Ini mungkin ada satu Filem yang boleh buatkan korang bercucuran air mata.
Al kisahnya, Saya pernah jugak tengok video askar balik perang terus pergi sekolah anak dan peluk anak sambil menangis gembira, video tu tak emosi sangat pun, tapi bila tengok kisah benar seorang anak mencari mak kandung yang berpisah sejak kecik, bercucuran air mata beb.. sob sob…
Filem ini berjudul Lion (2016), Kisah benar budak india hilang tak tahu jalan pulang ke rumah masa umur 5 tahun, hampir nak jadi mangsa pelacur kanak kanak, tapi dia lari hinggalah di pungut jabatan kebajikan masyarakat India.
Untuk info, di india, 80 ribu kanak kanak hilang setiap tahun, dan 11 juta kanak kanak hidup gelandangan.
Lalu datang pasangan mat saleh dari Australia yang bagitahu, dunia ini tertalu ramai manusia, buat apa nak ada anak sendiri? Jika nak anak jugak, ambik sahaja anak yatim piatu yang menderita dan bahagiakan mereka. (Geng anti barat jika baca niat orang bukan islam yang baik ini tentu menangis terharu sebab masih wujud orang sebegini di zaman ini?)
Maka budak india tupun jadilah anak angkat ikut mak ayah baru ke Australia, di besarkan dengan kasih sayang, dan bila dewasa, si anak yang rindu pada abang, kakak, dan ibunya mulai menjejak kampung sebab waktu hilang dia tak tahu nama kampung, cuma yang dia ingat, ada tangki besar dekat stesen keretapi. Bila ada Google Earth, diapun scroll semua tangki dekat stesen keretapi dan start balik jejak rumahnya.
Malas nak spoiler, lagi korang tak tahu apa kisah benar yang menanti, lagi seronok waktu menonton.
Cuma lepas tonton tu rasa rindu sangat nak berjalan di kampung, esoknya saya ajak bini dan anak berjalan dari rumah arwah mak saya ke sekolah lama saya, jarak 2km.
Saya lalu ikut jalan yang saya menapak waktu kecik, ikut celah rumah orang, cari balik kedai yang saya pernah beli tikam dulu, cari balik pokok yang saya lepak sambil makan aiskrim Malaysia dan berkumandang waktu tu lagu Wings Belenggu Irama dari kedai runcit pasang kuat kuat,
Tapi bila masuk kampung, semuanya dah tak sama, pokok dah ditebang, kedai dah tutup, padang dah bertukar jadi rumah.
Namun.. bila sampai depan sekolah anak anak pelik tengok saya senyum sewaktu pandang sebuah rumah yang berada betul betul depan sekolah, saya bagitahu pada anak anak, ayah dulu sekolah petang, balik sekolah semua berkumpul depan rumah ni tengok Ultraman dari TV dalam rumah ni, sporting tuan rumah buka pintu luas luas, walau suara Ultraman tak dengarpun, bila muncul Ultraman lawan raksasa, kanak kanak bersorak macam orang tua tengok bola, oh kenangan.
Di belakang sekolah ada pantai, saya kemudianya terus lepak tepi pantai dengan anak bini dan bagitahu, satu sahaja yang tak berubah sejak dahulu iaitu pantai.
Ops, lupa nak tazkirah: Rujuk filem berjudul Lion, (nama budak tu) maka saya pun bercerita kisah Singa versi islamik ditepi pantai kepada anak anak.
Al kisah maka tersebutlah sebuah kisah akan seekor anak singa yang telah terpisah dari kumpulan singa-singa yang lain. Maka anak singa itu pun berjalan-jalanlah ia dengan cemas sehingga ianya sampai ke pinggir hutan yang mana nun di sana terdapatlah sebuah padang rumput yang luas yang didiami oleh sekawan kambing.
Apabila Ketua kambing melihat seekor anak singa yang berzaiz kucing dan dalam kesedihan maka di atas dasar keperibinatangan, bersetujulah Ketua kambing bagi mambenarkan si anak singa untuk menyertai kumpulan kambing-kambing tersebut.
