Sometimes, I think I'm still 16 years old, until I try to do extreme activities..
Damn... my knee pain.. LOL.. #truestory 😅
Sometimes, I don't really feel it until I run a few flights of stairs or start wearing my heels recently. #VainPot. You know being Asia, I do the Asian way, eating a lot of pig trotters to 以形补形🤤 (heal or nourish a body part by eating something that is visually similar to the respective body part aka pork trotters.) 😝
Let's not discuss if there is even scientific proof, just eating that alone is not enough when I have an active lifestyle and hitting the big 4 soon. So recently, I have just started to try out a premium collagen from Aussie Health Singapore Collagen Joint Restore Effervescent Tablet, it is a sugar-free, natural formula, made in Germany.
Its contains hydrolyzed type II collagen and glycosaminoglycans. Simply put,
Hydrolyzed type II collagen is simply native collagen that's been broken down (via enzymatic hydrolysis) into peptides which are highly digestible and bioavailable proteins.
And glycosaminoglycans play a crucial role in the cell signaling process, including regulation of cell growth, proliferation, promotion of cell adhesion, anticoagulation, and wound repair.
Coupled with other vitamins and minerals, the regular intake helps to support joint and bone health, reduce inflammation and rebuild cartilage.
If u take it consistently every day 1-2 times, you can feel the results about 2 weeks, that's for me. 🤗 Qiqi Low
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
enzymatic hydrolysis 在 Santai Ben Ashaari Facebook 的最佳貼文
🌸INFO HALAL SEMASA 🌸
07 RAMADHAN 1438 H
02 JUN 2017 M
*INFO UMUM KOLAGEN DAN SUMBERNYA*
▶Jika disebut tentang #kolagen, pasti ramai yang tidak asing lagi terutama sekali bagi kaum wanita.👰🏼👩🏼
▶Ini kerana kita sering menjumpai kolagen ini ditambah dalam produk makanan tambahan/suplemen mahupun produk kosmetik dan kecantikan.
▶Pada asasnya, khasiat kolagen diaplikasikan dalam industri makanan, perubatan, kesihatan dan kosmetik.
▶Pengambilan kolagen oleh rakyat Malaysia kini semakin meningkat kerana ingin merebut khasiatnya terutamanya untuk mencantikkan kulit.
▶Produk yang mengandungi kolagen juga sering dikaitkan juga sebagai produk anti penuaan kerana fungsi kolagen diaplikasikan untuk menggantikan kolagen yang hilang pada tubuh.
Tetapi tahukah anda apa itu kolagen?🤔
*⃣Kolagen adalah sejenis protein yang banyak terdapat pada haiwan vertebrata atau haiwan bertulang belakang seperti ikan🐠, amfibia, reptilia, burung 🦅dan mamalia termasuk manusia.
*⃣Jaringan kolagen merupakan struktur asas dalam kulit, tendon, tulang, membran dan tisu penghubung haiwan-haiwan tersebut.
*⃣Kolagen memberikan struktur kepada kulit dan saling bekerjasama dengan protein yang dipanggil elastin untuk memberikan fleksibiliti yang diperlukan apabila kulit meregang dan kembali kepada kedudukan asal.
*⃣Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit menjadi tidak tegang dan berkedut. Fiber kolagen pada otot juga memberi kekuatan untuk otot bergerak dan menjalankan fungsinya sepanjang hari.
*Apakah sumber kolagen komersil?*
Kebiasaannya kolagen komersil ini diproses daripada tiga (3) sumber utama iaitu:
🌷 *IKAN*
Kolagen ikan atau juga dikenali sebagai kolagen marin lazimnya diekstrak dari ikan laut sejuk dan kebiasaannya dari ikan salmon dan ikan merah.
Terdapat kajian menyatakan kolagen marin adalah 1.5 kali lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding kolagen dari sumber lembu atau babi.
🌷 *LEMBU*
Kolagen diekstrak dari tulang, kulit dan otot haiwan ini. Ia perlu diperoleh daripada sumber lembu 🐄 yang disembelih mengikut hukum syarak.
Di samping itu, kolagen dari sumber lembu atau ikan 🐠 juga perlu dipastikan tiada berlaku percampuran bahan-bahan yang haram atau meragukan status halalnya semasa pemprosesan.
🌷 *BABI*
Kolagen juga turut diekstrak dari tulang, kulit dan otot haiwan ini 🐖. Hukumnya haram dan sama sekali dilarang penggunaannya kerana dikategorikan sebagai najis berat.
Antara istilah-istilah berkaitan kolagen:
🌺 *Kolagen tumbuhan (plant collagen) / Kolagen rumpai laut (Seaweed Collagen)*
Tiada kolagen yang terhasil daripada tumbuhan. Istilah ‘Plant Collagen’ digunakan kerana ekstrak dari sesetengah rumpai laut (seaweed) mempunyai ciri-ciri menyerupai kolagen.
🌺 *Kolagen terhidrolisis (Hydrolyzed Collagen)*
Kolagen terhidrolisis adalah bahan yang terhasil daripada pemecahan kolagen. Ia melalui proses hidrolisis yang melibatkan penguraian sebatian oleh tindak balas dengan molekul air.
Banyak produk suplemen kolagen atau produk kecantikan berasaskan kolagen mengandungi kolagen terhidrolisis.
Walaupun sumbernya mungkin datang dari haiwan yang halal, namun perlu dipastikan tiada berlaku percampuran bahan-bahan yang haram atau meragukan status halalnya semasa pemprosesan seperti enzim-enzim yang sering digunakan ketika kolagen ini melalui proses ‘enzymatic hydrolysis’.
Kolagen merupakan antara ramuan kritikal dalam penentuan status halal kerana sumber utamanya adalah haiwan dan boleh diperolehi daripada sumber yang haram.
Menurut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Semakan Ketiga) 2014, bahan mentah / ramuan yang berasaskan haiwan hendaklah mempunyai sijil halal yang sah.
Oleh itu, jadilah pengguna yang bijaksana dengan mengutamakan produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal Malaysia atau badan-badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.
Hal ini kerana, produk yang telah dipersijilkan halal telah disemak kandungan bahan ramuannya dan cara pemprosesan keseluruhannya termasuklah status halal kolagen dan sumbernya.
Untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar MyJakim.
Logo-logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh diperoleh di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-
http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara
Ikuti pelbagai info halal semasa dikoleksi:-
http://bit.ly/InfoIlmuHalalSemasa
#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar