Selamat datang ke Woha Homestay,
Terima kasih kerana memilih teratak buruk kami yang selesa dalam sederhana (kononnya), jika ini adalah kali pertama anda ke Kemaman, saya akan bantu anda untuk bersosial di sini. jangan fikir bukan bukan, riadah secara halal insyaallah.
Depan rumah ada koop mart, keperluan runcit boleh terus beli di sini, jalan kaki sahaja sudah sampai. nak berlari tiada siapa yang halang, jika jatuh gelak sendiri, woha!
Keluar dari Taman Perwaja, jelas kelihatan pintu gerbang sempadan Pahang Terengganu, jika anda susur keluar pintu gerbang, maka akan terlihat di sebelah kiri gerai-gerai menjual hasil laut yang segar dan baru di proses seperti keropok lekor, keropok goreng, otak-otak, satar, sotong kering dan lain-lain. Jarak dari Woha Homestay hanya dalam 500 meter. Sesekali sekal jogging apa salahnya?-woha!
Teruskan lagi perjalanan kearah Kuantan, lebih kurang 1 km, anda akan sampai ke Pantai Chendor. Selamat melihat matahari terbit dari ufuk laut. Di sini, anda boleh bawak anak bini main pasir, main air, dan makan angin sebab laut cina selatan anginnya sedap di ‘makan’, (puch line tak sampai, hu hu hu),
Teruskan lagi perjalan arah kuantan, 4km dari Homestay kami, anda boleh jumpa restoran masakan ibu, masakan pagi sedap, masakan campur waktu tengah hari pun sedap, makan malam pun sedap, nak rasa selera timur, sinilah tempat cadangan kami. tukang masak orang Kelantan, kedai di Pahang, homestay di Terengganu, cukup pekej pantai timur! woha!
(sedap ni subjektif-ikut tekak orang lah, hu.hu..)
Ok teruskan lagi perjalanan anda, dalam 9 km, boleh jumpa Pusat Ternakan Penyu, bab kata salim Iklim: ‘kita tengok penyu telor!”, dekat dengan club mad, dan teruskan lagi, jarak 11km dari woha homestay, tibalah di pantai Cherating yang terkenal dengan pantainya yang indah, dan -sila google sendiri- okey,
Dah jauh berjalan ke sempadan Pahang, patah balik, patah balik!, dan mahukah anda nikmati satar paling terkenal di kemaman?, singgahlah di Restoran Aziz Satar, hanya 4km dari homestay kami, area situ juga ada jual cengkerang, kuda laut dan pelbagai lagi, orang memang ramai dan jika malas nak tunggu, area situ memang banyak kedai lain, boleh pusing pusing cari. jika teruskan perjalan di hadapan Gerai Aziz Satar tadi, dalam 1.5 km, nampak masjid hijau, belok kiri, kat sini ada restoran best. namanya, Restoran Selera Kampung, tepi sungai, parking luas dan free, serta ada sotong, udang dan budu, perghhhh. jarak dari homestay kami 5.5 km sahaja.
Keluar balik simpang tadi, ambil kanan korang akan tiba di pelabuhan kuala kemaman. inilah tempat lagu iklim cakap,
“tagak ikang kuala kemamang,
petang petang buat keropok geter,
ramai orang atah gere
maing dang dua tiga papang
dok sedor sapa ke malang
kedai payang jual budu belacang
batik tembaga dang macang macang!.”
Menyanyilah pulak, adohai.
Patah balik dari Kuala Kemaman, dari homestay kami akan tibalah anda ke pantai teluk Mak Nik atau Monica Bay. Dekat dengan dengan institut tadbiran awam malaysia (INTAN) kat sini selain pantai yang cantik, ada trak lumba untuk geng motor katanya, pernah geng motor dari KL bermalam di homestay kami sebab nak rasa gelanggang rider dekat pantai ini, so jika korang ada motor kuasa tinggi, boleh test power kat sini, kemudahan lain di sini adalah wakaf, kiosk perniagaan, tandas awam dan taman permainan kanak-kanak serta tempat sukan, di sini memang menjadi tumpuan pengunjung apabila tiba musim cuti sekolah. Pokoknya banyak yang berdaun rendang, jika bawa tikar lepak sambil makan keropok, memang rare!
