“Debaran ni sama tak macam debaran masa kau dengan Mikail, Eusoff dan Fhaliq?”
“Mestilah tak sama. Kau pernah ke dengar aku cakap yang aku sakit dada masa dengan dia orang? Hesy... Apa kaitannya la kau ni. Tak faham betul aku!”
“Sah...”
“Sah apa?”
“Kau dah terjatuh cinta. Kali ini, betul-betul kau jatuh cinta.”
“Hah? Dengan lif?”
“Dengan Ean la! Apa benda dengan lif pula ni? Aku tak faham macam mana kau boleh jadi penulis cerita romantik ni? Kau upah penulis hantu eh?”
Aku terdiam.
Aku...
Jatuh cinta?
Aku menekup mulut.
Choih!!!
Mana mungkin aku boleh terjatuh cinta dengan musuh ketat aku tu. Sehebat mana pun dia menulis, sekacak mana pun rupa dia... Aku tak boleh lupa apa yang dah terjadi sebelum ini. Sejak aku jumpa dia... Macam-macam dah berlaku. Mana boleh aku jatuh cinta macam tu aje.
Tapi...
Hati aku ni...
Memang betul-betul lemah.
Tak pernah nak belajar daripada kesilapan lalu.
“Merapulah kau ni.”
“Merapu tak kalau aku cakap yang kau tu tak bertepuk sebelah tangan.”
“Hah?”
“Ean pun sukakan kau. Kalau tak percaya, kau intai kat pintu masuk sekarang. Dia tengah tunggu aku call dia balik. Dia nak tahu update pasal kau. Aku letak. Aku call dia kejap.”
Aku bangun dari katil dan cepat-cepat mengintai ke lubang intip pintu. Aku nampak E. Zahrin sedang bersandar pada pintu gril rumah dia sambil memandang ke arah rumah Kak Rose. Ditangannya memegang telefon bimbit.
“Helo... Hah, macam mana? Dia okey? Oh, dia dah makan ke? Dia cakap tak lapar? Awak kena suruh dia makan. Dia kena makan ubat. Pujuk dia tau. Nanti beritahu saya apa yang dia nak makan, saya carikan. Kalau biawak boleh naikkan selera makan dia, saya cari... Jangan beritahu kat dia yang saya tanya. Dia tak suka. Anyway, thanks Khaira! Hadiah kahwin nanti saya belikan yang besar untuk awak...”
E. Zahrin matikan telefon. Dia kemudian memandang ke arah pintu rumah Kak Rose dan tersenyum. Dia nampak lega dengan apa yang Khaira beritahu dia tu.
Tak semena-mena...
Bibir aku pun mencuit senyum.
#JodohTersalahAlamat
同時也有17部Youtube影片,追蹤數超過7,400的網紅Hamka Kereta Mayat,也在其Youtube影片中提到,Bila saya cerita kisah lombong emas dengan nasihat.. “Orang kalau jumpa lombong emas, tak akan bagitahu orang ramai sebab dia akan sibuk mendulang em...
「aku cinta kau dan dia」的推薦目錄:
- 關於aku cinta kau dan dia 在 Facebook 的最佳解答
- 關於aku cinta kau dan dia 在 Ismail Ariffin Lepat Facebook 的最佳貼文
- 關於aku cinta kau dan dia 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
- 關於aku cinta kau dan dia 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的精選貼文
- 關於aku cinta kau dan dia 在 Warner Music Malaysia Youtube 的最佳貼文
- 關於aku cinta kau dan dia 在 AkwaArifin Youtube 的最讚貼文
aku cinta kau dan dia 在 Ismail Ariffin Lepat Facebook 的最佳貼文
"Haa! mana pemberita?! Mana TV3, mana Harian metro? Mana Kosmo? mana pi ke semua?? Pi la temuramah brader ni! viralkan dia biaq semua Rakyat Malaysia tengok! dengaq! dan pikiaq!
