Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada masyarakat Sabah dan Sarawak yang menyambutnya.
Sambutlah dengan norma baharu bagi mencegah penularan Penyakit COVID-19. Perayaan ini disambut sebagai hari kesyukuran selepas musim menuai hasil tanaman.
Walaupun sambutan tahun ini disambut lagi dalam susana berbeza tanpa aktiviti kunjung mengunjung untuk menentang penularan pandemik COVID-19, namun saya berharap situasi itu tidak akan menghalang kita daripada berhubung sesama ahli keluarga dan sahabat untuk menyatakan kesyukuran dan kegembiraan menyambut perayaan ini secara maya.
Semoga perayaan ini terus menyemarakkan keharmonian antara kaum di Malaysia dan memperkukuhkan perpaduan sesama kita.
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan! Gayu Guru Gerai Nyamai, Senang Lantang Nguan Menua!
Ikhlas daripada,
AINIE HAZIQAH
Exco Srikandi BERSATU Malaysia
#HariKaamatan2021
#HariGawai2021
#WanitaMudaKerja
#WanitaMudaNegara
Search