NAK TAPI TAKUT DAN TIADA KEYAKINAN DIRI (Bhg 4)
"Aku tidak perlu kerja kuat sebab aku & bangsa aku ada keistemewaan," terlintas di pemikiran Adli sewatu ponteng sekolah bersama beberapa rakan. Apa yang tidak disedari oleh Adli bahawa pemikiran yang sama bermain juga dalam benak pemikiran rakan2 yang lain. Orang yang berjaya berfikir cara yang sama. Orang yang gagal & lemah pun berfikir cara yang sama. Al-Quran sebut sifat2 baik & buruk ini berulang kali kerana minda sebegini tidak pernah berubah.
Kemuliaan & ketinggian seseorang atau bangsa atau negara bukan pada warna kulit atau asal usul atau pun agama. Ia terletak pada nilai kehidupan & perangai yang senada & senafas dengan nilai kehidupan. Dulu masyarakat Eropah hebat & dihormati. Mereka bangsa pengkaji, ada minda mencari2 (curiosity mind) & juga mencipta. Semua ciptaan datang dari Eropah (& kemudian Amerika). Hari ini Eropah sudah tidak lagi hebat. Mereka sudah menjadi masyarakat pengguna. Ini mudah tetapi tiada nilai tambah dalam masyarakat mereka. Mereka tidak lagi berlumba2 untuk mencipta (melainkan Jerman).
China, Jepun & Korea Selatan & mungkin Indonesia serta India akan maju ke hadapan sebab daya fikir & daya cipta yang tinggi. Nilai kehidupan yang baru sudah berputik di sana. Minda yang betul & bijak; kerja kuat serta ambil risiko. Asal usul tidak pernah ada nilai. Dalam ajaran Islam, yang paling mulia ialah paling bertakwa & sekiranya sesuatu kaum itu sudah tidak 'baik', akan diganti dengan kaum yang lain
Pada hemat saya, punca yang keempat & kelima bertaut rapat. Ramai tidak sedar bahawa tiada kejayaan boleh dicapai kalau hati takut & minda tak cekal. Kalau kecekalan minda sudah tiada, apa pun tak boleh buat walaupun hanya sekadar menanam sayuran di belakang rumah atau mengambil kursus lanjutan secara persendirian selepas habis waktu kerja.
Imam al-Shafi'i pernah ditanya. "Adakah Tuan ingin tinggi & mulia dengan ujian atau tanpa ujian." Beliau menjawab, "Tiada kemulian tanpa sebarang ujian." Malah, 5 orang Nabi & Rasul yang paling berprofil & berimpak tinggi dipanggil Ulul Azmi. Apa makna Ulul al-'Azm? Ini jarang diajar di sekolah & masjid. Maknanya kecekalan minda.
(sambung)
MDB
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「shafi'i」的推薦目錄:
- 關於shafi'i 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
- 關於shafi'i 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
- 關於shafi'i 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
- 關於shafi'i 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
- 關於shafi'i 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於shafi'i 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於shafi'i 在 Shafi'i Fiqh - YouTube 的評價
- 關於shafi'i 在 Imam Shafi'i University - Home | Facebook 的評價
shafi'i 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
Pencair Hati dan Pencerah Pandangan & Kehebatan Berilmu
Dinukilkan daripada Imam al-Shafi'i : "Barangsiapa yang ingin dibuka pintu hatinya atau dicahayakan pandangannya oleh Allah, hendaklah dia meninggalkan banyak percakapan yang tidak penting; meninggalkan maksiat dan hendaklah dia mempunyai peti atau tabung kebajikan yang rahsia hanya antara dia dengan Allah. Apabila dia melakukan SEMUA ini, Allah akan membuka kepadanya ilmu (yang luas) di mana dia tidak lagi akan sebuk dengan perkara2 lain".
Alahai....tips ini memang menarik sangat2 tapi inilah paling susah nak buat. Lidah suka bercakap...maksiat terbang ringan di atas mata dan kepala setiap masa....amalan kebajikan nak dihebahkan sebanyak mungkin.
Memang ilmu (dan syurga) amat mahal.....bayarannya pun mestilah mahal. Teruskan usaha keras kita...selagi kita tidak boleh atasi ini, ilmu tidak akan terpancar dan minda kita akan sebuk dengan perkara2 lain. Lidah kita racun. Minda kita berlumpur. Tuturan kita lagha, hampas dan jijik. Tulisan kita putar belit dan ubah fakta hanya kerana mencari kemenangan sensasi.
Foto bersama Sheikh al-Raisuni semalam di UIAM....beliau terkenal dengan gelaran Sheikh al-Maqasid. Hidup beliau penuh dengan bacaaan, fikiran, tuturan ilmiah dan tinta tulisan mutiara ilmu.
MDB
#mindasyariahmindakehidupan
shafi'i 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
Monday Morivation Moment / Motivasi Hari Isnin
Life without tribulations and sacrifice is like painting without colours.
Kehidupan tanpa dugaaan dan pengorbanan adalah ibarat lukisan tanpa warna warni.
(Inspired by Imam al-Shafi'i's response to a question: If you are given a choice to get higher credential with or without tribulations, which one would you prefer? His response was: "There is no upliftment in life without any tribulations"....The Biography of Imam al- Shafi'i).
MDB
shafi'i 在 Imam Shafi'i University - Home | Facebook 的推薦與評價
Imam Shafi'i University. 28461 likes · 215 talking about this. Kusoo dhawoow Jaamacadda Al-Imaam Al-Shaafici (hoyga farxada iyo faaidada) ... <看更多>
shafi'i 在 Shafi'i Fiqh - YouTube 的推薦與評價
This course is a great primer to learn Shafi'i Islamic Jurisprudence (Fiqh). Join us every Monday to study key rulings and thoroughly ... ... <看更多>