Setelah berminggu minggu PKPD, hari ni dah habis, dan dapatlah jiran jiran korang pergi Solat berjemaah di surau. Alhamdulillah..
Sungguh mereka yang pergi solat berjemaah, telah di beri dengan lima nikmat yang besar!
Apa itu lima nikmat yang besar?
1-Masa lapang
2-Sumber rezeki
3-Kesihatan
4-Berkeluarga
5-Beragama.
Kenapa lima ini nikmat yang besar?
Jom bedah nikmat dan fahami lima keperluan asas ini.
(1) Masa lapang.
Bayangkan jika kita hidup tanpa masa lapang, sibuk memanjang dengan kerja tak habis, sakit tak sihat, cari harta tak kaya jugak, bayar hutang makih bertambah, oh sungguh sibuk macam hamba abdi, macam tawanan perang kena kerah buat jambatan, maka bersyukurlah jika ada masa lapang sebab jika tiada masa lapang maka takdelah ruang untuk bekarya, untuk hoby yang manfaat, untuk skill dalam seni, untuk lepak tenangkan diri, ohh.., hargailah masa lapang kerana masa itu akan berlalu dan tidak akan kembali lagi. Sungguh memiliki masa lapang adalah Nikmat hidup!
(2) Sumber Rezeki
Bayangkan jika kita tanpa sumber rezeki? hidup miskin, angat susah, bersama hutang keliling pinggan, aduh… kita langsung takde skill yang boleh menjana incone.. sungguh menjadi miskin tidak haram tapi menyusahkan orang itu haram, meminta minta itu haram, sungguh dalam rukun islam ada dua tempat perlu pada harta, Zakat dan Hajii, maka fahamlah kita bahawa menjadi kaya itu tidak haram.., jadi tolong usahakanlah jadi kaya dan bantu orang susah. Dalam hadis bagitahu, tangan memberi lebih baik dari tangan menerima, Sungguh dengan wang yang banyak kita mungkin tak boleh beli kebahagiaan, tapi dengan miskin kita boleh mendapat penderitaan tanpa membelipun. Fahamlah, memiliki sumber rezeki, adalah antara nikmat hidup terbesar!
(3) Kesihatan.
Bayangkan jika kita hidup tanpa kesihatan? Terlantar sakit lumpuh, tak boleh makan macam biasa kena makan bubur, atau bayangkan setiap hari kena ke hospital tukar darah?, atau apa apa sahaja penyakit, jika boleh di elak, elakkanlah, jika dah takdir kita kena penyakit, maka telah hilang nikamt hidup, sebab itu Sihat adalah antara Nikmat hidup terbesar!
(4). Keluarga
Bayangkan jika kita hidup tanpa Keluarga atau tanpa cinta? Tak ada orang sayang kita sebab kita pilih untuk bergaduh dengan ibu bapa, bergaduh dengan pasangan, bergaduh dengan anak anak, bergaduh dengan kawan dan jiran, lepas tu kita sangka kita akan bahagia? Nabi Adam dalam syurga pun merasai sepi tanpa cinta lalu minta Allah teman hidup, maka apatah lagi kita yang hidup dalam penjara dunia, amat sangat memerlukan cinta. Terima kasih kepada semua yang sudi mencintai diri ini, sungguh cinta sesama manusia akan menutup aib kita selepas mati. Antara nikmat besar dalam hidup, ada keluarga yang saling sayang menyangi!
(5) Agama
Bayangkan jika kita hidup tanpa Agama? Maka kita tak dapat jawab soalan dari mana kita datang dan kemana kita pergi? Dan apa tujuan hidup kita? Sebab alam ini terlalu besar untuk kita mencari jawapan dengan kaki sendiri, Lalu kita isi jawapan tu dengan falsafah hambar atau teori konspirasi dan sampai satu masa, bila berdepan dengan maut, falsafah kita dan teori konspirasi takde jawapan langsung nak menghadapinya, aduhhh.
Sungguh agama itu adalah nikmat hidup diwaktu senang, di waktu susah, di waktu sakit, di waktu mati dan di waktu hidup selepas mati, terima kasih kepada Allah sebab pilih saya jadi orang Islam, pilih saya solat, puasa, bayar zakat dan pergi haji, terima kasih, hidup ini sungguh indah bila dapat MenyembahMU dengan cara yang paling layak Engkau di Sembah. Alhamdulillah!
