Masa aku di Tingkatan 5 dulu, aku pernah herdik mak aku. Aku cakap kat dia "orang tua takda otak". Aku marah dia sebab dia basuh jeans aku pakai Clorox. Habis rosak. Padahal besok tu dah nak raya. Aku bengang. Aku campak jeans tu kat muka dia.
Lepas peristiwa tu, aku tak pernah minta maaf kat dia. Lastnya, mak ok macam tu je. Aku tahu, masa yang berlalu telah merawat luka dia.
Dari tahun ke tahun, aku ada life sendiri. Aku berkerjaya. Berkeluarga. Dan aku ada 2 orang anak. Tapi malangnya, kedua-dua anak aku ni amat sukar untuk aku didik. Diorang amat liar.
Dan start dari aku berumur 17 tahun sehinggalah aku berumur 50 tahun, aku tak pernah rasa tenang dalam hidup aku. Hinggalah tiba satu masa, Allah ingatkan aku tentang dosa yang pernah aku buat pada Mak aku dulu. Ya. Dosa aku herdik dan campak jeans kat muka dia.
Bila aku teringat pasal tu, aku terus balik kampung jumpa Mak. Aku duduk depan dia dan aku cakap aku nak minta maaf kat dia.
Mak cakap, aku tak ada buat salah kat dia. Dan aku memang tiap-tiap tahun pun minta maaf kat dia. Jadi dia pelik kenapa tiba-tiba hari tu aku datang nak minta maaf kat dia.
Aku cakap, Mak mungkin dah tak ingat orang pernah buat salah kat Mak dulu. Masa orang Tingkatan 5, orang pernah marah Mak dan campak seluar orang kat muka Mak. Orang nak minta maaf pasal tu. Maaf sangat-sangat. Masa tu aku dah mula sebak.
Bila aku ceritakan hal tu, muka Mak berubah.
Tangan aku dia genggam erat dan lepas tu dia sentap kuat. Mak cakap, dia takkan lupakan perkara tu. Bahkan dia dah nekad, kalau dia mati, bila berjumpa Allah, dia akan pegang tangan aku. Dia nak cakap : "ya Allah, tangan inilah yang pernah melukakan hati aku. Sedangkan dulu, aku telah berkorban nyawa untuk melahirkan dia. Ya Allah, hukum la dia"
Bila Mak cakap macam tu, serta merta aku menangis depan dia. Aku merayu agar Mak maafkan aku. Tapi Mak tetap berkeras takkan maafkan aku. Aku sedih dan buntu. Akhirnya, aku pulang tanpa mendapat keampunan seorang ibu.
Hari demi hari, aku datang jumpa Mak. Tapi setiap kali aku datang, jawapan Mak tetap sama. Hinggalah sekali tu, aku tidur kat rumah Mak. Lepas solat Subuh, aku datang jumpa Mak. Mak masih bersimpuh di atas tikar sejadah dia dan tengah berwirid.
Selesai Mak wirid, aku pegang tangan Mak. Aku cium tangan tua itu lama-lama. Aku nangis lagi depan dia. Dan masa tu, aku dapat rasakan tangan Mak lembut menyapu kepala aku. Macam membelai rambut aku ketika aku masih kecil dulu-dulu.
Bersama-sama itu, Mak cakap sesuatu yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Mak cakap "Rahman, kalau bukan kerana kesungguhan kau datang berjumpa Mak dan minta maaf dengan Mak, Mak memang takkan maafkan kau sampai bila-bila. Tapi, hari ini, bersaksilah nak, Mak dah maafkan segala kesalahan kau sejak kau dilahirkan sehinggalah Mak akan pergi nanti". Aku angkat kepala dan aku peluk jasad Mak. Sedu-sedu aku nangis di bahu dia. Dah macam anak kecik pun ada. Aku tak kisah. Aku nangis semahunya. Aku sedih dan bersyukur sangat sebab Mak dah maafkan aku. Mak pun nangis time tu.
Dan lepas Mak maafkan aku, aku dapat rasakan satu kelegaan dan ketenangan yang amat sangat. Rasa bahagia yang tidak pernah aku rasakan sejak 50 tahun aku hidup kat muka bumi ni.
Habis tu, aku balik ke rumah. Keluar je dari kereta, kedua-dua anak remajaku datang meluru mendapatkan aku. Mereka cium tangan aku dan peluk tubuh aku. Saat itu, mereka lafazkan kalimah yang aku memang tidak sangka, aku akan ada harapan untuk mendengarnya. Mereka ucapkan : "Maafkan kami ayah.
