Nampak sama tapi bukan dia 😂
1988 vs 2020.
Thank you @miaskitchen_miaali realisasikan impian mader nak kek birthday @indah.nufa no 1 persis kek Mader dolu2.
Yesss @mia_miaali nailed it!
Kek sedap, cantik, berat. Choc moist cake + choc ganache + fresh cream utk corak2 cantik tu. 😍🎊🎉😘🥳
Tak tau nak cakap macam mana tapi mader memang happy sangat2, terharu and touching bila tengok kek ni 😢🥰.
Throwback masa kecik2 dlu. Kek ni dulu maklong special order kt kedai kek Kuala Pilah. Mader dgn @thefaridomar cucu sulung, so makcik pakcik kita excited lah sambut besday cucu 1st.
Kalau kek dulu2 bunga kt kek tu mcm biskut mesti berebut nak makan bunga tu. Siapa pernah berebut bunga kek tu..?? 🙋🏻♀️😂
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「kedai makan kuala pilah」的推薦目錄:
- 關於kedai makan kuala pilah 在 Ain Sufia - Kmpln AWOK Facebook 的最讚貼文
- 關於kedai makan kuala pilah 在 Ain Sufia - Kmpln AWOK Facebook 的最讚貼文
- 關於kedai makan kuala pilah 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
- 關於kedai makan kuala pilah 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
- 關於kedai makan kuala pilah 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於kedai makan kuala pilah 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於kedai makan kuala pilah 在 Kedai Makan Ain - Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia 的評價
- 關於kedai makan kuala pilah 在 Tempat Makan Menarik di Kuala Pilah - YouTube 的評價
kedai makan kuala pilah 在 Ain Sufia - Kmpln AWOK Facebook 的最讚貼文
Nampak sama tapi bukan dia 😂
1988 vs 2020.
Thank you @miaskitchen_miaali realisasikan impian mader nak kek birthday @indah.nufa no 1 persis kek Mader dolu2.
Yesss @mia_miaali nailed it!
Kek sedap, cantik, berat. Choc moist cake + choc ganache + fresh cream utk corak2 cantik tu. 😍🎊🎉😘🥳
Tak tau nak cakap macam mana tapi mader memang happy sangat2, terharu and touching bila tengok kek ni 😢🥰.
Throwback masa kecik2 dlu. Kek ni dulu maklong special order kt kedai kek Kuala Pilah. Mader dgn @thefaridomar cucu sulung, so makcik pakcik kita excited lah sambut besday cucu 1st.
Kalau kek dulu2 bunga kt kek tu mcm biskut mesti berebut nak makan bunga tu. Siapa pernah berebut bunga kek tu..?? 🙋🏻♀️😂
kedai makan kuala pilah 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
Tazkirah Jumaat...12 June 2020
Hidup Biar Berperanan Tapi Jangan Menyengat Orang Sekeliling
“Guys, aku nak cerita apa yang my mom pernah cerita waktu aku kanak-kanak”, Faruk menukar tajuk perbincangan. Ada tujuan tertentu. Faruk menjemput mereka semua untuk sesi perbincangan petang ini bukan sekadar untuk makan dan minum atau membincang soal kepimpinan wanita atau pun kepimpinan dunia.
“Share with us please”, Franchis membuka ruang kepada Faruk. Orang mempelawa, kena disambut. Kalau tidak, dunia tidak mesra dan tidak hidup.
“Kalau kamu boleh jadi seekor semut, kamu nak jadi semut apa? Semut hitam, semut api atau kerengga?” “Ibu aku bertanya kepada aku sewaktu dia mengikat tali kasut sekolah aku waktu aku darjah satu”, Faruk menceritakan dialognya dengan ibunya.
“Apa jawapan kamu”, Nathan bertanya.
“Aku jawab semut api”.
“Kenapa?” “Tanya ibu ku lagi”.
“Kuat dan boleh menyengat”. “Aku menjawab soalan ibuku ini dengan dengan minda kanak-kanak aku”, Faruk terus bercerita.
“Kerengga pun boleh menyengat”. “Ibuku cuba menyanggah jawapan aku”, sambung Faruk.
“Semut api lebih nampak cantik dan kuat berbanding kerengga yang ringan dan kosong. Semut hitam pula kecil, tidak cantik dan tidak nampak kuat”. “Aku beri jawapan ini kepada ibu aku”, Faruk berkongsi dialog ini dengan mereka semua.
