BAGAIMANA MENJADIKAN NOVEL SERONOK DIBACA?
Kita tulis novel, kita mahu orang suka baca novel kita. Kita bukan tulis novel untuk syok sendiri. Kalau menulis untuk syok sendiri, lebih baik tulis dalam diari saja. Biar sendiri yang baca. Tiada siapa yang hendak kritik tulisan kita.
Jadi, untuk mengelakkan kita dilabel sebagai novelis syok sendiri, alangkah baiknya kalau kita cuba amalkan tip-tip di bawah ini:
1. Gunakan kaedah ubat bersalut coklat – Berikan apa yang pembaca perlu dengan cara yang mereka suka. Tidak ada sesiapa mahu membaca novel yang ‘memarahi dirinya’. Setiap pembaca menginginkan sesuatu yang menyukakannya tapi bukan ia bermaksud ‘melayani nafsunya’.
2. Banyakkan dialog – Dialog adalah penggerak cerita. Jika kekurangan dialog, cerita akan menjadi kaku. Pembaca akan cepat bosan. Dialog memberikan nyawa kepada novel.
3. Cerita yang pantas – Kebanyakan remaja pada masa ini menyukai plot yang bergerak pantas. Bukan lagi stail dahulu yang lambat-lambat gerakannya. Hendak cerita hero terjun bukit pun ambil ruang sampai dua muka surat! (macam drama Indonesia). Lebihkan babak dalam satu bab (stail filem).
4. Ayat yang ringkas – Gunakan ayat yang ringkas, sederhana panjang dan bukan ayat yang berjela-jela. Jika ayat panjang, pembaca akan memerlukan nafas yang panjang untuk menghabiskan ayat itu. Jadi, cuba baca sendiri ayat-ayat anda. Boleh tahan nafas panjang-panjang.
5. Impak positif – Novel bukan setakat berbaloi dibeli tetapi memberikan kesan yang positif kepada pembaca. Jadi, banyakkan elemen ‘how to’ dalam novel (info-tainment) dan elakkan elemen ‘what is’ (hanya sekadar memberitahu tetapi tidak menggambarkan). Ingat! Showing, not telling…
********
Penulisan NOVEL sememangnya mampu membina nama serta kekayaan dengan segera namun anda perlu tahu bagaimana untuk melakukannya dengan cara yang betul.
Anda pasti pernah mendengar nama J.K Rowling penulis novel yang sangat memberi fenomena iaitu novel bersiri ”Harry Porter” dimana ianya juga difilemkan. Dari seorang insan yang tiada apa-apa yang hidup dalam kekecewaan bertukar menjadi insan yang sangat kaya hasil dari penulisan beliau.
Jika tidak difilemkan pun novel beliau itu beliau sendiri sudah menjadi multi jutawan. Asal dari insan biasa menjadi insan luar biasa yang disegani hasil dari PENULISAN NOVEL.
Saya tidak katakan untuk anda menjadi seperti beliau sehingga satu dunia mengenali anda. Tahukah anda di Malaysia ini sendiri ramai penulis-penulis novel menjana kekayaan mereka secara senyap. Ya pasti anda tidak tahu kerana mereka buat duit secara senyap tanpa perlu bising-bising. Hasil penulisan merekalah yang menjana kekayaan buat mereka.
ANDA TIDAK ADA BAKAT?
Bakat boleh dipupuk asalkan anda berminat.
APAKAH KELEBIHAN MENJADI NOVELIS?
Banyak!
1. Novel anda dijual sehingga berpuluh-puluh ribu naskah. Bayangkan jika royalti untuk sebuah buku ialah RM 3, maka untuk 10,000 unit yang terjual, anda sudah dapat RM 30,000! Jika 20,000 unit, anda akan dapat 60,000. Lumayan bukan?
2. Novel anda juga berpotensi dijadikan drama atau filem. Bayangkan berapa banyak royalti yang anda akan dapat apabila novel anda meletop akibat daripada populariti.
3. Novel yang bagus juga mendapat peluang dibeli secara pukal oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Dua buah novel saya iaitu Tariq United dan Budak U sudah dibeli secara pukal oleh kedua-dua pihak itu!
Banyak lagi saya mahu sebut tetapi memadailah dengan ganjaran-ganjaran di atas.
ANDA TIDAK TAHU MENULIS?
Rileks! Kami sudah menyediakan sebuah modul yang padat daripada aspek teknikal, pengisian, motif, strategi dan sebagainya sebagai panduan untuk anda.
BENGKEL PENULISAN KREATIF & BAGAIMANA MENERBITKAN BUKU SENDIRI
Objektif: Mendedahkan kepada para peserta mengenai teknik-teknik menulis karya kreatif termasuklah novel, cerpen, artikel, buku non-fiksyen dan ebook.
Tarikh : 29 MAY 2016
Masa: 9am - 1pm
Tempat: Ikhwan Training, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi.
Yuran: RM 200 seorang (dewasa), RM 150 (student)
Yuran bayar pada hari bengkel.
TEMPAT ADALAH TERHAD
Penceramah:
1. Khairy Tajudin (Penulis / Editor /Penerbit)
2. Hamka Kereta Mayat (Penulis Indie)
ANTARA PENGISIAN BENGKEL:
BAB 1: ADAKAH ANDA LAYAK MENJADI PENULIS?
-Apakah keistimewaan menjadi penulis?
-Apakah sifat yang perlu ada pada seorang penulis?
BAB 2: MENGENALI DUNIA BUKU
- Mengenali dunia buku: Fiksyen dan Non-Fiksyen
- Bagaimanakah cara untuk memulakan penulisan?
- Proses sebelum menulis
- Tips mendapatkan idea
BAB 3: MENYEDIAKAN PROPOSAL
- Kenapa perlu proposal?
- Apakah yang perlu ada dalam sesebuah proposal?
- Kepentingan Bab 1 dan 2
- Contoh proposal
BAB 4: MEMBINA WATAK DAN PERWATAKAN
BAB 5: PERANCANGAN PENULISAN
- Plot dan sub-plot
- Teknik bercerita
- Konflik
- Klimaks
- Gaya bahasa
- Membina ayat
- Latar belakang
- Nilai Murni dan Agama
BAB 6: TIPS KETIKA MENULIS
BAB 7: TIPS MENGUATKAN OLAHAN CERITA
BAB 8: TIPS MENYEMAK MANUSKRIP SELEPAS MENULIS
BAB 9: CHECKLIST
- Ciri-ciri Manuskrip yang Disukai Editor
BAB 10: FORMULA BEST SELLER
- Ciri-ciri Novel yang Diminati oleh Pembaca
- Mengenali Kelemahan dalam Novel
BAB BONUS 1: TIPS PEMASARAN BERKESAN UNTUK PENULIS.
BAB BONUS 2: BAGAIMANA MENERBITKAN BUKU SENDIRI.
Siapa berminat sila Whatsapp 019 4702839
Siapa berminat sila Whatsapp 019 4702839
Siapa berminat sila Whatsapp 019 4702839
https://www.facebook.com/KelasPenulisanNovelIslami/photos/a.380336622091985.1073741828.380202772105370/901705513288424/?type=3&theater
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...