Di khabarkan, pantai Teluk Mak Nik juga merupakan lokasi tumpuan penyu bertelur bermula dari mac hingga oktober. spesies penyu yang biasa naik ke Pantai Teluk Mak Nik ialah Penyu Ikon Ninja Turtles, iatu penyu agar atau dikenali 'green turtle'. Kat sini juga boleh mencuba otok-otok, sata dan keropok, makanan terengganu yang kaya dengan ikan.
Ok, nak ke mana pulak Tuan Puan? Eh? jangan korang tak percaya di Kemaman Darul Iman ada Panggung Wayang, Bowling, dan Karaoke, agak jauh dari Homestay kami iatu 32 km menghala ke Kuala Terengganu, semuanya bertempat dalam Mesra Mall, dah dekat dengan Kerteh tempat pelantar minyak yang cantik pemandangan kilang bersama lambakan cahaya api seperti pesta lilin gergasi di waktu malam.
Dekat mesra mall ada macam macam kiosk barang-barang berjenama untuk membeli belah, sebelum sampai sana, iaitu 30km dari homestay kami, anda boleh singgah di pasaraya Giant. dan sebelum pasara raya Giant tu, lebih kurang 25 km dari homestay kami, adalah tempat tersohor menjual lemang di terengganu, orang sini panggil “lemang kijal”, rm10 4 batang, guna dialek tempatan, boleh dapat, hihi.
“nok lemang sepuluh rial pak batang!”
Loghat macam tu password dia. undur lagi dari situ, nampak kilang besi besar macam perwaja, lepas tu masuk ikut KSB, dan boleh singgah ke pantai telaga simpul, makan tengah hari masakan panas tepi teluk dengan pandangan laut dan angin yang sempoi bahasaloghat terengganung, indah sungguh, sini juga ada kedai runcit, wakaf dan taman permainan kanak-kanak, bawak tikar lepak bawah pokok pun best sebab sini pokoknya besar dan berdaun rendang, tandas awam juga ada di sini. jarak dari homestay kami ke sini adalah 24km.
Patah balik, dah jauh sangat tu, tiba kembali ke Kemaman, dan boleh tanya orang di mana zoo kemaman yang ada harimau, zirafah dan binatang liar yang lain, boleh tanya orang ramai jugak jika nak tengok kunang kunang (kelip-kelip) waktu magrib yang tak jauh dari Zoo Kemaman. Tapi jangan pergi waktu malam mengambang kerana bulan terang, jadi kelip-kelip tidak banyak yang keluar. cahaya merupakan gangguan kepada mereka termasuklah asap. nak tahu jantina kelip-kelip, tengok keterangan cahayanya. kerlipan jantan lebih terang berbanding betina tetapi cahaya yang paling terang itu datangnya daripada dua kelip-kelip yang sedang mengawan. Now you know. selepas proses mengawan, kelip-kelip jantan akan mati manakala sang betina mati selepas bertelur. sebelum berubah menjadi kelip-kelip dewasa, ia perlu melalui tiga kitaran bermula daripada telur, larva dan pulpa. proses ini memakan masa selama tiga bulan tetapi selepas menjadi dewasa, ia hanya boleh hidup selama 10 hari.life like this,
Lupakan kelip kelip, kembali ke pantai Mok Nik, jika ada rezeki, boleh tengok penyu naik untuk bertelur sebanyak lapan hingga 10 kali dalam setahun. Tapi penyu adalah sangat sensitif terhadap pergerakan. Sebab itu sebelum ia naik ke darat untuk bertelur, ia akan meninjau dahulu kawasan yang ingin dinaiki. walaupun telah separuh perjalanan di atas pasir pantai, penyu tidak teragak-agak untuk berpatah balik ke dalam air jika terlihat pergerakan yang mencurigakan. cahaya lampu suluh juga telah ditetapkan (rujuk Ranger penunjuk jalan) ketika melihat penyu bertelur. Paling penting adalah untuk tidak berdiri di depan muka penyu ketika bertelur. ia akan mengganggu kelancaran bertelur, malah boleh membuatkan penyu ‘merajuk’ dan tidak mahu kembali ke pantai yang sama. now you know again.
