Terlihat bendera putih di tegakkan, teringat saya kisah sedih Mus’ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan serta kedaifan, pada suatu hari telah berjalan melewati Baginda SAW sedang beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian. Salah satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak cukup kain,
Lalu sambil menangis Rasululullah bercerita kisah Mus’ab bin Umair kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum islam, Mus’ab bin Umair adalah anak orang kaya dan hidup dalam kemewahan, tapi lihatlah beliau bila masuk islam, hidup penuh dengan pengorbanan.
Alkisahnya menurut catatan sejarah, Mus’ab adalah anak orang have have T20 dan hidup ditatang bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja berharga 200 dirham dan hidup dengan penuh perhatian dari ibu bapa berada. Pakaianya di tempah khas dan kasutnya dari Yaman, menandakan sangat kaya.
Wajahnya juga sangat kacak hingga jika ke Pasar, semua orang akan menoleh kepadanya, pernah ada sejarah mengatakan, hensemnya Mus’ab ini lebih kurang seperti Hensemnya Nabi Muhammad SAW hingga dalam perang Uhud, orang kafir lihat mayat Mus’ab disangka Nabi telah mati. Dan disebarkan bahawa Islam telah kalah dalam perang Uhud sebab ternampak jasad Nabi terbujur kaku.., tapi…
Eh? Alamak? terspoiler pulak, terbagitahu awal awal Mus’ab terbunuh dalam perang Uhud.
Baiklah, untuk pengetahuan semua, Mus’ab bin Umair telah terkorban dalam perang Uhud sambil pegang bendera Islam, lebih sedih jenazahnya pegang bendera dengan dua siku yang berdarah kerana kedua dua tangannya telah dipotong musuh.
Namun walau tangannya telah kudung, masih teguh pegang bendera islam, maka terlihat pula ada anak panah menembus dadanya bermakna beliau syahid dalam keadaan pegang bendera dengan baki tangan sampai ke siku dan menghebus nafas akibat panahan dari belakang.
Begitulah sukarnya zaman awal islam, kisah seorang sahabat dari hidup kaya, lalu Mus’ab bin Umair telah masuk islam secara senyap senyap sebab ibu bapanya sangat bencikan islam, tapi sejurus ibu bapanya tahu, Mus’ab telah di ikat dan di kurung, ada Riwayat kata dia ditelanjangkan, dan satu hari beliau dapat melepaskan diri dengan memakai hanya sehelai kain.
Oleh sebab Ibu bapanya sanggup upah Bodyguard Jahiliyyah untuk tangkap beliau, dan atas nasihat Nabi Muhammad SAW sendiri, beliau lari ke Africa Bersama Jaafar r.a demi menjaga Iman dalam diri, dan nanti Jaafar Abi Talib pun mati sama tragis macam Mus’ab, kedua tangan Jaafar dipotong waktu pegang bendera Islam, lalu dengan hujung siku masih teguh memeluk bendera hingga hujung nyawa, sehidup semati betul kisah sahabat ini, apa-apapun, kita tinggalkan dulu kisah Jaafar, dan pendekkan cerita dari Africa, Mus’ab bin Umair telah Kembali ke Madinah bila dengar Nabi telah Hijrah ke sana, waktu itulah Nabi bercucuran air mata tengok beliau yang sangat zuhud dengan sehelai kain yang bertampal termasuk dari kulit binatang.
Di hujung pengorbanan, seperti yang saya dah terspoiler tadi, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke dua-dua tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera.., dan baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup, di tutup kepala kaki terdedah, di tutup kaki, kepala terdedah, lalu Nabi tutup kepalanya dengan kain dan kaki di tutup dengan daun-daun Izkhar..
Nabi kemudian bersaksi Mus’ab adalah ahli syurga sambil uruskan jenazahnya, waktu itu Abu Bakar dan Umar cemburu sangat melihat Nabi uruskan jenazah Mus’ab.
Ya tuan-tuan, kematian Mus’ab bin Umair dicemburui oleh sahabat sahabat hebat seperti Abu Bakar dan Umar.
Dan sejarah membuktikan, jenazah Abu bakar dan Umar tidak di uruskan oleh Nabi Muhammad SAW kerana Nabi telah wafat lebih awal dari Abu Bakar dan Umar.
Sungguh apabila kematian kita mencapai tahap di cemburui oleh orang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!
Adakah tiba nanti, kematian kita dicemburui? Atau di rai? Atau langsung tidak dipeduli?
Kepada Allah kita semua berserah diri.
Al fatihah buat Mus’ab bin Umair dan semua orang islam.
