Hari Ulang Tahun Kelahiran
Besok umur saya genap 56 tahun. Saya dilahirkan ke dunia ini pada 5 Mac 1964. Di waktu tengahari tadi, saya dikejutkan dengan majlis makan2 di pantri ofis saya sempena hari ulang tahun kelahiran saya kali ke-56.
Ada banyak lagi kejutan. Saya diberikan hadiah jam tangan istimewa iaitu jam tangan LFC - you will never walk alone. Di tahun lepas, saya mendapat jersi LFC.
Yang paling saya terkesan ialah menu makanan tengahari. Menu tengahari tadi adalah sambal tumis telor itik, sayur lemak timur dan ikan kembung goreng (ikan temenung). Apa yang menariknya sangat? Ini adalah masakan popular emak saya sewaktu saya menghadiri kelas tambahan di waktu petang semasa darjah enam. Saya sebutkan menu ini dalam buku terbaru saya (akan datang) Kembara Ilmu dari Sg Korok ke St Andrews. Ini adalah nostalgia kehidupan susah saya.
Kejutan bukan terhenti sekadar itu. Ada di kalangan warga kerja Amanie yang membawa pingan mangkuk zaman lama untuk mengembalikan nostalgia zaman dahulu. Terima kasih semua warga kerja Amanie dan juga interns kat Amananie.
Dalam ucapan rengkas saya, saya sebut bahawa bekerja dengan sebuah syarikat swasta seperti Amanie memerlukan kepada tawakal yang tinggi berbeza dengan sektor awam. Setiap warga kerja di Amanie adalah ibarat seekor burung keluar terbang di waktu pagi mencari rezeki tanpa mengetahui di mana rezeki yang disediakan oleh Allah. Itu tidak cukup. Seekor burung di sarang Amanie perlu berani dan mampu terbang lebih tinggi dalam semua keadaan cuaca. Laluan terbangan dan destinasi terbangan perlu berubah setiap hari.
Akhir kata, semoga umur kita diberkati Allah. Terima masih rakan2 saya di keluarga Amanie.
MDB
「cuaca besok」的推薦目錄:
- 關於cuaca besok 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
- 關於cuaca besok 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
- 關於cuaca besok 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
- 關於cuaca besok 在 Prediksi BMKG Terkait Cuaca, Hujan & Banjir Hari Ini - YouTube 的評價
- 關於cuaca besok 在 Cuaca Kini - Home | Facebook 的評價
cuaca besok 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
Dari Majlis Konvokesyen ke Majlis Perkahwinan
Selepas sahaja tamat sesi Majlis Konvokesyen UIAM kali ke 35 petang semalam, saya terus memandu kereta ke Parit Buntar. Kami menziarahi kawan yang akan ke Mekah di Lubok Buntar jam 1130 malam dan kemudian menelusuri bandar Parit Buntar yang sunyi sepi untuk tempat penginapan kami. Itulah fakta kehidupan...malam dijadikan sebagai masa berehat dan 'disconnect from the world'...untuk beberapa ketika.
Sebelah pagi tadi, terus ke Mesjid untuk menyaksikan acara akad nikah anak saudara kami sebelum melayani tetamu sepanjang majlis kenduri. Alhamdulillah cuaca baik sepanjang majlis.
Sekarang dalam perjalanan ke Kedah untuk beberapa acara sosial dan semi- sosial. Tak sabar2 nak menyedut udara hijau kuning negeri Kedah. Memang udara di Kedah...tempat kelahiran...selalu mengilhamkan. Inilah tabiat manusia yang semestinya sayang tempat lahir dan tempat dia membesar. Tapi ini tidaklah sampai ke peringkat industri menyimpan udara Tel Aviv di Israeal dalam tin yang kemudiannya dijual di Amerika kepada mereka yang ingin menghirup udara Tel Aviv.
Dalam perjalanan ke utara melalui Plus highway, pasti akan melewati Sg Dua. Kami berhenti untuk menikmati mee udang. Sedap juga. Kemudian kami sambung perjalanan ke Alor Star menuju kawasan Pintu Sepuluh. Pintu Sepuluh ialah sebelah kampung tempat saya dilahirkan iaitu Jalan Lumpur. Besok kalau ada masa boleh pergi menjejaki tempat lama dan nostalgia.