Sememangnya ramai Rakyat nak tengok dengaq hal hal berita yang masuk di akai, kita nak tau apakah yang sebenarnya sedang terjadi?. Clear clear brader ni tibai Khairi dan DG Nor Hisyam kot!, secara terbuka kot dia tibai depa dua ni. Benda dah semakin viral. Rakyat ternganga melopong tak tau hat mana betui hat mana taik ketui!
Manakala Newspapers Malaysia dok kalut paparkan hal-hal 'ajaran sesat' hat 'punk makan sampah', 'Polis bikin parti liar'. Dok jamu cerita hat lagu tu lah!!,
Hat Rakyat nak tau tentang betui ka vaksin ni betui! bagueh ka tak bagueh Vaksin ni, depa tak mau bubuh kat muka depan surat habaq! Lagu tu lah berzaman dah! dari tok kadoq sampai la kela ni! Muka depan surat habaq Malaysia, seringkali kaedahnya sering isi ceritanya sama saja iaitu:
'melindung! Mengampu dan menjilat!'.
"Anak aku hilang dalam perkarangan balai polis lebuh pantai pulau pinang. Under custody of 14 shariah court's high counsil, keesokannya yang keluar dalam surat habaq..'aku juga yang salah.
'hmm bagai di kata la..,
'Sembahyang tak tinggai tapi perangai..'
Ok ok.. tengok lah brader ni kalau dia selalu ke depan hentam pasai vaksin ni.. hangpa tunggu la tengok muka depan surat habaq nanti.. dia nanti kena kecam macam gendang, padahal apa yang brader ni cakap memang wajib di halusi dan di bela. Sebab dia sedang membela umat manusia.
Apa apa pun aku salute la brader kita ni, dia berani.. dan anyway aku pun sedar jugak, yang aku ni tak bolehlah nak terus marah kat KJ dan DG. Sebab KJ dan DG ni mungkin juga ada agenda nak selamat Rakyat malaysia, Namun persoalan yang timbul kenapa KJ tak bertindak dengan segera buat satu rancangan TV. 'Hati ke hati bersama ketulusan jiwa'. Adakan majlis muzakarrah di antara doktor pakar yang bersetuju dengan vaksin dan doktor pakar yang menentang vaksin. Ini adalah demi mendapat satu kata putus yang terbaik untuk rakyat Malaysia. 🙏🏽✌🏽❤️
KORAN - Lagu lirik dari Iwan Fals.
(Koran - Surat khabar dalam bahasa Indonesia)
https://youtu.be/JZmDsIrocn0
"Biarkan Indonesia Tanpa Koran"
Penguasa sekarang mudah marah
Berkata selaksa manusia yang resah
Kudengar dari balik rumpun bambu
Sedikit pun mereka tak bisa diganggu
Pada malam September delapan enam
Berita Radius Prawiro bikin geram
Empat puluh lima persen yang hilang
Rupiah yang kita cinta berjalan pincang
Pernah kau berjanji bak seorang nabi
Bahwa devaluasi tak mungkin terjadi
Bersuara emas kau di mimbar akbar
Tapi ternyata kau seorang pembohong besar
Ya kalo gaji kita berjuta sebulan tak jadi soal
Apalagi yang miliar banyaknya, rupiah ditukar dollar
Ya iya kita kaum jelata, buruh tani, guru dan kuli
Padamu untuk yang kali ini, lukai nurani kami
Tinta merah bekas seorang menteri
Beri gelar penguasa sewenang wenang
Aku membaca dari koran sore
Yang kini sudah tak boleh lagi beredar
Duka cita untukmu sahabat
Dari kami disini
Yakinlah engkau tak sendiri
Masih ada kami yang bernyanyi
Sayangnya kami masih sekolah
Baru bisa gelisah
Tentu kalau sudah selesai
Pasti lebih lantang suara ini
44 SK akan dicabut
Hal itu yang kau beberkan kami setuju
Sebagai wartawan kau sudah benar
Sebagai penguasa mungkin juga benar
Tajam pena katanya bikin resah
Soal itu masyarakat biasa saja
Koran sore dihantam pemerintah
Justru itu hal yang membuat kami resah
Mana rasa setia kawan dari teman seprofesi
Mari kita mogok menulis biarkan Indonesia tanpa koran...