Woha sampai syurga!
bendera yaman 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
Klaim Mereka Apabila Berbicara Soal Simbol Agama Di Dalam Kuil Pluralisme
Ini jawapan balas kami terhadap dakwaan tersebut:
1) Islam tidak memiliki sebarang simbol bagi mewakili agama.
2) Simbol bulan bintang bukanlah simbol Islam tetapi ia adalah simbolik kepada kesatuan negara Islam yang dinaungi oleh Khilafah Uthmaniyyah Turki yang memakai simbol tersebut sebagai simbol bendera mereka. Setelah perang dunia kedua & kejatuhan Turki Uthmaniyah, maka sebahagian negara Islam masih mengekalkan identitinya yang pernah dinaungi khilafah Islam.
3) Banyak negara Islam tidak menggunakan simbol bulan bintang antaranya Arab Saudi, Afghanistan, Bangladesh, Bahrain, Brunei, Mesir, Kuwait, Iraq, Palestin, Sudan, Syria, UAE, Yaman, Indonesia, Qatar dan banyak lagi. Maka simbol bulan bintang bukanlah lambang kepada Islam secara khusus.
4) Perkataan OM dalam Hindu tidak ada kaitan dengan simbol bulan dan bintang dan tidak ada kaitan langsung dengan Islam.
Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah." (Fussilat 41:37)
Admin R&D MRM
bendera yaman 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答
[Menjawab Tuduhan: Allah Adalah Dewa Bulan]
Tuduhan yang mengatakan umat Islam menyembah Allah yang merupakan dewa pagan dikenali sebagai dewa bulan itu adalah dakwaan yang tidak bertanggunjawab. Tuduhan mengatakan Allah adalah dewa bulan ini dicetuskan oleh seorang Pastor bernama Robert Morey di dalam bukunya The Islamic Invasion. Setelah itu idea yang sama dikembangkan oleh seorang anthropologis yang bernama Carleton S. Coon.
Beliau mendatangkan hujah bahawa Allah yang disembah oleh orang Islam itu merupakan dewa bulan bernama Hubal. Selain dari nama Hubal ia juga disebut sebagai ‘Ilah’ yang disembah bersama dengan berhala al Latta, Uzza, Manat, Manaf dan lain-lain. Perbahasan ini sudah dipanjangkan di dalam artikel sebelum ini: http://bit.ly/2pVvL23 (Sejarah Berhala Di Tanah Arab)
Sebelum kedatangan nabi Muhammad SAW, masyarakat Arab Mekah dahulu telah mengubah ajaran nabi Ismail yang membawa Islam yang mentauhidkan Allah. Akan tetapi datang seorang bernama Amru Ibnu Luhaiy al Khuzai’e yang mula mensyirikkan Allah dengan membawa sebuah patung berhala setelah pulang dari pengembaraannya. Hasil daripada pengaruh berhala yang dibawa oleh Amru Ibn Luhay al Khuzai’e ke Mekah menyebabkan berkembangnya penyembahan dan pengukiran berhala di Mekah.
Setelah itu diutuskan nabi Muhammad SAW bagi memurnikan semula ajaran Islam yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu dan baginda menentang segala fahaman yang membawa syirik kepada Allah. Baginda juga telah memusnahkan 360 buah patung berhala yang dipuja di Kaabah. Berhala-berhala yang disembah oleh orang Arab suatu ketika dahulu itu berfungsi sebagai perantaraan antara seseorang dengan Allah. Fahaman ‘perantaraan’ inilah yang dibanteras oleh Islam.
Berbalik kepada tuduhan Robert Morey, sekira benar agama Islam ini menyembah dewa bulan yang merupakan salah satu berhala yang berada di Kaabah, harus mengapa nabi Muhammad memusnahkannya? Ini bukti jelas yang Islam tidak meletakkan nilai ‘penghormatan’ walau sekecil debu kepada dewa bulan.
Malah lagi parah jika dikaitkan umat Islam menyembah dewa bulan, sedangkan di dalam al Quran Allah jelas mengatakan yang bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah matahari mahupun bulan, tapi sembahlah Allah Yang menciptakannya, Jika Ialah yang kamu hendak sembah.” (Surah Al-Fussilat: 37)
Di dalam ayat ini jelas Allah menyuruh menyembahNya sahaja! Dan bukan menyembah matahari dan bulan. Sekiranya dewa bulan itu dimuliakan, harus mengapa ayat ini menafikan ‘kemuliaannya’?
