APAKAH ITU PROSES AUTOLISIS SEBENARNYA? KENAPA HANYA PADA BULAN PUASA SAHAJA?
.
Autolisis ni satu sistem automatisasi dalam tubuh yang memformat sistem badan ke keadaan yang ideal. 40% LEBIH LAJU DARI BULAN BIASA. Macam laptop, iphone pun kena format bila dh berat sgt!!Kereta pun kena service. Macam tu juga badan manusia..badan pun kena overhaul jugak, ianya proses semulajadi.
Autolisis juga dikenali sebagai 'self digest', iaitu program penyerapan makanan untuk mendapatkan tenaga dan nutrisi, melalui siri proses pembakaran sel-sel tubuh dalam mekanismenya. .
Autolisis akan MENGHILANGKAN sel-sel rosak, sel sel mati, benjolan hingga tumor serta timbunan lemak yang sering menjadi sarang zat beracun (toksin didalam badan) juga dikenali sebagai proses DETOKSIFIKASI.
Proses autolisis bermula selepas 2-3 hari berpuasa semasa tubuh kita mula mengeluarkan bahan-bahan sisa metabolik yang tak diperlukan lagi. Selalunya kita boleh lihat dari kelesuan dan rasa mengantuk pada awal puasa kita. Macam mana nak atasi?? Mudah sahaja. Rehat secukupnya, memilih menu makanan yg baik tika sahur dan berbuka=).
.
Ketika kita berpuasa, darah akan dipenuhi tenaga dan nutrisi yang sihat, sel akan diganti dengan sel yang baru yang lebih sihat. Setiap 10 hari, sel badan akan bertukar dengan lebih baik. Jadi, pentingnya memilih jenis makanan bersahur dan berbuka. Pilihlah makanan yang bernutrisi dan berzat. Kalau hari-hari makan makanan berminyak , dan ikut saja kehendak nafsu mmg kita tak dapat nikmati proses tersebut.
.
KESAN AUTOLISIS
•10 Hari Pertama memperbaharui 10% sel2 tubuh manusia
•10 Hari Berikutnya memperbaharui 66% sel² tubuh
•10Hari Terakhir memperbaharui 100% sel² tubuh secara keseluruhan..
.
MasyaAllah... Allahuakhbar 😍
Jadikan Ramadhan 2021 nie your best year ever!! Not only amalkan tapi utk kesihatan dan bentuk badan juga🤩.
.
SILA TAG & SHARE INFO INI 😍
.
Coach Bieyusof
0196056471
awal puasa 2021 在 Padu Beb Facebook 的最佳貼文
Petang ni buka puasa dengan juadah apa guys?
Banyak betul juadah yang dijual di Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam. Ada juga nama-nama gerai yang mencuit hati :D
Dinasihatkan sesiapa yang nak datang tu sila datang awal bagi mengelakkan kesesakan dan sila patuhi SOP yang telah ditetapkan.
#PaduBebBros #BazarRamadhan #StadiumShahAlam
awal puasa 2021 在 Papa Azri Facebook 的最讚貼文
Seorang ahli perniagaan dicekup polis tidak sampai 24 jam selepas membelasah dua pengawal peribadinya kerana berpuasa.
Suspek turut didakwa mengacu pistol dan melakukan ugutan bunuh kepada kedua-dua mangsa itu.
Tindakan lelaki yang bernama Chung itu menyebabkan mangsa dan rakannya mengalami darah beku pada tubuh badan.
Suspek didakwa telah menyoal pengadu berusia 26 tahun itu dan rakannya ketika berada di sebuah kondominium dengan berkata ”u orang puasa ke”.
Apabila mangsa dan rakannya menjawab ”ya”, suspek bertindak menampar dan mengetuk kepala mereka dengan telefon bimbit.
Kejadian itu dikatakan berlaku di lobi One KL Condominium Complex, Jalan Pinang di sini pada jam 10 malam, Selasa lalu, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah.
Kata beliau, polis menerima laporan daripada mangsa sekitar jam 3 pagi hari ini dan kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
”Mengiku fakta kes, semasa pengadu (mangsa) bersama kawannya bernama (Azminizam) berada kondominium itu, majikannya bernama Chung yang merupakan suspek telah bertanyakan kepada mangsa dan rakannya adakah mereka berdua berpuasa pada hari ini.
“Setelah pengadu memberitahu berpuasa, suspek telah memarahi pengadu dan telah menampar kepalanya sebelum pengadu bersama rakan sekerjanya mengikut suspek ke rumahnya di Batu Nilam, Klang Selangor,” tambahnya.
Sebaik sahaja tiba di rumah suspek, pengadu dan rakannya telah dipukul dengan menggunakan sebatang rotan, ditumbuk dan ditendang sambil diacukan pistol ke arah pengadu.
Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa mengalami lebam di bahagian belakang badan dan telah mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, siasatan awal polis mendapati pengadu dan rakannya bekerja di bawah sebuah syarikat GMP Kaisar Sekuriti Sdn Bhd., yang mana kedua-dua mereka telah dilantik sebagai pengawal rapat (pengawal) kepada suspek yang berusia 43 tahun itu.
Mangsa telah bekerja selama tiga tahun bersama suspek manakala rakannya sejak tujuh tahun lalu.
Mohamad Zainal berkata, kejadian itu berlaku kerana suspek tidak suka kedua-dua mangsa berpuasa pada bulan Ramadan ini dan memaksa mereka untuk tidak berpuasa.
“Apabila pengadu enggan dengan arahan tersebut, suspek tidak puas hati dan telah tampar sebanyak sekali di kepala semasa berada di kondominium itu.
“Lebih menyedihkan lagi, pekerja suspek juga telah mengambil kesempatan memukul pengadu serta rakannya semasa berada di rumah suspek di Batu Nilam Klang dengan menggunakan sebatang rotan sehingga menyebabkan pengadu mendapat kecederaan lebam dan mengalami darah beku.
“Ketika berada di rumahnya, suspek telah merampas sepucuk pistol jenis Glock milik rakan pengadu dan telah mengacukan senjata itu ke arah pengadu sambil membuat ugutan bunuh,” ujarnya.
Suspek telah ditangkap sekitar jam 8.20 malam tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette
Kita harap suspek tidak dibenarkan ikat jamin dan dikenakan hukuman yang setimpal atas jenayah yang dilakukan nya.
Sekarang tahun 2021 namun masih ada segelintir mereka ini tidak menghormati umat Islam di Malaysia. Pekara sebegini perlu dihentikan dengan segera jika tidak negara ini akan berterusan mengundang isu permasaalahan kaum dan agama.
Bangsa Melayu? Masih lagi nak berpecah belah? Wakeup lah Guys.