“Pelarian-pelarian Syria ini masih hidup dalam ketakutan, masih memerlukan bantuan kita." - Noh Salleh
Seperti tahun-tahun yang lepas, Cinta Syria Malaysia masih meneruskan Misi Qurban pada tahun ini buat pelarian yang berada di Utara Syria, Turki, Lubnan dan Jordan.
Dalam kita menggembirakan mereka, pada masa yang sama, dengan izin Allah kita juga dapat bersihkan jiwa melalui ibadah ini.
Layari korban4syria.com untuk tempahan kambing ataupun untuk menyumbang.
Follow kami di Telegram: Cinta Syria Malaysia (t.me/cintasyriamalaysia)
#qurbanmissioncsm
#bersihjiwabersama
Reposted from @cintasyriamalaysia
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
qurbanmissioncsm 在 Noh Salleh Facebook 的精選貼文
“Anak saya tercampak depan saya. Saya berlari ambil dia dan kemudian saya bangun, saya tak tahu saya di mana. Semua anak-anak saya mati begitu sahaja. Semua.”
Kata seorang ibu yang kami duk bersembang. Kini dia memeluk anak-anak saudaranya yang masih hidup. Kata wanita yang bersama duduk dengan beliau, selepas beberapa tahun barulah kawannya itu siuman dan kembali normal.
Trauma terhadap kehilangan ahli keluarganya itu terlalu kuat dan menjadikannya kerap rasa nak bunuh diri dan mahu ikut mati.
Beliau antara yang terselamat dari bom-bom yang dijatuhkan rejim. Yang mana memang mereka sengaja meletupkan kampung-kampung tanpa sikit pun belas kasihan.
Kini mereka tinggal di dalam khemah-khemah selama 8 tahun ini.
Makan hanya bergantung kepada sumbangan, pakaian serta kelengkapan di dalam khemah juga begitu.
Untuk raya haji ini, itulah satu-satunya waktu yang mereka akan dapat menikmati daging dalam setahun. Sebungkus daging yang kita beri itu merupakan nikmat paling besar kepada mereka.
Itulah bahagia yang kita dapat beri dengan mengerjakan ibadah korban di Syria dan Kem-Kem Pelarian Syria di Turki.
Sungguh, membahagiakan mereka walau sesaat merupakan sebuah kepuasan di hati kita semua.
Setiap pembelian kambing untuk Akikah & Korban, WAJIB melalui borang yang kami sediakan
korban4syria.com
atau klik link di bio dan pilih Misi Ramadan CSM 8.0
Ayuh! Juga jemput share ya! Mana tahu ada saudara atau kawan kita mahu menunaikan korban juga
#QurbanMissionCSM
#bersihjiwabersama @cintasyriamalaysia
qurbanmissioncsm 在 MizzNina Facebook 的最讚貼文
#Repost @cintasyriamalaysia
・・・
Lihat jari ibu ini. Perhatikan betul-betul apa yang sedang dilakukan.
Dia memasukkan jarinya ke dalam mulut anaknya.
Mengapa si ibu ini melakukan sedemikian?
Kerana cuma itu yang mampu diberikan kepada anaknya yang sedang menangis kelaparan.
Tubuhnya tidak mampu lagi menyusukan anaknya.
Ini berlaku kepada mereka yang menghadapi masalah malnutrisi atau kekurangan zat. Tiada lagi susu badan untuk diberikan buat anak yang lapar.
Bagi ibu ini, moga ada keajaiban dengan jarinya. Hatinya merintih agar anaknya kenyang. Tiada apa lagi yang boleh diberikan.
Tahu apa yang terjadi selepas itu?
Bayi ini akhirnya syahid kerana kelaparan!
Adakah salah ibu ini? Sedangkan dirinya sahaja tidak mempunyai makanan buat dirinya.
Rupa-rupanya sebelum ini dia juga mempunya seorang lagi anak lelaki. Namun anaknya terbunuh akibat serangan rejim.
Bayi ini satu-satunya anaknya yang tinggal. Namun kini, anaknya itu juga meninggalkan dirinya.
Selepas berjaya melarikan diri dari rejim, ternyata mereka terpaksa berhadapan dengan sebuah lagi ujian iaitu 'KELAPARAN'.
Jangan biarkan kisah ini berulang. Masih ramai lagi wanita sedang menghadapi masalah yang sama.
Mari kita bantu mereka.
Buat yang ingin membantu pelarian Syria,
Sumbangan ke akaun rasmi kami di atas nama Persatuan Cinta Syria Malaysia:
Maybank : 562834640983
Rujukan (reference): Misi Qurban.
Setiap pembelian kambing untuk Akikah & Korban, WAJIB melalui link onpay ini, (Infaq juga boleh melalui link ini)
#QurbanMissionCSM