Video - Natasha exams Online this week
Tasha always surprise me with her results .
So far she had 100% on her Bahasa Arab & AlQuran subjects .
I’m very sure she ‘ tembak’ most of her answers - Haha
I know I shouldn’t doubt my children .
That’s bad parenting …
But the thing is … every time I do revision with her a week before exams , she never gives me a complete answer.
Always playful
Always finding excuses hungry , tired , sleepy and I find it frustrating .
My heart stops a beat every time - Haha
Always bertawakkal after doing revision with her .
She did get 7A’s on her last exams including Sirah which is her favourite subject .
Maybe I should change my approach on how to handle Tasha .
More laid back and let it be …
Just Sharing
Salam Everyone
Love As Always
PS - It’s Feqah & Tauhid for the girls today
All the Best Girls .
Belajar kerana Allah …
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
belajar tauhid online 在 Azizan Osman Facebook 的最佳貼文
Bila saya mengajar tentang bagaimana membina kekayaan di dalam kelas kelas seminar saya, saya tidak mengajar anak murid saya untuk hidup mengejar kekayaan wang semata-mata. Kekayaan yang saya maksudkan adalah kekayaan jiwa, jika mereka adalah anak murid saya di Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK), saya bercakap mengenai kolam jiwa, magnet tarikan niat di hati serta tarikan pemikiran kita adalah menjadi seperti doa. Tidak ada salahnya menggunakan kekayaan untuk memberi manfaat ramai orang lain sebagaimana Hadis Nabi saw menyebut, sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberikan manfaat kepada ramai orang lain.
Tuhan mengikut sangkaan hambaNya. Apa yang kita sangka atau fikir itu menjadi satu doa.
Bila saya bercakap tentang kekayaan, ada sesetengah puak yang kata saya mengajak orang kejar dunia. Tetapi sebenarnya mereka silap dan salah faham. Dunia adalah alat jika digunakan dengan baik untuk kita mencari redha Allah swt dan syurga Allah swt.
Ada banyak cara untuk mencari redha Allah swt, untuk mendapatkan kasih sayangNya. Dan apa yang ramai orang tidak sedar atau tidak faham ialah, bila kita mencari redhaNya, bila kita berjalan kepadaNya, Allah swt berlari kepada kita, bila kita mendekatiNya, Dia lebih lagi hampir kepada kita sebagaimana Hadis yang bermaksud :-
Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Saw bersabda: Allah berfirman:
“Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingat-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam suatu kelompok, Aku mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekati-Ku satu jengkal, maka Aku mendekatinya satu hasta. Jika dia mendekati-Ku satu hasta, maka Aku mendekatinya satu lengan. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari”.
(Sahih al-Bukhari, Kitab: at-Tauhid, Bab: Qaul Allah Ta’ala wa Yuhadzdzirukumullah Nafsah. Juz: 6, halaman: 2694, no: 6970. Penerbit: Dar Ibni Katsir. Al-Yamamah, Beirut, Lubnan. Cetakan ke-3, tahun: 1407H/1987M)
Dan cuba fikirkan dengan mudah, jika Tuhan kepada sekalian alam meredhai kita, mengasihi kita, bukankah hidup kita akan lebih mudah Insya Allah?
Pokok pangkal segala perkara adalah kolam jiwa kita atau hati kita kerana di situlah penilaian utama dariNya.
Ramai orang cuba mencari kekayaan harta, banyak wang atau cuba mencari rezeki dengan bekerja atau berniaga, tetapi akhirnya tidak dapat apa yang diingankan, duit yang ada semakin "bocor", lagi dicari lagi hilang..... Kenapa?
Wallahu A'lam kenapa. Tetapi atas pengalaman saya sendiri, saya dapati bila hati kita tidak connected dengan Allah swt, tidak lakukan sesuatu untuk dapatkan kasih sayangNya, saya dapati kehidupan saya dahulu sangat susah walaupun nampak senang. Hati tidak tenang. Masalah tidak putus putus. Duit makin dicari makin tiada.
Tetapi, beberapa formula yang saya selalu kongsikan di dalam kelas-kelas seminar saya yang telah saya lakukan dengan izinNya,
Alhamdulillah banyak merubah hidup saya serta kemudiannya kewangan saya. Ada 2 perkara atau bahagian yang anda perlu tahu, Pertama, usaha dan ikhtiar luaran. Kedua, usaha dan ikhtiar dalaman.
Usaha luaran tidak bergantung usaha kudrat empat kerat tetapi yang lebih penting adalah usaha dengan bijak dengan ilmu. Ramai yang ingin memperbaiki hidup mereka tetapi tidak ada ilmu atau tidak mahu mencari ilmu. Sebab itu saya sangat percaya dengan prinsip untuk berjaya dengan pantas kita perlu ada Mentor, Ilmu tentang Emosi (Elmu), Strategi yang terbukti berjaya, Tindakan luar biasa dan Impian yang jelas. (M.E.S.T.I).