“KEJAP ABANG KERETAMAYAT? MANA DALIL 5 NIKMAT NI NIKMAT YANG BESAR?”
Nak dalil? Ada, rujuk Hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah (5) lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa (1)sihat sebelum sakit. Masa (2)kaya sebelum datangnya masa sempit. (3)Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. (4)Masa mudamu sebelum datang masa tua dan (5)Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Dari Hadis ini, dapatlah faham bahawa hidup ini ada 5 nikmat hidup!
1. Hidup sebelum mati, Nikmat AGAMA... Apa sahaja waktu hidup kita gunakan untuk agama, akan bagi kesan pada Akhirat!
2. Muda sebelum tua, Nikmat berKELUARGA, maka masa muda hargai mak ayah, hargai semua orang yang kita sayang, sebab bila kita tua semua itu jadi kenangan, hargai anak isteri, sebelum kita semua jadi tua. Hargai kawan sebelum mereka tua.
3. Sihat sebelum sakit.. Mata boleh melihat, telinga boleh mendengar, lidah boleh mengecap, kulit boleh merasa, kaki boleh melangkah, tangan boleh mencapai, syukur.
4. Kaya sebelum miskin, ini adalah SUMBER REZEKI.. duit ada dalam poket, makanan atas meja. Tidak meminta minta. Alhamdulillah
5. Lapang sebelum sibuk, Alhamdulillah bila ada MASA LAPANG.. boleh buat apa kita suka. Menulis, membaca? Terpulang.. enjoy the silence.
Jadi lima nikmat hidup ini buakn saya reka, Nabi yang bagitahu lima keperluan asas dalam menentukan kebahagiaan hidup. Dan sekarang saya cerita tentang jiran anda yang pergi solat berjemaah, yakinlah mereka telah dapat lima nikmat hidup!
Ada hadis bagitahu jika tengok orang ke masjid, yakinlah mereka benar benar beriman.
Bila beriman, yakinlah mereka ahli syurga!
Jom kita siasat, 5 nikmat ahli syurga ni secara terperinci.
Pertama, mereka ada masa lapang.
Macam saya cakap tadi, memiliki masa lapang adalah nikmat hidup yang besar, demi masa semua manusia dalam kerugian, kecuali orang yang gunakan masa lapang dengan betul, maka ahli syurga ni, yang ulang alik ke masjid, mereka telah dikurniakan masa lapang, dan telah gunakan dengan cara yang betul, akhirat ada soalan di padang mahsyar, dimanakah masa lapangmu di habiskan? Senang senang jer ahli surau ni jawab: saya gunakan masa lapang dengan menjaga solat berjemaah, alhamdulillah.
Habis bab masa lapang..
Kedua, mereka ada rezeki yang berkat.
Apa itu rezeki berkat? Rezeki berkat adalah:- Korang Dapat Taat Perintah Allah Dalam Apa Jua Keadaan.. yang mana Waktu korang kayapun dapat taat perintah Allah, waktu korang miskinpun dapat taat perintah Allah, itulah rezeki berkat yang mana rezeki tidak menghalang korang dari taat perintah Allah.., baru berkat! Jadi ahli surau tu rezekinya sangat berkat sebab dapat jaga solat Jemaah walau ada yang naik basikal, nak motor, jalan kaki, semua itu rezeki berkat. Alhamdulillah.
Korang pulak yang kaya raya, kereta besar serba baru tapi gagal tunai perintah Allah, itu bukan berkat namanya, itu BALA al istidraj, macam seekor tikus asyik makan keju perasan tuan rumah sayang, sekali perangkap tikus aktif, terus Ngap korang mampus tersepit dalam keadaan perasan rezeki berkat tapi hakikatnya bala kerana rezeki korang gagal buatkan korang jaga solat berjemah, Nauzubillah!
Ok, tadi kita cerita ahli surau yang telah di beri dengan lima (5) nikmat yang besar! Dah cerita tentang (1) nikmat masa lapang, (2) nikmat rezeki berkat, sekarang cerita tentang nikmat ketiga iaitu:-
Nikmat kesihatan.
