PUDING ROTI BANANA & RASPBERRY
Untuk 10-12 potong
Bahan-bahan :
1000 ml susu cair
6 keping roti dibuang kulit tepi
2 biji telur
160 gr gula pasir
2 bungkus agar-agar putih
1 buah pisang, potong dadu kecil
2 sudu mentega
100 gram raspberry, haluskan .
Cara Membuat :
1. Campur roti, telur, dan 250 ml susu cair. Blend hingga semua bahan sebati dan menjadi halus.
2. Tuang bahan yg dhaluskan susu, gula, potongan pisang, dan agar-agar dalam dulang
Panaskan dengan api kecil sambil sesekali dikacau hingga mendidih. Matikan api.
3. Tuang campuran roti ke dalam dulang tadi. Kacau rata, dan masak hingga mendidih lagi. Matikan api.
4. Siapkan loyang puding. Tuang 3/4 bagian puding pada loyang. Biarkan hingga agak mengeras.
5. Masukkan raspberry yang sudah dihaluskan ke dalam puding. Kacau rata.
7. Ketika lapisan putih sudah mula mengeras, dengan hati-hati tuang lapisan merah (raspberry) di atas lapisan putih. Biarkan hingga wapnya hilang, kemudian simpan di peti ais hingga mengeras. Hidangkan sejuk2.....
SELAMAT MENCUBA👩🏻🍳
Kredit : cara mudah buat kek
cara membuat puding agar-agar 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
Resepi Puding Roti Coklat Marble
Bahan-Bahan:
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar-agar/sepeket
1/2 cawan gula
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko/coklat emulco
.
Cara Membuat:
1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah didih tadi.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian adunan. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan lagi masukkan serbuk koko atau choc emulco. Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dengan sesudu air panas, jadikan pes agar tidak berbiji-biji.
5. Ambil sesenduk adunan warna putih dan tuang di tengah-tengah loyang. Kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih tadi.
6. Biarkan puding gerak sendri ke tepi, tidak perlu ratakan atau kacau. Ulang semula dan buat sehingga habis.
Cuba Resepi Ni: Resepi Roti Cheese Mudah
7. Ketika melapis hendaklah dengan cepat kerana agar-agar cepat membeku. Bila sudah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
cara membuat puding agar-agar 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
Resepi Puding Roti Berkaramel
Bahan-Bahan:
Bahan A –
20g agar-agar bertali
5 1/2 cawan air
1 cawan gula
Bahan B –
5 keping roti gardenia – Carik-caikkan
1 tin susu cair
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar butter/marjerin
1 sudu besar tepung kastard – Bancuh dengan sedikit air
1 sudu besar esen vanilla
Pewarna pilihan – Pewarna ungu, pink & kuning
Bahan Berkaramel –
2 sudu gula
Cara Membuat:
1. Buat bahan berkaramel. Masak dalam loyang 8 atau 9 inci atas api perlahan. Jadikan gula hangus, tapi jangan hangus sangat. Bila gula dah cair, ratakan dalam loyang. Ketepikan.
2. Untuk Bahan A. Masak agar-agar bersama air hingga larut. Kemudian, masukkan gula dan kacau hingga rata. Perlahankan api.
3. Untuk Bahan B. Blender semua Bahan B kecuali tepung kastard dan bahan pewarna hingga hancur halus.
4. Kemudian, tuang dalam periuk agar-agar tadi. Besarkan api semula. Kacau hingga rata, masukkan tepung kastard. Kacau sebati hingga mendidih. Tutup api.
5. Ambil 2 cawan agar-agar, tuang dalam loyang berkaramel tadi. Biarkan sedikit beku. Lebihan agar-agar tadi bahagikan kepada 3 bekas sama banyak. Warnakan ungu, pink & kuning.
Cuba Resepi Ni: Resepi Puding Roti Cheese
6. Tuang agar-agar ungu atas agar-agar yang sedikit beku perlahan-lahan hingga habis. Kemudian, masukkan warna pink dan seterusnya warna kuning hingga habis.
7. Kena buat dengan cepat ye, tapi cermat sebab puding roti ni cepat beku. Kalau rasa dah beku, panaskan sekejap atas api perlahan.
8. Tunggu beku atau sejuk baru simpan dalam peti sejuk. Selepas 2 jam, bolehlah telangkupkan puding tu dalam pinggan/alas yang rata. Potong ikut suka dan sedia untuk menikmatinya.
Resepi Oleh: Zura Zul – MAHN