Jangan menoleh lagi kepada masa lalu, sebaliknya fokuslah pada masa hadapan..
Masa lalu biarlah berlalu, anda takkan dapat mengubahnya. Apa yang penting perbaiki diri anda dan kenalpasti potensi yang boleh menjadikan anda insan yang lebih baik.
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam." (HR Bukhari dan Muslim)
#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過9,180的網紅Farhaan Rahmat,也在其Youtube影片中提到,Jom tonton! Apakah 5 pantang larang yang perlu dijaga oleh tetamu yang datang ke rumah untuk ziarah ibu dan bayi yang baru lahir? Saya kongsikan did...
bukhari 21 在 Facebook 的最佳解答
Kita boleh setuju dan tidak setuju dengan sesiapa tetapi suka saya ingatkan diri saya & sahabat semua agar tidak memberikan sebarang gelaran atau tuduhan buruk kepada sesiapa. Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam bersabda
“Tidaklah seseorang melempar tuduhan kepada orang lain dengan kefasiqan dan tidak pula menuduh dengan kekufuran melainkan (tuduhan itu) akan kembali kepadanya, jika saudaranya tidak seperti itu.” [HR Bukhari (6045)]
Saya juga berharap agar sahabat tidak terlalu menyanjung saya tetapi sanjung dan sokonglah dengan prinsip. Saya tidak mahu sahabat semua kecewa dengan agama hanya kerana kekurangan diri saya kelak.
Saya tidak layak mewakili Islam kerana kebenaran tidak semestinya terkumpul pada seseorang melainkan Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam. Saya mendidik masyarakat agar tidak taasub pada tokoh selain Baginda maka dalam masa yang sama saya tidak mahu membina ketaasuban pada diri saya.
Please, jangan sesekali begitu. Saya risau kekurangan saya menyebabkan agama terfitnah. Taasub pada prinsip sahaja.
Saya faham niat baik sahabat semua menyokong prinsip yang dibawa tetapi harap boleh lebih berhati-hati dalam menggunakan perkataan supaya tidak ditanam benih ketaasuban pada saya atau tokoh lain selain Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam.
*Saya telah lama mengatakan saya bukan Ustaz. Panggil saya Brother, Bro atau saudara sahaja.
bukhari 21 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
BOLEHKAH PUASA ENAM DINIAT SEKALI DENGAN GANTI PUASA?
جندالله:
Puasa Qada' dan Puasa Sunat 6 Hari Dalam Syawwal
Ada 3 pendapat dan kesemuanya adalah benar dan boleh diamalkan,maka tidak perlu memeningkan kepala untuk mecari mana satu yang lebih 'rajih',jika anda bukan seorang yang berkemahiran untuk melakukan tarjih.
Pendapat Pertama:Tetap mengedepankan Puasa Qada' terlebih dahulu dari puasa Sunat Syawwal.
Dalinya:
فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى
Dan hutang Allah itu terlebih berhak untuk dibayar (Riwayat Imam Al Bukhari)
Pendapat ini boleh diamalkan bagi mereka yang tidak banyak jumlah puasa yang perlu diqada' dan yakin akan sempat melakukan kedua-duanya sebelum habis bulan Syawwal.
Pendapat Kedua:Berpuasa Sunat Syawwal terlebih dahulu daripada Puasa Qada'.
Dalilnya:
Berkata Sayyidatuna A'isyah رضي الله عنها و سلام الله عليها
كان يكون عليَّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجيء شعبان، لمكان النبي صلى الله عليه وسلم. متفق عليه.
Maksudnya: “Aku masih berhutang puasa Ramadan dan aku tidak dapat menggantikannya sehingga Sya’ban tiba dan itu kerana sibuk melayani Rasulullah صلى الله عليه و سلم (Muttafaqun 'Alaih)
Berdasarkan riwayat ini maka sebahagian ulama' menghukumkan harusnya bagi seseorang untuk menangguhkan qada' puasanya dan memberi isyarat bahawa qada' puasa,tidaklah seperti qada' solat yang mesti disegerakan sebaik sahaja teringat.
Maka bagi sesiapa yang merasakan tidak mungkin sempat menghabiskan puasa qada' terlebih dahulu kerana banyak jumlahnya tetapi tidak mahu terlepas dari kebaikan dan fadilat enam hari Syawwal,maka bolehlah dia beramal mengikut pendapat ini.
Namun di sisi ulama' Syafi'iyyah, ia makruh kerana di sisi ulama' Syafi'iyyah,mengedepankan yang wajib atas yang sunat itu lebih disukai.
Pendapat ketiga: Digabungkan kedua-duanya sekaligus berhasil pahala bagi kedua-duanya
Ini merupakan fatwa sebahagian ulama' Syafi'iyyah,berdalilkan Qiyas terhadap Solat Wajib yang dikerjakan seseorang ketika masuk ke masjid telah pun menggugurkan kesunnahan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid keatas dirinya.
Ini merupakan fatwa Imam Ar-Ramli,Imam Ibn Hajar Al-Haitami dan Syaikhul Islam Zakariya Ansari.
Maka sesiapa yang merasakan lebih selesa dan kesuntukan masa untuk melakukan kedua-duanya secara berasingan bolehlah melakukan sebegini,terutamanya untuk kaum wanita yang mempunyai suami supaya tidak terhalang untuk puasa sunat dan dalam masa yang sama ingin berkhidmat kepada suami.
واللّه أعلم
الفقير إلى رحمة اللّه الغني،
Mohammad Faeez Harith Al-Bakkaniy
غفر اللّه له ولوالديه
Kredit: fb PONDOK HABIB
bukhari 21 在 Farhaan Rahmat Youtube 的精選貼文
Jom tonton!
Apakah 5 pantang larang yang perlu dijaga oleh tetamu yang datang ke rumah untuk ziarah ibu dan bayi yang baru lahir?
Saya kongsikan didalam video ini artikel yang pernah ditulis oleh Doktor Ahmad Luqman Bukhari dan dikongsikan oleh page Siakap Keli ?
Semoga bermanfaat ❤️
#adab #bayi #drahmadluqmanbukhari
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/wInYeOk2H1g/hqdefault.jpg)