Alhamdulliah, waktu orang lain sakit terlantar di ICU atau wad, atau menderita di rumah, ahli surau yang sihat dipilih oleh Allah untuk imarahkan masjid, nikmat sihat digunakan pada jalan yang betul, malahan ada yang uzur sikit sikit, solat duduk atas kerusi, pun masih mampu ke masjid, berkerusi rodapun ada yang mampu datang, memang ahli syurga betul jiran korang ni, Alhamdulillah.
Habis nikmat nombor tiga sekarang Nikmat ke empat yang mereka dapat adalah nikmat berkasih sayang kerana ALLAH, keluarga islam!
Ini nikmat sangat besar kerana Nikmat ni kekal sampai bawah arash dan sampai ke syurga, sebab ada kasih sayang lah mereka seronok ke masjid jumpa imam, bilal, tok siak, abang jaga, ahli baru, orang kampung, orang setaman, geng tabligh, dan lain lain Jemaah, langsung takde rasa iri hati dan dengki, semua disapa dengan kasih sayang macam sebuah keluarga, alhamdulillah.
Perasan tak? Orang yang tak suka ke masjid ni awal awal dah ada sifat sangka buruk, benci, menyampah dengan orang, Nampak buruk AJK masjid, Nampak buruk budak tabligh, dan suka tuduh orang riak, padahal dia yang sombong tu yang malas tunjuk muka, lepas tu perasan bagus solat di rumah dengan sangka orang riak padahal dia tak faham apa itu shiar islam. Hampeh!
Baik, last! Dan Nikmat kelima yang diperolehi oleh ahli syurga, adalah nikmat dapat Shiarkan Islam, ini bukan riak, sebab memang Nabi suruh kita Shiar(wujudkan suasana agama) hingga Nabi pesan, Azan kena tempat tinggi agar satu kampung boleh dengar, lepas tu Nabi pesan pergi masjid pakai baju solat dari rumah, ambik wudhu siap siap, setiap langkahan pahala dapat, darjat naik, dan dosa di ampunkan, lepas tu datang awal, dan bila balik lalu jalan lain, sebarkan salam. Itulah Shiarkan islam, bukan riak yer? Tapi Shiar kerana Allah!
Dan korang pulak yang duduk rumah, ternampak orang surau pergi balik ke masjid, jangan tuduh mereka riak, sebab Nabi ada pesanan untuk korang iaitu:
“Apabila kalian melihat seseorang yang selalu ke masjid, maka saksikanlah bahwa ia orang yang beriman kerana Allah Ta’ala berfirman, Sungguh Orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah adalah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Jadi ingat tu, Nabi pesan pada korang yang Nampak ahli surau supaya menjadi saksi di akhirat kelak, bahawa ahli surau tu adalah benar benar beriman. Bukan jadi saksi mereka ahli riak yer?
Tahu tak istiqamah (berterusan) itu adalah tanda ikhlas?, sebab tu lah Nabi suruh korang jadi saksi keimanan orang yang selalu ke masjid, tapi jika korang pergi jarang jarang, atau solat jumaat jer, atau awal ramadan jer, itulah riak, sebab tak istiqamah, jadi siapa yang riak sekarang? Adohai..
Eh? Tadi saya cakap nikmat ahli surau ada (5) lima, iaitu diberi (1) masa lapang, (2)rezeki berkat, (3)kesihatan, (4) kasih sayang dan (5)Nikmat menzahirkan iman, saya kena tambah satu lagi nikmat iaitu mereka semua dapat (6)saksi saksi yang akan sokong mereka ke syurga iaitu koranglah, jiran mereka, tahniah!
Alang alang dah jadi saksi, selain tahu lima nikmat ahli masjid di dunia, kenalah tahu janji Allah kepada mereka yang selalu ke masjid dengan (5)lima nikmat akhirat pula iaitu, (1)azab sakaratul maut di angkat, (2)azab kubur di tolak, (3)tangan kanan terima kitab, (4)titi sirat sepantas kilat, dan (5)masuk syurga tanpa hisab.
