RESIPI DAGING HARIMAU MERAUNG BY CIKGU AFY 🐔🔥
A. RESEPI DAGING HARIMAU MERAUNG
1. Basuh bersih 500 gram daging.
Perapkan dengan bahan di bawah:
(Kuantiti cikgu agak-agak sahaja)
- 1 senduk kecil sos blackpepper
- 1 senduk kecil kicap lemak manis
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu kecil lada hitam kisar
- secubit dua serbuk kunyit
- sedikit perencah secukup rasa
2. Tambahkan bahan tumbuk:
- sebatang serai
- sehiris nipis halia
- seulas bawang putih.
Gaul mesra kesemuanya.
Perapkan selama setengah jam.
3. Panaskan pan dengan satu sudu minyak.
Masukkan daging yang sudah diperap tadi.
Bakar dalam api perlahan lebih kurang setengah jam atau sehingga daging masak.
*baki sos perapan tadi jangan dibuang*
Daging yang dibakar jangan terlebih masak.
Sebab nanti rasa daging kering)
*nak tahu masak ke tak cikgu hiris sikit. Nampak daging warna merah jambu pudar tu tanpa air darah okay dah*
4. Sementara daging dimasak, bolehlah terus siapkan sambal pencicahnya.
5. Sebelum daging diangkat masukkan lebihan sos tadi dan sautekan seketika. Hirislah daging nipis-nipis.
B. RESEPI SAMBAL PENCICAH
1. Sediakan bahan di bawah:
- 3 tangkai cili merah
- 4 tangkai cili padi hijau
- sehiris nipis halia
- 1 relung kecil nisse / gula melaka
- 4 sudu besar sos ikan
2. Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air kosong.
3. Masukkan dalam mangkuk.
Tambahkan perahan sebiji asam limau nipis dan sehiris lemon. Juga 2 ulas bawang putih yang diracik halus.
4. Perasakan dengan sedikit perencah secukup
rasa. Kacau.
5. Akhir sekali taburkan hirisan daun ketumbar dan bijan yang sudah disangai.
Selamat mencuba.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Afy Al Habibi
同時也有14部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Rasaflix,也在其Youtube影片中提到,Buat korang yang dah buntu nak masak lauk apa untuk lunch and dinner, boleh lah cuba resepi ni. Lagi-lagi resepi yang ke-3 tu, memang pasti pikat sele...
「resepi sambal hijau」的推薦目錄:
- 關於resepi sambal hijau 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
- 關於resepi sambal hijau 在 Abang Brian Facebook 的最佳貼文
- 關於resepi sambal hijau 在 Make up by Bellaz Facebook 的精選貼文
- 關於resepi sambal hijau 在 Rasaflix Youtube 的最佳解答
- 關於resepi sambal hijau 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
- 關於resepi sambal hijau 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
- 關於resepi sambal hijau 在 Viral Oh Viral - RESEPI SAMBAL HIJO (HIJAU) SEDAP DAN... 的評價
- 關於resepi sambal hijau 在 Resepi - Sambal Hijau -Masakan Padang Indonesia - Pinterest 的評價
resepi sambal hijau 在 Abang Brian Facebook 的最佳貼文
kalo tanya orang malaysia hari-hari makan apa? mesti antara jawapan utama adalah Nasi Lemak! hehe.. ni abg brian olahkan skit sempena Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang
Antara resipi yang dikongsikan secara langsung di #SeleraAbangBrian …. ingat temu janji kite di fb hanya di @brianchenmasterchef
SUSHI NASI LEMAK
For the rice
1 cawan nasi sushi
1 cawan air
1 sudu besar minyak kelapa
1 daun pandan
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna hijau (opsyenal)
Sambal
Bahan Kisar
* 1/2 bawang besar
* 1 ulas bawang putih
* 4 bawang merah
* 10 cili kering, direndam air panas
* 1 sudu kecil belachan
* gula dan garam secukup rasa
timun, dihiris nipis
ikan bilis dan kacang tanah, digoreng
telur puyuh, direbus
1. Campurkan kesemua bahan untuk nasi dan masak dalam periuk nasi elektrik seperti biasa.
2. Untuk sambal, tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya,
3. Untuk menghidang, kepulkan nasi sushi, lilit dengan timun dan hiaskan dengan sambal, telur, kacang dan ikan bilis goreng.