Akan tetapi Robert Morey cuba mencari hipotesis untuk mengaitkan agama Islam dengan dewa bulan dengan menunjukkan kesan pahatan dewa bulan yang disertakan dengan gambaran ukiran bulan sabit dan bintang. Di atas alasan itu, lalu dia mengaitkan simbol bulan bintang yang berada di kebanyakkan bendera negara Islam dan di menara masjid umat Islam. Selain itu juga beliau cuba menguatkan lagi teorinya dengan mengatakan umat Islam menggunakan kelander mengikut kiraan bulan sepertimana bulan sabit bagi mengetahui masuknya bulan Ramadhan dan juga Syawal.
Jika dilihat kepada keseluruhan hujah Robert Morey, beliau hanya berdiri di atas dua hipotesis ini sahaja untuk mengaitkan dewa bulan itu kepada Allah.
Pertama, Robert Morey menggunakan alasan umat Islam menggunakan simbol bulan dan bintang di bendera mereka adalah sebagai bukti umat Islam mendewa-dewakan dewa bulan. Hujah ini paling tidak logik sekali kerana jika dibilang jumlah bendera umat Islam yang tidak menggunakan simbol bulan bintang adalah lebih banyak. Seperti negara Arab Saudi, Afghanistan, Bahrain, Brunei, Mesir, Maghribi, Kuwait, Iraq, Palestin, Sudan, Syria, UAE, Yaman, Bangladesh, Indonesia, Qatar dan banyak lagi negara yang majoriti umat Islam yang tidak menggunakan simbol tersebut. Ini menunjukkan simbol itu bukan simbol keagamaan.
Malah terdapat banyak masjid yang dibina tidak menggunakan simbol bulan dan bintang dan tidak ada apa-apa kelebihan terhadap simbol itu.
Kedua, di dunia ini kita sedia maklum memiliki beberapa jenis kalender untuk mengira hari, bulan dan tahun. Antaranya adalah kalender bulan, solar dan juga lunisolar. Ini adalah sistem perkiraan yang sangat terkenal dari zaman berzaman. Malah, di dalam Islam, bermula pada zaman Umar al Khattab telah menetapkan kalender Hijjriyah sebagai Kalender umat Islam dengan memakai perkiraan bulan. Malah bukan setakat Islam sahaja, di dalam kalender masyarakat Cina dan Jawa, mereka juga memakai kalender bulan. Timbul persoalan, adakah wajar disebabkan perkara itu kita mengatakan mereka menyembah dewa bulan? Sudah tentu tidak kerana ia hanyalah sekadar perkiraan hari, bulan dan tahun sahaja.
Dan sekiranya terdapat masyarakat yang menggunakan kelendar matahari seperti Iran, Baha’I, Koptik dan lain-lain, adakah boleh untuk kita membuat hipotesis bahawa mereka menyembah dewa matahari? Sudah tentu tidak.
Sekiranya dengan hal sebegitu boleh dihipotesis semudah itu harus mengapa tidak mengatakan golongan astronomis dan saintis itu penyembah dewa-dewi Rom? Ini kerana mereka menamakan planet dengan nama-nama dewa seperti Mars, Jupiter, Pluto, Neptune, dan Mercury. Adakah mereka juga Paganisme?
Ini menunjukkan kedua-dua hipotesis yang dikemukan oleh Robert Morey ini terbukti gagal dan tidak mendasar. Jika benar ingin membawa hujah berkaitan dengan kepercayaan dan aqidah sesebuah agama maka hendaklah datangkan teks di dalam kitab sucinya yang menganjurkan perkara itu. Bukan sekadar mencarik-carik info di dalam bahagian lain lalu cuba tampalkan di wajah sesebuah agama.
Seorang teologi di dalam Kristian bernama James White sendiri mengatakan dakwaan yang dikemukakan oleh Pastor Robert Morey itu tidak berasas: https://www.youtube.com/watch?v=mL2fucCySQY
Adapun sebahagian orientalis lain seperti Carleton S. Coon mendakwa nama kepada Allah itu berasal daripada kata nama Illah yang disandarkan kepada patung Hubal yang disembah oleh orang Arab. Akan tetapi dari segi bahasa nama ini jelas berbeza. Malah di dalam bahasa Arab perkataan Ilah boleh bermaksud sembahan dan tuhan-tuhan selain daripada Allah. Malah di dalam al Quran Allah menggunakan orang yang mempertuhankan hawa nafsu juga digunapakai perkataan Ilah:
أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ
“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya” (Surah al Jasiyah: 23)
Ilah boleh bermaksud bermacam bagi sesuatu yang disembah. Manakala Allah adalah nama ekslusif yang mengisyaratkan kepada Tuhan Yang Maha Segala-Galanya. Malah sebelum kelahiran nabi Muhammad di Kota Mekah, orang Arab sudah menggunakan perkataan Allah bagi mengisyaratkan Tuhan Yang Maha Tinggi. Malah, Allah tidak pernah digambarkan dan dipatungkan, berbeza dengan dewa atau ‘Ilah’ di Mekah yang mana ia diukir dan diberhalakan.
