Hari ini adalah hari lahir puteri kedua saya, Amna Khadeeja Binti Mohd Azizulhasni. Khadeeja mempunyai perwatakan yang amat lembut, manja dan sentiasa mencuri hati saya. Sekeras-keras saya ketika bertanding dan bersaing dengan pihak lawan yang bagak-bagak, akan tetapi bila dengan si kecil comel ni, saya selalu tumpas. Tengok matanya, tutur katanya dan riak wajahnya sudah cukup membuatkan saya tersungkur mengikut permintaannya.
.
Akan tetapi kali ini sangat sedih, saya tak dapat tunaikan permintaan Khadeeja. Pada ulangtahun kelahiran beliau yang ke-6 tahun ini, Khadeeja minta supaya Abi pulang dan ada bersama untuk menyambut hari istimewanya itu. Sedih dia dan bercucuran air mata dia bila dengar Abi tak boleh bersama. Nak jelaskan payah perasaan tu, hanya seorang ayah yang prihatin dengan anak-anaknya saja tahu bagaimana jeritan batin yang melanda ni.
.
Selamat Hari Lahir sayangku Amna Khadeeja. Abi sayang awak, Ummi sayang awak dan kakak sayang awak. Semoga Allah sentiasa melindungi, merahmati dan menjadikan awak seorang anak yang solehah.
.
Love you Khadeeja ❤️
.
#SanahHelwah #selamatharilahir
#birthday #happybirthday
#family #familytime #daughter
#daddydaughter #daddydaughtertime
#keluargamalaysia #WeAreOneWithAzizul #DemiMalaysia #MalaysiaBoleh
#teamazizul #azizulawang
同時也有31部Youtube影片,追蹤數超過4,800的網紅Sushie Banana,也在其Youtube影片中提到,Thankyou for watching ❤ My other platforms ?? Shopee ( sushiebanana ) : https://shopee.com.my/sushiebanana?smtt=0.0.9 Instagram ( @sushiebanana ) :...
amna 在 Facebook 的最佳解答
・・・
Ya Allah rindunya dekat cinta hati Abi dua orang ni. Saya sangat sayangkan puteri-puteri saya ni. Ketika di Melbourne, walaupun sibuk dengan pekerjaan saya sebagai seorang atlet professional, saya sentiasa mencari ruang untuk meluangkan sebanyak mungkin masa dengan mereka. Solat berjemaah sama-sama, ajar baca quran dan iqra, makan bersama-sama, bawa mereka keluar jalan-jalan dan melakukan pelbagai aktiviti bersama.
.
Kadang-kadang kita nampak benda tu kecil dan remeh, tapi ianya amat besar dan bermakna buat pembesaran anak-anak. Saya menggunakan pendekatan yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW, rasul kita. Baginda bersabda, ‘Sebaik-baik kalian adalah mereka yang paling baik terhadap keluarganya, dan Aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku’ (At-Tirmidziy no.3895). Baginda yang di utuskan oleh Allah SWT untuk kita contohi dan ikuti, kenapa ada sesetengah dari kita lebih cenderung mengikut adat dan budaya?
.
Saya sebenarnya rindu waktu bersama-sama dengan keluarga. Rindu sibuk menguruskan anak-anak, rindu mengemas rumah dan rindu untuk masak-masak. Saya harap anak-anak faham lah tanggungjawab Abi mereka dengan profession yang lain dari yang lain ni. Kadang-kadang bila video call dengan anak-anak, diorang tanya Abi kenapa tak boleh teman mereka macam ayah kawan-kawan mereka yang lain di sekolah? GULLPPP, telan air liur saya sambil terdiam. Rasa bersalah sangat-sangat. Saya faham waktu begini anak-anak memang memerlukan perhatian penuh dari ibu bapa mereka dan masa pula memang kita tahu tak boleh di putar semula.
.
Amna Maryam dan Amna Khadeeja, Abi harap awak faham, kerja Abi lain dari yang lain. Sikit je lagi okay, lepas tu Abi janji Abi dah tak tinggal awak berdua lama-lama dah🙏🤲
Love you all ❤️
.
#family #familytime #daughter
#daddydaughter #daddydaughtertime
#keluargamalaysia #WeAreOneWithAzizul #DemiMalaysia
#teamazizul #azizulawang
#teamcimb #cimb #forward
#airasia #daretodream #allstars
#daikin #daikinmy #daikinmalaysia
#nike #nikemy
#oakley #oakleymy
#ogk #ogkkabuto
#wattbike
amna 在 Facebook 的最佳貼文
・・・
Alhamdulillah syukur, berkesempatan melawat Dato’ Sri Khalid dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza @ctdk di kediaman mereka kebetulan saya berada di sekitar kawasan tersebut. Terima kasih kerana menjemput saya dan saya sangatlah berbesar hati kerana akhirnya dapat bertemu kembali selepas kali terakhir berjumpa di Melbourne dulu.
