Resepi tepung pelita asli
.
Cara buat bekas kuih tepung pelita (resepi saya taruk di sini nanti )
.
gunakan daun pisang yg telah dilayur atas api .. lebar 10cm X 24 cm dan dilipat dua..follow video
.
bahan-bahan tepung pelita
.
sebelum itu panaskan periuk kukusan
.
bahagian bawah (hijau)
.
1 cawan air pandan (5 helai daun pandan kisar dgn 1 cawan air)
3 1/2 air
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil air kapur
sedikit garam
1/2 cawan gula
.
tapis air daun pandan dan campurkan semua bahan2 diatas.
masak adunan sehingga keluar wap dan sedikit pekat seperti video n terus tutup api
.
1/2 @ 1 sudu kecik gula utk diletakkan dlm bekas daun pisang
.
masukkan adunan hijau ke dlm bekas daun pisang yang telah diletakkan gula pasir tadi. hanya separuh dari bekas daun pisang dan kukus selama 7 minit sahaja...
.
bahagian atas (putih)
.
1/2 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1/2 sudu kecil sedikit garam
2 sudu kecil gula
.
semua bahan2 diatas dicampur dan diaduk sekata dan masak sehingga keluar wap jgn terlalu pekat dan tutup api..
.
setelah adunan hijau dikukus sudukan pula adunan putih ke atas adunan hijau dan kukus selama 7 mnit . siap
.
KREDIT : Tahrunnisah
Resipi Dapur Bidadari🍓
Search