka peninggalan keluarga suami.
2. Penerima kedua berumur 26 tahun pernah mengalami kemalangan jalan raya pada tahun 2015 menyebabkan patah 3 tulang kaki kiri sehingga ke pinggang. Kesan dari kemalangan tersebut, beliau tidak boleh duduk atau berdiri terlalu lama sehingga ke hari ini dan menyebabkan beliau tidak boleh bekerja. Segala pengurusan diri diurus sepenuhnya oleh ibu beliau yang juga mengalami masalah kesihatan seperti strok, kencing manis, darah tinggi dan baru menjalani pembedahan membuang selaput mata dan pemasangan kanta mata. Ayahnya pula seorang pesara juga mengalami masalah kesihatan iaitu Alzheimer dan prostat. Penerima ini menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 setiap bulan.
3. Penerima ketiga pula merupakan seorang OKU terlantar yang mengalami sakit Celebral Palsy dan Hydrocephalus sejak kecil. Satu dari saluran otaknya tersumbat dan pernah menjalani pembedahan ketika usia 2 bulan bagi mengelakkan dari kepala membesar. Disebabkan masalah kesihatan yang dialami, segala keperluan diri diurus sepenuhnya oleh ibunya yang tidak bekerja. Beliau juga perlu minum susu khas melalui tiub dan menggunakan lampin pakai buang yang menelan kos sehingga RM1500 setiap bulan. Ayahnya seorang pesara dan terpaksa menggunakan sepenuhnya wang pencen setiap bulan bagi pembelian susu dan lampin selain dari menyara serta menanggung keperluan keluarga tersebut. Penerima ini turut menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 setiap bulan.
Yang Berhormat Dato' Haji Abdul Rahman Bin Salleh, Pegawai Daerah Johor Bahru telah menyempurnakan penyerahan kurniaan kepada ketiga-tiga penama.
Beliau turut diiringi Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Penghulu Tinggi, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung.
caruman perkeso 在 Facebook 的最佳解答
Sesi bersama YB Wong Chen semalam bagi mengupas isu dan cabaran gig ekonomi. Saya menekankan keperluan memperkenal sistem jaringan keselamatan sosial buat pekerja gig ekonomi semenjak 2020 di Parlimen memandangkan mereka merupakan salah satu tenaga barisan hadapan ketika zaman pasca pandemik ini.
Menurut MDEC, hanya 7% daripada 460,000 pekerja gig yang telah mendaftar dengan PERKESO sejak 1 Jan 2020. Setakat ini, pekerja gig hanya layak mendapat perlindungan secara sukarela menerusi Self-Employed Insurance Scheme (SEEIS) dan i-Saraan.
Skim perlindungan sosial bagi pekerja gig ekonomi seharusnya dilaksanakan secara mandatori dan automatik, misalnya menerusi caruman harian.
Begitu juga dengan isu jurang peluang bagi membangunkan kemahiran (upskilling) dan pemahiran semula (reskilling) bagi pekerja gig ekonomi - akses kepada peluang ini perlu bersifat inklusif dari segi penggunaan bahasa dan juga merentasi pelbagai kemahiran.
Tonton video soalan saya berkaitan jaringan keselamatan sosial pekerja gig ekonomi di Parlimen :
https://youtu.be/49i4LD449vs
caruman perkeso 在 Caruman PERKESO khusus untuk guru KAFA - YouTube 的推薦與評價
Kerajaan Negeri bersetuju menyediakan peruntukan caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial ( PERKESO ) buat 4200 guru-guru KAFA di Selangor ... ... <看更多>
caruman perkeso 在 Syntax Technologies Sdn Bhd - Facebook - 登录或注册 的推薦與評價
Caruman Perkeso May Extended Start From April 社险局呈报可能从4月开始延迟The last date of the caruman perkeso payment was delayed from the 15th to the last ... ... <看更多>