Apa perkataan paling sesuai untuk rezeki dalam Bahasa English!?
Ada yang cakap, wealth, luck, health, fate. Blessings, sustenance, property, means of living, livelihood, income, subsistence, sustenance, food, nourishment, good fortune… etc..
Tapi semua tu mempunyai maksud berbeza.
Kita orang melayu memang guna perkataan REZEKI pinjam dari Bahasa arab sebab Rezeki ni ianya ada kaitan dengan Ketuhanan.
Kita jika terdengar perkataan REZEKI, terus otak kita nampak laut yang luas penuh rezeki, hujan mencurah dengan rahmat bersama rezeki, pelangi indah di balik awan adalah rezeki, syurga saujana di alam akhirat adalah rezeki terbesar, anak yang ramai adalah rezeki, hati yang tenang adalah rezeki, muka tak hensem tapi mampu bahagia adalah rezeki yang mana semua oitu automatic terus otak kita kaitan dengan kuasa Tuhan, buatkan kita berdamai dengan takdir, dan tenang dalam ujian, lepas tu kita digembirakan dengan konsep rezeki mudah datang dengan bersedekah, solat duha, solat tahajud, berdakwah, berdoa dan pelbagai lagi.
Mungkin sebab itu ada kajian kes bunuh diri banyak berlaku pada orang yang tidak beragama kerana mereka tidak faham konsep rezeki, dan sudah tentu ada juga kes bunuh diri pada orang beragama yang salah faham konsep rezeki.
Sebab konsep rezeki adalah berdamai dengan takdir, semua Allah dah set from the top, Maka bila berlaku BULI, PUTUS CINTA, atau GAGAL mencapai sesuatu, maka mereka tiada tempat untuk berdamai dengan takdir kerana tanpa agama, maka diri sendirilah yang menjadi punca segala masalah, dan sayalah yang bersalah dalam semua perkara, saya menyusahkan orang, saya mati menggembirakan orang dan sebagainya yang selalu di alami oleh mereka yang stress hingga memilih untuk mati.
Untuk itu, kepada kita semua yang ada masalah BULI, PUTUS CINTA, dan GAGAL dalam apa jua bidang, sebelum kemurungan berlaku, ingatlah bahawa REZEKI Allah itu luas, sangat luas! dan dunia ini hanya setitik nikmat REZEKI berbanding di sana(akhirat) seperti lautan luas tidak berpehujung.
Bila kita di buli, Alah sedang uji saya, ini rezeki saya, maka saya tidak akan menyerah (pasrah) begitu sahaja, tapi saya akan berusaha mencari keadilan (bertawakal) maka InsayAllah pertolongan Allah sangat dekat bagi mereka yang bertawakal.
Bila kita putus cinta, ini rezeki saya, ingatlah semua orang akan mati, mencintai Nabi, maka Nabipun mati, maka cintailah Allah yang tidak pernah mati dan tidak pernah menolak cinta, dan di syurga bertemu Allah nikmatnya lebih besar dari dicintai semua bidadari.
Bila kita gagal dalam apa jua bidang, ini rezeki kita, ingatlah dunia hanya sementara, kerisauan sebenar bukan untuk dunia, maksud hidup adalah ibadat, dan sabar dengan ujian Allah adalah ibadat, syukur dengan baki nikmat yang ada juga adalah ibadat.
Jangan pernah sedih lihat rezeki orang, itu rezeki mereka, semua orang ada rezeki tersendiri..
Sungguh ter Kadang manusia selalu bersedih kerana Allah belum bagi rezeki yang diminta.. Tapi kita lupa bahawa masih banyak rezeki yang baik pada kita, Allah belum ambil..
Akhir kata, Cintailah Pemberi Rezeki lebih dari Rezeki maka Rezeki tak di sangka sangka akan mengalir sampai syurga dan Di syurga, Bertemu Pencipta Rezeki adalah Rezeki terbesar dari segala Rezeki.
Semoga rezeki kita sampai syurga!
Woha!
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「bidadari bahasa arab」的推薦目錄:
bidadari bahasa arab 在 ADAM CORRIE Facebook 的最讚貼文
Sanah Helwah (selamat hari jadi) Bidadariku ..
Barakallah Fik ( Semoga Allah memberkahimu )
Semoga Allah memanjangkan umurmu, menarik pergi segala masalahmu, memudahkan segala urusanmu, melapangkan segala kekusutanmu, menerima segala amalanmu, merahmati semua pekerjaanmu dan melimpahkan maghfirahnya yang terluas buatmu,
Terima kasih kerana sentiasa berada di samping suamimu dalam apa sahaja keadaan atas izin Allah.
Sentiasa berada di depan, bila suamimu diduga pelbagai masalah tanpa rasa takut.
Sentiasa berada di belakang utk memberi sokongan takut saya rebah.
Sentiasa berada di kiri dan kanan apabila di uji dengan nikmat dunia yang melalaikan tanpa di sedari..
Sentiasa sabar dengan suami mu yang kuat merajuk ini macam baby ini..
Semoga sayang sentiasa menjadi bidadari kita di dunia dan akhirat kelak. InsyaAllah .. Aamin allahumaa aamin.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
Mr & Mrs Adam Corrie
Kembara Iman Saudara Baru
P/s : oleh kerana ramai sangka sanah helwah nama bidadari saya. Jadi terang maksud nya, sanah helwah adalah bahasa arab yang memberi makna Selamat Hari Jadi. Ia bukan nama Bidadari saya.
bidadari bahasa arab 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
*Tulisan seorang wanita yang saya baca dalam blog beliau, http://hazeira.blog spot.com.
