TERBANG BERSAMA MDB (Bhg 26)
Granada, Sepanyol, 1995
Sejak saya meletakkan kaki di bumi Malaysia pada 30 Januari 1994, saya sudah ada mimpi baru. Saya ingin menjadi seekor burung. Bukan burung biasa. Burung Helang atau Rajawali. Tapi impian ini tidak pernah dizahirkan kepada siapa melainkan pada hari warkah ini ditulis. Bukan semua impian perlu diberitahu kepada satu dunia.
Selepas melepaskan rindu dendam dengan emak, abah & adik2 di kampung, saya terpaksa tinggalkan keluarga saya di A. Star. Saya kena melaporkan diri di Kuliyyah Undang2, UIA, P. Jaya. Saya antara yang paling awal dapat PhD walaupun paling junior sebab tukar taraf MPhil ke PhD. Rasa kekok menjadi seorang pensyarah muda berPhD.
Saya terus mencari rumah sewa. Teringat rumah sewa di St Andrews. Ingin mencari sebaik itu. Akhirnya dapat sebuah rumah separuh simen separuh papan di Kg Simpang Tiga, Gombak. Kemudian saya terus balik ambil keluarga ke Gombak. Kereta Honda Accord dalam kontena belum sampai. Bila kereta sampai, duit tak cukup nak bayar cukai kastam. Lebih daripada jangkaan. Hidup mula tertekan. Ini semua cabaran hidup.
Selepas 2 bulan, kami berpindah ke Bandar Kinrara, Puchung yang amat sunyi ketika itu. Saya antara orang pertama berani duduk di sana.
Minda menjadi burung Rajawali semakin kuat. Setiap hari, jam 5.30 pagi, meninggalkan rumah & keluarga dengan kereta kesayangan Honda Accord bagi solat subuh di Mesjid UIA. Ini bagi mengelakkan jam di Jln Klang Lama yang teruk. Jalan teruk. Bukan macam sekarang.
Pukul 6.15 pagi, saya sudah berada di ofis membaca & menulis artikel ilmiah. Ada satu seminar antarabangsa terbesar di kalangan Orientalis di Granada, Sepanyol. 5 hari.
"Aku mesti pergi ke sana. Aku kena pastikan paper aku diterima," tekad anak burung Rajawali.
Paper saya diterima. Cuma pihak UIA tak ada bajet tiket penerbangan. Burung Rajawali pun tak boleh terbang sejauh itu. Perlu naik k/terbang. Saya terpaksa gunakan wang sendiri untuk terbang ke Madrid & Granada.
Hotel pula macamana? Ahhhh. Duit lagi. Rakan & mentor saya, Allahyarham Dr Zainudddin ada idea & hati tulus.
"We can stay together", ujar beliau.
Granada adalah pencetus impian anak Rajawali.
MDB
artikel ilmiah 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
Parlimen - Restoran Yusuf Haslam - Akta Guaman Syarie
Pagi ini ada beberapa siri perbincangan di Parlimen. Meeting terakhir ialah dengan inten2 di Pejabat Timbalan Menteri Kewangan. Mereka nak buat satu program sosial kewangan Islam dan memang briliant. Saya terpanggil memberi galakan dan motivasi dan sedikit idea yang baru.
Selepas habis urusan di Parlimen, singgah sebentar di Restoran Yusuf Haslam berhadapan Hospital Tawakal untuk makan tengahari. Tempat favourite saya.
Tak sangka2 bertemu dengan Dato Dr Abdul Monir Yaacob dan isteri beliau. Beliau adalah mantan KP IKIM dan juga big brother kepada saya. Di zaman awal kerjaya saya di UIAM, beliau banyak memberi pentas dan peluang kepada saya untuk berbicara ilmiah di atas pentas IKIM dan menyumbang artikel ilmiah. Inilah peranan senior dalam kehidupan....memberi peluang, ruang dan motivasi sebanyak mungkin untuk jenerasi muda.
