RichWell Bersama Lembaga Zakat Selangor Santuni 250 Keluarga Memerlukan.
Alhamdulillah bersyukur pada hari ini kami berpeluang untuk terus memberikan manfaat kepada ramai orang di luar sana. Hari ini kami telah menyerahkan 250 kotak makanan keperluan asas kepada keluarga yang memerlukan di kariah Masjid Seksyen 7, di sini sebentar tadi.
RichWell menyasarkan 10,000 kotak makanan hingga hujung tahun ini untuk diagihkan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan dalam tempoh krisis ini
Turut bersama kami Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Selangor, Saipolyazan M Yusop; Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Mohd Sabirin Mohd Sarbini; Timbalan Pengerusi & Ketua Amil Kanan, Masjid Seksyen 7, Ahmad Azmi Ibrahim dan Naib Presiden Penjenamaan dan Content RichWorks, Om Karini Karean.
Pengerusi RichWorks yang juga MenThor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman merupakan antara penyumbang zakat di Selangor yang menjadi contoh baik untuk bantu orang dan lahirkan lebih ramai usahawan berjaya malah menunaikan zakat.
Untuk keterangan lanjut dan bersama-sama menyumbang, layari richworks.com/RichWellBantu.
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過7,400的網紅Hamka Kereta Mayat,也在其Youtube影片中提到,Anak autisme saya ada masalah nak bercerita, pergi sekolah tiada apa cerita yang mampu dikongsikan, semua soalan tidak di jawab, bila PKP, sekolah tut...
contoh bersyukur 在 Facebook 的最佳解答
“Ayah, betul ke dunia ini penjara orang islam, syurga orang kafir?”
“Ya, betul anakku, ada hadis Nabi cerita tentang dunia ini adalah syurga orang kafir”
“Apa maksudnya? Kita semua banduan ke?”
“Ya, kita banduan yang sedang diperhatikan, jika berkeluakuan baik, waktu keluar penjara dapat masuk syurga”
“Apa salah kita hinga menjadi Banduan?”
“Rujuk kisah Nabi adam yang buat salah, tapi Allah tak terus hantar ke Neraka, Allah hantar ke dunia jadi Banduan sementara, yang mana semua anak cucu Adam akan jadi Banduan di Penjara dunia ini, jika berkelakuan baik, akan dapat Kembali ke Syurga, dan jika berkelakuan jahat akan di hantar ke Neraka yang jauh lebih dahsyat dari Penjara dunia, jadi bersyukurlah dapat ‘penjara’ best macam ni”
“Tak adilah, Nabi adam buat salah kita semua kena tanggung”
“Dunia ini mana ada adil? Dunia ini penjara, dan penjara bukan tempat yang adil, di sini akan ada pelbagai ujian, yang mana ujian pertama adalah, berdamai dengan Takdir”
“apa maksud berdamai dengan Takdir?”
“Begini.., Tuhan boleh takdirkan kita jadi binatang yang makan najis, Tuhan boleh takdirkan kita menjadi Syaitan yang masuk Neraka selamanya, Tuhan boleh takdirkan kita jadi cacing dalam najis haiwan, tiba tiba dengan Ehsan Tuhan, Dia Takdirkan kita jadi manusia yang hidup dalam penjara dunia, berdamai dengan takdir ini dahulu, namun bersyukur lebih baik, bersyukur dicipta sebagai manusia, alhamdulillah”
“Syukur jadi manusia sebab dapat buat pilihan, kan Ayah?”
“Ya betul, Sebagai manusia, kita boleh pilih nak jadi banduan atau hidup bebas macam orang kafir, tapi setiap pilihan ada harganya”
“Kenapa kita kena pilih jadi banduan di penjara dunia?”
“Kerana kita memilih Islam, dan itulah ujian kepada oran islam, dunia menjadi penjara kita”
“Bagaimana nak jadi banduan yang Berjaya?”
“Kena ada sifat Banduan yang baik, InsyaALlah Berjaya”
“Apa sifat Banduan yang Berjaya?”
“Pertama, Banduan mestilah yakin dengan rezeki, tiada banduan yang susah hati masuk penjara nak makan apa? Sebab kerajaan dan tangkap saya masukkan dalam penjara, maka Kerajaan kena sediakan rezeki saya, maka konsep sama pada umat islam, Allah hantar kita ke penjara dunia, maka rezeki kita dah ada, InsyaAllah”
“Oh, baru saya faham”
“apa kamu faham?”