ENTRY INI PANJANG, NAMUN BAIK UNTUK BACAAN ISTERI-ISTERI.
Masa aku form 3 ke 4 lebih kurang la tu (tak berapa nak ingat sangat sbb dah hampir 13tahun), aku pernah bertanya pada ustaz yang mengajar aku subject "pendidikan islam", bila sentuh bab munakahat dan ibadat ni tentulah sebagai seorang wanita, aku teruja untuk mengetahui :
"Bagaimana yang membolehkan wanita itu masuk syurga" & "apa yang akan wanita perolehi di Syurga" . Jawab ustaz ketika tu senang je:
Wanita yang masuk syurga adalah wanita solehah yang melakukan 2 perkara iaitu:
1. Wanita yang taat pada Allah dan RasulNya.
2. Wanita yang taat setia pada Suaminya.
Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
Owhhh hanya dua perkara tu je? masa tu aku yakin hal yang "1" aku masih terlalu lemah & belum ikhlas melakukannya, hal yang ke"2" pula aku masih kurang jelas & masih belum ingin memikirkannya sebab al-maklumlah untuk mempunyai suami adalah satu hal yang mustahil untuk aku ketika itu. Namun aku sempat berkira-kira kalo hal yang ke "2" itu sangat mudah. Bagi aku kalau aku kawin, dah tentulah aku taat setia pada suami, takkan nak curang pulak? (Oooo masih cetek pemikiran aku waktu tu)
Terus ustaz, apa yang akan wanita perolehi di Syurga?
Jawab ustaz lagi "Kamu akan perolehi apa je yang kamu mau, malah apa yang akan kamu perolehi tidak pernah terlintas pon di benak kamu seumur2 hidup di dunia ini."Subhanallah...
Satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Allah SWT berfirman: “Aku sudah menyediakan buat hamba-Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga serta belum pernah terlintas oleh hati seseorang.
lalu ada satu soalan yang bagi aku ketika aku bertanya tu aku berada dalam keadaan yang sedar, namun aku pasti kawan-kawan yang lain "mentertawakan" aku kerana kejahilan aku waktu tu. Tapi SUMPAH! waktu tu aku memang tak tau kalo pertanyaan aku tu mengundang "kelucuan" untuk kawan-kawan baik lelaki & perempuan, apa yang pasti jawapan yang aku perolehi ketika itu sangat membuat hati aku gembira. berikut adalah soalan yang aku tanya pada ustaz.
ustaz, kalo lelaki yang soleh masuk syurga, tentulah dia di layan penuh kebaikan daripada bidadari syurga yang telah dijanjikan Allah untuknya. Bidadari itu akan sentiasa layani suami kita siang & malam, malah dah tentu suami kita sangat gembira dapat bidadari syurga. So, kalau suami dah dilayan dengan bidadari, tak gunalah isteri ada di situ....... (huhu agak jahil aku ketika itu). Soalan aku tu takda lain takda bukan hanya untuk mengetahui adakah suami lebih memilih bidadari atau isterinya di dalam syurga? Aku sangat CEMBURU!!!
Sebelum menjawab pertanyaan aku, ustaz agak tersenyum & tertawa kecil, katanya....
Kenapa kamu nak CEMBURU? kamu adalah KETUA KEPADA SEMUA BIDADARI yang ada disyurga.
Gulppppp........ tertelan air liur aku waktu tu sebenarnya ada yang nak aku tanya lagi rentetan dari soalan aku tu, tapi terbantut dek kerana kawan2 dah mula ketawakan aku... di sebabkan itu aku dah terlupa untuk tanya pada sesiapa & aku batalkan niat untuk tanya lanjut, sehinggalah aku terjumpa artikel dari blog ni yang soalannya adalah soalan yang ingin aku tanyakan 13 tahun yang lepas pada ustaz. berikut adalah soalannya:
Antara bidadari dan isteri siapakah yang akan dipilih oleh suami ketika disyurga?
bBerikut adalah petikan yang aku ambil yang seakan2 menjawab segala pertanyaan aku, (aku copy paste agar takda info yang tertinggal ye.. pandai2 korang baca).
**** Petikan dari blog http://sayaosyhie.blogspot.com
" Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"
Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.
Jawapannya… tapi sebelum itu.
Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.
Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan.
Apa puncanya sampai jadi macam tu?
Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.
Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.
Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut,"Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.."
Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..
Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita.
Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung? Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an.
Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?
Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.
"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.
Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai*ketua bidadari*. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.
Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.
Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?
Tidak juga.
Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?
Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.
Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.
Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi *`uruban atraaba*, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka".
Di dalam bahasa Arab, kalimah *`uruban* juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).
Tentang pengertian kalimah *atraaba* pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..*for guys only*.
* * *
Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.
Betul?
Tapi adakah anda pasti?
Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;
Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah,
"Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih."
Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.
"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita.
Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..". (au kama qaal)
Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?
Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.
"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!" Mungkin ada wanita yang berfikir begini.
Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi *shopping* ke?"
"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.
Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.
Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.
Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?
Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.
Ibarat anda dah dapat semua *file/software* yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.
Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design' kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.
Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..
Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.
"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..
Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi. "Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".
belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;
"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."
Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra' dan mi`raj.
Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.
Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.
Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.
Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?
Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.
Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!
Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.
Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).
Hm..Di pasar yang bagaikan *real-life catalogue* ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.
Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?
Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.
Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.
Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).
Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!
Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..
Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu?
..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya...atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja..
* * *
Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan
tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego
dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.
KESIMPULANNYA:
Beramal solehla kita di dunia ni nescaya ganjaran Allah kepada kita tu adalah sehingga tak tercapai akal kita selama hidup di dunia ini.