Delicate Ears to the Heart
.
Saya berpesan kepada diri sendiri dan sesiapa yang mahu ambil pengajaran (kesan jangka panjang perjalanan hidup saya),
Tolong ubah cara didikan anak-anak.
Tak perlu terjerit-jerit jerkah budak.
Wallahi TAK PERLU.
Biasakan dari kecil mereka dengan teguran yang lemah-lembut, soft tones, insha Allah budak boleh dengar & respond.
Mulakan dengan kelembutan + jangan sesekali pun cetuskan/initiate jerkah. Jangan!
Yang jadi mereka biasa behave sebab jerkah tengking ni, sebab KITA - PARENTS yang bentuk kebiasaan mereka.
Tak perlu guna alasan sedapkan hati sendiri "this is Asian way to educate kids". 😖
Anda nak ke, nanti bila anda dah tua, hati di fasa delicate yang amat tu, anak-anak berjiwa gagah zaman gemilang bertenaga dia, dia jerkah anda?
Anda mahu ke, anda menjadi punca jiwa anak-anak anda rapuh, tak mampu masuk ke dunia pekerjaan, hilang keyakinan diri, anxiety depression, masuk wad gila, sepanjang hidup meracau gangguan jiwa, akhirnya hidup rosak, apa pun dia tak yakin untuk buat apatah lagi untuk survive? Anda nak tinggalkan generasi depan yang tak mampu uruskan hidup sendiri (no self confidence) bila anda dah tiada?
__________
Pernah waktu belajar (soifi) di Jordan tu saya perhatikan sepasang suami isteri Malaysian ni, saya suka kepada kedua-duanya kerana sifat mereka lemah-lembut, sekufu sesama mereka. Saya fikir anak mereka beruntung (sekarang dah besar pun), ada ibubapa yang baik, soft spoken.
Saya juga pernah lihat (bermuamalah dengan) keluarga yang anak-anaknya memang elok je dengar cakap mak ayah yang tegur mereka baik-baik. Tak perlu tengking terpekik-pekik.
Saya sendiri dibesarkan oleh ibubapa yang kurang bab membebel, hampir tiada jerkah tengking. Sebab ibubapa saya jenis ambil tindakan (rotan atau jeling) terus. Jangan buang air liur dan sakitkan tekak.
Mungkin atas sebab itu juga jiwa saya biasa dengan ketenangan, tak suka high pitching, dan sangat benci orang tinggikan suara.
Family sendiri tidak mengamalkan jerkah-method. Saya dapat luka emosi bermula bila saya pulang ke kampung. Tak perlu tahu siapa yang jerkah saya, dia sudah mati, dan saya lega atas kematian dia. Waktu dia hidup saya benci balik kampung, ia menjadi satu keresahan "apa aku nak buat ni..", nak tak nak kena ikut, sebab kita kecil lagi, kalau tak ikut balik kampung nanti seorang diri di rumah (Taiping waktu tu).
Jerkah ni biasanya disertakan dengan pakej public shaming. It hurts 😭 sampai ke dalam-dalam dasar hati.
Selain bertubi-tubi di usia kecil, siri jerkah & public shaming ni terjadi masa sekolah menengah. Saya demam, tak mampu nak kayuh basikal balik rumah, terpaksa tidur di kelas, sudah lah jasad tak sihat, ada guru kononnya menunjukkan concern panggil saya dan jerkah (nasihat tapi memalukan) berjam-jam sampai satu sekolah dengar. Sampai sekarang ia membekas benci dalam hati.
Luka siri jerkahan ini berparut segar.
Setiap kali terdengar orang lain jerkah anak, it struck my heart. Luka berdarah balik, walaupun ibubapa tu bukan marah saya pun, saya dah berada di posisi anaknya. It's killing me.
Saya syak, siri heart pain bertubi-tubi beberapa minggu lalu itu ada kaitan dengan (entah la kenapa insiden ni boleh jadi serentak) satu weekend tu saya dengar setiap rumah sekeliling - depan kiri kanan - saya semuanya tengking anak-anak. Bersahut-sahutan, tak putus. Kucings saya pun terkejut dengan fenomena baru tetiba banyak jerkahan.
(My observation, anak-anak dari rumah-rumah ini selalu nak suarakan pandangan & minta perhatian je, mereka rajin keloi -panggil- ayahnya. Sebab ayah-ayah tak jerkah, ayah-ayah layan elok je anak-anak bercakap).
Dulu masa kecil abah pernah selalu kata,
"Cina (refer kepada bos dia) suka tengking orang, tinggi suara", sampai la satu CNY tu saya dengar in-law aunty jerkah tetamu yang cari tempat duduk tapi terpaksa duduk di tangga (dia sangka tetamu tu nak naik ke bahagian atas rumah dia), dan ada la beberapa kes tengking dari keluarga Cina, sampai saya terpaksa iyakan apa yang abah pernah kata. 😢 Saya fikir, selepas trauma balik kampung zaman kecil dulu dah berakhir, rupanya ia bersambungan bila kahwin - there's another new kampung. Cara saya, stay away from these people.
