Penampakkan mahluk misteri depan rumah, ambik gambar dulu..
Al kisahnya, Saya ada berborak dengan seorang pakar perubatan dan dari UIA, beliau cerita tentang pesakitnya yang kena gangguan jin kafir sehingga Histeria.
Sewaktu Histeria, ‘Jin’ itu memaki suami dan ibu mertua si pesakit tadi..
Menurut pesakit, dia ada jumpa ‘ustaz’ tapi kena cas beribu ringgit nak keluarkan jin. Masalahnya ‘jin’ itu hilang sekejap dan kena ganggu lagi. Padahal ini hanyalah masalah Mental stress sahaja yang boleh diubat dengan kos yang lebih murah.
InsyaAllah ada ubat moden boleh rawat tapi kena berpantanglah, kena ikut terapi, yang mana jika makan ubat tapi masih percaya gangguan hantu, ada orang dengki, sangka buruk yang tinggi tak jadi juga, sama kes orang kencing manis makan ubat tapi semua makanan manis dia bedal tak berguna juga.
Tapi dr tak terus bantah kepercayaan pesakit, lalu Kata Dr, kamu tu lemah, sebab tu ada ‘jin’ ganggu. Minggu depan pesakit tu cakap, jin marah sebab cakap dia lemah.
Dr bagitahu aku, bila siasat punca, sebenarnya histeria tu terjadi sebab terlalu lama memendam stress, lagipun orang perempuan lebih kerap kena mental stress ni, Dr cakap, dari 5 orang, satu mungkin akan kena stress. Jadi bila siasat punca, rupanya si pesakit ni tak suka dengan suami dan ibu mertuanya, dah lama pendam, sekali mengamok dengan cara histeria, maka terluahlah maki hamun kepada suami dan mak mertuanya, bila dr cakap dia lemah, dia pulak marah pada doctor,sebab sebagai pesakil mental stress, dia tak akan salahkan diri, dia akan tuduh jin yang maki suami dan ibu mertuanya, konon jin yang marah Dr..
Pendek cerita bila makan ubat dan ikut terapi doctor, sembuhlah pesakit ni. Dah takde lagi gangguan Histeria, Cuma yang lucu, pesakit ni bagitahu jin tu kirim salam dekat doctor,
Eh? Bukan ke jin tu kafir? Tanya doktor, ohhh, rupanya jin tu dah masuk islam kata si pesakit. Woha!
Jelas doktor lagi, bila pesakit dah sembuh atau stabil, barulah dia bagitahu bahawa memang betul jin tu wujud, tapi apa yang menimpa kamu adalah sakit mental stress yang boleh dirawat, bukan gangguan jin, syaitan atau buatan orang, memang betul kita sebagai orang islam percaya kewujudan jin, malah akan tetap guna doa, solat hajat, dan lain lain ihktiar, namun dengan makan ubat dan ikut sesi terapi, cari punca stress, hadapi stress dengan bijaksana, maka InsyaAllah boleh sembuh.
Banyak kes histeria dikalangan pelajar perempuan waktu nak exam sebab stress, dan berjangkit pulak dengan perempuan lain sebab dalam diri percaya ada hantu sedang mengacau, dan memang betul pun, Bila mental stress akan berlaku halusinasi, memang boleh ‘nampak’ hantu, nampak jin, Nampak syaitan, atau nampak apa yang otak paling takut, sampai tahap boleh dengar suara dan ada tahap boleh hidu bau busuk hantu!, tapi itu semua dari otak yang ada masalah mental. Tanpa ilmu yang betul, kita anggap ni hantu, atau ada orang bomohkan lalu datang rasa takut, trauma, yang melampau sehingga sanggup cederakan diri, dan menyusahkan orang.
Untuk info, bukan orang mental sahaja boleh nampak halusinasi, Orang tak minum air hingga sangat dahaga, juga boleh berhalusinasi, dan itu bukan gila. Orang kekurangan oksigen juga boleh berhalusinasi, Orang terlalu stress dan resah juga boleh berhalusinasi, Orang tua bila organ badan dah banyak tak berfungsi boleh berhalusinasi dan nyanyuk, itu bukan gila. Tapi orang mental stress, terlalu stress, boleh berhalusinasi, atau bila ada masalah mental siap dengar arahan suruh bunuh diri, suruh bunuh anak, suruh buat benda yang bukan bukan. Maka jangan kita marah pesakit ni, lekas lekas bawak jumpa doctor pakar.