Wah, sempurna semua nikmat, dunia akhirat, terima kasih korang semua yang jadi saksi!
Tapi kan.., tak kan nak jadi saksi sahaja kot? Kenapa tak korang sendiri rebut peluang jadi ahli masjid?
Woha!
Ps: Artikel ini untuk lelaki sahaja. Bagi wanita digalakkan solat dirumah akan dapat pahala sama macam lelaki. Jadi kepada wanita. Galakkan lelaki ke masjid. Alhamdulillah
dalil syukur 在 Facebook 的精選貼文
Bila baca komen nitizen yang pertikaikan orang derma secara terang terang, tuduh riak, dan kata islam tak ajar amalan derma terbuka macam tu?, maka abang keretamayat nak tegurlah sikit.
Kerana benda tak haram jangan kita kata haram, benda halal apa derma secara terbuka?, rujuk Al quran, dua dua boleh buat, nak derma secara terbuka boleh, nak derma secara senyap senyap boleh, bab riak dan ikhlas ni orang tu dengan Allah jer tahu, malaikat yang catat amalan pun tak tahu riak ke ikhlas ke..
Dalil sikit..
"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan."
(Surah al-Baqarah: 271)
Jadi benda halal buat apa nak pertikaikan?, kena ingat semua orang bukan jahil macam kita, andai kita ni jenis riak bila orang Nampak, jangan cop orang lain pun sama lemah macam kita, ada orang lagi orang Nampak, lagi ikhlas, sungguh Bab riyak tu. Itu antara mereka dengan Allah.
Dalam islam selain bak riak, ada satu bab lagi iaitu bab Shiar. Apa maksud Syiar?
Syiar adalah ibadat yang kena buat secara terang terangan, kena hebahkan..
Contoh 5 rukun islam. Semua tu kena syiar, kena heboh, kena war warkan. Masuk islam kena bagitahu, zaman nabi sahabat masuk islam terus pergi mengucap dua kalimah syahadah jerit kuat kuat depan kaabah, dan rela kena belasah, sebab amalan ni kena tunjuk, kena syiar!. Itu sunnahnya!
Bab Solat berjemaah kena azan kuat, Nabi siap sewa banguan yahudi tinggi suruh Bilal azan kuat kuat, lepas tu Nabi pesan kena pakai pakaian solat dari rumah lagi, biar semua orang kampung tahu kita nak ke masjid, dan sunnah pergi masjid balik ikut jalan berbeza biar semua orang nampak.
Bab Puasa kena bagitahu pada semua orang lagi lagi depan orang mengumpat.
Zakat bayar depan kaunter di masjid, siap isi borang.
Haji kena bagitahu, jika mampu buatlah kenduri syukur.
Dan amalan syiar ni tak tertakluk pada rukun islam yang lima, yang sunat pun ada waktu kena syiar, kena tunjuk dan kena hebahkan sebab semua ada hikmah.
Kahwin kena bagitahu. Majlis kecil tak apa tapi kena war warkan. Kahwin dua tiga pun kena bagitahu, jika sorok dah mati baru tahu banyak masalah lain yang timbul.
Korban Haji pun bagus war warkan. Galakkan orang lain korban sama.
Sedekah ada waktu kena terang terang biar orang kaya malu tengok, biar menteri tak buat kerja malu tak buat kerja. Alamak tersentuh isu politik pulak.
Apa apapun.
Tujuannya buat ibadat terang-terang adalah nak wujudkan suasana agama, ikhlas kerana Allah, yang mana bila ada suasana agama maka tempat tu akan di tangguh bala dan akan disebarkan Rahmat.
Orang kafir pun akan lebih tertarik dengan amalan yang mendatangkan kebaikkan kepada semua pihak.
Balik ke media sosial. Maka boleh jer kita nak kongsi bila dah masuk islam bagi mualaf. Pergi solat masjid mana?, sahur makan apa?, korban berapa ekor sebab ada waktu nabi galakkan derma secara terang terang. Termasuk dalam syiar Islam semua tu.
Namun ada benda tak elok untuk kongsi iaitu ibadat infradi seperti tahajjud, zikir, tutup aib orang tu wajib, khidmat secara sembunyipun bagus, dan lain lain yang boleh mengundang riak.