Maka tinggallah anak singa bersama kumpulan kambing tersebut. Setelah sekian lama masa berlalu, maka si anak singa telah meningkat remaja dan sudah mulai baligh. Dia telah lupa akan asal-usul dirinya sendiri sehingga hidupnya tak ubah seperti kambing. Makan rumput macam kambing, melompat macam kambing, takut air pun macam kambing sehingga ke tahap kronik, dah mengembek pulak macam kambing.
Mungkin pada ketika inilah saksi-saksi yang melihat anak singa mengembek di dalam kumpulan kambing lalu mencipta pepatah melayu, iaitu : masuk kadang kambing mengembik.. Wallahu’lam.
Tapi satu perkara yang amat mendukacitakan hati anak singa adalah ia selalu ditanduk oleh kambing-kambing yang lain. Nak melawan tak de le daya upaya kerana fikirnya macamanala nak melawan, aku tak ada tanduk macam mereka.
Maka sedihlah hati anak singa dan selalulah dia bercita-cita dan berdoa agar diberi tanduk macam kambing malahan diberi tanduk yang lebih besar lagi agar dapat membalas perbuatan kambing-kambing durjana itu.
Di pendekkan cerita, pada suatu hari yang lain ketika anak singa duduk bersendirian mengenangkan nasibnya yang malang, lalu lah sekumpulan singa di situ. Maka seperti resam kambing, anak singa cuba melarikan diri, tetapi ia telah di kepung dan tak dapat nak lari.
Dipendekkan cerita selepas sessi suai kenal, ketua kumpulan singa telah menerangkan kepada anak singa tentang siapakah dirinya yang sebenar. Sangat susah anak singa nak terima kenyataan tu, tapi akhirnya ia akur juga.
Setelah selesai latihan yang diterima dari ketua singa maka anak singa telah kembali kepada kumpulan kambing. Seperti biasa kambing-kambing itu meneruskan tradisi pembuli mereka iaitu ingin menanduk anak singa. Kali ini anak singa telah bersedia. Ia mengeluarkan kuku yang telah lama tersimpan dan membuka mulut sehingga menampakkan taring yang tajam. Dan... dengan sekali ngauman, semua kambing-kambing telah bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.
Jadi wahai anak anakku, singa itu adalah ibarat kita orang islam yang ada kekuatan dakwah, tapi telah lupa kekuatan kita kerana telah lama bergelumang dalam dunia kambing, errr, maksud ayah dunia orang kafir.., sehingga mereka lupa akan asal usul.
Dalam dunia ‘kambing’, ‘tidak mandi’ adalah betul, dan ‘tanduk’ adalah senjata yang hebat…
Tanduk itu diibaratkan seperti senjata Nuklear, Harta, dan Takhta.
Yang mana di sisi Allah semua itu ibarat sarang labah-labah yang langsung tidak boleh memberi manfaat dan mudarat…
Tapi orang islam di zaman ini kebanyakkannya telah yakin akan semua itu dan berdoa meminta tanduk agar dapat menentang kambing-kambing yang lain.., sungguh kasihan.
Padahal mereka orang islam telah terlupa bahawa, ‘Kuku, taring dan ngauman singa’ yang telah sedia ada dalam diri mereka, adalah perumpamaan kepada kekuatan islam dalam kerja dakwah yang mana para Sahabat Nabi dalam menjalankan kerja ini, Allah telah meletakkan kegerunan pada orang kapir sejauh sebulan perjalanan…
Semoga kita semua tidak menjadi kambing atau menjadi singa yang ingin menjadi kambing… jangan menjadi such Lions led by such Lambs...
Sekian.
******
Habis bercerita pada anak di pantai, kami kembali balik rumah jalan kaki. Lepas tu saya cakap pada anak, korang patut bersyukur, sebab tak perlu jalan kaki macam ayah dulu, arwah datuk korang tak mampu nak ada kereta macam ayah sekarang, dulu hari hari ayah jalan 4km pergi balik ke sekolah tau?. Sekarang ayah hantar dan ambik korang depan pintu sekolah, bersyukurlah.
Anak jawab:
"Kalau sekolah saya tepi pantai macam sekolah ayah 4km pun tak penat!"