#nasilemak #sambal #spicy #spice #coconutrice #coconut
#halal #resepihalal #resepi #quickrecipes #malaysianfood #malaysianrecipes #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #resepimudah #resipimurah #resipi #EzMall #SemuanyaLebihEz #EzRecipes #easyrecipes
resepi sambal hijau 在 Make up by Bellaz Facebook 的精選貼文
Masak mkn mlm awaiii xkalaut Hampaa uii ..stg nk live mat nuart xgaduh lapaq nasi dh hihih
Masak kicap tu anak2 suka sungguh lemak3 mnis..bertmbah pingan ..simple2 ja
Resepi ikan tongkol masak sambal pedas👇🏻
Ikan tongkol
Tumiskan
B.putih
B.merah
Masuk kan cili yg dikisar nk pedas add on lebih skit
Tumis hingga naik bau pecah minyak
Masuk kan sedikit sos ikan
Air asam jawa
Dan bahan2 perasa ,gula garam ,ajinomoto pasti sdp skit hihi
Bawang holland untuk hiasan bg segak hihi
Ayam masak kicap
Tumiskan bawang putih/merah
Masukan 1camca cili blend
Tnggu hingga pecah minyak ,masukan kicap mudim/sedkit sos tiram/kicap lemak manis xkisah brand apa2 jnji sdp hihi
Masukkan aiq asam jawa
Dan bahan perasa ,gula sedikit,garam rasa dlu masakan kalau masin xperlu letak tau ,ajinomoto
Last Bawang holland atau cili hijau
Siapp
resepi sambal hijau 在 Rasaflix Youtube 的最佳解答
Buat korang yang dah buntu nak masak lauk apa untuk lunch and dinner, boleh lah cuba resepi ni. Lagi-lagi resepi yang ke-3 tu, memang pasti pikat selera korang!
Bagi korang yang tak tahu nak masak apa korang boleh lahh refer resepi di link ni ?
1. Resepi Ikan Siakap Stim Limau : https://youtu.be/rPdxQOKAygg
2. Resepi Ayam Sambal Hijau Balado Pedas : https://youtu.be/_QapjB2VRnw
3. Resepi Udang Mentega Telur Masin Terlajak Sedap : https://youtu.be/g_yUeiTMbSQ
4. Resepi Ayam Bakar Madu & Kuah Pedas : https://youtu.be/3Te0VzNC2Xk
5. Resepi Kari Ayam Pekat Lazat : https://youtu.be/1yAzYEtKGMU
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#resepirasaflix #menulunch #menudinner #resepiikansiakap #resepikariayam #resepiayambakar #resepiudangbutter #saltedegg #prawnsaltedegg #resepiayambalado #resepiayamsambalhijau #resepi #TikTokChef #TikTokGuru
#kisahdunia #rasaflix
resepi sambal hijau 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
Resepi Siakap Goreng Sambal Paling Senang Untuk Semua.
2 Biji Kombo Kasih Sayang Destinasi TV dan Sambaleena » https://sambaleena.com/product/destin...
Dalam episod kali ini, Fendi akan menggunakan Sambal Ijo yang digunakan sebagai kuah untuk Ikan Siakap Goreng kita. Resepi paling senang untuk semua orang. Jom dapatkan set kombo bumbu Sambaleena dan cuba untuk masak sendiri menu ini. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk tag @DESTINASI TV di Facebook atau Instagram.