Jadi sila guna common sense. Bukan semua benda boleh dikongsi dan ada juga yang boleh dikongsi.
Contoh, macam Mak cik kiah benarkan suami dikongsi, dengan share dimedia sosial dengan hashtag:
"Bukannya orang lain, madu kau jugak!"
Woha!
(sumber gambar di ambik dari ruang komen FB kereretamayat)
dalil syukur 在 Facebook 的最佳解答
Surat dari Kubur: Baca ini jika pasangan korang sakit...
Bersabarlah anakku, setiap penderitaan yang disertai sabar, ada darjat yang akan naik, ada dosa yang akan terhapus, dan ada pahala yang semakin bertambah.
Ayah ada satu kisah seorang lelaki yang tidak kacak tapi mempunyai isteri yang sangat cantik, waktu beliau sakit nak mati, isterinya menyatakan perasaan sedih kerana mereka berdua terpaksa berpisah TETAPI jawapan lelaki ini membuatkan ayah mengalirkan air mata…
Siapa lelaki ini?
Beliau adalah Bilal bin Rabah radiallahuahu seorang hamba berkulit hitam, and nobody care!
Tak ada mana-mana pertubuhan zaman tu nak ajak dia jadi ahli, seorang hamba berkulit hitam? Apa dia boleh buat untuk kembangkan pertubuhan saya?
Tapi Allah tidak pandang pada rupa dan status, dan itulah juga pandangan Nabi Muhammad SAW, lantas selama tiga malam, Nabi telah korbankan masa rehatnya hanya untuk bantu Bilal membuat kerja berat, tanpa sebarang kata kata dakwah, sehingga Bilal jadi malu pada hari ketiga kerana mamat hensem mana ntah datang tolong aku tanpa mintak upah sedangkan aku hanya seorang hamba abdi yang tiada rupa, adohai...
Tentu tiga malam itu Bilal masuk tidur sambil berfikir siapakan gerangannya lelaki kacak ini yang ingin bersahabat dengan aku seorang hamba berkulit hitam?
Lalu pada malam ke tiga, Bilal pun bertanya: “apa kamu mahu Muhammad?”
Nabipun bagitahu tentang Islam dan keinginannya mengajak bilal masuk islam, terus bilal masuk islam dan sebaik tuan Bilal dapat tahu, Bilal telah diseksa dengan dicemeti sepanjang malam. Waktu siang pula, Bilal dihempap pula oleh sebuah batu besar bersama cuaca yang sedang hangat kepanasan di tengah padang pasir yang panas terik.
Tapi, apa kata Bilal?
“Ahad, Ahad…”
Yang bermaksud: Aku tetap beriman pada Allah yang Satu!
Kita hari ni kejut kawan anak bangun pagi, dijawab: “Ahad, ahad…”, yang bermaksud: tak kerja, tak sekolah.
Woi, bangun solat subuh hari hari lah anak oi..! Hari mati jer tak payah bangun!
(masukkan muzik sedih di sini)
Maka the rest is history, Bilal dimerdekakan oleh Abu Bakar dan terus beliau menjadi sahabat Nabi yang terkenal, menjadi seorang juru kira-kira kewangan Nabi, juga seorang Muazin, juru azan.
Sebaik sahaja Bilal azan, semua orang datang solat berjemaah dimasjid, di mana ada Nabi Muhammad SAW, di situ ada bilal. Mereka sudah menjadi sehabat sejati.
Pernah satu hari Bilal hampir kena jual sebab tersalah ambil hutang dari Yahudi untuk kewangan Nabi, alangkah susah hatinya Bilal lantas memberitahu pada Nabi bahawa mereka terpaksa berpisah kerana pagi esok sebelum subuh beliau akan lari dari Madinah untuk bekerja ditempat lain dan bila sudah dapat duit akan datang balik tebus hutang Nabi, tapi Nabi Muhammad SAW telah selamatkan beliau dengan bantuan dari Allah melalui cara yang tidak di sangka-sangka. (panjang nak cerita bab ini-rujuk kitab Taklim)
Selepas diselamatkan oleh Nabi Muhammad SAW, Terus beliau sujud syukur dan cintanya kepada Nabi Muhammad SAW tidak berbelah bagi buat selama-lamanya.