Ia bukan kerana bangsa.
Tapi ia menjadi kebiasaan sesuatu bangsa.
Melayu - biasa didik anak je kena pakai jerkah. Nak nampak 'indah' mereka namakan ia "adat". Adat Melayu mendidik anak - perlukan jerkah.
Tiada fitrah manusia/budak yang sukakan jerkah (tengking). Fitrah manusia sukakan ketenangan.
Terutamanya awal pagi, saya suka ketenangan bunyi kicauan burung dan ayam, binatang bertasbih. Tiba-tiba ada suara halilintar menyertai - menguruskan anak-anak ke sekolah awal pagi perlukan jerkahan.
I feel like crying 😭
Cara my parents kejutkan bangun subuh;
Abah - dia tekap tangan sejuk lepas mandi ke muka, kita sedar. Tapi degil juga tak bangun, dia sebut "subhanallah" (I read it as abah marah). Degil tahap 2 tak bangun juga, dia bawa secedok air, renjis muka. Degil tahap 3, dia bawa hanger baju, rotan! Degil tahap 4, dia simbah air sebaldi habis lencun tilam 😑 kesian ummi tambah kerja kena jemur.
Umi - samada dia masak sedap, terus hidung terhidu & terjaga, atau dia buka bacaan al-Quran di radio (I prefer lower tone instead of buka full volume bar), sedikit demi sedikit bacaan al-Quran tu masuk dalam mimpi yang tengah bermain dalam tidur, ayat-ayat tu yang akan jemput minda sedar, sebab otak saya ikut baca sekali. I have sensitive ears, nose, brain.
Jin - ini tak tahu lah malaikat ke jin ke, pernah beberapa kali, ada satu 'entiti' main ibu jari kaki banyak kali sampai 100% sedar terjaga dari tidur. Degil tak bangun, ia main lagi ibu jari kaki. Bukan halusinasi, memang rasa sungguh ada benda pegang ibu jari kaki. Ia bukan kerja roommates, sebab semua roommates pun belum bangun lagi.
Sentuhan (speaking or touching) lembut dengan kekerapan tinggi sudah cukup untuk bentuk jiwa orang, sama seperti cara nak kejutkan ruh supaya kembali ke jasad (bangun dari tidur untuk subuh).
::lekuk batu di titik air selalu::
::batu yang keras air pelekuknya::
Pernah tengok satu video ni bapa kejutkan anak bangun pagi dengan buat beberapa pergerakan anggota badan anak perempuannya. Suka je tengok.
Tolong lah parents 🙏🙏🙏
Matlamat anda nak anak-anak bangun subuh, matlamat anda nak anak-anak ke sekolah, matlamat anda (kononnya) nak mendidik anak-anak dari kecil itu, TIDAK SAMA SEKALI MENGHALALKAN cara dengan JERKAH.
Dalam diam anda sedang memusnahkan masa depan anak-anak sendiri.
Dalam diam anda sedang membentuk masa depan usia tua anda sendiri.
Jangan sentap, bila anak-anak dah mula mampu naik suara dengan anda. Itu dosa anda zaman muda bertenaga dulu - buli jiwa delicate budak kecil. Akan datang tiba masanya zaman anak-anak muda bertenaga pula - buli jiwa delicate diusia tuamu.
.
Ada ke Nabi Muhammad s.a.w ajar "starter pack" cara nak didik budak perlukan jerkah tengking?
cara menguruskan badan dalam 1 minggu 在 Pai Syahira Facebook 的精選貼文
3 minggu lalu saya ke Russia. 3 hari selepas pulang ke Malaysia, laporan pelajar baharu perubatan mengejar cita-cita di bumi Russia disiarkan di Astro AWANI, saluran 501.
http://www.astroawani.com/…/awani-pagi-menimba-ilmu-mengeja…
Selepas itu, ramai yg pm saya. Bertanyakan tentang kursus perubatan di Russia ini.
Pertamanya, saya hanya boleh berkongsi melalui pengalaman yang saya, isteri dan anak, Ashraff Haiqal, lalui. Makanya, disclaimer paling penting utk disematkan dlm hati dlm membaca perenggan seterusnya ialah THIS IS PERSONAL EXPERIENCE. Ours & our son’s. Maka, mana-mana yg boleh digunakan sebagai panduan, silakan guna. Mana yg tidak kena tu, kami awal-awal mohon maaf ya.
Jadi, inilah dia - perjalanan bakal doktor ke Russia.
Soalan 1 : Kenapa Russia, tidak Ireland, Mesir atau Indonesia?
Pertama, ini sahaja tempat yg kami "terpaksa" mampu. Negara ini menawarkan kursus perubatan paling murah di dunia dgn kadar kos hidup yg rendah. Kursus selama 6 tahun, yuran pengajian adalah berpatutan. Kos sara hidup antara rm500-1000 sebulan (bergantung pada tempat). Anak saya di Volgograd lebih kurang rm600 sebulan.
