Allah...Mendidih hati baca coretan ni :'(
*Catatan ini daripada page Hot Panas,pm saya penulisnya untuk dikreditkan.
#SAYNOTOARAK
Teringat kes Court Klang, empat lelaki (bukan Islam) didakwa rogol ibu anak tUjuh dalam Alphard (pekerja kilang. Mangsa Islam dan bertudung litup) .
.
Sorang lagi OKT (org kena tuduh) tak didakwa rogol, tapi seks oral sebab dia masukkan anu dalam mulut mangsa. Dan sepanjang kejadian rogol dalam alphard, dia memandu kenderaan
.
Mangsa, bukan setakat kena rogol, liwat dan oral, bahkan dia dibelasah, dikendurikan dengan upacara siram siram arak, dibogelkan, dipaksa minum, diperlaku seperti haiwan meskipun merayu minta dilepaskan... mangsa kemudian diheret dengan kejam sehingga badannya bercalar, dirogol lagi dan dirodok kemaluannya dengan dahan sebesar lengan orang dewasa!!!
.
(BACA CATITAN DI BAWAH)
.
Ketika metigasi, Okt cabul menyalahkan arak dan mabuk, sebagai sebab mereka lakukan rogol... (of course alasan ini tidak diterima mahkamah sebagai sebab untuk menafikan diri mereka daripada dijatuhi hukuman setimpal)
.
apa yang aku ingin sampaikan adalah, kenapa kita kena #saynotoarak.. dan apa sahaja bersabit arak atu bir yang menjadi bibit-bibit pengenalan kepada benda itu.
.
TOLONGLAH, SAY NO TO FESTIVAL ARAK!!! supaya ia tidak didedahkan secara terbuka kepada anak-anak muda kita...
##########
KISAH MASA JADI REPORTER COURT
Imbauan kes ini aku tulis di blog pada
Jumaat, 20 September 2013
DI SEBALIK KES YANG DIBICARAKAN, ADA BANYAK FAKTA YG TAK DAPAT DITULIS DALAM AKHBAR... TAPI CERITA SEBENAR, TERTANAM DALAM HATI
Pengalaman jaga court sebenarnya tak lah seluas pengalaman senior-senior lain tapi, rasanya cukup banyak cerita2 mahkamah yang boleh dikongsi untuk dijadikan pengajaran kepada semua....
.
antara prosiding perbicaraan berprofil tinggi yg aku sempat follow dari awal sampai habis atau sebahagian besar prosidingnya; adalah kes Khir Toyo, Sosilawati, bekas Adun Sharif Jajang, kes syariah menantu Ketua Menteri Sarawak, curi enjin kapal dan bunuh isteri Mohafri. (Google nama ini, kes ni juga menarik dan wajar dijadikan pengajaran)
.
Disamping tu ada banyak lagi kes kes melibatkan hukum gantung sampai mati, dadah, rogol, liwat, dera, rompak, menyebabkan kematian dan lain lain tidak kira sama ada melibatkan rakyat biasa mahpun orang popular seperti artis.
.
Kes dera ibu tonyoh batang mop dalam kemaluan anak pun ada. Nanti ku cerita di lain entri.
.
KES ROGOL IBU BERUSIA 38 TAHUN
.
Hari ni aku cerita dulu pasal satu kes rogol di Mahkamah Klang. Kes ni setakat aku tamat khidmat di meja mahkamah masih dalam peringkat perbicaraan selepas seorang daripada empat orang tertuduh mengaku bersalah. Disebabkan salah seorangnya mengaku bersalah, dan menjadi saksi pendakwaan, peguam peguam lain ambil keputusan tarik diri.
.
Kes terpaksa ditangguhkan beberapa kali sementara memberi laluan kepada keluarga tertuduh utk cari peguam baru bagi menggantikan empat peguam yg tarik diri.
.
Kenapa mereka tarik diri? dua daripada peguam tu adalah kawan baik aku. ... depa kata, tak guna teruskan kes kalau salah seorang daripada tertuduh dah mengaku bersalah. bila dia mengaku bersalah penentuan prima facie atau definisinya 'ada kes' mudah terbukti.
.
Dalam kes macam ni biasanya peguam lain akan advice anak guam utk mengaku bersalah juga agar hukuman dapat dirayu. Tapi disebabkan anak guam enggan, dan kerana peguam lebih tahu potensi sesuatu kes utk menang atau kalah, maka lebih baik mereka tarik diri. (Nanti disalahkan oleh klien pula)
.
aku tanya, "So u tau anak guam u bersalah atau tidak?"
"Mostly yes!"
"Tapi u defend jugak?" soal aku balik.