Pernah Nabi Muhammad bagitahu kepada Bilal, apa amalanmu yang membuatkan aku bermimpi nampak kamu masuk syurga seiringan denganku? Kata Bilal: Amalan sentiasa memperbarui wudhu..
(nota: Tidak salah menambah amalan selagi ianya sesuai dengan dalil Alquran dan sunnah-ok, teruskan muzik sedih...)
Anak anak ayah sekalian, amalan mengambil wudhu walaupun nampak kecil, tapi dari amalan kecil ini maka terbukalah peluang untuk bersolat, baca Al quran dan lain lain ibadat yang membuka pintu langit mengundang seribu rahmat!
Dipendekan cerita, Nabi Muhammad SAW akhirnya wafat pada hari yang menyedihkan seluruh alam, semua sahabat menangsi kepemergian Nabi termasuk Bilal bin Rabah, setiap sudut masjid Nabawi ternampak kelibat Nabi, air mata kerinduanpun mulai bercucuran lalu Bilal akhirnya berpindah ke Sham dan dilantik oleh Khalifah menjadi gebenor di sana.
Tapi hati mana yang tidak merindui Nabi setelah hidup Bersama dalam suka dan duka.
Maka satu hari Nabi Muhammad SAW kekasih hati bilal datang dalam mimpinya, bertanya: kenapa sudah lama tak ziarah saya?
Note: Jasad Nabi dikembumikan di Masjid Nabawi.
Terjaga dari mimpi, terus Bilal bertolak ke Madinah untuk ‘mengeteh’ dikubur Nabi, sampai sana cucu Nabi telah sambut dengan penuh kasih sayang dan minta beliau azan di Masjid Nabawi, pada mulanya, Bilal tak mahu tapi permintaan cucu sahabat baiknya sukar di tolak.
Lalu beliaupun azan dengan penuh perasaan kerinduan kepada Nabi Muhammad SAW.
Sebaik sahaja langit Madinah berkumandang suara azan daripada Bilal, terus semua penduduk Madinah, lelaki atau wanita, muda atau tua, berhemburan air mata menangis semahu mahunya kerana mereka semua sedang rindu kepada Nabi Muhammad SAW.
Lantas berkumpullah para lelaki dan wanita ke masjid dengan sangkaan Nabi Muhammad hidup kembali untuk menjengok mereka, tapi di sana hanya ada bilal sebagai kenangan melepaskan rindu.
Lihatlah mata bilal, ada kerinduan yang Maha hebat pada Nabi Muhammad SAW.
Tak lama Bilal di Mandinah, semua penduduk dan semua tembok bangunan mengingatkan pada Nabi Muhammad SAW lalu beliau kembali pulang ke Syam.
Dipendekan lagi cerita, Bilal akhirnya sakit, dan isterinya yang cantik, anak keturunan raja, kulit putih kemerahan menyatakan rasa sedih sebab Kekanda Abang Bilal sayang dah nak meninggal dunia tinggalkan adinda seorang diri.
Tapi jawab Bilal..
“Sayang, jangan bersedih, abang sangat gembira mendekati ajal, kerana abang dah tak sabar nak berjumpa dengan sahabat terbaik dalam hidup abang, Nabi Muhammad SAW…”
Air mata pun berlingangan…
Susah senang hidup bersama, sekarang Islam sudah memang dan tersebar, tapi Nabi tiada Bersama untuk melihat kejayaan ini, oh…
Kematian ini, akan menghilangkan rindu yang dipendam sekian lama..
Wahai anak dan menantuku sekalian,
Kita jika mati esok, agak agak, Nabi nak jumpa kita tak?
Kepada Allah ayah sampaikan salam rindu kepada Nabi Muhammad SAW.
Ayah juga rindu kepada Bilal!
Ps: Dikuburan ini, risau juga jika tidak ditakdirkan bertemu Rasulullah, doakan yang baik baik. Sob..sob..
(Dipetik dari Buku Ngeteh Di Kubur Ayah-nak beli siap tanda tangan waktu saya masih hidup,-sila mesej saya-woha!)