Woha!
「asal usul kucing」的推薦目錄:
- 關於asal usul kucing 在 Facebook 的最佳解答
- 關於asal usul kucing 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
- 關於asal usul kucing 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的最佳解答
- 關於asal usul kucing 在 Asal Usul Kucing-kucing Istanbul (1/3) - MUSLIM TRAVELERS 的評價
- 關於asal usul kucing 在 Asal usul kucing gendats - Kucing Malas Family - Facebook 的評價
asal usul kucing 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
10 filem zombie paling best
Bila duduk berkurung dirumah, dan wabak sedang merebak di luar, layan filem zombie menambah insaf untuk kita tidak merayau, jadi saya senaraikan 10 filem zombie yang best bagi saya.
1. The Night Eats the World (2018)
Mula mula korang boleh layan filem Perancis berbajet rendah ni, tapi feel dia sampai, Kisah simple lelaki terakhir di bumi, sunyi yang mencekam hingga zombie dalam filem ini juga bisu, tiada roar…, lalu hero hanya mengurung diri dalam rumah, dan mengurung jiran yang jadi zombie untuk ajak bercakap. Ada jugak cubaan hero untuk berkawan dengan kucing tapi risiko ada kawan di waktu wabak zombie amat merbahaya. Dalam kesunyian, hero sempat bekarya dengan hasilkan muzik indah guna barang terpakai. Lalu muncul seorang wanita dengan idea berbeza, kata wanita itu: nak teruskan hidup, kena pindah randah jadi nomad, tapi hero pulak, prinsip hidup dia, kekal selesa di satu tempat sahaja, tiba tiba ada plot twist, aduh, sedihlah pulak. Layan!
2. The Rec (2007)
Jika filem French tadi bosan sebab tak ramai pelakon dan terlalu sunyi, jom layan filem Spanish ini, kisah Wartawan buat dokumentari pahit getir ahli bomba, dan ikut ahli bomba ke lokasi kecemasan, sekali ada virus zombie kat sana, Feel cemas movie ini sampai sebab rakaman guna hanya video cam. Oleh sebab filem Spanish ini sangat best, Holywood buat remake bertajuk Quarantine (2008) sama jer jalan cerita Cuma bajet lebih mahal dan bercakap English.
3. Train to Busan (2016)
Dari Spanish, kita terbang ke Korea, jom tengok kisah orang asia dan anak kesayangan terperangkap dalam keretapi yang wabak zombie sedang merebak, ruang keretapi yang sempit mencemaskan lagi babak serangan zombie. Filem zombie terbaik asia!
4. World War Z (2013)
Dari Korea kita pulang ke tempat asal usul Zombie yang mana Wabak zombie di gambarkan pada skala besar, hero menjelajah dunia mencari penawar, pergi Korea tapi semua dah jadi zombie hingga bom nuclear meletup, dan begitu pantas viris ini merebak seluruh dunia, dan bagaimana yahudi membina tembok tinggi di Palestin demi mencegah zombir panjat dinding!Kelemahan filem ini, zombienya kurang kejam tak berdarah sangat, lebih kepada nak menjangkitkan viris sahaja, tapi dengan bajet filem ini yang mahal, bolehlah kita tengok serangan zombie pada skala global.
5. Dawn of the dead (2004)
Oleh sebab filem War of Z tadi zombienya kurang ganas, dan lokasinya terlalu luas, apa kata kita layan Kisah sekumpulan manusia berlindung dalam pasar raya apabila wabak zombie merebak di sebuah bandar, maka di pasaraya semua ada, makanan, hiburan, dan macam macam, tapi manusia bila tamak, tingkat pasaraya pun berebut, hingga terpaksalah guna hokum rimba, yang kuat akan menindas yang lemah, dan walaupun di pasaraya semua ada tapi manusia tetap rindukan alam semula jadi, lalu mereka plan nak lari ke pulau, dan bermulalah masalah. Filem ni semua zombie layak mendapat anugerah pelakon pembantu terbaik. Tapi sayang ada dua tiga saat babak seks, mandi bogel, membuatkan filem ni tak sesuai untuk tontonan keluarga. Aduh.
