Jika kita adakan pameran baju mangsa rogol di Mazium. Maka kita akan dapati baju seksi, baju jarang, tudung labuh, baju budak, kain batik nenek, pakaian seragam, seluar dalam besi,pakaian cosplay, costum, dan pelbagai jenis pakaian, semua telah menjadi mangsa rogol, bermakna pakaian tidak kena mengena dengan jenayah rogol.
Rogol adalah salah pelakunya 100%, perogol perlu dihukum, jangan salahkan mangsa.
Sama jugak jika kita buat pameran motorsikal curi, ada yang tinggal kunci, atau guna kunci alarm, atau area CCTV, Ada orang atas motor, pasang Solex dekat rantai, gari motor dekat tiang, pun ada kecurian motorsikal bermakna guna kunci hebat macam manapun, jika ada orang nak mencuri dia akan tetap mencuri.
Kecurian adalah salah pelakunya 100%, pencuri perlu dihukum, jangan salahkan kunci.
Namun nasihat polis bab kecurian, jangan cuai, jangan sengaja tingal kunci, jangan sengaja parking kawasan gelap, jangan hias motor dengan aksesori mahal, pakailah kunci yang mahal sikit, sebab pencuri perhatikan dulu, cari peluang, lepas tu bila ada peluang dia mencuri, ada yang menyamar jadi makenik, angkut naik lori. Ada yang rampas motor dengan parang!
Maka dalam kes rogol, nasihat polis pun sama, jangan cuai, jangan berjalan di tempat gelap, jangan mudah percaya kepada mana mana lelaki, lepas tu ustaz tambah, jangan pakai seksi sebab Allah larang, berjalalanlah dengan Mahram, sentiasa berteman, lepas tu ada lagi yang tambah nasihat, jangan percaya sangat kepada bapak saudara, abang, ayah, guru, ustaz, semualah, sebab sama macam pencuri, yang mana semua orang boleh jadi pencuri, maka dalam kes rogol semua lelaki boleh jadi perogol!
Jadi Pencuri tegar, kita kunci motor macam mana canggihpun, mereka akan tetap mencuri.
Sama jugak perogol tegar, korang pakai baju macam mana tutupun, mereka akan tetap merogol.
Namun, dalam Islam ajar, bertawakal selepas berusaha. Nabipun ikat Binatang Syurga di tiang masjid, padahal tiada orang mampu curipun, tapi itulah Sunnah, berusaha baru bertawakal.
Maka dalam bab harta, kuncilah, jangan bagi peluang kepada pencuri walau kita tahu, orang jika nak rompak, dia rompak juga, tapi usaha mengunci itu Sunnah, dapat pahala dapat syurga.
Sama jugak kepada wanita, tutuplah aurat, jangan bagi peluang kepada perogol walau kita tahu orang jika nak rogol, tudung labuh pun dia rogol, tapi usaha tutup aurat itu Sunnah, dapat pahala dapat syurga.
InsyaAllah.
JIka semua orang benar benar takutkan Allah, beriman hari akhirat, maka tidak akan ada pencuripun, dompet jatuh orang pulangkan, telefon tertinggal di meja makan tiada orang ambik, motor ada kuncipun orang tak pedulikan, kedai tak de CCTV pun orang tak mencuri, rumah tak kuci pintu tiada yang masuk.
Sama jugak, JIka semua orang benar benar takutkan Allah, beriman hari akhirat, maka tidak akan ada perogolpun, Bila ada wanita seksi orang lelaki tunduk pandangan, wanita pakai baju singkat dada terbelah, tiada yang peduli, jika ada yang peduli bukan kagum, tapi bagi kain suruh tutup sambi, tutup mata, begitulah..
Tapi akhir zaman, pesan Nabi, ramai yang munafik, pura pura beriman, solat hanya pada zahir tapi hatinya tidak, sedangkan Dalam quran bagitahu, sesungguhnya solat dapat mencegah maksiat, maka ajarlah anak lelaki dan perempuan agar solat dengan khusyuk serta tawaduk, hingga dapat bawa ketaatan dalam solat ke luar solat, jika dalam solatpun tutup aurat, luar solat pun tutup aurat, InsyaAllah.
Sesungguhnya sesiapa yang dapat bawa ketaatan dalam solat ke luar solat, maka tercegahlan anak lelaki dan perempuannya dari melakukan maksiat, janji Allah dalam Al quran
"Inna sola tatanha anil fahsya iwal munkar"
Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.(Surah Al-Ankabut 29:45)
Solat yang bagaimana? Solat seperti Nabi dan sahabat, awal waktu, berjemaah, tempat azan di azankan bersama hati yang ikhlas dan Khusyuk.