.
Memang tidak dinafikan, satu Malaysia memang sayangkan Dato CT termasuklah saya serta seluruh keluarga. Anak-anak saya Amna Maryam dan Amna Khadeeja suka sangat dekat Aafiyah @aafiyahkhalid , jadi saya buat video call dan mereka bersembang secara virtual. Saya baru tahu, Dato CT ni bukan hebat menyanyi je, memasak pun boleh tahan juga. Banyak hidangan yang disediakan sendiri oleh Dato CT dan semuanya sedap-sedap belaka tetapi cucur Dato CT memang terbaek, saya makan tu sampai menyanyi lagu PERCAYALAAHHHH.
.
Mungkin ada yang tak tahu, Dato K dan Dato CT memang ‘die-hard fan’ sukan berbasikal. Mereka berdua ni memang sangat aktif berkayuh dan siap masuk perlumbaan lagi, jangan tak tahu. Tapi saya sangat terkasima melihat koleksi-koleksi basikal mereka. Paling saya terpaku adalah koleksi basikal antik yang memang susah nak dapat. Masa berada di galeri tu, saya tengok satu persatu secara terperinci dan seolah-olah ada alunan mozart mengiringi saya. Kagum.
.
Terima kasih kepada Dato K dan Dato CT kerana mengikuti dan menyokong perjalanan karier saya serta juga layanan istimewa ketika berkunjung ke rumah. Di doakan agar dimurahkan rezki dan dirahmati oleh Allah selalu dan hubungan silaturahim ini akan terjalin erat selamanya. Insyaallah kekgi kite gateh skali deh, kite pakak kabak Genting Perez 🚴♂️😂👍💪.
.
#sitinurhaliza #ctdk
#tanahtumpahairku
#keluargamalaysia
#WeAreOneWithAzizul #DemiMalaysia
#teamazizul #azizulawang
#teamcimb #cimb #forward
#airasia #daretodream #allstars
#daikin #daikinmy #daikinmalaysia
#nike #nikemy
#oakley #oakleymy
#ogk #ogkkabuto
#wattbike
amna 在 Sushie Banana Youtube 的最佳貼文
Thankyou for watching ❤
My other platforms ??
Shopee ( sushiebanana ) : https://shopee.com.my/sushiebanana?smtt=0.0.9
Instagram ( @sushiebanana ) : https://instagram.com/sushiebanana?utm_source=ig_profile_share&igshid=14caht4pjhl1g
Facebook ( Amna Arifah ) : https://www.facebook.com/amna.arifah.7
Facebook gaming page ( Nana ft. Averrose ) : https://www.facebook.com/sushiebanana
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/NfeW2RO34RI/hqdefault.jpg)
amna 在 Sushie Banana Youtube 的最讚貼文
Thankyou for watching ❤
The videos that i react is not mine.
Credit to : Kingdom Lengendary War (Mnet K-Pop)
My other platforms ??
Shopee ( sushiebanana ) : https://shopee.com.my/sushiebanana?smtt=0.0.9
Instagram ( @sushiebanana ) : https://instagram.com/sushiebanana?utm_source=ig_profile_share&igshid=14caht4pjhl1g
Facebook ( Amna Arifah ) : https://www.facebook.com/amna.arifah.7
Facebook gaming page ( Nana ft. Averrose ) : https://www.facebook.com/sushiebanana/
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/nWZLaurBrDg/hqdefault.jpg)
amna 在 Sushie Banana Youtube 的最佳貼文
Thankyou for watching ❤
My other platforms ??
Shopee ( sushiebanana ) : https://shopee.com.my/sushiebanana?smtt=0.0.9
Instagram ( @sushiebanana ) : https://instagram.com/sushiebanana?utm_source=ig_profile_share&igshid=14caht4pjhl1g
Facebook ( Amna Arifah ) : https://www.facebook.com/amna.arifah.7
Facebook gaming page ( Nana ft. Averrose ) : https://www.facebook.com/sushiebanana/
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/nd4WLkP4vsg/hqdefault.jpg)
amna 在 AMNA | Facebook 的推薦與評價
AMNA , 布加勒斯特。 379870 個讚· 961 人正在談論這個。 Concerte Carmen 0737677 677. ... <看更多>