Bahan Bahan Yang Diperlukan:
1 Ekor Ikan Siakap
2 Sudu Sambal Ijo Sambaleena
3 Bijin Cili Merah & Hijau
1 Biji Bawang Besar
1 Mangkuk Kecil Tepung Gandum
1 Mangkuk Kecil Tepung Beras
Gula & Garam Secukup Rasa
Serbuk Kunyit
Cara Penyediaan:
Mulakan dengan menyelar ikan mengikut teknik yang ditunjuk oleh Fendi di dalam video. Perapkan ikan dengan garam, gula, kunyit, tepung beras, tepung gandum dan biarkan selama 5 minit.
sementara menunggu, potongkan bawang besar, cili hijau dan potong dengan kecik atau berbentuk kiub.
Selepas itu, panaskan minyak dan mula menggoreng. Lihat dalam video teknik menggoreng yang diajar oleh Fendi. Selesai menggoreng, letak ikan di atas pinggan
Seterusnya, tumis bawang sehingga keemasan, dan letakkan 2 Sudu Sambal Ijo Sambaleena dan tumis sehinga separuh masak, letakkan cili dan sedikit air. Tumis sehingga pekat dan tuangkan di atas ikan yang di goreng tadi.
sangat mudah bukan? Selamat mencuba!
#destinasitv #resepitok #resepimudah #siakapsambalijo #sambaleena #roadto500K
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
resepi sambal hijau 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
Kombo Kasih Sayang Destinasi TV dan Sambaleena » https://sambaleena.com/product/destinasitv-combo/
Dalam episod kali ini, Fendi akan menggunakan Sambal Gesek, tahap kepadasan 6! untuk membuat Daging Sambal Berlada paling senang. Jom dapatkan set kombo bumbu Sambaleena dan cuba untuk masak sendiri menu ini. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk tag @DESTINASI TV di Facebook atau Instagram.
Bahan Bahan Yang Diperlukan:
Daging Lembu Segar 500 Gram
Sambal Gesek Sambaleena 2 Sudu
Cili Merah & Hijau 2 Biji
Halia 2 Inci
Bawang Besar 1 Biji
Gula & Garam Secukup Rasa
Serbuk Kunyit
Air Masak
Cara Penyediaan:
Mulakan dengan merebus daging selama 15 minit, untuk tujuan melembutkan.
Sementara itu potong cili, halia & bawang. Potong kiub.
selesai merebus daging, potong daging ke bahagian yang lebih kecil mengikut jalur urat.
Lumurkan dengan kunyit dan garam, panaskan minyak dan goreng sehingga empuk atau warna bertukar ke coklat keemasan.
Menggunakan kuali goreng yang sama, tumiskan bawang besar sehingga keperangan.
Letakkan 2 Sudu Sambal gesek Sambaleena, dan tuang sedikit air. Selepas itu, masukkan daging dan gaul hingga sebati.
Seterusnya, masukkan cili dan halia yang telah dipotong dan tumis bersama daging sehingga masak. gaulkan semuanya sehingga sebati dan hidangkan menu anda!
sangat mudah bukan? Selamat mencuba!
#destinasitv #resepitok #resepimudah #dagingsambal #sambaleena #roadto500K
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
resepi sambal hijau 在 Resepi - Sambal Hijau -Masakan Padang Indonesia - Pinterest 的推薦與評價
Resepi - Sambal Hijau -Masakan Padang Indonesia. S alam All, Saya memang mengemari masakan Indonesia selain dari bahasa ibundanya yang lembut. ... <看更多>
resepi sambal hijau 在 Viral Oh Viral - RESEPI SAMBAL HIJO (HIJAU) SEDAP DAN... 的推薦與評價
RESEPI SAMBAL HIJO (HIJAU) SEDAP DAN MUDAH Sedap! Makan dengan nasi panas2, ... hijau, cili api, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis ke dalam kuali. ... <看更多>