“Biasa tengok dekat mahkamah lepas jatuh hukum, banduan akan menangis, baru perasan mereka menangis bukan bimbang pasal rezeki nak makan apa dalam penajra, mereka menangis sebab sedih tinggal dalam penjara.”
“Betul, Jadi bila Allah hantar kita kat ‘penjara dunia’ ini maka kita pun kena lah yakin yang Allah telah sediakan rezeki kita semua! Jangan nak risau sebab, Allah yang hantar kita ke penjara dunia, Maka Allah jugalah yang sediakan rezeki kita”
“menarik, Apa lagi sifat Banduan yang Berjaya?”
“Kamu tahu kan? dalam penjara seluruh dunia ada uniform, mereka tak boleh suka suka nak pakai baju melayu ke, Kain pelekat India ke, jubah kungfu china ke, tak boleh!, mereka kena pakai pakaian yang telah ditetapkan oleh warden penjara, ada warna oren, ada warna ungu, ada belang hitan putih, maka pakaian orang islam tak akan sama dengan orang kafir, Wanita islam berpakaian cara islam, tutup aurat, lelakipun sama tutup aurat, tak akan sama pakaian banduan dan orang bebas, maka tak akan sama pakaian orang islam bakal ahli syurga dengan orang kafir bakal ahli neraka, tak sama!”
“Oh, sebab itu lah ada larangan dalam islam “sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka akan bersama kaum itu kelak di akhirat” jadi kita kena berjubah ke ayah?”
“Tak semestinya korang kena berjubah atau berserban sepanjang masa, ikut kemampuan korang, yang penting tak menyerupai orang kapir dalam bab berpakaan yang haram, contoh pakai baju seksi bagi Wanita, haram! Mereka orang kafir tak apa pakai seksi sebab dunia ni syurga mereka, kita orang islam, tutup aurat, perempuan pakai tudung, labuhkan baju, sebab dunia ini penjara kita, dan tutup aurat adalah pakaian kita sebagai banduan yang baik”
“Ada berepa ciri Banduan ayah? Yakin dengan Rezeki, pakaian cara islam? Lagi”
“Ada empat sahaja yang asas akan sifat banduan yang baiik”
“Ohh sikit sahaja,, maka yang ketiga?”
“ketiga, Kalau korang tengok banduan dalam penjara, meraka semua sangat rindukan dunia luar mereka, mereka menghitung-hintung hari mereka di bebaskan dari penjara… mereka selalu bercerita tentang dunia indah luar penjara. Kadang-kadang mereka menangis bila terkenangkan dunia luar penjara”.
“Okey saya faham, orang dalam penjara seronok cerita tentang dunia luar penjara, maka kita orang islam mesti seronok bercakap hal akhirat, seronok cerita hari kematian, seronok nak keluar dari penjara dunia cepat cepat, tidak takut mati, tidak cinta dunia, begitu kan ayah?!”
“Bagus kamu dah faham, Alhamdulillah”
“Ok, yang last?”
“ Ayah nak bagi contoh, Pergilah mana-mana penjarapun meraka pasti ada undang-undang, yang mana banduan tak boleh sesuka hati nak tidur jam berapa, nak lepak waktu bersukan, nak tengok TV waktu tengah malam, diorang ada masa-masa dia, ada waktu makan, ada waktu bersenam, ada waktu berkebun, ada waktu basuh baju, ada waktu dengar kuliah, ada masa melawat, pendek kata memang kena ikut undang-undang, kalau tak Siap! kena hukum dengan warden nanti!”
“Okey, saya dapat ayah, Ini paling payah, tentu ramai orang islam yang terkantoi kat sini, yang mana jika dalam penjara ada undang undang yang wajib banduan patuhi, maka di dunia ini ada Hukum Hakam yang mesti orang Islam patuhi, kita tak bebas macam orang kafir, kita kena solat lima waktu SETIAP HARI, Puasa selama SEBULAN, Zakat SETAHUN sekali, dan Pergi Haji Sekali seumur hidup, juga kita wajib tolong orang susah, hormat ibu bapa, berkasih sayang sesama makluk, dan lain lain perintah Agama, semua tu kena follow jika nak jadi Ahli syurga waktu keluar dari penjara dunia ini, betul kan ayah?!”
