Ini kisah bagaimana seorang anak kelahiran Sabah bangkit akibat dari fobia untuk melabur ..
Cuba baca kisah wanita ini.
------
Bismillah
Assalammualaikum dan selamat petang
Saya Zai Faidryzal Lyla Tahir, berasal dari Papar, Sabah.
Mengenali dunia saham 2 tahun lepas sebenarnya telah membuatkan saya fobia untuk melabur. Dolo2 saya trade berdasarkan buy call, dan yang lagi best buy call Penny Stock.. Almaklum bila orang tak berilmu baca chart, apa orang beritahu itu saya beli.. Kat mana jualan murah, di situlah saya join sekaki.. Trend ikut-ikutan namanya. Tengok chart ? Uptrend ? Downtrend ? jauh sekali.. Market bullish tu apa ? Market bearish tu mende ? Pun saya tidak tahu.. Ibarat pegi bertempur tanpa pelan kawasan musuh. Main hantam saja. Konon2 senjata canggih giler.. last2 mati katak di tengah2 pertempuran.
Naik sehari dua, turun berbulan bulan.. pastu tersangkut di puncak tidak pandai cari jalan turun.. Baru tau kann…. Lebih kurang setahun saya berhenti trading. Dalam tempoh setahun itu saya buat macam2 extra job untuk tampung keperluan hidup dan kehendak anak2. Ke hulu ke hilir tidak kira siang dan malam… Keluar awal pagi balik tengah malam.. Sehingga sampai satu saat anak2 cukup jauh daripada saya.. Terdetik di hati saya saat itu, kalaulah ada extra job yang boleh saya lakukan dari rumah tanpa perlu keluar jumpa client dan menjana extra income kan bagus..
Betullah orang kata, Allah mendengar doa hambanya, saya terima sms dr pihak penganjur tentang Seminar Mudahnya Melabur Saham yg berlangsung di Sabah pada bulan April tahun ini... Tanpa banyak berfikir, Alhamdulillah Allah gerakkan hati saya untuk hadir dan syukur kerana saya ditakdirkan untuk menjadi salah seorang daripada 100++ peserta yang mengikuti Seminar Dunia Pelaburan Saham pada bulan Mei lepas di Klagan Hotel, Kota Kinabalu. Di dalam seminar itulah saya belajar tentang candlestick, chart uptrend, chart downtrend, volume, price dan banyak lagi. Di situlah saya mula tahu melihat chart dengan cara yang betul, bila masa membeli yang sesuai dan bila waktu untuk menjual saham. Bukan lagi beli main hentam keromo saja.
Sungguh saya sangat2 bersyukur dengan ilmu Allah yang disampaikan melalui Tuan Hj dan semua coach ini.. Tidak ternilai rasanya, ilmu yang dapat digunakan dan dirasai hingga ke anak cucu cicit dan bergenerasi.. Dengan ilmu SDPS saya berjaya menjana 5 angka extra income dan pulangan ROI melebihi 40% dalam masa 3 bulan tanpa perlu keluar rumah di malam hari lagi. Say bye bye to Meeting Lewat Malam, yang paling penting masa bersama anak2 dan keramat hidup lebih banyak sekarang. Satu demi satu impian anak2 dan keramat hidup dapat ditunaikan. Semuanya hasil aplikasi ilmu yang diterima daripada kelas SDPS Mei lepas. Terima kasih Ya Rabb..
Buat Sifu kami Tuan Hj Asri, Kak Adibah, Sis Ros, Master Yus dan semua coach yang selama ini banyak membantu, Allah saja yang Maha Mengetahui betapa saya bersyukur dipertemukan dengan Tuan Hj dan semua coach.. Semoga Allah Merahmati dan Melindungi kalian sentiasa. Jasa dan ilmu yang dicurahkan hanya Allah yang dapat membalasnya. Terima kasih Allah, terima kasih Tn Hj, terima kasih semua coach.. Terima kasih yang tidak terhingga..
#KlinikPelaburan
#TeamMohdAsri
Search