Lagipun Ubatnya ada cerita dalam Al quran, yang mana ada ayat bagitahu, Surah An-Nahl ayat 43 yang bermaksud “Maka bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui”, jadi bila kita ada sakit mental, pergilah jumpa pakar otak, InsyaAllah ada ubat dan kaedah rawatan sebab Allah dah bagitahu semua penyakit ada ubat kecuali mati, jika belum ada ubat, itu kelemahan ilmu kita yang belum jumpa.
Sudah pasti siapa sahaja bila pertama kali ternampak hantu atau jin, maka akan rasa takut, Nabipun waktu mula mula jumpa Malaikat Jibril, menggigil takut, balik rumah dan suruh isterinya selimutkan dia, takut adakah normal, terlalu takut itu yang masalah, lalu turun ayat, wahai orang berselimut, bangunlah!
Maka Allah dah ajar dalam Al quran, jika rasa takut, jangan duduk dalam selimut, masalah tak selesai dengan sorok dalam selimut, tapi kena bangun dan selesaikan masalah itu, so jika nampak hantu lain kali, jangan sembunyi dalam selimut sebab itu bukan Sunnah, itu bidaah, sungguh masalah tak selesai dari dalam selimut, bangunlah dan pergi siasat, dalam kes nabi, bukan halusinasi, itu Malaikat Jibril nak bagi wahyu, tapi dalam kes korang, itu hanyalah halusinasi, atau kerana terlalu penakut, kadang kadang objek putih yang korang nampak tu adalah kain telekong yang di tiup angin.
Dan andai betul lah, dah korang nak sangat kan, yang mana jika betul terjumpa hantu rambut panjang dan bercakap ”Nak.., mak teringin nak pakai telekung siti Khatijah” korang jangan lari, pergi tanya orang sebelah, nampak tak hantu telekong tu?, jika mereka tak nampak, korang sajer yang nampak, maka sah korang ada masalah dalam mental illness, pergilah jumpa doctor pakar dan masalah selesai. Insyaallah.
Tapi jika dua dua nampak, tolonglah selfie dengan hantu tu sebab orang tua tua dulu kata, jika ambik gambar berdua, orang ketiga akan mati.
Woha!
同時也有7部Youtube影片,追蹤數超過18萬的網紅Modar ART,也在其Youtube影片中提到,Naruto dan sasuke ketemu hantu suster ngesot! Cartoon Horror Hantu Lucu...
「cerita hantu lucu」的推薦目錄:
- 關於cerita hantu lucu 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
- 關於cerita hantu lucu 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
- 關於cerita hantu lucu 在 Mawar Rashid Facebook 的精選貼文
- 關於cerita hantu lucu 在 Modar ART Youtube 的精選貼文
- 關於cerita hantu lucu 在 Modar ART Youtube 的最佳貼文
- 關於cerita hantu lucu 在 Modar ART Youtube 的最讚貼文
- 關於cerita hantu lucu 在 Cerita ARWAH KORBAN PELAKOR DI BONEKA SPIRIT DOLL 的評價
- 關於cerita hantu lucu 在 Cerita Pramuka - Kemarahan Genderuwo, ft Wowo dan teman 的評價
- 關於cerita hantu lucu 在 Cerita hantu lucu - Facebook 的評價
- 關於cerita hantu lucu 在 9 Hantu kocak ideas - Pinterest 的評價
cerita hantu lucu 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
Saya baru balik dari Tioman. Waktu parking kereta kat Tanjung gemok dah nampak lengang.
Naik Feri juga kurang orang. Dan bila sampai Tioman suasananya lengang macam hari bekerja. Rupanya PKPB di KL beri kesan ekonomi pada seluruh negeri terutama sektor pelancongan.
Dengar cerita Ikan patin di Temerloh pun terjejas.