“Habis tu abang mayat, jika solat tapi jadi perogol jugak, macam mana?”
Aduhhh, sama jugak kes rogol yang mana bukan salah mangsa tapi salah perogol, jadi orang solat tapi merogol bukan salah solat, ianya adalah salah perogol, tajuk besar cerita ni SALAH PEROGOL, kau nak salahkan solat pulak? Sungguh solat ni korang nampak luar sahaja rukuk dan sujud, tapi dalam hati, Allah sahaja yang tahu, sejauh mana ikhlas dan Khusyuk, sejauh mana percaya dengan azab Allah, sejauh mana percaya dengan hari pengadilan.
Korang selalu dengar kisah orang jumpa duit dan pulangkan, nampaknya korang kena dengar kisah lelaki lelaki solat yang tundukan pandangan. Lelaki solat yang tundukkan padangan ni jika buat pameran di mazium, jenuh nak susun tau!
Woha!
Ps: Jangan merogol, jangan berzina, jangan buka aurat, jangan pakai seksi, jangan mencuri, jangan tinggal solat, semua itu adalah larangan Allah yang wajib kita umat islam patuhi, Jangan mendekati diri dengan api neraka!
Iklan sikit.
Jom Belajar Mudahnya Hafal Yasin, Semoga Ramadan yang dah nak pergi, tinggalkan yasin di dada kita, atau paling kurang, ayat Sembilan! Klik sini:
http://bit.ly/HafalYasin
Ps: Klik dan nanti jemput masuk group FB mudahnya hafaz Yasin yang mana InsyaAllah penulis ebook itu akan bantu menjawab semua permasalahan anda dalam menghafaz surah yasin. InsyaAllah
http://bit.ly/HafalYasin
baju batik anak 在 Fazley Yaakob Facebook 的最讚貼文
Saya kurang faham mengapa beliau begitu mudah mengganggap kami rakyat Malaysia telah melupakan #Bajukurung. Tengok sahaja video ini di mana saya dan isteri @azrene_ahmad sendiri memakaikan anak bongsu (2 tahun pada ketika itu) kami @elliefazley baju kurung untuk ke majlis perkahwinan. Malahan anda boleh lihat sendiri di dalam rakaman persembahan nyanyian saya betapa begitu ramai hadirin yang mengenakan baju kurung.
Ketika saya dan isteri melahirkan jenama @threelittleahmads , baju kurung #reversable antara ciptaan pertama kami yang kami hasilkan demi memartabatkan nilai estetika baju kurung itu sendiri. Sehinggakan kami menghasilkan #adaptiveclothing buat mereka yang kelainan upaya, supaya mereka juga boleh menggayakan baju kurung!
Persoalannya, mengapa begitu mudah seseorang itu mengganggap kami rakyat malaysia (tidak mengira kaum) seolah2 telah lama mengabaikan baju kurung? Kata beliau, beliau begitu sayangkan malaysia, malahan beliau dengan bangga menyatakan beliau tinggal di rumah kayu (habis kami yang tinggal di rumah bantu dan kondo tak sayangkan malaysia ke?!)
Anyways, she did apologise, but wait, thats just her PR team right, not her as per se?
Oh well, Apa kata korang kira berapa ramai orang yang pakai baju kurung dalam video ni? Tag wajah2 yang anda kenal. Share dengan saya, saya nak hadiahkan beberapa pasang baju kurung yang bukan #polyester untuk anda, maybe saya hadiahkan baju batik jugak alang2 tu.. nak?
baju batik anak 在 Pai Syahira Facebook 的最佳貼文
Tidak lama lagi kita nak pergi dah...🍃
Pesan pada anak-anak kita...💚
👳🏻♀🧕🏻1. Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan; se elok2 nya kain selimut/cadar putih. bolih beli di kedai uniform sekolah.
👳🏻♀🧕🏻2. Sentiasa sediakan wipes, gunting & pemberat dlm 500g bersama kain-kain batik serta selimut putih /cadar.
«Lepas confirm tak ada nyawa lagi, apa yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan:
👳🏻♀🧕🏻3. Gunting seluar dalam, bersihkan najis-najis besar dan kecil. Penting, sebab, setiap manusia yang diambil nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun susah untuk dibasuh kalau dah kering.
