Boat Noodle atau Baan Kanom Jeen? 🍲🇹🇭
Haritu ada tengok video Mat makan di Baan Kanom Jeen kan? So harini Mat nak buat last review untuk main course pula. 😋
🍜 Kanom Jeen
Ni ialah specialty kat BKJ. Macam yang Mat pernah bagitau dalam post sebelum, Kanom Jeen tu ialah rice noodle yang mana kita boleh makan dengan 4 kuah. 4 kuah tu ialah Chicken Green Curry, Namphrik, Red Namya, dan Chicken Yellow Namya. Yang Mat paling suka kuah Chicken Yellow Namya, rasa macam kuah masak lemak cili api. Pedas dan padu! Kalau korang perasan dalam video Mat ada campur-campur kuah dia, buat macam tu pun sedap. 💦 Selain tu, set ni juga dihidangkan dengan sayur-sayur, kulit ayam goreng, ikan bilis goreng, dan telur rebus.
🥩 Thai Grilled Beef
Yang ni sampai sekarang buat Mat terngiang. 🤤 Dia punya rasa beef tu serius sedap gila, smoked2 gitu, cicah pula dengan sos special Thai pehh memang ngam.
🍗 Thai Fried Chicken
Ayam goreng Thai ni bukannya goreng kosong, bila masuk je mulut Mat macam-macam rasa dalam mulut, dah macam fireworks. Ada rasa masam, manis, macam-macam lah. Tapi serius sedap!
🥤 Thai Dirty Tea & Thai Muddy Tea
Sebenarnya Thai Dirty Tea ni ialah Thai Tea + Coffee dan Thai Muddy Tea ialah Thai Tea + Green Tea. Antara dua ni, yang sedap dengan tekak Mat ialah Thai Muddy Tea, mungkin sebab Mat memang penggemar green tea thai. Tapi dua-dua Mat dah rasa, and dua-dua pun sedap. Memang patut korang cuba dua minuman ni.
Apa-apa pun, korang patut cuba sendiri makanan kat BKJ sebab review Mat ni tak dapat nak cerita sangat betapa sedapnya makanan dia. Kalau tanya Mat Boat Noodle atau Baan Kanom Jeen, Mat jawab Baan Kanom Jeen! 🤩
#MatMakan #BaanKanomJeen
===
Follow Mat di media sosial lain,
Instagram: instagram.com/mattravelmy
Twitter: twitter.com/mattravelmy
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
matmakan 在 Mat Travel Facebook 的精選貼文
Kafe bertemakan komik in Seoul, South Korea. 🤩 Tag sikit member korang.
📍 CAFE연남동239-20, Mapo-gu, Seoul
Ada plan nak travel ke Seoul? Usha sini untuk pakej percutian, http://bit.ly/2QFAhN4 .
#MatMakan #seoul #southkorea
matmakan 在 Mat Travel Facebook 的精選貼文
Antara makanan wajib cuba kalau korang ke Kelantan. 😋 Yang last tu favorite Mat.
#MatMakan #Kelantan