6 Aplikasi Yang Kami Guna di CHINA
*******
Ada enam aplikasi yang sangat berguna ketika kami bermusafir di Tanah Besar. Lebih-lebih lagi di sini, sekurang-kurangnya di wilayah Heilongjiang, hampir semua penduduk tempatan tak boleh berbahasa Inggeris.
Sebelum saya beritahu enam aplikasi ni, elok saya ceritakan tentang penggunaan Internet ketika di sini (China). Sebagai pengguna prepaid, saya telah melanggan Roam 3-Day (RM25) CHN.
Caranya, tutup mobile data sebelum meninggalkan Malaysia. Apabila tiba di China, lakukan aturan telefon dengan memilih "Mobile Network>Data Roaming>Carrier:China Mobile". Kemudian dail *128*5# dan pilih RM25 untuk 72 jam dengan jumlah data 2GB. Selepas menerima sms dari Digi, barulah aktifkan mobile data semula. Yang bagusnya, segala yang disekat seperti Facebook, Google Maps, Google, IG, semuanya boleh diakses.
Okay, sekarang tentang aplikasi.
1. Baidu Map (Peta)
Walaupun boleh buka Google Maps, tetapi dengan ketinggian tembok China, banyak jalan dan lorong yang tak dikesan Google. Di China, Baidu Map sangat berguna kerana kita boleh dapat maklumat lengkap tentang laluan bas yang mana untuk ke destinasi kita, lengkap dengan maklumat tambang dan waktu beroperasi. Segala metro, teksi dan kereta sewa, semuanya lengkap. Malangnya, bahasa dan tulisan yang digunakan hanya Mandarin. Di sinilah pentingnya aplikasi kamus.
2. Translator Huawei (Kamus)
Saya menggunakan aplikasi kamus yang hanya terdapat di Huawei. Untuk bahasa Chinese Simplified, Inggeris dan Bahasa Melayu telah siap saya muat turun ketika di Malaysia supaya ia masih boleh digunakan sewaktu tiada Internet. Bagusnya aplikasi ni, kita boleh mengambil gambar tulisan dan ia terus mengalihbahasakan daripada tulisan dalam gambar tersebut. Saya banyak gunakan kamus ini ketika snapshot peta Baidu atau mahu mencari lokasi dalam bahasa Cina untuk di 'paste' ke Baidu Map. Selain itu, kita boleh berkomunikasi dengan orang tempatan menggunakan kamus ini. Alternatif lain, boleh gunakan Google Maps atau Hanping Lite. Cuma Hanping Lite, untuk alih bahasa gambar, kita perlu membeli versi advance.
3. Trip.com.
Walaupun boleh menempah penginapan dari booking.com dan Agoda, Trip.com lebih berguna di China. Hotel yang ditawarkan lebih banyak dan digunakan secara meluas. Ketika menggunakan booking.com pada hari pertama kami di Harbin (1 Jan 2019), hotel yang ditempah tidak wujud. Kami cuba tempah hotel lain di aplikasi yang sama, jumpa hotelnya tapi kedudukan dalam peta yang disediakan jauh menyimpang dua kilometer. Trip.com adalah versi bahasa Inggeris tapi sering digunakan rakyat China sendiri. Untuk membaca review dalam bahasa Cina, boleh guna aplikasi kamus. Setakat ni, hotel yang kami tempah melalui Trip.com memang tak ada masalah, lebih murah dan bagus sekali. Contohnya hotel kami sekarang, harganya RM83 semalam. Tapi ia besar, bersih, cantik, dekat dengan bus stop serta Carrefour.
Oh ya, Trip.com boleh menyenangkan kita membeli segala tiket tren di China. Jadualnya lengkap dan boleh pilih jenis tren samada nak yang keretapi peluru atau yang biasa. Harganya pun lengkap cuma ada sedikit upah untuk pengendali. Selepas membeli, kita akan diberi kod. Kemudian kena ke kaunter tiket keretapi. Tunjukkan kod untuk tukar tiket.