“Apa kata ibu awak”, Aini ingin terus mengetahui jawapan ibu Faruk.
“Adakah kuat itu pada rupa paras dan bentuk badan?” “Ibuku menjawab dengan satu soalan sukar”, Faruk berkongsi jawapan ibunya dengan rakan-rakan di café Mont Kiara.
“Waktu itu aku terdiam. Aku tidak ada jawapan. Aku memang mengharap ibuku menolong memberi jawapan”, Faruk berkongsi pula perasaannya yang tidak diungkap di masa lepas.
“Jadi, apa pengakhirannya?”, Salim mencelah. Semua menunggu pengakhiran sebuah cerita yang mudah tetapi memberi rasa keterujaan yang tinggi.
“Faruk, kamu boleh pilih menjadi siapa sahaja. Setiap orang ada peranannya dalam hidup ini. Tapi kalau kamu sudah buat pilihan, jadilah orang itu terbaik mungkin. Tanpa semut hitam, semut api sebagai pelindung sarang ratu semut tidak dapat makanan hariannya yang dicari oleh semut hitam. Semua penting dan kuat dalam bidang masing-masing”. “Ini jawapan ibuku. Aku tidak sangka jawapan sebegini tinggi”, Faruk terus berkongsi dialog dia dengan ibunya.
“Sungguh tinggi cara pemikiran ibu awak”, Nathan memuji ibu Faruk. Sekelip mata, Nathan Sidhu teringat ibunya di Kuala Pilah yang bekerja sebagai pekerja di kedai runchit di kampung. Ibunya juga seiras macam ibu Faruk. Setiap perkataan yang keluar dari mulutnya penuh dengan mesej dan nasihat.
“Awak boleh tipu cikgu awak di sekolah…tapi awak tak boleh tipu masa depan awak”, ibu Nathan menegur keras tindakan Nathan menyalin kerja rumah dari rakannya tanpa bersusah payah membaca dan memikir. “Masa depan awak hanya akan memilih berlian bukan kaca yang berkelipan macam berlian”, ibu Nathan terus menerus memberikan suntikan nasihat dan inspirasi kepada Nathan, anak sulung dalam keluarga seramai 7 orang.
Ayah Nathan pula adalah pembantu kilang memproses minyak sawit dan kadang-kadang diminta menjadi pemandu kepada bos kilang. Nathan teringat betapa susah kedua ibubapanya bekerja kuat semata-mata untuk memberikannya peluang belajar.
“Apa lagi cakap ibu awak, Faruk?”, Ramona bertanya macam menjerit. Nathan terkejut daripada lamunannya di Kuala Pilah dengan jeritan Ranoma betul2 dekat dengan cuping telinganya.
“Bahagian inilah yang paling mengesani hidup aku kalau awak semua nak tahu”, jawab Faruk beralun lembut.
“Jadilah sesiapa pun yang awak ingin tetapi jangan menyengat orang di sekeling awak. Semut api tidak pernah menyengat semut hitam atau pun kerengga. Awak mungkin tinggi dan kuat disebabkan orang di bawah atau di sekeliling awak”. “Inilah buah pukulan ibuku”, Faruk mengakhiri cerita ini dengan sedikit lenangan air mata di kelopak mata hitamnya yang bersinar.
Masing-masing terdiam puas. Tersentak dalam jantung mereka ingin menjadi seseorang yang berperanan dalam dunia tetapi rendah diri dan berminda kemanusiaan.
(Nukilan ini sebahagian dari episod flash back dalam novel saya akan datang)
(Gambar poster adalah Afiq anak CEO Amanie Advisors yang sedang membaca draf novel fiksyen saya. Afif berebut dengan ibunya untuk membaca dulu....hebat sang anak kecil ini).
Jumaah Mubarakah.
MDB
kedai makan kuala pilah 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
kedai makan kuala pilah 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
kedai makan kuala pilah 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
kedai makan kuala pilah 在 Tempat Makan Menarik di Kuala Pilah - YouTube 的推薦與評價
Ada banyak kedai makan yang menarik di Kuala Pilah.19 kedai makan ini ada yang menjadi pilihan. Please Like and Share. ... <看更多>
kedai makan kuala pilah 在 Kedai Makan Ain - Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia 的推薦與評價
Bat Kamaruzzaman is at Kedai Makan Ain. ... Sarapan Pagi. Pagi ni sarap kat sini, otw ke Felda Siantan. Makanan boleh kata sedap dengan harga relatifnya murah. ... <看更多>