“benar anakku, rukun islam, rukun iman, itu semua adalah undang-undang kita dalam penjara dunia ni, ada yang kita tak boleh buat, macam makan babi, minum air arak, berzina… dan banyak lagi larangan, oleh sebab itu, kejayaan kita kat ‘penjara dunia’ ini adalah bila kita dapat taat segala perintah Allah dan tinggal segala larangan Allah, Ikut cara Nabi Muhammad SAW”
“Jika kita berkelakuan baik, akan dapat masuk syurga awal, kan ayah?”
“InsyaAllah, dan jika tak dapat keluar awal sebab dah takdir tempoh masa di penjara dunia, rujuk ayat Al quran, siapa bersyukur Allah akan tambah nikmat, maka ada Banduan yang diberi keistimewaan dan kemewahan dalam penjara, boleh makan sedap, Berkat kesyukuran dan kesabaran, tapi siapapun kita, tetap rukun islam dan rukun iman kena follow sampai mati, yang penting kita bersyukur dapat hidup dipenjara dunia ini sebagai orang islam, inilah nikmat hidup paling besar!”
“Tapi Ayah, orang dalam penjara ada warden yang pantau mereka, kita di penjara dunia ni, siapa warden kita?”
“Warden kita adalah Hati kita, itulah tempat bagi IMAN dan TAKWA, yang mana ‘Warden kita tu’ nanti, akan dapat gaji kat akhirat kalau berjaya jaga korang dengan baik, sebab tu Nabi pesan, jika hati baik, maka baiklah semua anggota badan kita, maka pastikan Warden kita baik, maka baiklah nasib kita di akhirat”
“Tapi kan Ayah, bagaimana jika orang kafir pertikaikan logik hadis ini? Sebab Nabi cakap, dunia ni syurga orang kapir, dan penjara orang islam, tapi ada orang islam menjadi raja yang kaya raya di ‘penjara’ dunia, sedangkan orang kafir ramai yang susah, jadi pengemis pun ada, padahal dunia ini Syurga mereka, tapi jadi gelandangan pulak, macam mana tu?”
“Bagitahu mereka, jika nak di bandingkan kehidupan seorang raja islam dengan kehidupan seorang ahli syurga, dan jika ahli syurga di beri peluang hidup di dunia sebagai raja islam zaman sekarang, maka pasti ahli syurga itu merasa kehidupan ini seolah-olah dalam penjara sebab tak bebas, penuh dengan undang-undang, tak boleh minum arak, tak boleh beristeri ramai, tak boleh makan banyak, adohai.., sungguh dunia ini adalah penjara bagi ahli syurga..”
“Ok, faham.., bermakna orang kafir..“
“Biar ayah habiskan, sesungguhnya, seorang ahli neraka jika di beri kehidupan mengemis seperti mana mana orang kafir yang gelandangan sekarang ini, maka ahli neraka akan menganggap kehidupannya bagaikan syurga jika nak di bandingkan dengan kehidupan dalam api neraka dulu…., hidup dibakar api siang dan malam, dapat jadi orang paling miskin atas dunia pun dah heaven anak oiii”
“Terima kasih Ayah! Syukur dapat hidup dalam penjara Bersama ayah”
Woha!
Ps: Siapa nak tanya beli kat mana meja PDPR tu, atau Rak tanjak tu, atau kerusi membaca tu, atau buku taklim itu, saya akan jawab kat komen, sungguh penjara dunia tak salah nak hias sikit sikit rumah, bagi cantik sikit ruang taklim , atau hakikatnya, ruang penjara masing masing, now you know.
link kitab taklim https://invol.co/cl5mi9t
contoh bersyukur 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
Ustaz Datuk Kazim Elias ada share 4 punca kenapa satu-satu perkahwinan tu tak bahagia.
Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni uols kabo kat laki uols“Awak, start harini saya taknak basuh baju masak apa semua.”
Tak tak.
Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. No no 🙅🏻♀️🙅🏻♀️🙅🏻♀️
2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.
Nak jaga laki ni senang je bak kata Ustaz Kazim.
1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb.
2- Mana suami tu pergi, ikut ! Hahaha 😂
Selagi uols boleh ikut, ikut.
3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini uols mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.” 😢
Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia.Fmly dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.
Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan yg gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
Tang boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
Ustaz tu share lagi, musibah ni dia dtg dalam 3 bentuk :
•UJIAN
•TEGURAN
•BALA
Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
Yang kedua, musibah yang dtg dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.
Contoh, kita leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident. Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
Yang last pulak musibah ni dtg dalam bentuk bala atau azab.
Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang tamak pahala ❤️
contoh bersyukur 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的精選貼文
Anak autisme saya ada masalah nak bercerita, pergi sekolah tiada apa cerita yang mampu dikongsikan, semua soalan tidak di jawab, bila PKP, sekolah tutup, lagi sukar nak belajar
Mujur Hospital tak tutup, namun Doktor Pakar terapi bagitahu tak boleh buat terapi di Hospital zaman Covid ini, jadi saya kena buat sendiri di rumah.
Bila saya masuk Group Autisme, banyak saya dapat aduan, suami tak hiraukan anak syurga, semua diserahkan pada isteri untuk buat terapi, ada kes bercerai sebab dapat anak OKU.
Tak boleh macam tu bang, anak syurga tu anak pasangan bersama.
Hak mereka kena tunaikan, barulah mereka boleh tarik kita ke syurga InsyaAllah. Jangan biarkan isteri buat semua kerja terapi ni, bantu sama sama.
Dan walaupun sudah bantu anak syurga, tak semestinya kita terus masuk syurga, kerana yang dijamin syurga itu anak OKU kita, bukan ibu bapanya, bermakna kita sebagai ibu bapa selain tunaikan hak anak, dalam sama yang sama wajib taat perintah Allah, sama macam parent yang lain,
Yang tidak ada anak syurga, mungkin diuji tiada anak, yang ada anak normal, di uji anak derhaka, belum cerita ujian pasangan, ujian kena buang kerja, ujian terputus rezeki, ujian penyakit kronik dan macam macam lagi ujian hidup.
Maka sedarlah Kita bahawa kita yang ada anak OKU, bukan berada di kemuncak segala ujian, sebab ada orang yang lebih sukar ujiannya dari kita tapi masih mampu bersyukur, dan ada orang lebih ringan ujian hidupnya dari kita tapi sentiasa berkeluh kesah.
Sungguh semua orang sedang diuji, dan kita, dah tentu di uji dengan karenah anak syurga.
Lalu syukur dan Sabar silih berganti, Ikhlas dan Khauf amat membantu. Insya-Allah.
Teringat hadis dari Rabi'ah bin Ka’b r.a berkata:
“Aku menginap bersama Nabi SAW dan membantu beliau untuk menyiapkan air wudunya dan keperluan lainnya. Kemudian, Rasulullah bersabda, ‘Mintalah sesuatu kepadaku.’Aku menjawab, ‘Aku mohon agar dapat menemanimu di syurga.’ Lalu, Nabi SAW bersabda, ‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’ (HR Ahmad, Muslim, An Nasai, dan Abu Daud).
Bermakna dari hadis ini, seorang sahabat yang menyenangkan Nabi sehingga mendapat tawaran apa sahaja, kerana doa Nabi yang makbul, telah memilih Syurga, namun Nabi tetap pesan,:
‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’
Bermakna diri sendiri kena ada usaha ke Syurga, banyakkn sujud, maka mudahlah Nabi membantu kita ke Syurga.
Jadi InsyaAllah akhirat nanti anak syurga kita akan bantu kita ke syurga kerana kesabaran kita dalam menunaikan haknya, atau dalam dalam susah senang hidup bersama.
Namun, untuk ke syurga bersama anak syurga, ingatlah pesan Nabi:
‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’
Maka untuk kes kita, ‘Bantulah anak syurga kita untuk diri kita sendiri dengan memperbanyakkan sujud’
Alhamdulillah.
Maka Video ini adalah contoh terapi terkini "Belajar lima patah perkataan”
Semoga lepas tengok video ini, semua Parent yang sekasut macam saya, datang semangat nak buat terapi kendiri di rumah bersama anak syurga.
Mudah mudahan anak kita mampu bercerita pada kita di dunia, dan Apa yang pasti disyurga nanti, anak syurga kita pasti akan banyak nak bercerita.
Woha!
Link video terapi 5 patah perkataan: https://youtu.be/tx6uRz27L1U
Link video terapi 4 patah perkataan: https://youtu.be/qDR5PulFw3E