YouTube Diamond Play Button
-----
.
Bagi sesiapa yang belum tahu, untuk mendapatkan YouTube Diamond Play Button sesebuah YouTube channel kena mempunyai 10 juta subscribers. Kalau sesiapa yang ada buka YouTube Channel sure tahu nak dapatkan 1,000 Subscribers pun susah inikan pulak 10 juta.
.
Semuanya bermula semenjak tahun 2009 lagi apabila YouTube Channel Les' Copaque Production Sdn. Bhd. dicreate atas dasar untuk menjadikan platform upload video semata-mata. Masa tu YouTube Channel atau YouTube Creator masih baru di Malaysia dan kebanyakkan orang hanya menonton video di YouTube dan tidak diexpose lagi untuk membuka YT Channel sendiri. Untuk mendapatkan 100,000 subscribers pertama pun Les' Copaque memerlukan 4 tahun lamanya.
.
Pada tahun 2016, akhirnya YT Channel Les' Copaque berjaya mendapat 1 Juta subscribers dan dianugerahkan Gold Play Button serta Silver Play Button untuk 100,000 subscribes. Sejak dari itu, puratanya jumlah subscribers bertambah satu juta setiap tahun.
.
Sehingga pada tahun 2019 sahaja ketika itu dengan promosi Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal, buat pertama kalinya dalam tempoh setahun sahaja berjaya meraih 4 juta subscribers dan menjadikan jumlah keseluruhan pada penghujung 2019 dengan 8 Juta subscribers.
.
Pada pertengahan tahun 2020 ini akhirnya angka 10 Juta subscribers berjaya diraih dan YouTube Diamond Play Button berjaya berada dalam genggaman. Sekali lagi, menjadi YouTube Channel pertama di Malaysia yang berjaya melakukan sesuatu yang mustahil.
.
Terima kasih dan tahniah kepada Les' Copaque Production Sdn. Bhd. dan semua warga kerja. Ini bukan hasil kerja seorang, tetapi adalah hasil kerja sepasukan.
.
Diamond terbentuk dari tekanan haba dan suhu yang tinggi. Begitulah juga kita, dikala dilanda kesusahan dan halangan, janganlah mengalah dan berhenti kerana memang bukan mudah untuk menjadi diamond. Bila kita tenung pada diamond ini kita akan nampak diri kita sendiri. Ianya umpama cermin. Macam mana kita nak lihat diri kita dalam cermin, kita sendiri yang tentukan.
.
#lcpyt10msubs #lescopaque #YTDiamondPlayButton #UpinIpin #MohdZarinDotCom #instafamous #Bloggermalaysia
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...