6. 28 days later (2002)
Filem zombie di pasar raya tadi jika zombie gigit orang, masa nak bertukar jadi zombie tu makan masa beberapa jam, jadi masih boleh ikat mangsa gigitan tunggu dia mati dan tembak bila dan bertukar, tapi ada filem lagi seram, 20 saat lepas gigit terus jadi zombie, 28 days later ni memang zombienya ganas walaupun bajet file mini murah tapi feel seram tu sampai.
Babak awal lelaki berbogel koma di hospital, bila sedar dari koma, seluruh dunia tiada orang, heropun merayau cari orang tapi tak jumpa, rupanya semua dah jadi zombie yang aktif pada waktu malam. Kisah sisi jahat manusia bernama lelaki bila dah lama gersang tiba tiba jumpa perempuan. Pelakon tak ramai, tapi suasana ancaman zombie dan ancaman manusia jahat itu ‘sampai’.
7. The girl with all the gifts (2016)
Dari Hollywood, kita layan pula filem British, yang mana satu sudut dunia, ada harapan untuk kanak kanak di zaman virus merebak, lalu kajian sains menemukan zombie ini boleh dikawal kepada kanak kanak yang IQ tinggi, tapi begitulah, bukan semua rancangan manusia itu terjadi dengan baik, lalu kanak kanak ini memberontak!
8. Zombieland (2009)
Dah penat layan keseraman filem zombie, cari filem yang ringan sikit:
Apa akan berlaku jika dalam dunia ini hanya tingga empat orang manusia sahaja bersama ribuan zombie, empat manusia tu pulak sangat berbeza personality buatkan mereka bergaduh dan terpaksa berdamai, dan gaduh lagi, begitulah. Ceroita ni tak seram, zombie versi kreatif dan kelakar. Layan!
9. Shaun of the dead (2004)
Ok, tak cukup kelakar filem Zombieland sebab pelakon tak ramai? Jom layan Filem ini, masih ada ruang untuk ketawa dalam wabak zombie.
10. Land of the dead (2005)
Apa? Tak suka filem zombie yang kelakar, dan tak suka juga filem zombie yang terlalu ganas, nak yang sedan sedan sahja, hmmm, kena rujuk bapa zombie si Gorge Romero.
Maka bolehlah layan filem ini, fokos pada pasca zombie yang mana lepas dah lama zombie merebat, maka masyarakat terbahagi kepada dua, ada kisah kapatalist yang dapat layanan istimewa di zaman zombie, mereka duduk dalam bangunan mewah, bebas dari zombie, orang miskin pula terpaksa berjuang melawan zombie di luar pagar, maka sifat tamak manusia, dendam dan dengki pada orang kaya, dan mahu susah sama sama, maka usaha untuk buka pagar agar zombie serang golongan kaya agar semua susah sama sama. zombie dalam filem ni dah mula berelovasi serta bereformasi hingga dah nak pandai guna senjata.
Baik, demikianlah 10 filem zombie buat modal berjaga jaga dengan wabak serta virus, banyak lagi filem zombie lain tapi 10 ini bagi saya menghiburkan, feel nya sampai, dan boleh layan dua kali, jika durasi filem korang rasa pendek sangat sebab 1 jam setengah tak sempat nak karaktor development, maka boleh layan drama zombie.
Untuk drama saya layan Walking dead, tapi cukuplah episod Rick vs Gebenor kat penjara tu, lepas Rick lari dari penjara rasanya dah meleret leret sebab Rick asyik buat silap yang sama dan zombie lepas zaman penjara tu dah tak rasa ancaman sangat, makin slow dan sangat mudah dibunuh.
Mujur ada drama Kingdom dari Korea kisah zombie ganas, laju, mudah berjangkit dan oleh sebab filem tu zaman purba maka lebih susah nak bunuh dan perebutan takhta raja di zaman itu menambahkan dramatic drama tersebut. (tolong jangan tulis spoiler drama kingdom sebab saya belum habis menonton)
Sekian, ulasan filem zombie dari saya, seram juga menulis artikel ini di waktu perintah berkurung, jiran yang sunyi, larangan bebas bergerak, tiada terdengar azan, tiada bunyi kereta macam biasa.