Kami banyak buat salah pada ayah".
Serentak dengan itu, aku dongak ke langit seraya berkata, benarlah apa yang NabiMu kata Ya Allah. Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, maka anak-anak mereka akan berbuat baik balik kepada mereka. Bersama linangan air mata, aku dakap mereka serta aku lafazkan ucapan kesyukuran yang tidak terhingga. Terima kasih Allah. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan sebaik-baik Perencana.
-Tuan-tuan dan Puan-puan, bila memohon ampun dengan ibu bapa, ingatlah kembali kesalahan yang pernah kita lakukan pada mereka. Kita tidak boleh meminta maaf secara umum je pada mereka, tapi kita kena sebut setiap kesalahan khusus yang pernah kita lakukan terhadap mereka. Sekali mereka terasa, dan mereka simpan serta tidak memaafkan kita, nescaya Syurga Allah tak halal buat kita. Nauzubillahiminzalik - Karyawan Bisu
P/S: Jika anda menyukai artikel ini sila kongsikan kepada kawan-kawan anda terima kasih.
Kredit :
#kisahdunia
.
.
.
Nak viralkan bisnes anda? Sekarang dibuka iklan pakej terendah hanya RM30. Iklan boleh pilih tarikh dan masa sendiri. Whatsapps admin : http://bit.ly/2FFyZuG
同時也有129部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Rasaflix,也在其Youtube影片中提到,Senang je nak buat tepung pelita dengan resepi ni. Hanya guna cawan kaca je sebagai acuan. Rasanya pun memang sedap, tak berubah langsung macam kat ba...
「kisahdunia」的推薦目錄:
- 關於kisahdunia 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
- 關於kisahdunia 在 Dr Soo Wincci 蘇盈之 Facebook 的精選貼文
- 關於kisahdunia 在 Fattah Amin II Facebook 的精選貼文
- 關於kisahdunia 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
- 關於kisahdunia 在 Rasaflix Youtube 的最讚貼文
- 關於kisahdunia 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
- 關於kisahdunia 在 Kisah Dunia - 首頁 的評價
- 關於kisahdunia 在 Kisah Dunia - YouTube 的評價
- 關於kisahdunia 在 Kisah Dunia (kisahdunia) - Profile | Pinterest 的評價
kisahdunia 在 Dr Soo Wincci 蘇盈之 Facebook 的精選貼文
When life gave you the hardest route, we need to complete it beautifully by ourselves with dedication=)
当生命给我们最难的路,我们就要更努力还有漂亮地完成它!
Bila kehidupan tak dilahirkan sempurna, Kami perlulah membina kesempurnaan tersendiri =)
Thanks @kisahduniadotcom
#InwinccibleJourney
#KisahDunia
kisahdunia 在 Fattah Amin II Facebook 的精選貼文
Mengoda ye 😬
Teka siapa pelakon lelaki ni? Tag sikit kawan korang yg ada pandangan menggoda macam artis ni 😂😂 #KisahDunia
Sumber Sinar FM
kisahdunia 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
Senang je nak buat tepung pelita dengan resepi ni. Hanya guna cawan kaca je sebagai acuan. Rasanya pun memang sedap, tak berubah langsung macam kat bazar punya. Buat korang yang teringin nak makan tu, boleh cuba buat ni.
Resepi Homemade Kuih Tepung Pelita Lemak Manis, Sedap Macam Beli Kat Bazar
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Kuih Tepung Pelita
Bahan-bahan (Lapisan Pandan)
1 cwn tepung beras
1 cwn gula pasir
4 cawan air + 10 helai daun pandan (kisar)
Bahan-bahan (Lapisan Santan)
2 cwn santan
1 cwn air
4 sb tepung beras
1/2 sk garam
Cara memasak
1. Lapisan Pandan: Kisar air dan daun pandan sehingga halus. Tapiskan.
2. Dengan menggunakan api kecil, masak air pandan, tepung beras dan gula.
3. Teruskan mengacau sehingga adunan menjadi pekat dan tidak berketul. Ketepikan.
4. Taburkan sedikit gula ke dalam cawan kaca. Tuangkan adunan lapisan pandan hingga memenuhi separuh cawan.
5. Lapisan Santan: Masukkan air dan masak santan, tepung beras, garam secukup rasa dengan menggunakan api kecil.
6. Kacau berterusan sehingga adunan santan menjadi pekat dan tidak berketul.
7. Kemudian, tuangkan adunan ke atas lapisan pandan tadi. Sejukkan di dalam peti ais.
8. Kuih Tepung Pelita siap untuk dihidangkan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Stop Queueing And Try This Tepung Pelita Recipe At Home
This special Tepung Pelita uses glass cups instead of the original pandan boxes. Fret not! The taste is still good just like the one at Bazaar. For those who crave for some delicious Tepung Pelita, try this recipe now!
