[Terima Kasih Atas Kritikan]
Jazakumullahu khairan kepada sahabat-sahabat yang melontarkan cadangan kepada kami serta memberikan kritikan yang membina berkenaan cara dakwah kami yang membincangkan perbandingan agama.
Kami menerima baik segala kritikan dan cadangan dan semua pihak. Mungkin kami juga ambil peluang untuk kongsikan serba sedikit agar kita dapat saling faham memahami.
1. Apabila kami menulis berkaitan agama lain, majoritinya adalah dalam persamaan nilai dan ajaran yang ada dalam Islam dan agama lain. Lebih kepada mencari persamaan sebagaimana firman Allah;
قُلْ يَٰٓأَهْلَ ٱلْكِتَٰبِ تَعَالَوْا۟ إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَآءٍۭ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا ٱللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِۦ شَيْـًٔا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ ٱللَّهِ ۚ فَإِن تَوَلَّوْا۟ فَقُولُوا۟ ٱشْهَدُوا۟ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ ﴿٦٤﴾
"Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah". Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)"."
[Ali Imran 3:64]
2. Hanya segelintir yang kami ulas tentang sejarah perayaan atau sesuatu budaya Belum Muslim dan malahan tentang Islam. Segala yang ditulis adalah disertakan rujukan dari pihak yang berautoriti dan bukannya penafsiran pihak kami semata-mata.
3. Masyarakat Muslim perlu didedahkan tentang agama dan budaya lain agar mereka tahu apa yang mereka lakukan dan kami membuat saranan dan bukannya fatwa sama ada Muslim sepatutnya terlibat atau tidak. Ini sesuai dengan saranan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam;
“Agama itu nasihat”. Kami pun bertanya, “Hak siapa (nasihat itu)?”. Beliau menjawab, “Nasihat itu adalah hak Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemerintah kaum muslimin dan rakyatnya (kaum muslimin)”.
[HR. Muslim]
4. Kami berusaha memastikan apa yang kami tulis tidak menghina agama lain tetapi lebih kepada penilaian dan hujahan ilmiah. Jikalau kami salah, kami bersedia untuk ditegur dan memperbetulkan kesalahan. Jikalau kami tersalah atau tersilap mahupun terlepas pandang kritikan, boleh pm kami atau email kami di dakwah@askislam.my untuk kami perhalusi kritikan tersebut.
5. Ramai pendakwah mengambil pendekatan berbeza apabila Islam dikritik dan dihina. Itu uslub dakwah mereka yang kami hormati. Kami di MRM merasakan perlunya diketengahkan isu yang jarang atau tidak berani diketengahkan oleh pendakwah lain bagi lengkap melengkapi uslub dakwah masing masing.
Kesimpulan
Andai dilihat kepada komen dan kritikan di ruangan page kami, anda akan lihat majoritinya adalah berbentuk emosi dan tersasar jauh dari tajuk dan tiada objektif dalam kritikan mereka.
Contoh artikel berkaitan perayaan, kami menulis berdasarkan fakta yang ditemui dalam kitab agama mereka serta buku akademik yang diterbitkan. Kami juga memberikan saranan sama ada Muslim perlu atau boleh terlibat dan bukannya ditujukan kepada penganut agama lain.
Apa yang dilakukan oleh kami adalah perkara biasa yang dilakukan dalam sejarah Islam iaitu memberitahu tentang sejarah sesuatu perayaan dan budaya dan kemudian memberikan saranan adakah Muslim boleh atau patut terlibat atau tidak.
Maka kami mengalu-alukan kritikan berbentuk ilmiah agar kami dapat memperbaiki kualiti dan uslub dakwah kami dan bukannya menyarankan kami berhenti hanya kerana tidak disukai oleh orang lain. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman;
هُوَ ٱلَّذِىٓ أَرْسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلْهُدَىٰ وَدِينِ ٱلْحَقِّ لِيُظْهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْمُشْرِكُونَ ﴿٣٣﴾
"Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai."
[At-Taubah 9:33]
Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala merahmati semua sahabat yang memberikan kritikan membina dan cadangan untuk memperbaiki dakwah kami dan semoga Allah menerima segala usaha dakwah kita. Allahumma Ameen.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...