Kena ambik wudhu, baca al quran, solat hajat, minta Allah selamatkan kita semua dari virus dan wabak.
Amin ya Rabbil alamin.
Ps: Ada penyakit akhir zaman yang merbahaya kata Nabi, namanya WAHAN, iaitu cinta dunia dan takut mati, apa tandanya? Layan semua filem zombie berjam jam ada masa, tapi nak solat, baca al quran tak ada masa, aduh.., pesan pada diri sendiri.
#hamkafilm
asal usul kucing 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的最佳解答
KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG ISU DI UPTOWN MUAR.
KENYATAAN MEDIA
AHLI MAJLIS PERBANDARAN MUAR pada 26-12-2018
SENARIO
Baru-baru ini tular dikalangan masyarakat khususnya sekitar Muar KHABAR ANGIN bahawa Majlis Perbandaran Muar berdasarkan berhasrat untuk menutup operasi “UPTOWN MUAR”.
LATAR BELAKANG
“Muar Uptown” merupakan sebuah gerai-gerai perniagaan yang menjadi tumpuan masyarakat dalam dan luar Daerah Muar. Pada tahun 2011, MPM telah meluluskan projek untuk membina laluan berbumbung bagi keperluan peniaga disamping memberikan keselesaan kepada para pengunjung ke tempat ini.
Disebabkan bantahan dari para peniaga dan pemilik bangunan sedia ada kerana kewujudkan Muar Uptown ini dibimbangi akan menjejaskan akses ke premis dan secara langsung turut menjejaskan perniagaan mereka, projek ini telah tertangguh sekian lama dan hanya dapat disiapkan pada tahun 2016 mengakibatkan peningkatan kos pembinaan lebih 2.9 juta dari nilai kos asal.
Setelah rundingan demi rundingan dan projek ini siap, para penjaja dibenarkan berniaga dan dikenakan caj sebanyak RM15 untuk setiap lot dengan para pemilik premis di sekitar kawasan tersebut diberi keutamaan.
PENJELASAN
1. Dalam rancangan Khas Kawasan RKK Muar 2014, (Diwartakan 2017) telah membuat ketetapan tentang pembangunan Jalan Abdullah dan Jalan Sisi sebagai Lorong Budaya. Pada 15 September 2018, berdasarkan hasil RKK, MPM telah membuat Pra Pelancaran Program Bandar Warisan Bersih dan Sejahtera (BWBS). Program ini dilaksanakan bagi melaksanakan dapatan RKK. Berdasarkan penelitian, kedai-kedai di sekitar Muar Uptown ditutup pada jam 8:00 malam. Oleh yang demikian Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Perkara AM mencadangkan agar
a. Susunan penjajaan kembali ke plan asal dengan menghadap kedai.
b. Mengarahkan Bahagian pelesenan untuk mengadakan sesi Townhall bagi mendapatkan pandangan para penjaja yang terlibat. Pada mesyuarat yang sama,
c. Memutuskan untuk saiz setiap petak adalah 10 x 14 kaki.
d. Rak-rak dan keperluan perniagaan akan di sediakan secara sewa beli dengan menggunakan peruntukan Yayasan Maharani.
e. Menambah tempoh perniagaan 3 hingga 4 malam setiap minggu dan sekiranya mendapat sambutan, mesyuarat mencadangkan ianya di laksanakan setiap malam sebagaimana di Jalan Haji Abu.