Sepanjang perjalanan ke Alor Star, terhibur dengan kawasan bendang dan sawah padi yang sedang disediakan untuk tanaman padi. Semuanya dipenuhi dengan air. Inilah fasa yang paling perit dalam kehidupan seorang petani. Tanah kena dibajak...diterbalik dan diputar. Sampah dan rumput kena dibersihkan. Kenapa tidak boleh tabur saja benih padi atas tanah sedia ada? Ada faktor biologi di sini. Faktor kemanusiaan pula...inilah hidup yang penuh dengan kerja kuat. Rezeki tak akan masuk ke dalam mulut dengan sendiri. Semua kena bekerja untuk rezeki...burung, ikan, semut, singa, lebah, ulat dan juga manusia walaupun rezeki sudah ditulis oleh Allah.
Saya akan cerita acara Konvokesyen UIAM dalam posting yang lain. Menarik dan penuh iktibar.
MDB
cuaca besok 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
Pelbagai Aktiviti 24 to 25 Oktober
Minggu ini agak padat....terlalu padat. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan lancar.
Pada 24 Oktober, selepas mesyuuarat di Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriiti di waktu pagi, saya terus ke Overly Hotel, Putraya untuk keynote address di RDC Biz...1st seminar for Asia Pacific. Tajuk saya adalah Economy of Geography.
Pada 25 Oktober, hari Jumaat, saya mulakan hari saya dengan perkongsian idea dan perspektif dengan pegawai2 di UIAM ( Assistant Directors dan ke atas). Tajuk saya adalah The Role of Administrators at Higher Learning Instututions. Tajuk biasa sahaja tapi saya bawa pengalaman di dunia korporat supaya pegawai2 UIAM dapat menjadi lebih cekap, cepat, patuh kepada integriti dan berimpak tinggi.
Sebelum solat, saya mempengerusikan mesyuarat Pre-Board of Governors untuk UIAM. Selepas solat Jumaat, sempat menyantunii Sheikh Mustafa al-Bugha seorang ulamak besar dari Syria yang sedang berada dalam lawatan di Malaysia. Pelajar dan sarjana Syariah akan pernah membaca karya2 beliau.
Selepas makan tengahari di Mesjid, saya terus bergerak melihat lokasi walkway pelajar yang ingin dibangunkan walkway berbumbung sejauh 800 meter. Dalam cuaca yang panas dan hujan, adalah agak sulit dan sukar kepada pelajar untuk berjalan tanpa ada bumbung. Ini adalah projek SRC (Students Representative Council). Saya cuba mempermudahkan projek ini dengan mempertemukan pihak SRC dan pihak pembangunan UIAM. Nampaknya, kesepakatan sudah dicapai untuk mempercepatkan projek ini yang disokong pula oleh projek panel solar sepanjang walkway ini. SRC namakan projek ini Walkway Waqf Project sebab pelajar sudah menyumbang sejumlah wang sebagai wakaf untuk membantu menyumbang kepada projek ini. Tahniah SRC dan para penyumbang di kalangan pelajar dan terima kasih pihak Pembangunan UIAM yang akan bekerjama melalui projek panel solar dalam merealisasikan projek walkway ini.
Hari ini iaitu hari Ahad, saya dalam perjalanan ke Bangkok untuk beberapa siri mesyuarat malam ni dan juga sesi kewangan Islam untuk pelabur dan issuer/pelangggan sepanjang hari besok. Bagi saya, Thailand dan negara sekitarnya adalah pasaran baru yang perlu diterokai.
MDB
cuaca besok 在 Cuaca Kini - Home | Facebook 的推薦與評價
Perubahan cuaca yang luar kelaziman dan kedatangan hujan yang tinggi beberapa hari sebelum dan selepas hari ini dipercayai telah disebabkan oleh kedatangan ... ... <看更多>
cuaca besok 在 Prediksi BMKG Terkait Cuaca, Hujan & Banjir Hari Ini - YouTube 的推薦與評價
Untuk anda yang akan melakukan aktivitas hari ini, simak dulu prakiraan cuaca di sejumlah kota besar ... ... <看更多>