AWAS! MAK AYAH JANGAN BUAT KESALAHAN NI KALAU ANAK DEMAM!
No.4 tu ramai buat tapi silap teknik 😂
6 BENDA IBU AYAH PERLU TAHU PASAL DEMAM TINGGI:
1. #DEMAM_VIRUS
-Kebanyakan demam tinggi ni disebabkan virus.
-Dan viral fever ni biasanya memang akan lega sendiri within 3-5days.
-Tak perlu minta kat doktor nak antibiotik 😂
-Lama mana demam? Bergantung pada "kekuatan" virus dan kekuatan imuniti kita nak lawan virus. Ala-ala macam ultraman lawan raksasa 😝
-Kekuatan virus takleh ubah, tapi kita boleh kuatkan immuniti badan, contohnya ambik #vitaminC-rich food.
.
2. #MONITOR
-Tugas mak ayah monitor hydration, makan minum, dan keaktifan anak yang demam.
-Kalau demam sampai takmau makan dan minum, pastu dehydrated lembik melepek je, kena bawak ke hospital. Kalau ragu-ragu bawak je jumpa doktor untuk pemeriksaan.
-Kalau demam virus biasa ni, bila demam kebah, anak-anak masih aktif, masih nak main.
-Lagi satu, kalau anak ada batuk selsema sampai nafas laju, atau nampak macam nak penat/semput, atau cirit birit sampai lembik, sila bawa jumpa Dr.
.
3. #UBAT_DEMAM
-Ada mak ayah yang takut bagi ubat demam banyak-banyak. Kena bagi ubat demam regular 6 jam sekali masa demam tinggi, antaranya sebab nak elak sawan demam. Sawan lagi bahaya!
-Bagi ubat demam 6-8 jam sekali. Ubat demam paracetamol generally selamat. Kalau anak suka luah balik ubat, takut tak berkesan, bagilah ubat punggung (suppository PCM) 6 jam sekali.
.
4. #JELUM
-Buat juga tepid sponging. Jelum dengan air.
-Air suhu bilik je pun OK
-Pastu dah jelum dengan tuala basah, #jangan pulak tepek tuala tu sampai 10 minit atas kepala budak 😂 nanti haba lagi terperangkap takleh keluar, padahal kita nak turunkan suhu dia 😅
-Cara yang betul, jelum dan angkat. Jelum dan angkat tuala basah tu. Biar air kering sendiri atas badan anak
.
5. #DENGGI?
-Lepas 3 hari kalau demam tak kebah, boleh bawa ke klinik/hospital untuk cek darah. Takut demam denggi, atau demam yang ada secondary bacterial infection (jangkitan kuman) yang perlukan antibiotik.
-Tapi kalau lepas ambik darah, terbukti demam virus, sekali lagi, tak perlu minta antibiotik 😁
.
6. #RUAM
-Kadang-kadang ada anak-anak lepas demam kebah, dia akan naik ruam merah satu badan. Kita panggil viral exanthem.
-Biasanya tak merbahaya dan akan hilang sendiri.
-Tapi kalau takut ruam lain eg campak, ruam sebab denggi, etc, sekali lagi boleh jumpa Dr untuk diperiksa 😊
Sumber: Dr Hana
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...