#LathiChallengeByRAJA
LEGENDA BOYAN KAYONG🥀
Inspirasi daripada Jelmaan seorang wanita cantik yang dikatakan berasal daripada keturunan sumpahan Hantu Bangkit yg dulunya hangat diceritakan di Sarawak pada era 70an & 80an yang akan menampakkan diri selama 44 hari pada hari kematian keturunan tersebut.
.
💄Makeup By Raja Inai Sarawak II
👘 Persalinan By Inna Sharinna (Qashinna Bridal House)
📸🎥 Video editor & Team produksi Alisya Zaquan Al-hadad Starllient Buma
Thanks Amanda Jane Simon sudi jdi model & korbankan muka dengan ulat2 yg masih hidup😆
Perkongsian video ini hanya sekadar utk menunjukkan hasil karya saya sebagai seorang jurusolek & sekiranya ada sebarang kekurangan harap d maafi🙏🏻
.
.
#MakeupArtistSarawak #MakeupArtistMalaysia #MakeupByRAJA
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「cantik era sarawak」的推薦目錄:
- 關於cantik era sarawak 在 Ernie Diana Facebook 的最讚貼文
- 關於cantik era sarawak 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
- 關於cantik era sarawak 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
- 關於cantik era sarawak 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於cantik era sarawak 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於cantik era sarawak 在 ERA Sarawak - Cantik juga adik Achey - Facebook 的評價
- 關於cantik era sarawak 在 era masturah (eramasturahlee) - Profile - Pinterest 的評價
- 關於cantik era sarawak 在 Era Sarawak Live bersama Wany Hasrita - YouTube 的評價
cantik era sarawak 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
Bacaan ni bunyi keras tapi menyedarkan sesiapa pernah kutuk beliau. Moga kita ialah mata lebah yang memandang indahnya bunga bukan mata lalat yang hanya nampak sesuatu yang kotor.
Padan muka kau maszlee!
Itulah dah cakap, jawatan menteri untuk orang bodoh. Kau ada phd, kau nk masuk jugak. Skrg apa cer? Padan muka kau!
Dulu masalah budak kecil dan miskin nk jaga kasut mereka. Mana dengan basuhnya mana dengan kapurnya. Mana dengan nak dijaganya. Asrama pula mengada nakkan kasut itam. Nak main futsal masa waktu pj, nak kena kasut sukan lagi. Takkan lah nk usung kasut putih tu kemana2. Pening famly miskin ni fikir. Menteri bertukar2 tak penah peduli pun hal ni. Yelah, menteri kot.. takkan nak pandang kaki budak miskin kan? So lantaklah mak pak dia nk berhutang pun. Kasut je pun. Tiba2 kau datang maszlee, by one simple arahan, tukar kasut hitam. Simple. So bdk miskin tadi ni tak pening dah, all-in.. tahan lasak. Apa kau dpt maszlee? From that day, orang gelar kau menteri kasut hitam! Yelah, tu tanda visi kau membumi, sbb tu kau nampak kasut. Cuba lah kau belajar dari menteri sorang lagi, visi dia melangit, sebab tu dia nampak kereta terbang! See, dia tak kena tekan pun ngan gergasi politik. Padan muka kau!
Kan orang dah ckp, kpm ni lubuk duit. Kau ingat sapa nak peduli sekolah di ulu sabah sarawak dan hutan hutan? Kalau buat sekolah cantik cantik pun, diorang bukan datang pun. Diorang sibuk kutip petai dihutan. Buat ala kadar sudahlah, lebihan duit tu boleh jugak tampung melancong, kereta baru, anak bini, ketua2 cawangan semuanya nak kena suapkan makan. Tetiba kau datang, kau beriya iya nak pertahankan sekolah2 hulu tu.. siap usung gambar sekolah tu ke parlimen. Beriya betul. Kau ingat orang hairan? Orang x pandang la sekolah busuk hulu kampung tu. Menteri nak turun sekolah pandai, sekolah elit, ada jamuan besar besar, seluar pun tak kotor, ada alumni korporat jutawan, alih alih kau jadi menteri, kau pergi turun sekolah usang. Low class! kan dah mendapat. Padan muka kau!
Orang dah pesan, jadi menteri ni, jangan cuba memahami. Tapi cuba difahami. Semua menteri buat mcmtu. Alih alih kau beriya iya nak memahami bebanan tugas guru bagai. Segala fail2 report yang merepek meraban tu semua tak perlu buat dah. Eh kau sapa? Kau tau tak ppd jpn dan nazir tak respect pun arahan kau. Diorang still tekankan fail berbanding murid. Murid bodoh piang takpe, asalkan fail lengkap. nazir dan menteri dulu turun tengok fail, tapi kau turun tengok murid. Kau dah kenapa? Murid tak pentinglah lee! Yang penting fail tu, menipu pun takpe, janji fail report tu lengkap. Ini amalan biasa penjawat awam. Kau nak lawan arus? Kau tahukan selama ni bila jpn kpm turun sekolah, cikgu sibuk mempersiapkan fail. Bukan mempersiapkan budak. Sbb diorang tak heran pun kat budak, yang penting fail semua tu. Kau datang nk buang semua ni.. marahlah diorang, ini kerajaan fail, laporan, meeting, jamuan, rombongan dan bungkus lauk lepas meeting. Tetiba kau nak tukarkan jadi kementerian "kemanusiaan". Skrg terimalah, fail kau tak cantik, letaklah jawatan! Padan muka kau.
