Repost @fadzli_aziz
Semoga Menjadi Peringatan Kepada Diri Kita:
“Awak tu asyik dengan handphone je” kata isteri pada suami yang tengah main handphone.
“Eh mana ada. Awak ni sesuka hati je. Kan saya ada bercakap dengan awak juga. Kan makan bersama. Sesuka hati awak je” balas suami dan terus pegang handphone.
Tapi memang zaman hari susah sedikit untuk berenggang dengan handphone tak kira lelaki atau perempuan.
Cuma persoalannya buat apa?
Baca fb?
Scroll twitter?
Tumpang maki kat medsos?
Baca semua group?
Bergaduh dalam group politik whats apps?
Main game?
Kalau memang bekerja,
Buat marketing,
Update content,
Cari knowledge,
Kumpul bahan,
Meeting online,
Itulah namanya bekerja dari rumah.
Cuma seimbangkanlah ye.
Terkadang kita rasa kita dah beri masa pada isteri, tapi rupanya sedikit sangat masa diberi tanpa kita sedar.
Itu belum bincang kualitinya lagi.
Makan bersama, hanphone di tangan.
Tonton tv bersama handphone di tangan.
Naik kereta bersama, tak bersembang. Diam dan dengar radio je.
Tidur bersama, masih handphone di tangan. Silap-silap langsung tak bercakap walau depan mata.
Huhu...
Jom audit kualiti masa kita bersama pasangan.
Kerana rumahtangga BUKAN SEKADAR CINTA.
Cinta juga boleh pudar bila tiada lagi perhatian, tiada lagi sentuhan, tiada lagi kasih sayang.
*dapatkan buku BUKAN SEKADAR CINTA*
#fadzliaziz
#bukansekadarcinta
#akauncinta
#bijakemosi
#minorchangesmajorimpact
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
akauncinta 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
“Puan, jangan pandang rendah pada keperluan seksual suami. Bahaya” kata saya.
Dipendekkan cerita. Ia adalah perbualan saya dalam satu sesi kaunseling yang saya lakukan di pusat kaunseling saya.
“Saya faham En Fadzli, tapi dia juga kena faham. Saya tak de mood. Lagipun saya penat bekerja. Kerja saya bukan kerja pejabat. Saya business online. Jadi nak kena melayan customer. Lagipun belajar lah tahan nafsu sikit. Asyik mahu je” jawabnya.
Itu luahan isteri. Saya tak boleh tentukan ianya betul atau salah. Tugas saya hanya menimbulkan celik akal supaya dia nampak dari sudut perspektif suami juga.
“Puan, seksual ni adalah keperluan biologi kerana Allah ciptakan lelaki dengan hormon testosterone yang banyak. Jadi keperluannya tinggi. Bukan sekadar kemahuan.
Ibarat makan. Puan makan banyak tak? Suami makan banyak tak?
Bab makan pun dah berbeza kan. Makan ni boleh tahan diri dari makan? Boleh. Sebab itu adanya puasa. Tapi berapa lama boleh tak makan?
Emosi kita boleh tahankan, jangan makan. Tapi biologi dah tak tahan. Pedih rasa perut, berangin dan lagi teruk kena gastrik.
Keperluan seksual tak lah sampai jadi gastrik. Heheh. Tapi puan, kesan yang lebih besar adalah emosi.
Lelaki yang tak dapat,keperluan emosinya mudah terganggu , makin sensitif dan lebih bahaya mudah terangsang visualnya. Ini kebiasaannya. Ada kajian mengenainya.
Bayangkan puan, dalam keadaan beginilah, lelaki nampak semua wanita cantik. Rakan pejabat nampak menawan dan seksi. Mata jadi makin meliar. Diperhatikan bentuk badan kawan perempuan.
Bayangkan suami puan adalah suami yang baik. Dia nak jadi orang baik, cuba jaga mata, pandangan dan diri agar tak buat benda haram.