(HEBAT SEKALI IWAN FALS) jalan terus.✌🏽❤️
aku cinta kau dan dia 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
Beberapa bulan lepas, seorang kawan saya nak beli handphone baru. Setelah 7 tahun guna handphone lama, memang kena beli yang baru juga untuk memudahkan urusan harian.
Speaker rosak, bateri tahan hanya 30 minit. Kamera blur habis.
Cuma dia minta bayar dua kali. Saya ok saja sebab dia ni memang pemurah. Masa guna kereta waja dulu, kalau rosak je dia lah orang pertama akan bank in atau transfer walaupun saya tahu dia bukan ada duit sangat.
Tiba-tiba satu hari dia whatsapp.
"Abu, aku bayar duit baki handphone nanti boleh?"
"Oh takpe. Take time bro. Ada masalah ke?"
"Takde. Cuma tu lah. Gaji lewat sikit"
"Bereh"
Saya pun ok saja. Moga dimudahkan urusannya. Cuma hati macam tak sedap. Ingat nak ziarah dia. Selang beberap hari, saya pun pergilah ke kedai dia sebab kebetulan ada servis laptop berhampiran kedai dia kerja.
"Azri takde. Berhenti"
"Bila bos?"
"Saya tak tahu"
Bos dia pun macam layan tak layan. Saya telefon azri terus. Lima minit bercakap, saya terus letak dan pecut ke kawasan rumahnya. Saya nak dengar sendiri dari mulutnya.
Ya.
Rupanya, dia dah berhenti kerja. Tapi dia tak bagitahu saya. Hari yang dia tak dapat nak bayar duit handphone yang dibeli, rupanya hari tu dia berhenti.
"Macam ni bu. Hari tu aku nekad berhenti sebab aku nak berniaga. Aku nak cuba kerja lain pula. Sebab kalau berniaga ni, aku ada masa dengan famili. Nak niaga depan rumah je"
Saya angguk dengar.
"Aku dah bagitahu bos sebulan awal lagi. Hari nak berhenti, bos bagi gaji. Aku pun pegang sampul macam nipis je. Biasa tebal. Sekali aku buka RM127 je ada. Gaji aku RM1200. Aku terus patah balik tanya dia. Dia kata, dia lupa nak tolak kwsp aku. Jadi, kali ni gaji dia tolak bulan-bulan yang dia tak carum"
Allahu. Terdiam saya.
"Pastu, kau minta tak? Kau tak cakap dengan bos balik?"
"Aku tak tahu nak cakap apa. Aku tahan je. Aku minta ihsan dia. Kesianlah dekat aku. Sewa rumah lagi. Bil. Anak bini. Aku memang down sangat masa tu"
Azri terus pulang. Masa dia menunggang motor, tiba-tiba ada kereta hon dan minta dia berhenti sebab pemandu tu kata dia bawa motor macam orang blur. Lampu merah pun langgar je.
"Aku memang blur bu. Aku tak tahu nak cakap apa. Dengan kos hidup yang tinggi ni, aku ada hanya RM127"
Berbulan berlalu, dia tak tahu nak buat apa.
Setiap kali lepas subuh, dia akan ke surau. Lepas solat, menangis sampai tertidur. Tiada apa yang tinggal.
Satu hari, tuan rumah datang ketuk pintu. Dia terus ajak anak isteri menyorok dalam bilik. Tutup semua laptop. Dah dekat dua bulan tak bayar sewa. Dia rasa tuan rumah macam nak halau dia.