4. Didi - Greater China
Aplikasi ini menggantikan Grab dan Uber. Kita cuma perlu ada akaun We Chat untuk mendaftar. Aplikasi ini versi yang ada bahasa Inggeris, malah boleh alih bahasa komunikasi antara kita dan pemandu. Boleh pilih cara bayaran juga. Kalau nak pilih kenderaan lebih mewah pun, boleh. Untuk saya, cukuplah setakat teksi dan kereta biasa. Jika pilih teksi, bayarannya mengikut meter. Seperti Grab, kita boleh tahu lokasi pemandu dan laluan yang digunakan. Nama tempat pun boleh masukkan dalam tulisan rumi. Versi China adalah Didi Yucheng.
5. We Chat
Aplikasi ini sangat berguna terutamanya apabila mahu mendaftar aplikasi di atas. Dan ia juga boleh digunakan untuk berhubung dengan pihak hotel jika perlu. Di China, mereka membayar untuk membeli belah atau tambang pun guna We Chat. Kita yang bermusafir ini hanya perlu guna sebagai akaun bagi tujuan pendaftaran aplikasi di China atau menghubungi sesiapa di sana. Jika kita guna. WiFi di China dan tak boleh nak Google, We Chat boleh dijadikan 'search engine' juga. Cuma tidaklah begitu banyak maklumatnya seperti di Google.
6. Turbo VPN
Aplikasi ini digunakan untuk menembusi laman sesawang atau aplikasi yang disekat negara China. Jika guna Wi-Fi hotel, bolehlah aktifkan Turbo VPN dan ber'whatsapp'lah sepuasnya. Setakat ni, kami tiada masalah menggunakan aplikasi ini walaupun dikatakan negara ini menyekat penggunaannya di talian.
********
Semoga maklumat yang kami kongsikan ini memberi manfaat kepada semua.
-Admin NAS-
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「bahasa mandarin murah」的推薦目錄:
- 關於bahasa mandarin murah 在 REEF OMAR Facebook 的最讚貼文
- 關於bahasa mandarin murah 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答
- 關於bahasa mandarin murah 在 Azizan Osman Facebook 的最讚貼文
- 關於bahasa mandarin murah 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
- 關於bahasa mandarin murah 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於bahasa mandarin murah 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於bahasa mandarin murah 在 Beli dan Jual | Belajar Bahasa Mandarin - YouTube 的評價
- 關於bahasa mandarin murah 在 Kelas Bahasa Mandarin Cikgu Zazah - Home | Facebook 的評價
bahasa mandarin murah 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答
['Kami Nak Mati Sebagai Muslim' : Muallaf 78 Tahun]
Minggu lepas kami menziarahi sepasang suami isteri yang telah memeluk Islam 2 minggu yang lalu. Beliau meminta kami menziarahi mereka dengan kadar yang segera kerana ada sesuatu yang amat mustahak mereka mahu bincangkan dengan kami.
Setelah mencari rumah mereka selama hampir 2 jam, barulah kami menemui rumah mereka. Komunikasi terbatas kepada Mandarin & Hokkien sahaja kerana mereka berdua kurang fasih bertutur dalam Bahasa Melayu.
Ada sebabnya mereka mahu berjumpa kami dengan segera kerana mereka tidak mahu memberitahu kepada anak-anak mereka tentang pengIslaman mereka kerana menurut mereka, anak-anak mereka tidak mempedulikan kehidupan mereka sangat maka tidak ada keperluan untuk memaklumkan kepada mereka namun entah dari mana anak-anak mereka mengetahui bahawa mereka berdua telah memeluk Islam.
Menantu mereka menghubungi pihak kami dan meminta kami menarik balik pengIslaman ibu dan bapa mertuanya. Ujarnya, mereka berdua yang mahu keluar dari Islam dan bukannya dipaksa oleh beliau dan anak-anak mereka. Kami sangsi akan kenyataannya kerana mereka berdua bersungguh-sungguh mahu memeluk Islam.
