Cerita bab kahwinkan anak, teringat pula majlis perkahwinan sendiri. Saya dulu mahu dijalankan ikut orang dulu-dulu. Nak jadi cerita, malam akad nikah tu, letrik terputus,black out. Mak Andam terpaksa mekapkan dengan cahaya dari lilin dan lampu suluh.
Ada pulak kakak sedara mulut takde insuran bergurau," adik nak sangat ikut macam zaman dulu kan? Dah bergelap kita macam zaman dulu!" Aish, sabor aje lah dalam hati. Tak tahu nak marah ke,nak nangis ke.
Elok je siap mekap, pengantin lelaki pun sampai. Tak lama kemudian,bekalan elektrik pun pulih. Fuh! Lega! Baru la nampak wajah yang telah siap di solek. Adui, ada pulak lagi mulut yang komen, " merah sangat lah, macam Mona Fendi!". Hahaha kali ni, saya jawab" Jangan bising, karang koi kerat 18 karang!". Itulah gurau senda yang jadi kenangan seumur hidup.
Lepas selesai akad nikah, ada adat ""menitik inai" dan "masuk kedalam". Haip, jangan nak fikir yang bukan-bukan ye. Menitik Inai, pengantin naik pelamin secara bergilir,tidak bersanding berdua. Pengantin perempuan di titik inai oleh keluarga pengantin lelaki,dan begitulah pula sebaliknya. Selesai tu, baru " masuk kedalam". Pengantin di jamu dengan pelbagai kuih muih tradisional. Yang mengiringi pengantin makan hanya lelaki-lelaki bujang sahaja.
Haa..begitulah certot saya kali ini. Nanti kita sambung lagi.
#certotkukawinpart1
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...