Tiba-tiba tuan rumah bersuara dari luar,
"Azri, saya bukan nak minta sewa. Bukan nak halau awak. Saya nak bagitahu, kalau awak susah takpe. Sewa bulan lepas dan bulan ni saya halalkan"
Azri bagitahu,
"Masa tu aku malu sangat. Aku keluar dan minta maaf berdiam diri pada tuan rumah"
Tuan rumah kata takpe. Ada duit nanti bayarlah. Sementara nak cari kerja ni.
Kemudian esoknya, Azri cerita dia ke surau lagi selepas subuh. Habis solat, tiba-tiba ada seorang pakcik ni datang mendekati dia.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam" jawab Azri.
"Kamu ni, pakcik tengok dah sebulan lebih tak tinggal subuh di surau ya. Hari-hari ada"
Azri tersenyum saja.
"Macamni. Pakcik ni ada kebun. Hasil jualan kebun tu pakcik memang tak ambil duitnya. Biasanya pakcik kumpul dan bagi pada sesiapa yang pakcik rasa nak bagi. Jadi, pakcik rasa nak bagi kamu lah. Boleh?"
Kawan saya Azri ni cerita sambil menahan sebak. Bertakung airmatanya.
"Kau tahu bu. Aku ikut dia balik subuh tu, dan di tangan aku, pakcik tu bagi RM2600. Dua bulan gaji aku yang bos aku tolak dan tak bayar sebulan lagi. Aku menangis sungguh. Aku terduduk kat situ juga"
Pakcik tu pesan kat aku,
Gunalah duit ni untuk mulakan hidup baru. Selesaikan semua hutang-hutang. Jangan putus asa. Allah itu Maha besar dan Maha Kaya.
Kalian,
Begitulah kasih sayang Allah pada kita.
Biasanya, memang Tuhan akan buatkan kita menangis sungguh padaNya.
Maka, sebelum kita nak marah-marag dengan ujian, nak menyalahkan keadaan, buntu dimana nak mulakan,nak selesaikan masalah dan lain-lain,
Kembalikan dahulu semuanya kepada Allah.
Mohon sedar diri yang kita ni tiada langsung modal untuk berdepan dengan dunia dan akhirat melainkan berharap belas kasihan Allah kepada hamba yang diciptakan penuh kegagalan!
Kita semua sedar kalau gagal tandanya tak cukup menangis lagi!
Nak berusaha sehabis mungkin guna kederat atau tulang empat kerat itu, sesungguhnya jauh lebih mudah daripada nak memberi airmata untuk Allah, menangisi dosa dan salah kita yang banyaknya.
Dia, iaitu Allah terlalu cinta kepada rayuan hamba yang memohon itu ini dariNya.
Tuhan tunggu itu. Menunggu hambaNya datang merayu. Bersujud dan berlutut, hingga tersembam kerana mahukan Allah dahulu.
Lalu, perlahan-lahan Allah ambil hati kita, dan Allah kembali berikan dunia semula.
Untuk kalian yang diuji begini, panduannya ada di atas.
Percayalah, keajaiban itu ada pada mereka yang percaya.
Percaya yang pertama. Beriman kepada Allah.
kredit : abu hurairah as syifa
.
.
.
Nak viralkan bisnes anda? Sekarang dibuka iklan pakej terendah hanya RM30. Iklan boleh pilih tarikh dan masa sendiri. Whatsapps admin : http://bit.ly/2FFyZuG
aku cinta kau dan dia 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的精選貼文
Bila saya cerita kisah lombong emas dengan nasihat..
“Orang kalau jumpa lombong emas, tak akan bagitahu orang ramai sebab dia akan sibuk mendulang emas.
Tapi orang yang sibuk minta duit untuk dia tunjuk lokasi lubuk emas, ajar dulang emas, maka dia akan kaya dengan ajar mendulang emas sedangkan lubuk emas dia pun tak tahu sebab koranglah lombong emasnya”
Maka ribu ribu like, ribu ribu share.