Menurut mereka, sepatutnya mereka memeluk Islam beberapa bulan yang lalu tetapi pegawai di jabatan agama daerah tidak hadir dan menghubungi mereka namun mereka masih sanggup menunggu dan akhirnya doktor yang merawat mereka menghubungi MRM dan kami ke kawasan mereka bagi memudahkan pengIslaman mereka.
Suami isteri warga emas ini memeluk Islam kerana tertarik dengan akhlak orang Islam di sekeliling mereka dan juga proses serta kos pengebumian Islam yang mudah dan murah dibandingkan dengan kos dan proses pengebumian adat masyarakat Cina yang agak rumit dan mahal. Ini kerana anak-anak mereka pernah merungut kos pengebumian mahal kepada mereka berdua dan ini serba sedikit membuatkan mereka merasa kecewa.
Selepas shahadah, antara pesanan mereka kepada kami adalah,
"Bila saya mati, kamu orang mesti pastikan kamu orang pertama hadir dan uruskan jenazah saya dan bukannya anak-anak saya. Saya tak mahu mayat saya dibakar mereka dan saya mahu mati sebagai Muslim dan diuruskan menurut cara Islam."
Tersentuh hati kami mendengar kata-kata mereka itu. Ayat yang hampir sama mereka ulang apabila kami berjumpa minggu lepas. Mereka juga memberitahu kepada kami bahawa mereka tiada niat nak keluar Islam cuma menantu dan anak-anak mereka sahaja yang mahu mereka keluar. Ujar mereka, selama ini tak peduli sangat pun mereka ni hidup atau mati tapi bila mereka dah memeluk Islam terus mereka masuk campur.
Mereka meminta jasa baik kami untuk carikan rumah atau bilik untuk mereka berdua dan kalau boleh biarlah berdekatan dengan pejabat kami kerana mereka sangat-sangat berharap kami dapat uruskan jenazah mereka secepat mungkin apabila mereka meninggal nanti. Selain itu, mereka mahukan kami mengajar mereka cara untuk solat dan menutup aurat kerana mereka tidak tahu caranya tetapi mereka nekad mahu ikut ajaran Islam walaupun kedua-dua mereka telah lanjut usia dalam 70an.
Banyak lagi yang dibincangkan dalam pertemuan hampir 2 jam itu dan kami berjanji kepada mereka bahawa InshaAllah kami akan berusaha untuk dapatkan rumah atau bilik sewa untuk mereka dan menguruskan jenazah mereka apabila mereka meninggal dunia nanti. Mereka tidak meminta duit tetapi kami tahu mereka memerlukan untuk meneruskan kehidupan seharian mereka.
Mereka memberitahu kami bahawa mereka tiada duit untuk membantu dakwah dan program kebajikan kami tetapi menawarkan untuk membantu kami dengan apa jua jenis bantuan yang mereka boleh seperti memasak untuk kami dan juga mengemas pejabat kami. SubhaAllah... Walaupun baru memeluk Islam dan telah lanjut usia, tetapi semangat mereka untuk menyumbang untuk Islam begitu tinggi.
Semoga Allah Subhanu Wa Ta'ala kurniakan semangat sebegitu kepada kita semua dan mematikan mereka berdua dan kita semua di dalam iman. Allahuma Ameen...
bahasa mandarin murah 在 Azizan Osman Facebook 的最讚貼文
Soalan dari adik ini dibawah.
Ini jawapan saya:
Kenapa ada soalan boleh ke student berniaga? Kenapa tidak boleh?