"That's my job... tapi kalau kes tu melibatkan public interest I akan push them to plead guilty. I also got hati perut... the thing is sometimes the OKT is so young. They dont realise what the've done. Like rogol or pukul sampai mati. they just do it for fun. to show that they are powerful. they have some sort of arrogant attitude you know... i think, they should be given second chance to begin their new lives.,"
.
dalam hati aku... Whatever... tapi nasib baiklah peguam tu bukan beragama Islam. kalau ya maybe panjang lagi perbahasan aku ngan dia. ok stop pasal peguam ... balik semula cerita tadi.
.
kenapa aku ingat kes ni? sebab kes ni melibatkan mangsa yg aku rasa sangat kasihan. dia bukan perempuan seksi atau yg berpakaian menjolok mata atau anak dara.
.
dia hanyalah seorang ibu kepada tujuh anak tak silap aku, dan bertudung litup. kira kira jam 6 pagi suami dia (pemandu teksi) hantar dia ke tmpt kerja. tak sampai 10 minit dia dihantar ke tempat kerja datang satu lelaki tarik dia masuk kereta.
.
ada empat lelaki (Bukan bangsa Melayu) dalam alphard tu termasuk sorang driver. dalam kereta, mangsa dikendurikan.
.
alphard dipandu keliling bandar Klang sementara dia di dalam diliwat macam binatang. tudung dan pakaiannya direntap. rambutnya ditarik dan kepalanya didongakkan, arak dituang ke dalam mulut. empat lelaki bertindak macam syaitan! Merogol sambil memperlekehkan dia yg merayu mohon simpati. Mereka seperti berparti dengan air mata wanita malang itu! tidak cukup itu, kemaluan dan duburnya dirodok hujung botol.
.
sampai di satu kawasan di Klang, dia diheret keluar dari Alphard. Mangsa sudah kepenatan akibaat dirogol beramai-ramai sambil dibelasah. di atas tanah, berdekatan bukit dan hutan kecil, dia dirogol lagi. Pemandu (ikut keterangan dalam court) tidak merogolnya tapi memaksa dia melakukan seks oral dengan memasukkan anu dalam mulutnya.
.
dia ketika itu terlalu lemah untuk melawan. selepas tubuhnya dikerjakan hampir lunyai, kemaluan mangsa dirodok pula dengan dahan pokok sebesar lengan wanita. ingat, DAHAN POKOK! bukan RANTING!.. aku tengok gambar exhibit ini dan ia mengerikan!
.
Air mata aku mengalir dengar keterangan mangsa. suasana sebak dan trauma memenuhi court kerana keadaan mangsa diperlakukan itu amat sulit dan tak tergambar dek akal waras.
.
utk makluman, bagi kes rogol mahkamah bersidang secara tertutup. tiada orang awam dibenarkan masuk melainkan wartawan. itupun aku tak dibenarkan menulis. hanya boleh dengar dan ingat. nama mangsa dirahsiakan jika mahu buat berita.
.
selepas dirodok dengan dahan, dia ditinggalkan macam kain buruk. Mungkin semua jantan itu ingat dia dah mati, sebab dia pengsan. dia tak ingat berapa lama dia pengsan tapi bila dia sedar, dia tak mampu berdiri. Dia merangkak dan merangkak utk keluar dari kawasan yg dia sendiri tak tahu.
.
jumpa satu parit kecil dan ada titi kayu. dia merangkak atas titi kayu tu tapi terjatuh ke bawah. masa jatuh tu baru dia sedar ada sesuatu pada kemaluan dia. Walaupun terkejut, dia gagahkan diri tarik keluar dahan yang sepanjang hampir sekaki tu. Darah keluar membuak-buak menyebabkan dia pengsan serta merta. Penduduk setempat jumpa dan selamatkan dia....
.
huh... berat nak tulis sebab sedih... panjang lagi ni... cuma aku singkatkan.
.
ada satu prosiding kes ni. aku datang awal pagi ke court. Kawan aku, lawyer tadi bagitahu dia nak tarik diri dalam court hari ni. sebab salah seorang OKT mengaku dan yang lain tak nak mengaku. Salah seorang tu akan jadi saksi pendakwaan
.
OKT anak orang kaya... mengaku buat macam tu sebab minum arak mahal n hilang kawalan diri..., ada pelajar IPT!!!
.
Untuk pengetahuan, kesemua OKT berjaya ditangkap kerana beberapa ketika sebelum itu, mereka cuba menculik pelajar sekolah. pelajar tu dah berjaya ditarik dalam alphard tapi bila meronta dia berjaya keluar dari alphard dan menghafal no plate. OKT ditangkap atas kes cubaan culik ni dan kemudian didapati terkait dengan report Mangsa Rogol ini.