Ni nak cakap.. cikgu duka lara, kenapa kau kisah sangat? Lantaklah dia tak jumpa suami dia ke isteri dia ke. Peduli apa. Kau menteri, fikir isteri kau sudahlah. Nak pakai beg apa kasut apa. Ini tidak, kau nak sangat tolong diorang. Dulu isu guru duka lara ni dah macam tanda2 kiamat. Punya susah nak settle. Alih alih kau datang, senang je kau settle. Banyak keluarga dah kembali tertaut. Kau melampau la maszlee, kau tak tahu ke dulu ni nak bertukar semua tu selain doa, cable kau kena kuat? Kau datang je semua cable tak function. Semua dilayan sama rata. Mana boleh macam tu! Dulu, guru nk angkat kepala dekat ketua pemuda kawasan pun takut. Sebab cable ni la. Tapi masuk je era kau, guru sendiri yang hina dan troll kau di facebook. Kau tak tukar pun mereka. Nak jadi baik konon, nah sekarang sebab kebaikan itulah kau 'ditukar'.
Orang dah cakap, bila ada jawatan kena berlagak sikit. Kau tak tahu ke cikgu yang baru naik gred 44 pun lain macam dia punya ketuk meja meeting? Cikgu yang bini datuk pun kena dihormati oleh pgetua walaupun dia mai kelas cuma melawa. Ini budaya dah lama. Alih alih kau datang nak jadi "pakcik". Apa kelas kau lee? Kan dah kena berhenti. Padan muka kau.
Nih satu lagi, orang dah cakap jangan kacau tokey besar. Elok2 je internet slow kat sekolah. Rileks je kitorang isi report budak berejam jam, pastu system down. Isi balik. Pastu internet putus, ilang semua data. Kitorang ok je guna data sendiri, asalkan jangan kacau "kawan2" menteri. Alih alih kau datang, kau hapuskan monopoli. Sapa nk tender kena peform. maxis digi celcom semua dapat, fight servis sapa terbaik. Abis internet jadi laju. Nk google apa pun senang. Google classroom frog semua tu dh boleh senang access. Susahlah cmni, internet ni kan senjata yahudi. Hmm.. kau degil. Tengok kan dah kena nasihat berhenti. Padan muka kau maszlee.
Orang dah cakap, persetankanlah jawi tu. Bukan penting pun. Budak x reti baca jawi, apa kesannya? Alah sekadar x boleh baca quran. X penting pun. Yang penting budak boleh jadi saintis, engineer doktor. Quran tu hal peribadi la. Umno parti keramat melayu pun bunuh jawi dulu, alih alih kau barua DAP nak angkat jawi. Kau siapa lee?
Satu lagi uec, kau tak iktiraf kenapa?Dong zong dah marah kau. Kau ingat diorang sapa? Diorang kan bumiputera asli. Kau tak tahu ke uec ada dalam manifesto ph dan bn? Kau tak paham lagi? Follow je. Gergasi politik ni dua2 side sama ja.. tapi kau degil, nak jadi hero bangsa jugak. Last tengok, bangsa ni jugak yang hari hari ketawakan kau troll kau pasal kasut hitam pasal tol simpang renggam.
Padan muka kau!
Takpelah.. kau ada phd, nama kau besar dalam akademik. Berebut universiti nak kan kau. Tak cukup dalam, luar negara pun nak. English fluent, arab fluent..agama pandai, akademik pandai.. nak apa lagi kan?
Kami ok. Cuma pasni, pakcik mana lah yang nak peduli kasut anak anak kami. Pakcik mana lah yang nak kisah sarapan pagi anak anak kami kan..
Padan muka kau maszlee.. kau boleh berehat, keluar dari kereta yang kau pandu kami ke depan. Sedang kami didalam, diam menanti, siapa yang akan pandu kami ke belakang kembali. :(
Ibnu rijal
cantik era sarawak 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
cantik era sarawak 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
cantik era sarawak 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
cantik era sarawak 在 era masturah (eramasturahlee) - Profile - Pinterest 的推薦與評價
See what era masturah (eramasturahlee) has discovered on Pinterest, the world's biggest collection of ideas. ... Dayang nurfaizah keringkam sarawak cantik ... ... <看更多>
cantik era sarawak 在 Era Sarawak Live bersama Wany Hasrita - YouTube 的推薦與評價
Ayuh kita sapotlokal!#khai bahar#kitajagakita#erafm#wany hasrita#aaron aziz#man raja lawak#lawak artis#artis ... ... <看更多>
cantik era sarawak 在 ERA Sarawak - Cantik juga adik Achey - Facebook 的推薦與評價
Cantik juga adik Achey ! ... ERA.JE. Join Gegar Lawak, Adik Achey Tak Mahu Tumpang Populariti Abangnya ... Recent Post by Page. ERA Sarawak, profile picture ... ... <看更多>