👳🏻♀🧕🏻4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah.
👳🏻♀🧕🏻5. Ambil minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi2 lengan supaya senang dilipat tangan dalam keadaan solat.
👳🏻♀🧕🏻6. Ambil kain, ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulut tertutup rapat. Sumbat hidung & telinga sekiranya ada lendir.
👳🏻♀🧕🏻7. Tutup rambut dengan selendang.
👳🏻♀🧕🏻8. Posisikan jenazah dalam keadaan kaki ke arah qiblat.
👳🏻♀🧕🏻9. Letakkan pemberat atas perut utk mengelakkan perut membuncit.
👳🏻♀🧕🏻10. Ambil kain batik lepas/selimut putih, ditutup jenazah.
👳🏻♀🧕🏻11. Maklumkan AJK surau, buat laporan polis & hospital.
👳🏻♀🧕🏻12. Dimandikan dan dikafankan.
👳🏻♀🧕🏻13. Solatkan jenazah, seelok2nya lepas solat fardu mudah2an dapat berkat lebih 40 orang jemaah orang alim.
👳🏻♀🧕🏻14. Kebumikan jenazah.
💚Paling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah pada semua anak-anak semasa hayat mereka...💚
*Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan jenazah dengan bau-bau yang kurang enak. Berbaktilah kepada jenazah, mungkin ibu, ayah, datuk, nenek kita buat kali terakhir.*
__________________________________
Cara-Cara Memandikan Jenazah
Peralatan Mandi Jenazah
> Tempat Mandi Jenazah
> Air Mutlak Secukupnya
> Air Daun Bidara
> Kapas
> Putik Kapas
> Sabun
> Air Mawar
> Minyak Attar
> Serbuk Cendana
> Kapur Barus
> Sarung Tangan
> Apron Plastik
> Bekas Menjirus Air
Orang-orang yang boleh memandikan jenazah/mayat.
Jenazah Lelaki
• Kesemua lelaki.
• Isteri
• Orang yang haram nikah dengannya.
Jenazah Perempuan
• Kesemua perempuan.
• Suami.
• Orang yang haram nikah dengannya.
Cara-Cara Memandikan Jenazah
• Pengendali mayat hendaklah memakai lengkap dengan sarung tangan dan apron.
• Letakkan mayat ditempat mandi yang disediakan.
• Siramkan mayat dengan air biasa dari hujung kepala sehingga hujung kaki. (Siraman air hendaklah bermula daripada kepala).
• Istinjakkan lah mayat terlebih dahulu dengan menggunakan kain alas agar tidak tersentuh auratnya.
• Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.
• Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau memicit-micit perutnya secara perlahan.
• Membersihkan mulut dengan mengeluarkan segala sisa atau kotoran yang tertinggal.
• Siram dan basuh dengan air sabun.
• Bersihkan gigi.
• Bersihkan hidung.
• Bersihkan telinga.
• Bersihkan jari tangan, pelipat lengan dan celah ketiak.
• Bersihkan rambut.
• Bersihkan jari kaki.
• Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.
• Kemuudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat.
Lafaz niat memandikan jenazah:
Lelaki:
"Sengaja aku memandikan Jenazah (lelaki) ini kerana Allah Taala"
Perempuan:
"Sengaja aku memandikan Jenazah (perempuan) ini kerana Allah Taala"
• Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.
• Siram sebelah kanan 3 kali.
• Siram sebelah kiri 3 kali.
• Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.
• Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.
• Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram dari kepala sehingga ke hujung kaki.
• Sediakan air kapur barus.
• Tutup seluruh anggota mayat dengan kain nipis (kain kapan).
• Siram air yang dicampur dengan kapur barus di atas kain ini dari atas kepala sehingga ke hujung kaki.
• Lepas itu wudukkan mayat.
Lafaz niat mewudukkan mayat:
Lelaki:
"Sengaja aku mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah Taala"
Perempuan:
"Sengaja aku mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah Taala"
• Lapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
• Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan dan ditutup seluruh tubuhnya seluruh tubuhnya dengan kain.
• Setelah itu, mayat diusung ke tempat perbaringan untuk dikafankan.
• Segala bahagian yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan bersama dengan mayat. (Contoh: rambut, kuku dll).
💚Sharing is caring💚
Pesan pada anak2 ketika makan bersama @ berkumpul beramai2.. agar anak2 tahu fardhu kifayah.
**Sama2 ingat mengingati**