DALAM KES 1MDB/Najib, “Selagi tak didakwa, selagi itu tak salah/berkecuali”- PAS
TETAPI,
Dalam kes kes yang melibatkan pimpinan HARAPAN seperti Tun Mahathir, belum didakwa pun boleh disalahkan terus. Sampai boleh kata masalah negara sekarang salah Tun M. What is your stance PAS?
.
.
.
Antara kata-kata agung junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah ketika beliau berkata, sekiranya Fatimah RA sendiri yang mencuri, beliau akan menghukumnya seperti mana rakyat-rakyat yang lain.
Intipati kata-kata Rasulullah SAW penuh pengajaran dan menekankan perlunya wujud sikap tidak menunjukkan sikap berat sebelah ke atas mana-mana pihak. Sehinggakan darah daging baginda sendiri tertakluk kepada undang-undang.
Saya tidak akan mengeluarkan kenyataan ini sekiranya sahabat-sahabat saya di PAS mempunyai prinsip yang teguh dan adil kepada semua. Bagi saya, berani kerana benar. Takut kerana salah. Jika benar 1MDB bukan satu penyelewengan, mengapa Datuk Seri Najib begitu takut sehingga memecat mereka yang mengkritik dan menuntut siasatan dilakukan ke atas 1MDB seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Peguam Negara, Datuk Seri Abdul Gani Patail?
Sayang sekali, kita dikhabarkan PAS akan mengambil langkah berkecuali dalam isu 1MDB. Alasannya, konon tiada dakwaan, tiada bukti dan tiada fakta yang wajar. Ini adalah sikap acuh tidak acuh dalam menyelidik dan menyiasat skandal paling besar dalam sejarah Malaysia. Malah, masyarakat antarabangsa seperi negara Switzerland, Amerika Syarikat, Singapura. Malah, negara jiran Indonesia sendiri telah menyiasat dan merampas aset kapal mewah Equanimity yang berkait dengan skandal 1MDB! Tetapi, malang seribu kali malang, PAS pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang memilih untuk menutup mata dan telinga dari kemungkaran yang seharusnya lantang diperjuangkan PAS.
Kalau hendak diikutkan hujah Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kita harus menunggu sesuatu tuduhan dan dakwaan dibuktikan benar sebelum dihukum. Tetapi sejarah pendirian PAS membuktikan perkara yang sebaliknya.
Kata PAS
Dalam isu Forex, Tun M bersalah
Dalam isu terowong Penang, Lim Guan Eng bersalah
Dalam isu tanah Ijok, Azmin Ali bersalah
Dalam isu ekonomi, salah Pakatan Harapan
Panjang post kalau nak cerita satu-satu. Tapi mengapa dalam kes lain, PAS pantas pula memilih pihak. Mana perginya prinsip berkecuali PAS? Mana pergi perjuangan Islam yang diperjuangkan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang?
-Syed Saddiq-
Search