Habiskan trip lawatan ini kerana penyu sedang menangis, terima kasih datang ke Woha Homestay kami,
Semoga Woha Sampai Syurga.
Rujukan: 9 Km - Pantai Cherating, 1.8 Km - Pantai Chendor, 3 Km - Pantai Teluk Mak Nik / Intan Wilayah Timur, 2.6 Km - Masjid Besar Geliga Kemaman, 2.7 Km - Hentian Bas Ekspress , 0.5 Km - Gerai-Gerai Menjual Hasil Laut ( Keropok Lekor, Otak-Otak, Satar, Etc), 6.1 Km - Ranaco Training Centre-RTC, 12 Km - Sekolah Menengah Elit Mak Lagam SME, 4.5 Km - Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kemaman-KKTM, 5.7 Km - Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai-SMKC, 7.2 Km - Hospital Besar Chukai Kemaman,5.6 Km - NIOSH Kemaman,5.5km - Bank Cimb, Maybank, Rhb, Sengheng, Bank Islam.,7.6 Km - Pejabat Daerah Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman.-MPK, PDK, 5.5 Km - Pusat Bandar Chukai Kemaman. Untuk Tanah Perkuburan Islam, Boleh Pergi Kuala Kemaman.
Ps: RM150 semalam, boleh beli Buku Kisah LAKI BINI dengan jiran sebalah. :)
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過17萬的網紅Nasser Amparna,也在其Youtube影片中提到,#JANGReacts Here is Bebe Girl Morissette Amon singing The Prayer with Jej Vinson sa ASAP NATIN TO. Sana ako na lang.. ako na lang sana nakaduet nya d...
asap bay area 在 Nasser Amparna Youtube 的最佳貼文
#JANGReacts
Here is Bebe Girl Morissette Amon singing The Prayer with Jej Vinson sa ASAP NATIN TO.
Sana ako na lang.. ako na lang sana nakaduet nya dito haha
but they were good. world class act.
#MorissetteAmon #JejVinson
Hey, can you take time to listen to my new song?
THE ONE THAT YOU LOVE by NASSER with HAZEL FAITH
https://backl.ink/35192122
FINALLY!!! ITS OUT NOW!!! THANK YOU.
-----OTHER SONGS----
CHASING CARS by NASSER
iTunes: https://music.apple.com/us/album/chasing-cars-single/1461663065
Spotify: https://open.spotify.com/album/5TiLgOD46qAYKGneAcivcq
THROUGH THE RAIN by NASSER
iTunes: https://itunes.apple.com/ph/album/through-the-rain-single/1439868889
SPOTIFY: https://open.spotify.com/album/5iKAdZhxcJEqnZp8jEVsO6?si=Vh-i_lwuSVKC_wy7925ynA
I HONESTLY LOVE YOU by NASSER
iTunes: https://itunes.apple.com/ph/album/i-honestly-love-you-single/1438043122
Spotify: https://open.spotify.com/track/0OaGV1brqiPG82mXmV9yUE?si=dOKbZwW9ROOElk6kxYPQZA
YOUR LOVE by NASSER
iTunes: https://itunes.apple.com/ph/album/your-love/1423354016?i=1423354019
Spotify: https://open.spotify.com/track/6mPLJNLRVrTY07IMSwp6Ee
Available also in Apple Music, Deezer, Amazon Music
THANK YOU CURVE ENTERTAINMENT AND GMA NETWORK
DON' T FORGET TO ENJOY WHILE WATCHING.
HIT LIKE and don't forget to SUBSCRIBE! KUDOS!
===================
LET'S CONNECT
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/nasseramparna/
FACEBOOK: https://www.facebook.com/ncamparna
TWITTER: https://twitter.com/nasseramparna
TUMBLR: http://lillboykyut.tumblr.com/
===================
MUSIC:
* Youtube Music Library
* NCS Release
TATA for NOW!
No copyright intended. All content used in adherence to Fair Use copyright law.
Please Don't forget to SUBSCRIBE
God bless everyone!