Kedua, kerana Russia tiada entrance exam seperti Indonesia. Entrance exam utk medical course ke Indonesia sukar utk lulus bukan kerana pelajar tidak pandai. Tapi masalah bahasa Indonesia yg menyebabkan ramai pelajar kita gagal melepasinya. Dan yuran di Indonesia adalah lebih mahal dibandingkan dgn Russia. Kelebihannya, dekat sangat dengan Malaysia. Hanya Laut China Selatan memisahkan 🤣🤣. Kerana dekatnya Indonesia-Malaysia, ada anak sahabat yg belajar di Indonesia, pulang ke rumah hampir tiap2 bulan sbb selalu dpt tiket promo Air Asia 😂.
Ketiga, kerana ijazah perubatan yang diperolehi dari Russia diiktiraf oleh dunia seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), UNESCO dan Majlis Perubatan Am (GMC) negara-negara utama Eropah, termasuk United Kingdom, Perancis dan pelbagai badan perubatan di peringkat antarabangsa serta diakui oleh lebih 40 buah negara. Maka, pelajar2 boleh memilih utk bekerja di negara2 yg disebutkan tadi.
http://www.astroawani.com/…/cerita-sebalik-berita-merakam-p…
Laluan utk kursus perubatan di Russia, adalah melalui 4 cara.
1. Pre-medical course (Foundation)
2. STPM
3. Matrikulasi
4. A-Level
Pun begitu, apa pun laluannya; keputusan 5 kredit sewaktu SPM adalah wajib. Pelajar mestilah mendapat sekurangnya kredit B dalam 5 subjek iaitu Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM. Syarat ini penting diberi perhatian kerana pelajar-pelajar sains kesihatan seperti pergigian, farmasi dan perubatan yg menyambung pelajaran di universiti swasta luar negara; wajib mendapat sijil NOC (Non Objection Comfirmation) dari KPT. Tanpa sijil NOC ini, graduan-graduan perubatan tidak boleh mendaftar dgn Malaysian Medical Council (MMC) utk mendapat lesen perubatan bila tamat pengajian.
Kami mengambil keputusan utk laluan pertama utk Ash sbb beliau enggan cuti & tunggu lama. Sebaik selepas peperiksaan SPM 2014, menggunakan keputusan percubaan; kami memohon kursus Foundation utknya di Goon International College di Jalan Pasar Seni. Kursus selama 9 bulan bermula Januari ialah kursus ekspress tanpa cuti panjang. Yuran pengajian ialah percuma sepanjang 9 bulan itu. Selain drp subjek2 pra perubatan, pelajar juga wajib mengambil kursus Bahasa Russia. Pelajar harus mendapat sekurang2nya B untuk semua subjek termasuk B. Inggeris utk terbang di waktu yg ditetapkan. Jika keputusan kurang memberansangkan, pelajar diwajibkan mengulang dan akan ikut kumpulan junior ke Russia.
Terdapat banyak universiti perubatan di Russia yg diiktiraf JPA tetapi, yg menjadi pilihan utama pelajar2 dari Malaysia ialah
1. Moscow State Medical Universiti, Moscow
2. Russian State Medical Universiti, Moscow
3. Kursk State Medical University, Kursk.
4.Nizhny Novgorod Medical University
5.Volgograd State Medical University (VSMU)
Kita boleh memohon secara terus ke univeristi tetapi oleh kerana masalah bahasa yg menjadi kekangan, menyebabkan ramai ibu bapa memilih utk melantik ejen dlm menguruskan permohonan. Melantik ejen juga memastikan kebajikan anak2 terjamin sepanjang mereka bergelar mahasiswa. Namun begitu, nasihat saya - berhati2lah dlm memilih ejen yg jujur & berwibawa. Ini kerana terdapat bnyk ejen-ejen yg menguruskan kemasukan pelajar tetapi bukan semuanya bertanggungjawab. 6 tahun adalah tempoh yg lama, dan kita perlu pastikan anak2 ini terpelihara kebajikannya kerana tercampak jauh dari kita. Antara ejen yg boleh dipercayai ialah Islamic Medic Sdn Bhd (0126946483) Sdn Bhd, Daulah, Falcon Universal & Rutra Medics. Ash berdaftar dgn Islamic Medic Sdn Bhd.
Kenapa VSMU?
Kami memilih VSMU kerana yurannya paling murah berbanding universiti lain kecuali Nizhny (paling murah). Selain itu, Ash lebih selesa di bandar kecil spt Volgograd (dahulu dikenali Stalingrad) kerana tidak gemar kehidupan di Moscow yg agak sesak, serba serbi pantas dan kosnya sangat tinggi.
Ok, cukup kot utk langkah persediaan. Nanti saya sambung di posting lain, kehidupan selepas mendaftar sbg pelajar selepas ini. 😊 Spasiba semua!!!
cara menguruskan badan dalam 1 minggu 在 Cara Menurunkan Berat Badan dalam 1 Minggu dengan Cepat 的推薦與評價
Tika's Channel - Cara Menurunkan Berat Badan dalam 1 Minggu : Saya pikir gak ada cara instan cara menurunkan berat badan. ... <看更多>