Sejak saya kongsikan aktiviti dan inisiatif-inisiatif yang saya jalankan di kawasan Parlimen Muar, banyak feedback dan mesej yang telah saya terima di ruangan komen mahupun inbox.
Ramai yang meminta agar bantuan dan inisiatif ini turut disampaikan di kawasan mereka. Mereka mengeluh dan mengadu bahawa wakil rakyat mereka tidak mengendahkan mereka dan telah 'menghilang' sekian lama.
Saya amat bersimpati dengan mereka, akan tetapi atas kekangan sumber yang saya hadapi, saya hanya mampu untuk fokuskan kepada kawasan Muar dahulu. Masih banyak yang perlu saya bantu di Muar dan saya masih lagi bekerja keras mencari dana sendiri untuk meneruskan tanggungjawab saya.
Saya di sini ingin menyeru kepada rakan-rakan wakil rakyat yang lain, agar mereka dapat turun berjumpa kembali dengan rakyat yang telah memilih mereka. Jumpa dan selami mereka. Dengar dan memahami masalah mereka. Lantas melakukan inisiatif untuk membantu rakyat di kawasan mereka.
Kita adalah wakil rakyat yang dipilih oleh mereka. Janganlah lupakan mereka ini. Ingatlah bahawa tanpa rakyat, tiadalah 'wakil'.
Semoga saya juga terus istiqamah dalam menjalankan tugas saya. Jika ada salah dan silap saya, tegurlah. Saya akan berusaha sehabis baik, demi Muar.
Jalan tegak!
#jalantegak
#MUDA
#mudajagamuo
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「mudajagamuo」的推薦目錄:
mudajagamuo 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的最佳貼文
"YB, asyik bagi laptop je. Benda lain YB bantu tak tu?"
Ada. kita bukan sahaja bagi laptop kepada lebih 200 buah keluarga, tapi kita bagi banyak lagi kepada mereka yang susah & kurang bernasib baik.
Semalam saya turun bagi bantuan kerusi roda.
Foodbank Parlimen Muar ada untuk mereka yang perlukan minyak masak, beras, gula, bihun, kicap dan lain-lain. Cukup keperluan asas.
Bantuan kepada warga emas dan orang tua seperti kerusi roda dan katil mudah laras kita sediakan juga.
Kita bantu selagi kita mampu bantu. Peruntukan Parlimen Pembangkang pun dah kena potong. Tapi itu bukan alasan kita untuk terus cari wang dan bantu rakyat Muar.
#MudaJagaMuo
mudajagamuo 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的最佳解答
Kebelakangan ini, kita dapat lihat banyak kejadian flipa-flopan telah berlaku di dalam dunia politik negara kita.
Yang sebelum ini bersama, kini berpisah. Yang dahulu berseteru, kini bersatu. Ada yang katanya demi agama, ada juga yang demi bangsa.
Akan tetapi bagi saya, biarlah apapun rencana dan pergolakan di dalam dunia politik ini, kita semua haruslah tetap memegang kepada dasar demokrasi yang dilaungkan selama ini.
Berikan peluang kepada semua untuk bersuara. Lebih-lebih lagi suara rakyat. Mereka berhak menentukan hala tuju negara ini. Kita hanyalah wakil yang dipilih, diamanahkan dan dipertanggungjawab dengan 'suara' mereka ini.
Janganlah kita 'matikan' demokrasi di dalam negara ini, demi kepentingan diri.
Saya sendiri menolak tawaran jawatan, kedudukan dan peluang yang besar dari kerajaan kini, kerana saya menghormati amanah orang Muar.
Biarlah saya berdiri sendiri dari menggadai prinsip ini.
Walaupun susah, walaupun getir, selagi hayat dikandung badan, 'janji demokrasi' harus terus diperjuangkan.
Jalan tegak!
#jalantegak
#MUDA
#mudajagamuo