Saat dia perlukan puan yang sudah halal padanya, tiba-tiba puan tidak berfungsi, tidak mahu untuk meredakan keperluannya atas alasan puan takde mood dan busy.
Menyelesaikan keperluannya bukan ambil masa yang lama pun puan. Tapi besar impaknya.
Peranan puan besar sebenarnya untuk bantu dia jaga diri dan jadi baik”. jelas saya dari sudut pandang lelaki.
“Tapi en fadzli, saya tanya kawan-kawan saya suami diorang tak macam tu pun. Takdelah seminggu sekali tapi ada yang sebulan sekali”.
“Puan, puan kahwin dengan suami puan, bukan suami kawan puan. Cara makan pun berbeza-beza apatah lagi keperluan seksual. Jangan bandingkan.
Ada lelaki, kalau keinginan dia tinggi, tapi jarang bersama isteri, ada kemungkinan dia lepaskan sendiri. Samada melalui pornografi dan masturbasi.
Yang saya risau kalau dia ‘makan luar’. Ini berlaku kalau dia tak kuat agama. Ada ilmu agama tak semestinya kuat agamanya. Ada orang kuat pegangan agamanya walau kurang ilmunya”. jelas saya.
“Faham...hmmmm”.
“Puan, kalau puan nak suami puan jadi orang yang baik, maka puan bantulah dia uruskan nafsunya. Keperluan seksual suami tak akan dapat diuruskan sendiri melainkan isteri. Sebab itu dia kahwin dengan puan. Ekslusif puan adalah pengurus nafsunya.
Maka peranan puan besar. Andaikata dia curang walaupun telah buat segalanya, paling tidak puan sudah berlepas diri dengan dosanya sendiri.”
Penting juga isteri untuk memahami karekter lelaki dan keperluannya lebih mendalam. Sebab saya sedang menulis satu buku khas untuk isteri iaitu tentang bagaimana memahami lelaki dan apa keperluannya secara khusus dan bagaimana seni berkomunikasi yang sesuai.
Saya seterusnya menyambung lagi sesi untuk teroka lebih mendalam.
Wallahuaalam
Kredit :
#fadzliaziz
#akauncinta
#pudarcinta
#bijakemosi
#minorchangesmajorimpact
akauncinta 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
Ramai yang macam ni kan....
Bilik mandi adalah salah satu tempat yang paling privasi untuk melepaskan segala beban, sakit dan kecewa.
Dalam bilik ini, air yang mencurah seiring dengan air mata... air yang sejuk cuba menyejukkan panasnya hati dan perasaan.
Nak diceritakan pada kawan, tiada yang boleh dipercaya. Ada yang baik tapi tak yakin boleh simpan rahsia.
Ada yang baik dan nampak seolah-olah mahu menolong, tapi dibelakang bergembira dengan kesusahan kita. Dibelakang dia meraikan menyebabkan kita hilang percaya.
Terkadang kita tak nak nampak lemah dimata orang. Walaupun sakit, penat dan menderita, tetap diukir senyuman agar diihat tenang dan sentiasa positif.
Walhal dalamannya tiada siapa yang tahu...
Akhirnya dalam bilik airlah menjadi tempat luahannya.
Ianya melegakan tetapi tidak semua membantu menyelesaikan. Mungkin ada yang berjaya menyelesaikan isu dengannya.
Tapi kebiasaan Kelegaannya hanya sementara.
Berdasarkan kajian, menangis bersendirian tidak baik untuk psikologi, kata dua ahli psikologi dari University of South Florida, Jonathan Rottenberg dan Lauren M. Bylsma pula.
"Mereka yang mendapat sokongan sosial ketika menangis akan dapat memperbaiki mood, tetapi menangis bersendirian lebih sukar untuk mendapatkan rasa tenang selepas menangis," kata dua sarjana itu.
Yang terbaik sebenarnya dalam Islam adalah dalam doa dan solat. Itulah pengurusan emosi yang terbaik.
Kredit :
#fadzliaziz
#akauncinta
#pudarcinta
#bijakemosi
#minorchangesmajorimpact