2. Salah satu SUB Program BWBS adalah transformasi lorong belakang untuk menangani lorong yang kotor dan tidak terjaga kerana
a. Lorong tersebut paling kotor dan dicemari najis anjing dan kucing
b. MPM melalui peruntukan MARRIS telah menaiktaraf sistem perparitan dan jalan
c. Melalui sumbangan peniaga jalan Sisi telah menaja RM20,000 untuk melukis Mural bagi mencantikan jalan belakang tersebut.
d. Program BWBS pada bulan September telah memohon kelulusan dalam bajet pembangunan MPM 2019 peruntukan sebanyak 1 juta ( Dari Caj Pemajuan melalui Jcorp berjumlah 9.8 juta)
e. Antara program yang dilaksanakan adalah transformasi penjaja dalam bandar.
f. Pada tahun 2018, sebanyak 30 ribu telah di belanjakan untuk membekal peralatan menjaja dalam pusat bandar (20 ribu dari Yayasan Maharani dan 10 ribu dari Sumbangan Pemaju Perumahan)
g. Dari 1 juta tersebut, RM300,000 akan dibelanjakan untuk pembangunan lorong belakang Jalan Abdullah.
h. Projek ini di jangka siap pada bulan Mac 2019 dan semua Premis akan digalakkan untuk membuka perniagaan di lorong belakang mereka.
i. Sebanyak 100,000 ribu akan di belanjakan untuk membekal peralatan kepada penjaja sedia ada di dalam bandar yang bertahan untuk menghidupkan suasana Muar yang sebelum ini di kenali sebagai bandar pencen
j. Pada 21 Disember 2018, YDP MPM telah membuat pembentangan bersama Pegawai Daerah Muar berkaitan 5 projek pembangunan berasaskan pelancongan di Daerah Muar antaranya permohonan peruntukan sebanyak 2 juta untuk memanjangkan bangunan Muar Uptown sehingga Jalan Haji Abu. Impian YDP MPM adalah supaya penjajaan komuniti Melayu di Muar Uptown akan berjalan setiap hari sepertimana di Jalan Haji Abu dan mengharapkan sedikit penyertaan kaum india dalam perniagaan tersebut.
k. Untuk makluman, mesyuarat Jawatankuasa Mac 2018, YDP MPM telah membangkitkan penjajaan di Jalan Haji Abu yang sudah menyimpang dari kelulusan asal dan tumbuh tanpa kawalan. Usul tersebut telah di sokong oleh Ahli Majlis UMNO tetapi di tentang oleh Ahli Majlis yang mewakili MCA. Pada bulan Julai 2018, hal tersebut di bangkitkan semula dan beliau mendapat pandangan dari Ahli Majlis DAP agar hal tersebut di laksanakan secara berhati-hati untuk mengelakkan sebarang isu yang mungkin timbul.
PENUTUP
Kami Ahli Majlis dan YDP mengharapkan agar gagasan BWBS akan menjadikan suasana perniagaan bandar Pencen akan berubah sebagaimana sub program BWBS iaitu meremajakan Bandar Maharani. Hasil inisiatif YDP ini telah membolehkan Majlis Perbandaran Muar mendapat pengiktirafan dengan manjadi satu-satunya PBT di Malaysia yang berpeluang untuk mempamerkan inovasi dan menjadi panel Speaker Corner dalam program Konvensyen PBT Kebangsaan ( dari 150 PBT Di seluruh Negara) pada 9-11 Disember 2018 di PICC Putrajaya selain mendapat kunjungan secara berterusan dari PBT bertaraf Bandaraya dari seluruh Negara. Secara tidak langsung, membantu mempromosikan aktiviti palancongan Domestik ke Muar.
Seluruh masyarakat untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih sebelum membuat sebarang andaian dan tuduhan dalam memelihara keharmonian dan hubungan dalam masyarakat.
Huridin Bin Samuri, Ketua WHIP AMANAH
Chua Wee Beng, Ketua WHIP DAP
Basut Bin Nin, Ketua WHIP PPBM
asal usul kucing 在 Asal usul kucing gendats - Kucing Malas Family - Facebook 的推薦與評價
Asal usul kucing gendats. ... Kucing Malas Family, profile picture ... Subscribe Youtube Channel Kucing Malas Tv : www.bit.ly/kucingmalastv. ... <看更多>
asal usul kucing 在 Asal Usul Kucing-kucing Istanbul (1/3) - MUSLIM TRAVELERS 的推薦與評價
Asal Usul Kucing -kucing Istanbul (1/3) - MUSLIM TRAVELERS. 3.9K views 9 months ago. Netmediatama. Netmediatama. 8.44M subscribers. Subscribe. ... <看更多>