Tepung Pelita Recipe
Ingredients (Pandan Layer)
1 cup of rice flour
1 cup of fine granulated sugar
4 cups of water + 10 pandan leaves (blend)
Ingredients (Coconut Milk Layer)
2 cups of coconut milk
1 cup of water
4 tbsp of rice flour
1/2 tsp of salt
Cooking methods
1. Pandan Layer: Blend water with pandan leaves until smooth. Then, filter the juice.
2. On low heat, cook pandan juice, rice flour, and sugar.
3. Keep stirring until the mixture is thickened and not lumpy. Set it aside.
4. Sprinkle a bit of castor sugar into glass cups. Pour the pandan batter until half-full.
5. Coconut Milk Layer: Pour water and cook coconut milk, rice flour, a bit of salt on low heat.
6. Keep stirring until the mixture is thickened and not lumpy.
7. Then, pour on top of the pandan layer. Chill them in the fridge.
8. Tepung Pelita is now ready to be served.
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#kisahdunia #rasaflix #homemade #tepungpelita #pandan #santan #bazaar #ramadhan #sedap #manis #rangup #resepi #recipe #TikTokChef #TikTokGuru #SeleraRamadan #mr_lovva #kdboom #nntaca #aquamarine #fightingrose
kisahdunia 在 Rasaflix Youtube 的最讚貼文
Warna-warni seakan pelangi biskut Lidah Kucing ni memang comel betul la. Lagi comel dalam bentuk bunga macam ni. Rasanya yang rangup dan rapuh tu, confirm budak-budak suka?
Resepi Biskut Lidah Kucing Pelangi Berbentuk Bunga, Unik & Tak Rugi Cuba!
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Biskut Lidah Kucing Pelangi Berbentuk Bunga
Bahan-bahan
250 gm mentega
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1 sb esen vanila
1 sb emplex
3 biji putih telur
pewarna makanan (merah jambu, oren, biru, ungu, hijau dan kuning)
1/2 cwn gula kastor
Cara memasak
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila sehingga kembang.
2. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati.
3. Ayak tepung gandum, tepung jagung, dan emplex. Kacau semua bahan sehingga tercampur rata.
4. Kemudian, asingkan adunan menjadi enam bahagian.
5. Warnakan setiap satu bahagian dengan pewarna makanan dan kacau sehingga warna sekata.
6. Masukkan setiap adunan ke dalam piping beg tersendiri.
7. Paipkan ke atas loyang satu persatu sehingga membentuk bunga.
8. Akhir sekali, bakar pada suhu 150°C selama 15-17 minit.
9. Biskut Lidah Kucing Pelangi Berbentuk Bunga siap untuk dihidangkan.
Nota: Biarkan biskut sejuk seketika sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan biskut lemau.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Flower-Shaped Lidah Kucing Cookies Recipe, Unique & Worth To Try This Eid
The bright rainbow colors of these Lidah Kucing Cookies is super cute! Plus, a beautiful flowery-pattern. The crispy texture is definitely a favorite, especially for kids!
Flower-Shaped Lidah Kucing Cookies Recipe
Ingredients
250 gm butter
200 gm wheat flour
50 gm corn flour
1 tbsp of vanilla essence
1 tbsp of emplex
3 egg whites
food coloring (pink, orange, blue, purple, green, and yellow)
Cooking methods
1. Beat butter, sugar, and vanilla essence until fluffy.
2. Pour in egg whites bit by bit and mix until well-combined.
3. Sieve wheat flour, corn flour, and emplex. Mix until all ingredients are nicely combined.
4. Then, divide the batter into 6 portions.
5. Color each of them with food coloring until evenly mixed.
6. Insert the colored batter into piping bags.
7. Pipe the batter one by one on the baking mold forming a flower.
8. Lastly, bake at 150°C for 15-17 minutes.
9. Flower-Shaped Lidah Kucing Cookies ready to be served.
Note: Leave to cool for a while before storing them in an airtight container to avoid becoming soggy.
