Bermula 11 Mac 2021, mana-mana individu yang melanggar SOP COVID-19 akan berdepan hukuman denda maksimum RM10,000.
Ini satu jumlah yang terlalu besar untuk mana-mana individu.
Saya juga nak tanya, bagaimana kerajaan boleh dapat angka RM10,000 sebagai satu denda yang sesuai? Tidak ada perbincangan atau perbahasan dibuat berkenaan hal ini.
Saya faham nilai ini tidak tetap dan akan mengikut budi bicara pihak berkuasa. Tetapi hakikatnya, rakyat juga boleh dikenakan denda pada nilai maksimum dan proses yang rakyat harus lalui untuk kurangkan nilai denda ini bukan benda yang mudah dan sekejap.
Masalah juga apabila kita sendiri lihat menteri-menteri yang sudah berkumpul dan melanggar SOP tidak dikenakan sebarang tindakan. Kalau ada pun, kena tunggu arahan dari Jabatan Peguam Negara (sehingga hari ini belum ada apa-apa tindakan kepada Menteri).
Jadi soalan saya, wajarkah untuk rakyat yang susah, lapar dan sakit untuk didenda RM10,000 pada SOP yang sudah mengelirukan berbanding menteri-menteri yang setiap minggu buat jelajah politik?
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/individu-ingkar-sop-covid19-berdepan-denda-rm10000-mulai-11-mac-2021-284817
Search
berita politik hari ini 2021 在 Bagaimana Kondisi Politik Indonesia 2021? - SATU MEJA ... 的推薦與評價
... <看更多>