Islam Bukan Agama Simbol
Jika dilihat Kristian memiliki simbol salib, Yahudi memiliki simbol bintang Daud, Hindu memiliki simbol OM, Buddha memiliki simbol Cakra lapan sila manakala Islam pula sering kali disimbolkan bulan dan bintang.
Pokok asalnya dalam Islam tidak memiliki simbol-simbol bagi melambangkan agamanya. Bermula pada zaman nabi, sahabat dan genersi seterusnya tidak pernah mengekslusifkan mana-mana simbol sebagai lambang agama. Manakala bulan dan bintang pula adalah simbol yang diperkenalkan oleh pemerintahan khilafah Islam Turki Uthamaniyah. Bendera Khilafah Turki dahulu memperkenalkan simbol bulan bintang sebagai identiti kerajaan Khilafah Islam dan setelah jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah maka negara-negara Islam lain masih mengekalkan simbol ini di bendera mereka. Umat Islam tidak ada masalah jika dibuang simbol bulan dan bintang kerana ia adalah simbol kerajaan yang menyatukan umat Islam pada suatu ketika dahulu dan bukan simbol agama. Simbol itu dibuat di atas beberapa falsafah yang berkaitan dengan kemuliaan mengikut tanda aras anak bulan ketika bulan ramadhan dan syawal.
Kesimpulan
Islam menolak segala unsur yang memperduakan Allah. Tuduhan yang mengatakan Allah yang merupakan Tuhan kita semua itu sebagai dewa bulan adalah tidak benar. Samada dari sudut sejarah dan juga etimologi kalimah jelas membuktikan ia berbeza. Dakwaan yang dilemparkan oleh Robert Morey itu jelas merupakan dakwaan yang tidak berasas. Sekiranya dia ingin membincangkan soal aqidah dan keimanan maka datangkanlah bukti di dalam bentuk pendalilan khususnya teks di dalam al Quran dan Hadis. Contoh, datangkan bukti ayat al Quran mengatakan “sembahlah dewa bulan” bagi membenarkan tuduhan itu. Akan tetapi al Quran dan hadis tidak menyebut mengenainya. Tuduhan yang dilemparkan oleh golongan orientalis hanyalah hipotesis yang lemah semata-mata.
Wallahua’lam
Rujukan
[1] Carleton S. Coon, (1944). jurnal Southern Arabia, A Problem For The Future, Smithsonian Institution, Itali.
[2] Dr. Robert A. Morey, (2011). The Islamic Invasion, Xulon Press, USA.
[3] Sami Abdullah al Maghlouth, (2011). Atlas Agama-Agama, Penerbit Alhamira, Jakarta, Indonesia.
[4] Ahmad Iqram Mohamad Noor, (2017). Yahudi Kristian Hindu Buddha Berasal Daripada Islam?, PTS, Selangor, Malaysia.
[5] Dr. Ahmad Syalabi, (2010). Ensiklopedia Sejarah Islam, Jasmin, Selangor, Malaysia.
[6] Prof. Dr. HAMKA, (2006). Sejarah Umat Islam, Pustaka Nasional, Singapura.
[7] Imam Asy Syaukani, (2011). Tafsir Fathul Qadir, Pustaka Azzam, Jakarta, Indonesia, Jilid 9.
[8] Syeikh Muhammad al Ghazali, (2010). Fiqh Sirah, Pustaka Salam, Kuala Lumpur, Malaysia, Jilid 1.
[9] Muhammad Sa’id Ramadan al Buti, (2008). Fiqh al Sirah, Dewan Pustaka Fajar, Selangor, Malaysia.
R&D TEAM MRM
bendera yaman 在 Flag Of The World | Yemen Flag | Bendera Yaman - YouTube 的推薦與評價
Flag Of The World | Yemen Flag | Bendera Yaman. gogameplay. gogameplay. 2.13K subscribers. Subscribe. 16. I like this. I dislike this. ... <看更多>
bendera yaman 在 VOA Indonesia - Facebook 的推薦與評價
Siluet para pemuda memegang bendera Yaman ukuran raksasa pada peringatan Revolusi Yaman Utara ke-54 di Sana'a. Simak foto-foto peristiwa hari ini... ... <看更多>