JENAHAK MASAK KICAP
Kalau dapat ikan yang segar, masak apa pun sedap 😀. Lagi pulak dapat ikan yang best ni, mmm, memang menjadi ler.
Ni haa, Cik No buat masak kicap jer, kena sangat dah rasanya.
Nak cuba resepi Cik No, meh tengok 👇
RESEPI IKAN JENAHAK MASAK KICAP
Bahan-bahan :
Ikan jenahak
1sdb Kicap pekat manis
1sdb sos tiram
1sdb cili kisar
3 biji Buah pelaga
1 batang kayu manis
Cili merah - hiris
Minyak masak
Gula
Garam
Kunyit
Halia
Bawang putih
Bawang besar
Air
Cara Memasak :
1. Ikan dilumur garam, kunyit dan digoreng garing
2. Panaskan minyak masak, tumiskan buah pelaga, kayu manis, bawang putih dan halia sampai naik bau
3. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. Masukkan 1/4 sdt gula .
4. Masukkan kicap pekat dan sos tiram yang dah dibancuh dengan air (nak kuah letak lebih air)
5. Biarkan mendidih. Masukkan ikan yang sudah digoreng dan gaul rata.
6. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat, dan cili merah. Gaul dan biarkan seketika.
7. Apabila bawang sudah nampak layu sedikit, padamkan api. Perasakan garam. Kacau timba kuah. Boleh cedok dan hidang.
Selamat mencuba 😀
#DariDapurCik No Or
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...