Usaha dalaman pula melibatkan usaha dengan memperbaiki hubungan hati kita kepadaNya dan sesama makhluk terutamanya manusia lain.
Peliknya ialah, untuk kita memperbaiki kehidupan dan kewangan kita, lebih banyak kita buat perkara dibawah ini, Insya Allah kehidupan kita akan lebih tenang dan kita boleh rasai keberkatanNya serta kemurahan rezekiNya.
Anda nak tahu apa?
1/ Niatkan buat apa sahaja kerana mahukan redha Allah swt dan kasih sayangNya serta kasih sayang kekasihNya baginda Nabi saw.
2/ Gembirakan makhluknya. Manusia lainnya dengan bersedekah. Dan jangan tunggu bila kononnya ada banyak duit nanti baru nak bersedekah, Insya Allah pengalaman saya sendiri, susah anda akan dapat banyak rezeki dan barokah jika anda tidak biasakan bersedekah sebagai agenda harian hidup anda walaupun bermula dengan amaun yang kecil hingga menjadi bertambah besar. Bila orang lain menerima musibah, ia sebenarnya bukan hanya ujian Allah swt kepada mereka tetapi ia juga ujian Allah swt kepada kita untuk melihat di manakah tahap iman kita kerana dikatakan satu maksud hadis yang saya pernah baca, tidak dikatakan seseorang itu beriman sehingga dia lebih menyayangi saudara Islamnya lebih dari dia menyayangi dirinya sendiri. Erm, tapi hari ini ianya macam tidak berapa banyak berlaku. Wallahu A'lam. Setiap hari orang Islam bertekak tentang perkara-perkara yang entah apa-apa.
3/ Sentiasa melihat keadaan kita apa yang kita ada sebagai lebih baik dari mereka yang lebih dahsyat ujianNya, maka kita biasakan bersyukur. Contohnya, kita mungkin belum hidup senang, tetapi kita masih dapat makan 3 kali sehari sedangkan ada ramai orang lain nak makan satu kali sehari pun susah. Jadi, kunci kata di sini adalah BERSYUKUR.
4/ Berselawat dan memuji baginda saw. Sedangkan Allah swt dan para malaikat memuji baginda saw, siapalah kita untuk tidak berselawat dan memuji baginda saw? Hadis Nabi saw menyebut tentang Allah swt membalas setiap selawat kita kepada kekasihNya 10 kali ganda. Apatah lagi bila kita berkumpul di dalam majlis ilmu dan berselawat memuji baginda?
5/ Sabar kerana setiap perkara ada timingnya dan kita hanya perlu buat yang terbaik Insya Allah.
Kenapa saya ajar anak didik saya untuk belajar menjadi kaya dan berjaya? Kekayaan dari segi kewangan juga penting kerana ia memudahkan kita untuk membantu dan memberi manfaat ramai orang lain. Hari ini banyak perkara perlukan wang dan bila kita ada wang, Insya Allah kita banyak pilihan untuk menyumbang kepada kehidupan orang lain. Lihat ujian Allah swt kepada ramai di kawasan bencana banjir. Ujian mereka adalah apa yang berlaku kepada mereka datangNya dari Allah swt dan ujian kita adalah adakah kita sanggup dan bersedia membantu mereka dengan harta atau wang yang kita ada sedangkan ianya datang dari Allah swt juga?
Permulaan perubahan hidup saya dan ramai anak murid saya adalah bila kita faham tentang formula kejayaan yang sebenar. Formula kejayaan yang sebenar di dunia ini adalah bila kita beriman dengan Allah swt dan Rasul saw serta gunakan apa yang diberi pinjamanNya untuk membantu orang lain, untuk menambah nilai hidup orang lain dan memberi manfaat kepada orang lain.
Akhir kata, terima kasih kepada anak didik saya yang faham apa yang saya ajar dan membantu #Richwell di dalam sumbangan wang, tenaga dan barangan atau makanan untuk dihantar kepada mangsa banjir. Insya Allah saya sendiri juga akan turun lagi ke beberapa kawasan di Kelantan untuk sama-sama agihkannya nanti. Sebelum kami bantu negeri-negeri lain.
Ujian ini adalah ujian untuk kita semua. Jika anda ada kekuatan untuk paling kurang buka online banking anda dan transfer RM100 atau RM1,000 atau RM10,000 sebagaimana yang telah ditransferkan ke akaun Richwell beberapa hari ini, bagi saya itu bukan mudah dan anda mempunyai hati yang kuat dan baik. Mudah2an Allah swt balas dengan limpahan rahmat dan barokahNya. Amiin.
Jika anda tidak pernah hadir ke kelas saya, elakkan prasangka dan hadir sendiri. Hadir kelas percuma cukuplah. Sabtu ini ada Seminar Kuasai Potensi Diri 2015 di Shah Alam dan Ahad di Melaka. Jadual lain dan untuk daftar atau info lanjut, layari www.SKPD2015.com
Wallahu A'lam.
#AzizanOsman