Perspektif salah yang ramai ada tentang berniaga adalah:-
1/ Nak mulakan dengan ada kedai samada sewa atau beli kedai
2/ Nak kena modal besar
3/ Nak kena guna banyak masa (Ini betul jika tidak ada ilmu, saya pernah jumpa orang yang makin lama bisnes makin tak ada masa dan paling teruk, tak ada duit. Tahu kenapa? Sebab tak ada ilmu, sistem dan strategi yang betul
4/ Nak berniaga kena keluarkan produk jenama sendiri atau kena buka kilang terus
5/ Nak berniaga mesti buat pinjaman. Belum apa2 dah sibuk nak meminjam, mentaliti biasa di kalangan ramai orang kita. Mentaliti subsidi dan pinjaman.
So, untuk adik student ini, ini cadangan saya:-
1/ Ajar tuisyen/tutorial (Jika ada subjek yang anda agak cemerlang dan ajar junior). Ini saya buat seawal saya darjah 5. Saya ajar tuisyen budak melayu darjah 1 Bahasa Cina dan matematik in mandarin. Saya juga kemudian ajar student level form 3 dan ke bawah bila saya form 4.
2/ Tengok apa masalah yang ada di kalangan pelajar atau guru dan jual produk/perkhidmatan yang boleh bantu mereka. Contoh, jual kacang, kerepek, nasi lemak, nasi goreng dan lain2 yang kita boleh beli kat luar dari orang lain then jual
3/ Uruskan tempahan fotostat, saya juga membeli buku2 teks senior dengan murah dan jual balik kepada junior dengan sedikit keuntungan.
4/ Saya buat perkhidmatan cuci baju dengan ambil tempahan dibilik2 asrama. Saya hantar cuci di kedai dobi di luar. Anda juga boleh jual top up ke, perkhidmatan menaip assignment ke, urut tapak kaki ke....
5/ Saya beli pen in bulk sebab murah, saya sekotak pen harga borong RM10 (24 pen) di luar yang unik dan cantik then jual dalam kelas 1 seringgit ada yang 2 ringgit. Kos 50 sen.
Nak cari kepercayaan pelanggan? Pastikan apa yang awak janji kepada setiap pelanggan adalah ditunaikan.
Macamana tidak ganggu pelajaran? Hiduplah berdisiplin dan berjadual. Matlamat kena jelas. Result saya masa belajar agak bagus walaupun berniaga sampingan sebab saya set masa dengan betul. Lagipun keluarga kita bukan orang senang, saya tahu saya kena belajar pandai dan cari duit sampingan untuk survive.
Saya tidak pilih untuk bila tak ada duit, minta sedekah dengan orang....
Baca buku Mudahnya Berniaga untuk faham lebih banyak, ada dijual di kedai buku.
Baca juga buku Magnet Kekayaan & Kejayaan m, boleh download free. PM tepi tanya.
Amacam? Membantu tak sharing ini untuk anda berfikir? Sebenarnya ada anak didik saya tengah belajar boleh cari duit sampingan RM1K-2K sebulan. Ada yang lebih lagi... Tapi pelajar mesti terbaik juga!
P/S Jika nak berniaga lebih jauh nanti, result bagus, applylah di SEED Business College, kolej keusahawanan pertama dalam Malaysia yang saya asaskan untuk mengajar anak2 muda lepasan SPM berniaga dengan sebenar seawal semester pertama mereka diterima... 👍🏿👍🏿
#AzizanOsman
bahasa mandarin murah 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
bahasa mandarin murah 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
bahasa mandarin murah 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
bahasa mandarin murah 在 Kelas Bahasa Mandarin Cikgu Zazah - Home | Facebook 的推薦與評價
KEMASUKAN BELAJAR MANDARIN COMBO GEMPAK INTAKE JANUARI 2022.. Kelas Online: Khas untuk mereka yang tiada asas Mandarin. (Sesuai untuk umur 13tahun ke ... ... <看更多>
bahasa mandarin murah 在 Beli dan Jual | Belajar Bahasa Mandarin - YouTube 的推薦與評價
... <看更多>