Saya asalnya dapat tempah bilik mengadap hutan sebab tempah last minit tapi di beri bilik mengadap laut sebab saya jer yang menghuni resort tu. Alhamdulillah.
Petang tu kitaorang mandi laut hanya saya anak beranak. Resort semua berkunci.
Takde lagi mat saleh seksi atau amoi berbikini ke sana ke mari. Hanya ada kerang, coral, ombak dan langit yang membisu.
Esoknya plan nak diving tapi takde group yang saya boleh tumpang. Lepas tu saya ajak anak bini snorkelling tapi takde bot sebab bot nak kena penuh 15 orang baru jalan.
Terus anak syurga saya yang dah siap pakai baju mandi kesedihan dan tauke bot bila tahu itu anak OKU autisme terus sanggup bawa kami sekeluarga sahaja pergi snorkeling di empat lokasi.
Bila lapar driver bot parking pelabuhan bot mewah Tekik dan lunch di sana lepas tu sambung lagi snorkeling. Memang jadi aquaman sepenuh masa. Ha ha.
Ikan di laut pula pelik tengok hanya kami yang snorkeling terus keluar ramai ramai buat anak syurga geli geleman tak nak lepas pelampung.
Malam tu hanya saya dan isteri lepak tepi laut tengok matahari terbenam ditemani bulan mengambang. Pulau Tioman kini sepi tanpa pelancong.
Dalam kesunyian malam saya buka cerita hantu. Bini tak seram pun walau hanya kami di resort itu.
Kata bini: "Hantu pun takut Covid 19"
"Kalau zombie?"
"Jika ada wabak zombie senang nak handle sebab zombie tak ramai. Kan bang?"
Woha!
xxxxxxxxx
Ingin membaca lebih banyak kisah menarik dari Hamka keretamayat?, ada ayat power, tazkirah santai, nasihat deep, cerita lucu dan banyak lagi, dapatkan e-book Permata Yang Hilang Kini Di Jumpai.
http://keretamayat.blogspot.com/p/permata-yang-hilang-kini-di-jumpai-ebook.html
Sekian laporan Ikram Bini.
Hamkakeretamayat
Pulau Tioman 2020.
cerita hantu lucu 在 Mawar Rashid Facebook 的精選貼文
Macam ni la serba sedikit keadaan masa shoot crita ‘PENAKLUKAN SYAITAN’. Lucu pulok bila tengok balik. Shoot cerita hantu, Tapi masa kat dalam set tu semua enjoy sebab team2 semua fun2 😍❤️ Btw, thank you tau you all yang tengok crita #penaklukansyaitan semalam. Trending kot!! Good job guys! Bagi la comment sikit cerita semalam, nak baca hehe.
•
Video & edit by @arfanrashid
cerita hantu lucu 在 Modar ART Youtube 的精選貼文
Naruto dan sasuke ketemu hantu suster ngesot! Cartoon Horror Hantu Lucu
cerita hantu lucu 在 Modar ART Youtube 的最佳貼文
Cartoon Horor nya aku up lg gan
cerita hantu lucu 在 Modar ART Youtube 的最讚貼文
Cartoon Horror Suster Ngesot lagi. Sorry ketinggalan tren si gagak :D
Bahan Pembuatan Animasi Kartun Horor :
- Paint Tool Sai
- Moho 12
- Adobe Premiere
cerita hantu lucu 在 Cerita Pramuka - Kemarahan Genderuwo, ft Wowo dan teman 的推薦與評價
Rumah Hantu | Kartun Animasi Horror Seram, Cerita Misteri ... Serangan Hantu Hutan Angker - Kartun hantu lucu | Juara 1 Toyota Avanza Video ... ... <看更多>
cerita hantu lucu 在 Cerita hantu lucu - Facebook 的推薦與評價
Cerita hantu lucu. 35 ember kedveli. cerita cerita lucu. ... <看更多>
cerita hantu lucu 在 Cerita ARWAH KORBAN PELAKOR DI BONEKA SPIRIT DOLL 的推薦與評價
Cerita ARWAH KORBAN PELAKOR DI BONEKA SPIRIT DOLL - Animasi Horor Kartun Lucu Indonesia#kartunhantu. 779K views 1 year ago. Wowo ... ... <看更多>