.
tiga lelaki yang bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan itu dihukum penjara 28 tahun dan sebatan antara 14 dan 20 kali oleh Mahkamah Sesyen.
.
tertuduh keempat kes itu telah mengaku bersalah pada 2010 bagi tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap mangsa dan selepas itu dijadikan saksi pendakwaan.
.
”Keterangan daripada tertuduh keempat selari dengan keterangan mangsa dan mahkamah tiada alasan untuk tidak mempercayai keterangan OKT,” ujar hakim .
.
Bagi tuduhan merogol mangsa yang berusia 38 tahun itu, ketiga-tiga mereka dipenjara 28 tahun dan sebatan lima kali setiap seorang.
.
Hukuman penjara juga dikenakan atas kesalahan memasukkan sebatang kayu ke dalam kemaluan mangsa sehingga wanita itu terpaksa menerima 10 jahitan.
.
Kesemua lelaki terbabit turut dihukum penjara 15 tahun dan sebatan lima kali bagi tuduhan mendatangkan cedera parah kepada mangsa menggunakan ranting kayu. Juga dihukum penjara tujuh tahun bagi kesalahan menculik dan melarikan wanita itu.
.
Kesemua hukuman penjara diperintahkan berjalan serentak. Secara keseluruhan, mereka dipenjara 28 tahun.
.
Kesemua kesalahan itu dilakukan mereka di kawasan semak berdekatan Jalan Kebun Nenas 2H/KS7, Bandar Putera Klang di Klang, pagi, 11 Februari 2010.
.
VIS MANGSA
.
Mangsa yang hadir ke mahkamah bagi membacakan kenyataan impak kesalahan terhadap mangsa (VIS) berkata, selepas kejadian ngeri itu, dia tidak keluar dari rumahnya selama setahun setengah kerana mengalami trauma yang teruk.
.
”Saya malu untuk keluar dari rumah, bibir saya terkoyak kerana dibelasah, saya terpaksa minum menggunakan straw selama dua minggu dan mengalami kesukaran untuk makan.
.
”Apa dosa saya pada mereka sehingga mereka sanggup memperlakukan saya seperti binatang?” katanya sambil menangis.
.
Mangsa juga mendakwa mengalami masalah untuk melakukan hubungan intim dengan suaminya.
.
Dalam perbicaraan, mahkamah diberitahu, mangsa ternampak kereta dengan bonet terbuka dan seorang lelaki berdiri di sebelah kereta seperti sedang membaikinya.
.
Lelaki terbabit kemudian berlari ke arah mangsa lalu mengheretnya masuk ke dalam kereta yang ada tiga lelaki lain di dalamnya.
.
Kesemua lelaki tersebut mengoyak pakaiannya, memaksa dia melakukan seks luar tabii dan merampas beg tangannya.
.
Selepas itu, dua daripada lelaki itu pergi ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) untuk mengeluarkan wang milik mangsa manakala dua lagi mengawalnya.
.
LEPAS PROSIDING
.
paling sedih masa OKT yg mengaku salah tu bersalam dengan suami mangsa. dia salam dan dia minta maaf...
.
aku nampak pakcik tu menangis sambil bersandar tepi dinding. aku dekati dia... tanya dia kenapa.. dan dia dengan suara perlahan menjawab..."Saya marah... sangat marah dan sakit hati... tapi kita orang Islam. Apa awak nak cakap lagi bila orang yang rogol isteri awak dan hampir buat isteri awak mati datang bersalam dan minta maaf?"
.
Lawyer kawanku tu juga ulang ayat yang sama, dan akui tewas untuk jadi pembela kerana baginya kes ini amat kejam
"Apa nak cakap lagi bila orang yang rogol dan hampir buat mati datang bersalam dan minta maaf?" Terngiang-ngiang...
.
aku terdiam. air mata aku mengalir lagi.. tapi aku cepat2 larikan diri. dari Jauh aku tengok isterinya (mangsa) yang berpurdah dan niqab menggosok-gosok belakang badan pakcik tu...
.
Besar ujian mereka... aku doakan keluarga pakcik beroleh rahmat daripadaNYA. Rahmat yang AMAT BESAR DARI YANG MAHA BESAR... amin. sama sama kita doakan ya....
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
saynotoarak 在 #saynotoarak - एक्सप्लोर करें | Facebook 的推薦與評價
Sorang lagi OKT (org kena tuduh) tak didakwa rogol, tapi seks oral sebab dia masukkan anu dalam mulut mangsa. Dan sepanjang kejadian rogol dalam alphard, dia ... ... <看更多>