Tapi ada orang kata saya bohong, mana ada lombong emas di Malaysia? Aduhh..
Nama kampong tu Lubuk mandi di Rusila, kampong saya tak jauh dari Rusila, dan saya masih ingat tahun kejadian adalah 1988 sebab lagu Taman Rasyidah Utama sedang popular.
Arwah ayah saya tak turun laut zaman tu sebab pergi dulang emas, abang saya dulang sehari dah boleh beli basikal BMX.
Jadi oleh sebab lagu Taman Rasyidah Utama sedang top waktu tu, hingga bila kami main gitar, lagu parodi macam ni kami nyanyikan
Pertama kali kau ku jumpa
Pertama kali ku bahagia
Kini aku mula bekerja
Dulang emas di Rusila
Ku mendulang di dalam hutan
Mencari emas yang terpendam
Namun sudah sekian lama
Banyaknya batu sahaja
Sebagai satu impian
Ku galikan lagi lubang
Rusila Utama
Sebuah lubang cinta
Ku mendulang emas di sini
Tak peduli ribut di langit
Ku dalamkan lagi lubang
Pasang lampu panjang
Sebagai hiasan lubang ini
Rusila Utama
Sebuah lubuk emas
Rusila Utama
Sebuah lubuk emas
Biarkanlah aku di sini
Mendulang sampai esok pagi
Izikanlah aku mendulang
Emas mu! Oh 'kerjaaan'!
Woha!
aku cinta kau dan dia 在 Warner Music Malaysia Youtube 的最佳貼文
Hariz Danial - Perhatian [Official Music Video]
#HarizDanial #Perhatian #ICSYV
Composer: Omar K, Mas Dewangga, Firdaus Rahmat
Lyrics: Omar K, Mas Dewangga, Firdaus Rahmat
Producer: Omar K, Mas Dewangga, Firdaus Rahmat
Follow Hariz Danial:
Instagram: https://www.instagram.com/hariz.danial/
Lyrics:
Verse 1
Kan ku lakukan semua untuk dapatkan perhatian dari mu
Telah ku coba untuk buktikan cinta ini tidak mampu bicara
Pre chorus
Hatiku suaraku hancur setelah engkau milik dia
Chorus
Ku doa kau bahagia
Hari-harimu bersama dirinya
Mengapa bukan ku di tempatnya
Ku rela kau pergi meninggalkan ku dan segala sisanya memori kita berdua
Verse 2
Telah ku setia sepenuh jiwa raga
Tapi dia lebih bermakna
Bridge
Biarkan aku tempuhi
Jalani hidup sendiri
Tanpa kamu
Tuhan kan lebih tahu
Ku harap kau juga
Mendoakan aku
Agar bertemukan cinta lain semirip mu.
aku cinta kau dan dia 在 AkwaArifin Youtube 的最讚貼文
Prod. by Planta
hey guys, okay kali ni kita buat lagu sedih balik sebab dah byk pulak lagu sweet sweet kan :p haha so lagu ni pasal you know how dalam relationship. when kau dah ada ilmu dan pengalaman tentang apa itu toxic relationship or kau tau pasal partner kau dah betul betul serious dgn kau or dia dah lose interest TETAPI disebabkan sayang cinta terlalu kuat dan sedap. kau sanggup tipu diri kata yang everything is good. but when in reality youre just hurting so bad. but you will only realise them once the relationship dah over or kau dah hilang rasa sayang tu or kau dah move on. aku harap lagu ni boleh membantu sesiapa yg tgh nk move on or tgh struggle berada dalam relationship berat sebelah. i hope youre all doing fine. and know what to do now. relationship supposed to be happy. out of the millions of people in the world and youre hurting feeling miserable because of one? move on guys. thank you for support my music. i love you guys.