Aku drive dari Shah Alam menuju ke Johor Bahru semata-mata nak pekena Brisket Burger dari WoodFire JB
Harga Brisket Burger ni RM36.90 dalam tu ada 3 elemen penting iaitu smoked beef brisket, smoked beef slice dan beef patty. Berbaloi tak agak-agak korang untuk 1 burger macam ni?
#PaduBebBros #TapawwStudio #BrisketBurger
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過38萬的網紅Padu Beb Studios,也在其Youtube影片中提到,Aku menyesal makan Brisket Burger di WoodFire JB ni sebab lepas ni mesti susah nak dapat Brisket Burger yang PADU macam ni di Shah Alam. Aku travel a...
tapawwstudio 在 Padu Beb Facebook 的精選貼文
tapawwstudio 在 Padu Beb Studios Youtube 的最佳貼文
Aku menyesal makan Brisket Burger di WoodFire JB ni sebab lepas ni mesti susah nak dapat Brisket Burger yang PADU macam ni di Shah Alam.
Aku travel all the way dari Shah Alam semata-mata nak makan Brisket Burger ni. Ramai yang dok suggest untuk suruh aku cuba. Ternyata perjalanan aku selama 4 Jam 15 Minit sangat berbaloi dan tidak terasa penat langsung kerana setiap gigitan pada Brisket Burger memberi makna yang cukup mendalam dan kepuasan yang maksima. Fuhhhh gempak ayat aku beb hahahahha
Lokasi WoodFire JB terletak di Suria Market Food Court, satu tempat makan yang luas dan berkongsi dengan peniaga-peniaga lain. Kalau nak datang sila guna Google Maps atau Waze. Jangan complain tak jumpa la, sesat la, salah bagi alamat la. Sekarang zaman dah maju beb, korang jangan buta IT pulak. Penat mak ayah hantar sekolah tinggi-tinggi tapi cari WoodFire JB pun tak jumpa hahahhaa
Kepada korang yang dah rasa WoodFire Jb ni apa pendapat korang? Sila beri komen yang membina sikit. Kepada korang yang belum rasa jangan memandai nak bagi pendapat, pergi beratur, beli dan rasa dulu burger ni baru bagi pendapat. Ini tidak, duduk rumah pakai kain pelekat goyang kaki, lepas tu komen kat sini cakap burger tu biasa-biasa je. Nanti mesti ada yang komen Burger Ramly tepi jalan lagi sedap hahahahahha.
K lah bye.
#WoodFireJB #PaduBebBros #EatingShow #TapawwStudio