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#kisahdunia #rasaflix #homemade #kuihraya #lidahkucing #biskutraya #pelangi #rainbow #warnawarni #biskut #sedap #manis #rangup #resepi #recipe #TikTokChef #TikTokGuru #SeleraRamadan #mr_lovva #kdboom #nntaca #aquamarine #fightingrose
kisahdunia 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
Tak dapat balik kampung ni, mestilah kena masak rendang sendiri kat rumah kan? Hah.. Jom buat rendang ayam minang untuk raya esok! Rasanya yang pedas-pedas, dimakan pula dengan nasi impit memang ngam?
Rendang Ayam Cili Api Minang, Hantu Makanan Pedas Wajib Cuba Resepi Ni!
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Rendang Ayam Cili Api Minang
Bahan-bahan
1 ekor ayam
2 biji bawang merah
4 ulas bawang kecil
7-8 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
3 inci halia
4 batang serai
10 tangkai cili padi hijau
5 sb pes cili
5 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit (dihiris)
1 cwn minyak masak
50 gm kerisik
250 ml santan
50 ml air
garam (secukup rasa)
1 keping asam keping
Cara memasak
1. Kisar halus bawang putih, bawang besar, bawang kecil, cili padi hijau, lengkuas, serai, halia, kunyit bersama minyak dan sedikit air.
2. Tuangkan bahan kisar ke dalam kuali dan tumis sehingga naik bau.
3. Kemudian, tambahkan pes cili dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan daun limau purut dan hirisan daun kunyit. Kacau seketika.
5. Masukkan sekeping asam keping.
6. Seterusnya, masukkan ayam. Biarkan mereneh dan ayam masak sepenuhnya.
7. Akhir sekali, masukkan kerisik dan santan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kelihatan sedikit kering.
8. Angkat dan hidangkan Rendang Ayam Cili Api Minang bersama nasi impit atau lemang.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Spicy Food Lovers, Let's Try Out Rendang Ayam Minang Recipe For This Raya!
Cannot go back for Raya and trying to cook your own rendang? Fret not! Try this special Rendang Ayam Minang recipe for Raya tomorrow! The spicy kick in addition to the classic flavor is super delicious. Serve with some Nasi Impit, totally irresistible!
Rendang Ayam Minang Recipe
Ingredients
1 whole chicken
2 whole shallots
4 whole onion
7-8 cloves garlic
2 inch turmeric
2 inch galangal
2 inch ginger
4 stalk of lemongrass
10 stalk green bird's eye chili
5 tbsp of chili paste
5 kaffir lime leaves
2 turmeric leaves (thinly sliced)
250 ml coconut milk
1 cup of cooking oil
50 gm toasted coconut paste aka kerisik
50 ml water
salt (to taste)
1 dried tamarind slice
Cooking methods
1. Finely blend garlic, onions, shallots, green bird's eye chili, galangal, lemongrass, ginger, with oil and a little bit of water.
2. Pour the blended ingredients into a pan and stir-fry until fragrant.
3. Then, add chili paste and cook until the oil begins to separate.
4. Add in kaffir lime leaves and sliced turmeric leaves. Stir well.
5. Add in dried tamarind slice.
6. Next, add the chicken. Bring to simmer until the chicken is fully cooked.
7. Finally, add in toasted coconut paste and coconut milk. Stir well until everything is combined and the gravy becomes a bit dry.
8. Remove from heat and serve Rendang Ayam Minang with Nasi Impit or Lemang.
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#kisahdunia #rasaflix #rendang #rendangayam #rendangminang #nasiimpit #raya #masakanraya #lauk #resepi #recipe #TikTokChef #TikTokGuru #SeleraRamadan #mr_lovva #kdboom #aquamarine #fightingrose
kisahdunia 在 Kisah Dunia (kisahdunia) - Profile | Pinterest 的推薦與評價
Kisah Dunia | Portal viral & trending no 1 di Malaysia. ... <看更多>
kisahdunia 在 Kisah Dunia - 首頁 的推薦與評價
Wow..!! Coway buat surprise memandangkan jerebu yang melanda Malaysia dan Singapura... Kami sangat peka dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk berkaitan ... ... <看更多>
相關內容