Kami berdua amat rapat dengan Almarhum Prof Tan Sr Ahmad Ibrahim sewaktu legend ini masih hidup. Kami bertukar2 nota pandangan tentang Akta Guaman Syarie dan jelas bahawa pendukunng2 awal keguaman Syariah telah memulakan inisiatif ini beberapa dekad yang lalu. Malah, UIAM telah melancarkan kursus keguaman Syariah DSLP. Memang hebat Almarhum Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim yang boleh melihat ke masa hadapan. Semoga beliau berehat dengan tenang di alam barzakh.
Kami kemudiannya mengakhiri diskusi kami dengan beliau (Dato' Dr Monir) menceritakan pengalaman beliau bertemu saya pertama kali mungkin lebih 25 tahun yang lepas. Apakah analisa beliau tentang diri saya di waktu itu? Menarik. Tetapi ini rahsia....tak boleh dikongsi dalam sosial media.
Kalau anda berada di atas, jangan lupa orang di bawah. Mereka perlukan apa sahaja peluang, dorongan, galakan dan motivasi untuk berjaya.
MDB
artikel ilmiah 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
Ramai yang terpedaya dengan lakonan dari Arunakiri Nathan. Akibat penguasaan Bahasa Melayu yang lemah, beliau tidak faham perumpamaan yang kalau ditanya kepada budak sekolah rendah juga akan faham.
.
Tidak kurang juga ramai yang terpedaya dengan pembohongannya. Kenapa saya mengatakan pembohongan? Kerana majoriti artikel kami yang beliau kata menghina agama Hindu tidak dijawab dengan rujukan ilmiah tetapi sekadar membuat video Live dan mengatakan; “Firdaus Wong is lying. It is not like this. He insulted Hinduism bla bla bla.”
.
Persoalan bagi yang berfikir, pernahkah anda melihat jawapan balas ilmiah dari Arunakiri Nathan beserta dengan nota kaki sumber rujukannya dan juga adakah anda memiliki dan melihat kepada nota kaki yang kami sertakan dalam setiap artikel kami?
.
Ramai juga yang tak tengok video dari awal hingga habis lalu membuat tohmahan kononnya kami jual kitab Hindu tepi jalan & kami terjemahkan kitab Hindu walhal kitab Hindu itu adalah terjemahan sarjana Hindu sendiri dan dijual di kedai buku Hindu di Indonesia!
.
Saya harap anda lebih rajin membaca dan jangan menjadi seperti lembu yang dicucuk hidungnya (ini perumpamaan ya bukan literal. Risau ada yang tak faham perumpamaan pula seperti Arun).
.
Seorang pengikut tegar Arun yang telah terpengaruh dengan pembohongan Arunakiri adalah Dr Palanivel yang bertugas di PPUM sehingga beliau mengugut untuk menyerang saya di rumah saya tetapi kemudian memadamkan komennya itu. Minggu lepas seseorang yang bernama Dr Ganesh juga hubungi PA saya & memberikan amaran.
.
Kami tulis dengan ilmiah segala fitnah anda terhadap Islam & Muslim tetapi anda hanya mampu balas dgn bertindak agresif dan emosional? Ugutan begitu tidak akan sesekali mematahkan semangat kami untuk terus berdakwah. Anda tuduh kami menipu atau sebenarnya anda yang tertipu? Datangkanlah bukti-bukti kamu jikalau kamu berkata benar!
.
Sahabat sekalian, ingat bahawa Arunakiri tidak mewakili bangsa India dan Hindu di Malaysia. Geng-gengnya sahaja yg bersikap ekstrim suka claim itu & ini dan bila dijawab secara ilmiah akan melenting. Jangan gunakan bahasa kesat atau menghina tetapi gunakan bahasa yg beradab.
.
#firdauswong #dakwah #islam #ekstrimishindu @ Kuala Lumpur, Malaysia